Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,649
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 32

Setelah beberapa bulan Aliya dan Huzairie belajar , tiba lah masa untuk mereka pulang ke rumah Tengku Yahya untuk cuti semester 1. Hmm dan Afanin pun jugak ikut balik ke rumah Tengku Yahya.

" Al take care ya balik tu. " pesan Aidiel.

" Hahahah eleh kau acah - acah caring pulak. " kata Aliya menganggap yang Aidiel bergurau.

" Aku cakap betul lah. " kata Aidiel serious.

" Erkkk jangan lupa kirim salam dekat Liya lah. Cakap aku rindu dia sangat - sangat. " kata Aliya cuba mengubah topik.

" Hmm yalah. "

Tiba - tiba Kuzaimie muncul.

" Puan Muda , kita dah boleh balik sekarang . Tengku dah tunggu dekat kereta. "

" Okay lah Aidiel aku gerak dulu bye ! " kata Aliya lalu membuntuti Kuzaimie dengan beg pakaiannya.

Di kereta , kelihatan Huzairie tengah berborak dengan Afanin. Ya minah ni ikut balik rumah ayahnda sekali ! Errr menyibuk 😒

" Tengku , Cik puan kita dah boleh bertolak sekarang ya ? "

Mereka hanya mengangguk. Seketika Huzairie masuk di tempat duduk belakang. Aliya dah beria - ria nak bukak pintu kereta untuk duduk di sebelah Huzairie tiba - tiba tangan Afanin jugak turut melakukan hal yang sama. Aliya sedikit terkejut .

" Errmm Al , Afanin duduk belakang ea ? Aliya duduk lah dekat depan . Afanin tak berapa suka lah duduk dekat depan. " rengek Afanin.

Belum sempat Aliya memberi jawapan , Afanin terus meloloskan diri ke dalam kereta dan duduk di sebelah Huzairie lalu menutup pintu.

Erkkkkk ! Sakitnya hati aku 😭 aku nak duduk sebelah Huzairie 😢 Dengan malas Aliya melangkah masuk ke dalam kereta duduk di hadapan bersebelahan Kuzaimie.

Huzairie jugak terkejut apabila yang duduk di sebelahnya adalah Afanin bukan Aliya. Huzairie melihat belakang Aliya. Aliya sedikit pun tidak menoleh ke arahnya . Hmmm Aliya marah ke ?

" Kuzaimie cepat lah gerak , tak sabar saya nak jumpa bonda dengan ayahnda ni. " kata Afanin excited lebih.

Cis ! Cara cakap macam bonda dengan ayahnda tu ibu mentua dengan bapa mentua dia ! 😒

" Ya cik puan "

Apabila Kuzaimie dah nak mulakan perjalanan tiba - tiba di halang oleh Huzairie.

" Kejap Kuzaimie. "

Kuzaimie tidak jadi bergerak.

" Kenapa ni Aery ? " tanya Afanin pelik. "

Aliya hanya diam di sisi Kuzaimie. Huzairie tidak membalas pertanyaan Afanin malah dia keluar turun dari kereta. Dia bergerak ke arah pintu kereta tempat Aliya duduk. Dia membuka pintu kereta Aliya.

Aliya tersentak !

" Keluar cepat . Duduk belakang dengan Afanin " kata Huzairie.

" Hah ? Eh tak apa lah, awak duduk lah belakang dengan Afanin. Saya okay duduk depan dengan Kuzaimie. " jelas Aliya.

Huzairie terus menarik tangan Aliya supaya Aliya keluar dari kereta.

" Jangan membantah " kata Huzairie lalu menarik tangan Aliya dan bawa ke tempat duduk belakang.

Selesai ! Senang , tak payah sesiapa pun duduk dengan Huzairie. Kuzaimie hanya tersenyum kecil . Bagus Tengku !

Afanin dah masam mencuka dah ! Harapannya untuk duduk di sebelah Huzairie sepanjang perjalanan musnah macam tu aje 😣

" Hahaha dia memahami betul lah yang aku tak suka Afanin duduk dekat sebelah dia. " desis hati Aliya.

" Wah dah balik menantu bonda ni ya . " sambut Permaisuri Laila.

Aliya dan Permaisuri Laila berpelukan. Jelas terpapar mimik muka Afanin yang jelous dengan keakraban Aliya dan Permaisuri Laila.

" Bonda ... rindu bonda. " kata Afanin tiba - tiba ingin menarik perhatian Permaisuri Laila.

" Yaa rindu jugak dengan anak saudara bonda ni. " kata Permaisuri Laila lalu memeluk Afanin pulak.

Seketika nenda muncul.

" Nenda ... rindunya Al kat nenda. " Aliya mendekati Permaisuri Raziah.

" Nenda pun rindu dekat cucu menantu kesayangan nenda ni. Aliya sihat ? Kenapa nampak macam kurus aje ni ? Makanan sana tak sedap ke ? "

" Hahaha tak ada lah nenda Aliya sihat lah. Makanan semua sedap - sedap. " kata Aliya.

" Nenda rindu nenda ! " kata Afanin mencelah lagi !

Haish dia ni dah kenapa ? Semua nak tiru aku 😒

" Yeke rindu ? Kalau rindu tak ada lah tak balik sampai bertahun - tahun. Asyik tinggal kat luar negara sana tu . " pedas kata - kata nenek.

Hahaha padan muka Afanin. Ya memang bonda ngan ayahnda baik dan rapat dengan Afanin tapi tidak nenda. Nenda tidak berapa suka dengan sifat Afanin. Nenda juga tahu apa motif sebenarnya Afanin di hantar pulang ke Malaysia.

" Bonda .. apa cakap macam tu dengan Afanin. Kesian dia. Dia kan cucu bonda jugak. " back up bonda.

Afanin tersenyum kemenangan dalam diam apabila dibela oleh Permaisuri Laila. Nenda hanya mencebik ! Hahahaha nenda pun macam budak - budak suka mencebik 😂

" Amboi rindu Afanin dengan Aliya aje ke ? Ni hah Aery siapa yang nak rindu ? " perli Huzairie setelah kehadirannya tidak disambut langsung.

" Hahahaha ehh lupa pula dekat putra kesayangan bonda ni. Okay - okay lah kamu semua pergi masuk bilik dan rehat ya . " kata bonda.

Seketika semua orang bersurai..

********

Aliya terasa ada yang menganggu tidurnya. Haish kacau lah aku nak tidur pun tak senang ! 😧 Aliya membuka matanya perlahan - lahan. Alangkah terkejutnya dia , buka - buka aje mata , terpampang muka Huzairie betul - betul di hadapan mukanya. Spontan Aliya melihat ke arah lain.

" Apa awak ni ? Kacau saya tidur ? "

Huzairie masih berposisi seperti itu.

" Bangun lah solat. "

" Hmmm yalah tapi awak boleh tepi sikit tak ? " marah Aliya.

Seketika Huzairie berposisi lain. Hahahaha saja dia nak kacau Aliya. Rindu. Dah berapa bulan tak sebilik dengan isterinya ini.

Aliya pergi bersiap untuk solat berjemaah dengan Huzairie. Aliya juga rindu untuk solat sama - sama dengan Huzairie. Memang berbeza bila hidup di UAS dan bila di rumah. Kat rumah Aliya lebih terasa dekat dengan Huzairie.

Setelah selesai solat Asar . Huzairie membaca sedikit doa. Selepas itu , Aliya menyalam tangan Huzairie. Hehehe isteri mithali katakan.

" Lepas ni nak buat apa ? " tanya Huzairie sambil tangan giat melipat sejadah.

" Entah. Nak sambung tidur kot. " kata Aliya selamba.

" Hah ? Sambung tidur ? Apa ni balik sini asyik nak tidur aje ? " bebel Huzairie.

" Biarlah. "

" Oh hmm baru aje nak ajak tengok wayang kat bilik wayang. Lama tak tengok wayang. Tak apa lah kalau Riku nak tidur , tidur lah. Miku ajak Afanin aje lah tengok. " kata Huzairie.

" Eh ! Nak tengok ! Tak payah ajak Afanin ! " kata Aliya spontan.

Huzairie hanya tersenyum kecil. Hahahaha tau pun jelous ! Saja tadi Huzairie mention nama Afanin nak tengok apa reaksi Aliya.

********

Seketika mereka bergerak ke bilik wayang sambil berpegangan tangan. Hal itu dilihat oleh Afanin lalu dia membuntuti dalam diam. Ketika Huzairie dan Aliya mula menonton filem yang mereka telah pilih tiba - tiba Aliya terasa hendak ke tandas pula.

" Miku .. riku nak pegi toilet kejap ea . " kata Aliya lalu keluar dari bilik wayang.

Selang beberapa minit kemudian seseorang mengambil tempat di sebelah Huzairie. Siapa ? Afanin lah 😧

" Hai Aery . Wahh macam best aje. "

Huzairie sedikit terkejut dengan kehadiran Afanin di sebelahnya. Ingatkan Aliya tadi.

" Ehh Afanin , Afanin buat apa kat sini ? " tanya Huzairie.

" Saja naik atas ni tadi , tak sangka pulak yang Aery ada kat sini. " kata Afanin sengaja mereka cerita.

" Ohh "

" Hmmm Aery ... Afanin masih sayangkan Aery. Dah tak ada sikit ke ruang untuk Afanin di hati Huzairie ? Hmm Huzairie janji yang Huzairie takkan lupakan Afanin. Tapi kenapa sekarang Huzairie dah kahwin dengan orang lain ? " luah Afanin tiba - tiba.

" Hmm maafkan Aery . Semua ni dah ketentuan Allah.. jodoh Aery bukan dengan Afanin. Please Afanin , move on lah. Masih ramai lagi yang layak untuk Afanin. "

" No . Afanin tak nak orang lain. Afanin cuma perlukan Aery sorang aje. Please Aery terima Afanin balik. Hmmm kahwin dengan Afanin. Ceraikan Aliya. "

Huzairie tersentak ! Dia tak sangka yang Afanin akan cakap sampai macam ni sekali.

" Apa yang Afanin cakap ni ? Tak , Aery takkan ceraikan Aliya . Dia isteri Aery. Aery sayangkan dia. " kata Huzairie.

" Hmm please Aery. Afanin sayangkan Aery sangat - sangat. Kalau Aery tak nak ceraikan Aliya . Please jadikan Afanin isteri nombor dua. " desak Afanin lagi.

" Cukup Afanin ! Kenapa Afanin merepek sampai macam ni sekali ? Tolong jaga percakapan Afanin. Aery takkan kahwin dua. " kata Huzairie yang mula marah.

Huzairie mula bangun dari tempat duduknya . Dia dah tak tahan lama - lama dalam bilik wayang tu dengan Afanin. Lama - lama Afanin cakap yang bukan - bukan pulak.

Tapi belum sempat Huzairie melangkah. Afanin lebih pantas memeluk Huzairie dari belakang.

" Aery .. "

Huzairie tersentak !

" Hmmm Afanin rindu hubungan kita yang dulu. " luah Afanin lagi.

" Lepas lah . Apa ni Afanin ? Tolong jangan bersikap budak - budak sangat boleh ? " marah Huzairie dan cuba melepaskan pelukan itu.

Afanin degil ! Dia malah mengeratkan pelukan itu.

" Huzairie ? Afanin ? "

Huzairie tersentak apabila terdengarkan suara itu. Aliya ! Terus Huzairie menolak Afanin kuat dari belakangnya. Jelas sekali riak wajah Aliya terkejut  apabila melihat adengan itu. Cepat - cepat Huzairie mendapatkan Aliya.

" Al jangan salah faham dulu... err apa yang Al tengok tak macam apa yang Al fikir. Afanin tadi errr tadi .... "

" Afanin nampak macam ada tikus tadi tu yang terpeluk Huzairie. Maaf ya Al. " kata Afanin mencelah.

" Oh macam tu okay tak apa lah . " kata Aliya.

Huzairie menghembus nafas lega. Nasib baik Aliya tak salah faham dan tak dengar semua apa yang Afanin cakap tadi.

Hmmm Afanin buat semua ni memang sebab dia masih sayangkan Huzairie tapi ada muslihat lain dari semua ini.

*Flashback*

" Apa bonda ? Balik ke Malaysia ? Kenapa ? " tanya Afanin terkejut dengan permintaan bondanya iaitu Permaisuri Sofea .

" Yalah Afanin mesti balik ke Malaysia. Tawan hati Huzairie kembali ! Kalau boleh sampai dia bersetuju untuk kahwin dengan Afanin. Tahta Tengku Yahya akan jatuh di tangan Huzairie bila dia dah berkahwin dan orang yang sepatutnya mendapat tahta tu adalah kamu Afanin.." kata Permaisuri Sofea.

" Tapi bonda , Afanin sayangkan Huzairie. Afanin tak kesah pun pasal semua tahta tu. Afanin cuma nak kembali macam dulu dengan Huzairie.." .

" Jangan jadi bodoh Afanin. Tahta tu lebih bermakna dari segalanya. Kita perlu mendapatkan kuasa untuk memerintah semua rakyat. " kata Permaisuri Sofea lagi.

Itu lah serba sedikit perbualan di antara Afanin dan bondanya tanpa pengetahuan ayahnda nya iaitu Tengku Salawi.

*Endflashback*

" Jom la tengok wayang sekali Afanin " ajak Aliya.

Dah Afanin ni ada dekat sini takkan nak halau pulak kan ? Walaupun Aliya tak berapa minat dengan Afanin namun dia tetap menghormati Afanin sebagai sepupu kepada Huzairie.

Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi