Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,830
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 9

Kedengaran bunyi ambulans baru sahaja berlalu meninggalkan SMK Tunas Putera. Aliya baru sahaja sampai di hadapan pagar sekolahnya.

" Cik Aliya ? " panggil Kuzaimie.

" Kuzaimie .. macam mana dengan Huzairie ? " tanya Aliya perlahan kerana dia sedar di situ masa ramai orang.

" Saya pun tak tahu la Cik Aliya . Ni saya baru aje nak pergi tengok Tengku. " kata Kuzaimie.

" Saya nak ikut . " putus Aliya risau.

" Eh mana boleh sekarang kan masih waktu sekolah ? Pengetua hanya izinkan saya aje yang pergi tengokkan Tengku memandangkan saya pembantu peribadi tengku. " jelas Kuzaimie.

Aliya mendengus kecewa.

" Tak apa cik Aliya jangan risau ea. Saya akan inform cik Aliya kalau ada apa - apa . " kata Kuzaimie lagi.

Aliya mengangguk lemah. Seketika Kuzaimie pun beredar ke keretanya. Aliya pula balik ke kelasnya. Sepanjang kelas Aliya tidak fokus . Dia asyik teringatkan keadaan Huzairie.

Dia macam mana ? Okay tak ? Hmmm aku nak tengok dia !

" Aliya Sofrina !! " panggil cikgu Rahim.

Aliya sedikit terkejut.

" Tolong jangan berangan di kelas saya !! " marah cikgu Rahim.

" Err maaf cikgu .. "

Selepas itu Cikgu Rahim meneruskan pengajarannya.

" Aliya..kau tenang ea. Jangan lah fikir sangat . Aku yakin tunang kau akan okay . " kata Wafa.

Aliya hanya mengangguk.

Jam di tangan direnung Aliya. Alahai mana ayah ni ? Rafiqi pun balik bukan nak tunggu aku . Harap aje ada adik satu sekolah tapi tak ada kebaikan ! Seketika kelihatan kereta persona ayah berhenti betul - betul di hadapan Aliya. Hah ! Sampai pun ayah ! Aliya cepat - cepat masuk ke dalam keretanya. Apabila kereta persona ayah mula bergerak, Aliya mula berbicara.

" Ayah .. boleh tak nanti hantarkan Aliya pergi hospital ? " tanya Aliya.

" Hah ? Hantar ke hospital ? Nak buat apa ? "

" Hmm Huzairie sakit lah ayah . Tadi kat sekolah dia pengsan. " jelas Aliya.

Ruzain sedikit tersentak. Bakal menantu aku pengsan ?

" Boleh tak ayah ? " tanya Aliya lagi apabila ayahnya tidak memberi respon.

" Ya boleh tapi kita balik tukar baju apa semua dulu. "

" Okay ayah .. "

Setelah bersiap , Aliya sekeluarga pergi ke Hospital Tengku Azlan Shah iaitu hospital private keluarga Tengku Yahya Alam Shah. Setibanya mereka di hadapan wad ( VIP ) kelihatan nenda Huzairie dan Bondanya sedang duduk di sofa berhadapan pintu bilik .

" Nenda .. Bonda ... " panggil Aliya.

Ya , Aliya sudah menggunakan panggilan bonda dan nenda kerana itu yang diminta oleh nenda , memandangkan Aliya bakal menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.

" Aliya.. " sahut nenda.

" Huzairie macam mana ? Dia okay kan nenda , bonda ? " Tanya Aliya risau.

Seketika nenda dan bonda menghembus nafas panjang.

" Alhamdulilah Aery dah stabil. Dia demam . Demam panas . Suhu naik terlalu tinggi. Hampir aje dia masuk ICU. " terang Bonda.

Aliya sedikit terkedu. Tak sangka pulak Huzairie kalau demam boleh teruk sampai macam ni. Kejap ! Ni mesti sebab aku ! Sebab hari tu dia nak tolong aku tapi dia yang kehujanan. Ya Allah semua ni salah aku ! Kalau basikal aku tak buat hal mesti Huzairie takkan demam macam ni.

" Boleh Aliya tengok Huzairie ? " tanya Aliya.

" Pergi lah Aliya.." kata nenda.

Seketika Aliya pun melangkah masuk ke dalam bilik Huzairie ditempatkan. Tinggallah ibu , ayah dan Rafiqi bersama bonda dan nenda. Tidak kelihatan ayahnda Huzairie, mungkin ada urusan kot. Kuzaimie pun dia tak nampak dari tadi ? Tak datang lagi kot. Kelihatan Huzairie sedang terbaring lemah di atas katil. Mukanya pucat sekali. Aliya mengambil tempat di sofa yang disediakan di sisi Huzairie.

" Awak .. saya datang ni. Maaf sebab saya awak sakit sampai macam ni. Semua salah saya . Maafkan saya .. " monolog Aliya di dalam hati.

Ikutkan hati nak aje dia peluk Huzairie kat situ tapi Huzairie bukan mahramnya lagi. Huzairie tolong sembuh cepat . Saya tak suka tengok awak sakit macam ni ! Muka tu pucat sangat , dah tak handsome tunang saya ni. Nak tengok muka serious awak ! Nak dengar suara awak yang menyakitkan hati tu 😢 Hahahaah sihat cepat ya ? 😭

" Hmm esok kan sabtu ? Hah ! " 😃

Aliya keluar dari bilik rawatan Huzairie lalu mendapatkan ibu , ayah , nenda dan bonda. Aliya memberitahu hasratnya yang ingin menjaga Huzairie di hospital malam ni. Memandangkan esok tak sekolah , so boleh lah dia nak jaga Huzairie malam ni. Mula - mula dilarang oleh keluarga Huzairie kerana takut menyusahkan Aliya sahaja. Tapi pujuk punya pujuk , Aliya berjaya juga mendapat izin untuk menjaga Huzairie. Please la ! Ni Aliya Sofrina la ! Di mana kemahuan di situ ada jalan jyeahhh !

Setelah semua ahli keluarga Aliya dan Huzairie balik . Tinggallah Aliya dan Huzairie sahaja. Kadang - kadang ada juga jururawat yang masuk untuk memantau keadaan Huzairie.

" Nurse bila Huzairie nak sedar ea ? " tanya ALiya setelah beberapa jam dia menunggu Huzairie tapi sikit pun Huzairie tidak sedarkan diri.

" Pesakit masih dalam pantauan. Doktor jangka dia akan sedar dalam beberapa jam lagi. " terang jururawat yang bernama Ruhaila.

Aliya mengangguk kecil.

" Adik ni , adik Tengku Ilham Huzairie ke ? " tanya jururawat tu tiba - tiba.

What ?! Adik dia cakap ? Hello aku tunang dia lah . Nampak aku ni macam adik Huzairie ke ? 😒

" Eh tak lah . Saya .... "

" Oh mesti sepupu dia kan ? " mencelah jururawat tu lagi.

Dah kenapa nurse ni ? Sepupu pulak dia kata aku ? Haish aku nak cakap dia menyampuk !

" Eh bukan saya tunang dia ... "

Jelas terkejut riak wajah nurse tu. 😰 Mungkin terkejut aku dengan Huzairie muda tapi dah bertunang atau dia terkejut tengok aku yang selekeh ni boleh bertunang dengan Huzairie yang handsome gila tu. Dah macam beauty and the beast ?!😎

" Kenapa muka nurse macam tu ? Pelik sangat ke kalau saya tunang dia ? " tanya Aliya berani. Rasa menyampah pulak dia tengok muka terkejut nurse di hadapannya ni. Rasa macam nak bagi penumbuk aje !

" Errr eh tak ada lah. Oh kalau tak ada apa - apa saya keluar dulu .. " kata jururawat tersebut lalu melangkah laju keluar dari bilik rawatan tersebut.

Aliya tayang muka menyampah ! Seketika dia memandang Huzairie yang tidak sedar lagi tu. Hmm aku ni memang tak sesuai ke dengan Huzairie ? Selekeh sangat ke aku ? Ya jujur memang Huzairie seorang yang sempurna di mata aku ! Tapi tak salahkan aku dengan dia ? Orang lain tu yang jelous ! Wekkkk.

Lama kelamaan Aliya berasa bosan ! Aduh bila Huzairie nak sedar ni ? Aku bosan teramat ni. Huzairie bangun lah ! Borak dengan aku ke apa. Sekejap Aliya duduk di sofa sebelah Huzairie. Kejap dia duduk di sofa panjang di sebelah tingkap di dalam bilik rawatan Huzairie. Kejap dia baring , kejap dia meniarap. Hahahaah tak senonoh sungguh Aliya ni. Tu pun dia berani buat macam tu sebab Huzairie tak sedar , cuba kalau Huzairie tengok ? Tak ke jatuh saham aku ! Sudah puas Aliya bermain phonenya namun dia tetap bosan.

Tiba - tiba Aliya menyanyi kecil .

Lagu Cinta Apa adanya by Tasha Manshahar.

Ria tawamu masih aku terasa

Harap tidak sementara

Senyumanmu membuat aku bahagia

Harap kekal selamanya

Wo oh oh oh oh

Lihat ke hati kecilku

Wo oh oh oh oh

Perlu engkau tahu

Cinta cuba terima

Cinta apa adanya

Cinta cuba terima

Tiada yang sempurna

Cinta cuba terima

Cinta apa adanya

Cinta cuba setia

Tiada yang sempurna

Senyumanmu buatku bahagia

Harap kekal selamanya

Bukkk ! Aliya terbaring tidur di atas sofa itu. Hahahaha aduh Aliya , nyanyi - nyanyi pun boleh tertidur ? Ya Aliya balik dari sekolah tadi dia tak rehat langsung ! Terus aje menerjah ke hospital sebab risaukan Huzairie.

Beberapa jam kemudian Huzairie tersedar dari pengsannya. Dia membuka mata perlahan - lahan. Aduh pening nya. Hmm aku kat mana ni ? Huzairie bangun terpacak. Hah ? Hospital ? Seketika Huzairie melihat sekeliling dan dia terpandang Aliya yang sedang tertidur di sofa panjang. Apa minah tu buat kat sini ? Huzairie mencuba ingat semula apa yang jadi ke atasnya sebelum pengsan. Oh aku main basketball pastu aku pengsan. Mata Huzairie beralih semula melihat Aliya .

" Huzairie ... maaf ... sebab.. saya awak sakit " mengigau Aliya.

Huzairie hanya tersenyum senget seraya mengelengkan kepalanya. Dia jaga aku kot ? Sampai tertidur . Ke dia tak rehat langsung dari balik sekolah terus datang sini ? Tiba - tiba pintu bilik rawatan Huzairie di tolak dari luar. Muncul Kuzaimie.

" Eh Tengku dah sedar ? Sekejap saya panggilkan doktor .. " kata Kuzaimie lalu keluar semula.

Seketika Huzairie menggagahkan dirinya bangun sambil menarik besi air wayar jarum  di tangannya lalu dia menunduk sedikit membuka almari kecil di sebelahnya. Huzairie mengambil satu selimut extra yang disediakan pihak hospital lalu bergerak ke arah Aliya. Huzairie menyelimut Aliya.

Alahai lah Huzairie kenapa sweet sangat ni ? Sakit - sakit pun still nak selimutkan Aliya ? Seketika Huzairie melutut di sebelah Aliya seraya mengusap lembut kepala Aliya yang berlapik dengan tudung shawl itu.

" Kau tak perlu minta maaf. Bukan salah kau pun aku sakit . Ni semua  kehendak aku . Kehendak hati aku yang aku sendiri pun tak faham .. " monolog hati Huzairie. Matanya tidak lepas melihat muka Aliya.

Eleh kehendak hati ? Cinta lah tu Huzairie oiii ! 🙄

Seketika Huzairie kembali ke katilnya. Takut - takut doktor marah pulak tengok dia berjalan sesuka hati memandangkan dia baru sedar dari pengsan. 


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi