Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,624
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 19

Nenda menyentuh lembut kedua tangan milik Aliya.

" Aliya jangan terasa hati sangat ea dengan Huzairie. Dia sebenarnya baik. Penyanyang orangnya. Cuma dia susah sikit nak tunjuk. Nenda harap Aliya banyakkan bersabar ya. Nenda harap sangat yang Aliya akan stay dengan Huzairie sampai bila - bila. Harap sangat Aliya adalah puteri pertama dan terakhir untuk Huzairie. " kata nenda berharap.

" Tapi nenda.. Huzairie tak pernah sayangkan Aliya. Hmmm Aliya tak mampu nak berjanji sama ada Aliya akan stay dengan Huzairie.." kata Aliya jujur.

" Jangan lah macam tu sayang. Nenda yakin Huzairie sayangkan Aliya. Cuma dia perlukan waktu untuk pastikan itu. Please janji dengan nenda , yang Aliya akan stay dan sayangkan cucu nenda yang satu tu ? " kata nenda lagi.

Lambat - lambat Aliya mengangguk. Tidak sampai hatinya hendak menghancurkan  hati seorang nenek yang sayang akan cucunya. Seketika nenda menarik Aliya ke dalam dakapannya.

" Terima kaseh Aliya. Nenda sayangkan Aliya juga. Tak salah atoknda Aery pilih kamu sebagai cucu menantu kami. " bisik nenda kepada Aliya.

Dalam diam Aliya tersenyum. Ya ! Bukan sekarang waktunya untuk aku mengalah ! Aku isteri dia ! Aku mesti dapatkan hatinya ! Mr. sweet tu aku punya ! 😎

Pada malam itu . Aliya hanya mengelak dari Huzairie. Kalau Huzairie dan Aliya ingin bertembung. Pasti cepat - cepat Aliya mengelak.

" Hmm dia still marahkan aku ke ? " monolog Huzairie di dalam hati.

Huzairie termenung sambil duduk di sofa dalam biliknya. Seketika Aliya menguak pintu bilik perlahan - lahan. Huzairie memandang Aliya yang masuk ke dalam bilik. Aliya masuk ke dalam bilik persalinan untuk menukar bajunya. Setelah selesai dia bergerak ke katil untuk tidur. Huzairie masih menjadi pemerhati setiap langkah Aliya sehinggalah Aliya baring di atas katil.

Errr dia ni duk tengok - tengok aku apehal ? 😞 hmmm . Seketika Huzairie mendekati katil dan baring di sebelah Aliya. Aliya membelakangi Huzairie.

" Al... "

Aliya diam.

" Kau marah kan aku ke ? "

Masih diam.

" Aku minta maaf . Aku tak sengaja. Maafkan aku .. " pohon Huzairie.

Tiba - tiba Aliya menutup telinga dengan tangannya. Malas aku nak dengar pakcik ni punya minta maaf ! Aku masih nak merajuk ! Muktamad . 😑

Huzairie geram dengan respon yang diberikan Aliya . Terus dia menarik tangan Aliya dan digenggamnya dari belakang . Aliya terkejut apabila Huzairie menarik tangannya. Terus Aliya memusingkan tubuhnya menghadap Huzairie.

" Apa awak buat ni Huzairie ? " tanya Aliya terkejut + geram.

" Oh aku pegang tangan baru nak pandang aku ? " kata Huzairie mendatar.

" Hmmm lepaskan tangan saya lah. Saya ngantuk ! Nak tidur. Kalau awak tak selesa saya boleh tidur dekat sofa aje. " kata Aliya malas.

" Kau maafkan aku dulu baru aku lepaskan tangan kau. Aku minta maaf sebab tengking kau petang tadi. Aku tak sengaja. Lagipun kau ceroboh privasi aku ..mana taknya aku marah.. hmm apa - apa pun aku tahu aku salah. Aku sepatutnya cakap baik - baik dengan kau. Aku minta maaf. Jangan merajuk dengan aku please ?  " pujuk Huzairie panjang lebar.

Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

" Hmmm tengok lah esok pagi saya bagi jawapan. Sekarang saya nak tidur. Tolong lepas tangan saya " kata Aliya.

Huzairie melepaskan tangan Aliya perlahan - lahan.

" Janji esok maafkan aku. "

" Hmm "

Aliya membelakangi Huzairie. Tiba - tiba Huzairie menarik Aliya untuk tidur menghadapnya .

" Jangan tidur membelakangi suami. Tak  baik ! " kata Huzairie .

Haish pakcik ni ! Macam - macam lah. Aliya hanya akur. Takut di lawan nanti dapat title isteri derhaka pulak. Seketika Aliya memejamkan matanya dan tidur. 

Keesokkan paginya , Aliya solat berjemaah bersama Huzairie. Setelah selesai solat , Aliya tidak banyak berkata dia terus naik ke katil dan tidur semula. Maklumlah cuti hari Ahad kan ? So tak sekolah.

Huzairie mencebik ! Hmmm mana ? Kata nak bagi jawapan maaf tu pagi ni.

" Al ... jawapan untuk semalam mana ? " tanya Huzairie di tepi katil.

" Hmmm "

" Cepat lah ....kau maafkan aku tak ? " tanya Huzairie lagi.

" Hmmm "

" Kau hmmm sekali lagi .. tahu lah aku nak buat apa dengan kau ... " ugut Huzairie.

" Hmmm "

Chupp ! Mata Aliya terbuntang . Begitu juga pipi Huzairie blushing. Ya Huzairie mencium pipi Aliya sepintas lalu.

" Arghhh apa awak buat ni ? " jerit kecil Aliya. Terkejut dengan tindakan Huzairie.

" Kan kau berani sangat cabar aku . Hah tu la makannya. " kata Huzairie cuba mengawal rasa malu.

" Errr dia ni dah kenapa ? Tak sayang aku . Tak cinta aku . Tapi kiss pipi aku boleh pulak ? " monolog Aliya dalam hati.

" Sudah ! Cepat kau maafkan aku tak? " tanya Huzairie lagi.

" Hmmm yalah - yalah saya maafkan awak. Tapi satu syarat ! " kata Aliya.

" Syarat ? Syarat apa pulak ?" tanya Huzairie pelik.

" Ada 2 syarat aje. "  kata Aliya.

" Apa ? "

" First .. awak jangan tengking - tengking saya macam kelmarin. Saya paling lemah orang tengking saya. "

" Ermm yalah aku minta maaf sesangat. Aku janji aku takkan tengking kau dah. Second ? "

" Okay baik lah. Second pulak , tolong bagi saya peluang untuk buat awak jatuh cinta dengan saya ? Tolong belajar sayang saya boleh ? " luah Aliya.

Glurp ! Huzairie telan liur. Hmm entah lah Aliya . Aku sendiri tak pasti apa aku mampu atau tak untuk sayangkan kau. Kau terlalu baik untuk aku Aliya. Aku takut aku lukakan kau aje. Kenapa kau nak kena sayangkan aku ? 😌

" Hello ? Boleh tak untuk syarat yang kedua tu ? " tanya Aliya  lagi setelah Huzairie tidak memberikan respon.

" Tak boleh " jawab Huzairie mendatar.

" Oh baik lah . Kalau macam tu maaf dari saya tadi terbatal lah ya ? Ok bye saya nak tidur ! " kata Aliya bernada merajuk .

Dia ingin menyambung tidurnya semula. Terbit rasa sakit di hatinya ! Buat penat aje aku terang panjang lebar last - last dia balas " tak boleh ? " wooo sakitnya hati ku 💔  aku memang takkan ada dalam hati dia 😭

" Yelah boleh " tiba - tiba Huzairie bersuara.

Terbantut Aliya untuk tidur semula.

" Betul ni ? Awak cakap boleh kan tadi ? Saya tak pekak lagi kan ? " tanya Aliya teruja.

Huzairie mengangguk perlahan. Aku cuba  untuk sayangkan kau Aliya. 😌

" Thanks awak " kata Aliya berserta dengan senyuman yang manis kepada Huzairie.

Dup....dap..dup...dap...

Berdegup laju jantung Huzairie apabila melihat senyuman Aliya. Aku sayang dia ?

***************

" Awak .... cepat lah ... " panggil Aliya.

Huzairie membetulkan topinya. Ya memandang kan hari ni cuti , Aliya mengajaknya untuk jalan - jalan. Sekarang mereka tengah ada di AEON mall. Kuzaimie pulak di suruh bersiar seorang diri. Huzairie tidak mahu ada Kuzaimie di antaranya dengan Aliya.

Setelah Huzairie sudah ada di sebelah Aliya , tiba - tiba tangannya dicapai oleh Aliya.

" Tak yah lah pegang tangan aku dalam mall ni. Nanti orang fikir apa pulak. " kata Huzairie.

" Alaaaa biarlah. Kita dah kahwin kan ? So tak apa lah. " kata Aliya.

" No. Aku rimas lah orang pegang tangan aku. Macam budak kecik aje." kata Huzairie.

" Hmmm yelah.."

Aliya melepaskan tangan Huzairie. Setelah itu mereka meneruskan perjalanan mereka. Huzairie dan Aliya pergi ke suatu bahagian demi bahagian. Tapi satu pun Aliya tak beli apa.

" Kau ni masuk kedai tu tak beli apa pun. Kau cari apa sebenarnya ? " tanya Huzairie geram dengan sikap Aliya seperti membuang masa aje.

" Hmmm tak bukan macam tu. Memang semua kedai ada barang yang saya nak kan. Tapi bila fikir - fikir balik membazir lah pulak. Lebih baik duit tu awak tolong rakyat - rakyat awak . Kan bagus ? So saya cuci mata aje lah." jujur Aliya.

Kenapa kau baik sangat ni Aliya ? Walaupun kau dah kahwin dengan aku yang serba mewah ni , kau tetap ingat akan kehidupan rakyat - rakyat aku. Kau memang berhati mulia Aliya. Tak salah aku ikut wasiat atoknda supaya pilih kau jadi isteri aku. 😊 

Tiba - tiba Huzairie meraih tangan Aliya. Aliya mendongak memandang Huzairie . Pelik ? Kenapa pegang tangan aku pulak ni ? Seketika Huzairie menarik Aliya duduk di suatu kerusi yang telah disediakan di mall itu.

" Kau tunggu sini kejap ! Tunggu sampai aku datang tau. " kata Huzairie lalu beredar meninggalkan Aliya.

Aliya tercengang. Dah kenapa pakcik ni tinggal aku sorang - sorang kat sini ? 😞 

Huzairie baru sahaja beredar keluar dari suatu kedai bersama plastik barang yang dibelinya tadi tiba - tiba ada beberapa perempuan menegurnya.

" Ni Tengku Ilham Huzairie right ?" tanya seorang perempuan yang berkasut tumit tinggi.

Aduh ! Mana diaorang kenal aku ni ? Even aku pakai topi pun diaorang still cam (kenal) aku ke ? Ya itu lah motif utama apabila dia keluar pasti dia akan memakai topi untuk mengelakkan orang luar kenal dia.

" Err ya saya. "

" Wahhhh Tengku. Handsomenya you ! Bila tengok face to face macam ni lagi handsome ! " kata seorang lagi perempuan yang berambut panjang.

Huzairie hanya mampu tersenyum senget. Bila melihatkan pakaian - pakaian yang dipakai oleh perempuan - perempuan di hadapannya tiba - tiba dia berasa lega.

Nasib isteri aku tak pakai macam ni. Terbayang Aliya di fikirannya. Aliya yang cukup kelihatan manis apabila berpakaian baju kurung atau baju dressnya. Lepastu pakai tudung pulak. Ya Allah terima kaseh sebab anugerahkan perempuan seperti Aliya kepada ku.

" Boleh kitaorang selfie dengan you Tengku ? " pinta seorang lagi perempuan yang berkaca mata hitam.

" Sorry i need to go . Lain kali lah ya." kata Huzairie lalu melangkah pergi.

Baru beberapa tapak Huzairie melangkah , kedengaran suara - suara tidak puas hati di antara 3 orang perempuan itu kerana permintaan mereka ditolak oleh Huzairie. Lantak korang lah ! Ada aku kesah dengan selfie korang yang tak cukup kain tu ? 


" Hai sorang aje ke ? " tanya seorang lelaki .

Ehh mamat ni tegur aku ke apa ? Tapi memang kat situ aku sorang aje . Aliya buat derk aje dengan soalan lelaki yang entah dari mana. 😒

" Amboi cik adik ... diam aje. Bisu ke ? " usik seorang lagi lelaki.

Lelaki di situ ada 2 orang. Entah kutu rayau mall kot diaorang ni. Aliya still mendiamkan diri .

" Jom teman abang berdua pergi tengok wayang nak ? " kata lelaki yang pertama tadi .

Aliya tetap diam. Hmmm dia dihuni rasa takut 😥 mana Huzairie ni ? Aku perlukan dia sekarang !

" Jom la adik..." kata seorang lagi lelaki sambil tangannya menarik tangan Aliya.

Aliya sedikit terkejut dengan tindakan lelaki itu.

" Apa ni pegang - pegang ? " marah Aliya sambil cuba menarik tangannya dari digenggam oleh lelaki tersebut.

" Ehh ada suara rupanya cik adik manis ni. " kata lelaki itu bersama senyuman yang sinis.

Lama kelamaan Aliya ditarik oleh kedua - dua lelaki itu untuk mengikuti jejak mereka. Aliya meronta - ronta minta dilepaskan namun gagal. Yang malangnya masa sekarang dekat kawasan tu orang jarang lalu pulak.

" Huzairie tolong saya ! " jerit Aliya .

Namun cepat - cepat tangan seorang lagi lelaki tadi menutup mulut Aliya.

Ya Allah apa ni ? 😭 Huzairie mana awak ! Tolong saya ! Saya perlukan awak sekarang ! 


Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi