Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,626
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 27

Aliya dan Huzairie sampai di Cherating pada pukul 3 . Kelihatan ibu , ayah dan Rafiqi dan beberapa orang kampung ada di dalam rumah nenek. Rumah nenek yang kelihatan begitu ceria sebelum ini mulai muram setelah perkhabaran tentang kematian nenek. Aliya turun dari kereta dengan langkah yang berat sekali. Seperti tidak percaya baru sahaja beberapa hari dia bercakap dengan nenek ditelefon , baru sahaja dia pulang ke kampung melawat nenek , baru sahaja dia di dalam dakapan nenek dan baru sahaja dia masak sama - sama dengan nenek kat dapur. Sekarang nenek dah pergi tinggalkan dia buat selama - lamanya 😢 

Sampai sahaja betul - betul di depan tangga rumah nenek , langkah Aliya terhenti. Dia tak sanggup nak tengok jenazah nenek. Perit sangat rasanya. Tiba - tiba terasa ada tangan yang meraih tangan Aliya di sisi.

" Kuat . Jangan macam ni. Kesian jenazah nenek . " kata Huzairie memberi semangat sambil menggenggam erat tangan Aliya.

Aliya mengangguk lemah lalu meneruskan langkah.

Kelihatan sekujur tubuh sedang terbaring kaku. Orang di sisi kanan dan kiri sedang fokus membaca surah yasin. Aliya mendekati ibu yang duduk di tepi makcik - makcik jiran rumah nenek. Huzairie mengambil tempat di sebelah ayah dan Rafiqi.

" Ibu ... " panggil Aliya lalu memeluk ibu.

" Along .. pergi cium nenek sebelum diaorang nak kafan kan . " kata ibu.

Seketika Aliya menguatkan hatinya untuk mendekati jenazah nenek. Ditahan air mata semampu yang boleh 😢 dia tidak mahu muka bersih nenek dibasahi dengan air matanya. Aliya mencium lembut ubun - ubun nenek.

" Nenek ... moga nenek tenang di sana nanti ya. Aliya sayang nenek .. " desis hati kecil Aliya semasa dia mencium neneknya.

Kelihatan semua orang - orang sudah pulang ke rumah masing - masing. Hanya tinggal Aliya sekeluarga sahaja yang ada di depan pusara nenek. Aliya masih duduk bersimpuh di hadapan pusara nenek.

" Along jom kita balik ? " pujuk ibu setelah Aliya masih tidak mahu berginjak dari pusara nenek.

" Ibu balik lah dulu , nanti along balik. " kata Aliya mendatar.

" Ibu tak apa ibu balik lah dulu. Nanti Aery ngan Aliya balik. " kata Huzairie.

Ibu hanya mengangguk lalu beredar bersama ayah dan Rafiqi.

Aliya masih melihat pusara nenek yang bersebelahan dengan pusara atok.

" Nenek , atok nanti kita jumpa dekat syurga ea ? " desis hati Aliya. Perlahan - lahan air matanya jatuh untuk kesekian kali.

Tiba - tiba ada tangan yang menyapu air mata Aliya dari sisi. Aliya terkedu. Dia menoleh ke sisi. Huzairie mempamerkan sedikit senyuman.

" Jangan lah nangis. Buruk lah . Nanti nenek ngan atok gelakkan Riku pulak. " kata Huzairie cuba buat lawak supaya Aliya kembali tersenyum.

Aliya tiada respon. Dia menoleh memandang semula ke pusara.

" Kenapa nenek pergi secepat ni ? " soal Aliya tiba - tiba.

" Sebab Allah sayangkan nenek . Allah nak temukan nenek dengan arwah atok dekat syurga. So kita sebagai manusia yang masih hidup dekat atas muka bumi ni perlu lah teruskan hidup. Lagipun mesti nenek tak suka tengok Riku macam ni. " kata Huzairie panjang lebar.

Seketika Aliya memandang semula ke arah Huzairie. Huzairie masih setia di sisi.

" Terima kaseh " ucap Aliya.

" Terima kaseh for what ? "

" Terima kaseh sebab ada dengan yaya time yaya perlukan ayie. " kata Aliya lagi.

Huzairie meraih tangan Aliya .

" Sama - sama. Jom balik ? "

Aliya mengangguk lalu dia bangun dan membuntuti langkah Huzairie. Nenek moga roh nenek tenang di sana ya. Nanti Aliya datang melawat kubur nenek lagi.

***********

Keesokkan harinya setelah selesai majlis tahlih , keluarga Aliya berangkat pulang kecuali Aliya. Aliya ingin menetap lagi di rumah neneknya itu. Maka tinggallah Aliya , Huzairie dan Kuzaimie di rumah nenek Asiah. Seketika Aliya baru teringat , yang ibunya ada menyerahkan suatu kunci sebuah resort kepadanya.

*Flashback*

" Along , ambik ni " kata ibu lalu menghulurkan satu kunci kepada Aliya.

" Kunci apa ni buu ? " tanya Aliya pelik.

" Kunci resort yang atok kamu beli. Sebelum nenek meninggal nenek cakap , atok hadiahkan untuk kamu resort tu. " jelas ibu.

Aliya hanya mengangguk lalu menyambut huluran ibunya. Terima kaseh nenek , atok sebab dah buat macam - macam untuk Aliya.

*EndFlashback*

Tok ! Tok ! Tok !

Pintu bilik Aliya diketuk.

" Puan Muda ! Tengku panggil makan " kata Kuzaimie diluar bilik.

Hah ? Makan ? Aku tak masak pun lagi ?

" Ya .. kejap lagi saya keluar . " balas Aliya.

Aliya menggapai tudungnya lalu keluar dari bilik. Kelihatan Huzairie sedang duduk di ruang tamu sambil membaca surat khabar.

" Kuzaimie , tadi awak kata Tengku panggil saya makan kan ? "

Kuzaimie mengangguk.

" Siapa yang masak ? Saya tak masak lagi lah . " kata Aliya lagi.

" Siapa yang panggil Puan Muda makan ? " tanya Kuzaimie balik.

" Tengku ? " jawab Aliya pelik.

" Hah Tengku yang ajak means Tengku lah yang masak . " kata Kuzaimie.

Erkkk ! Pakcik tu masak ? Dia masak apa ? Rumah nenek semua dah habis bahan basah. Hmmm pelik ! Aliya mengorak langkah ke bahagian dapur. Huzairie sedang menghidangkan masakkannya di atas meja makan.

" Maaf saya tak masak tadi sebab bahan - bahan dah habis. Eh mana awak dapat bahan - bahan untuk masak ayam ni ? "

" Tak apa lah . Miku tahu Riku penat. So Miku try lah masak . Bahan - bahan ayam ni tadi Miku beli depan rumah. "

" Beli depan rumah ? "

" Haah . Ada apek cina jual naik lori. Ni pun ikutkan ayam tinggal satu ekor aje . Jenuh ( payah ) jugak berebut ngan makcik  Senah jiran sebelah rumah nenek Tu pun nasib baik makcik tu mengalah sebab dia cakap Miku handsome. Tu yang lepaskan ayam tu kat Miku. "

Aliya hanya ketawa kecil. Macam - macam lah Huzairie ni. Dengan makcik Senah pun boleh berebut ayam ? 😂😂

" Dah tak payah nak gelak sangat. Meh sini duduk makan. " panggil Huzairie.

Aliya hanya tersenyum hambar. Kalau dulu nenek yang selalu panggil makan. Sekarang pakcik Huzairie pulak yang jadi macam mak nenek. 😅

Aliya mengambil tempat berhadapan dengan Huzairie. Seketika Kuzaimie juga datang mengambil tempat di sebelah Huzairie.

Walaupun Huzairie masak kicap ayam. Rasa dia memang sedap lah ! 😙 Kuzaimie sampai tambah 2 pinggan nasi. Aliya hanya menjamah sedikit sahaja kerana dia masih tidak lalu makan. 

" Kenapa makan sikit aje ? " tanya Huzairie.

" Tak ada selera lah. " kata Aliya.

" Tak ada selera atau tak sedap masakkan Miku ? " tanya Huzairie mendatar.

" Eh tak lah. Hahahha kalau tak sedap , Kuzaimie takkan tambah sampai 2 pinggan ni hah " kata Aliya.

Kuzaimie hanya tersengeh seperti kerang busuk kepada Huzairie dan Aliya.

" Hahaha iya lah. "

***********

Setelah beberapa hari menetap di kampung nenek , mereka pun mula balik ke rumah. Aliya juga sudah move on dengan kepergian nenek tercinta. Semuanya berkat nasihat dan kata - kata semangat daripada Huzairie ❤

" Miku .. "

" Hmmmm "

" Miku boleh lahh please ? "

" No lah. Duduk aje rumah. "

" Alaaa 5 bulan kot . Lambat lagi result Spm nak keluar. Boleh la Al kerja dulu please ? " pujuk Aliya bersama kerdipan matanya.

Huzairie berfikir sejenak tentang permintaan Aliya.

"  Okay boleh but satu syarat. "

" Yeahhh ! Syarat apa ? " tanya Aliya.

" Kerja dekat cafe ayahnda boleh. " kata Huzairie.

Cafe ayahnda ? Cafe ayahnda pun boleh lah ! Janji kerja kan ? 😆 Aliya mengangguk laju.

Mula hari pertama bekerja di   " La Cafe Yahya Lavenda " milik Tengku Yahya. Aliya ni pelik , Huzairie bagi kerja jadi bahagian office cafe dia tak nak , yang dia pilih nak jadi pelayan cafe ? Aduhaii memang jatuh standard Huzairie lah. Isteri anak raja jadi pelayan cafe ? 😖 Hmmm nak buat macam mana sayang punya pasal , pelayan cafe pun pelayan cafe lah.

" Kerja tu elok - elok " pesan Huzairie.

Mesti pelik , Huzairie tak kerja ke ? Hahahaha tak lah Huzairie kerja bahagian dalam cafe . Ayahnda nya mengarahkan dia untuk mengawal bahagian office cafe.

Hari pertama Aliya bekerja dengan penuh teliti sekali. Dia mengambil order. Kadang - kadang dia hntar makanan. Ada juga pelanggan yang mengenali Aliya adalah menantu kepada Tengku Yahya. Mereka juga ada bertanya kepada Aliya kenapa kerja sebagai pelayan di cafe bapa mentua sendiri ? Jawapan Aliya simple " nak mula dari bawah , tak mahu bergantung pada status " . Heee ramai pelanggan memuji Aliya dengan sifat rendah dirinya itu 😊💕

Dalam diam  Huzairie memerhati setiap gerak geri Aliya. Motif utama Huzairie menerima arahan dari ayahndanya untuk menguruskan cafe kerana Aliya juga ada di sini ❤

Setelah selesai kerja pada pukul 5 , Aliya menunggu Huzairie di tempat biasa iaitu buaian.

" Hmm mana Huzairie ni ? Aku dah lah penat , ngantuk ni " bebel Aliya seorang diri.

15 minit kemudian , Huzairie masih belum keluar jugak. Kuzaimie pun tak sampai - sampai lagi. Aliya dah mula terlelap sambil duduk. Kepalanya kejap ke kiri kejap ke kanan. Tiba - tiba entah macam mana punya sedap Aliya terlelap , Aliya nak tersembam ke depan. Cepat - cepat tangan Huzairie menahan .

" Penat sungguh budak ni . Sampai tidur sambil duduk pun boleh ? " ngomel Huzairie. 

Seketika Kuzaimie pun sampai. Huzairie tidak sampai hati nak kejutkan Aliya sebab dia tidur nyenyak sangat , maka Huzairie pun mengangkat Aliya perlahan - lahan masuk ke dalam kereta. Penat - penat Huzairie bekerja seharian pun , dia mampu lagi nak angkat tubuh kecil Aliya. Sweet lahai 💕😊

Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi