Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,538
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 35

Keadaan Aliya amat kritikal apabila dia sampai di hospital. Doktor dan beberapa jururawat sibuk memeriksa keadaan Aliya. Memang suasana amat tegang. Semua ahli keluarga jugak resah menunggu di ruang VIP terutama sekali Huzairie. Ahli keluarga yang lain masih boleh tunggu di ruang ViP tapi tidak Huzairie. Huzairie menunggu Aliya di hadapan bilik kecemasan. Huzairie mundar mandir.

" Ya Allah , tolong selamatkan Aliya. Aku takkan maafkan diri aku andai terjadi sesuatu dengan Aliya. " rintih Huzairie di dalam hati.

*Flashback*

Huzairie terjaga dari tidurnya pada pukul 10 malam. Ya Huzairie terlelap sebenarnya. Huzairie tiba - tiba rasa tak sedap hati. Dia memandang di segenap bilik. Eh Aliya mana ea ? Huzairie bangun lalu mencari Aliya. Seketika Huzairie memeriksa di bilik Rieya. Baru dia teringat yang dia tertinggal phonenya di dalam bilik Rieya.

" Hmm mana Aliya ? Pelik dia tak dak pun ? "

Huzairie mengambil keputusan untuk turun ke tingkat bawah. Huzairie terserempak dengan Kuzaimie di bawah.

" Kuzaimie ! Nampak Aliya tak ? " tanya Huzairie.

" Hah ? Puan Muda ? Tak pun tengku. "

Tiba - tiba Afanin muncul.

" Ehh Aery ? Aery dah bangun ? Ingatkan tidur tadi ? "

" Afanin ! Nampak Aliya tak ? " tanya Huzairie mulai risau.

Glurp ! Afanin telan liur.

" Eerr Aliya ... bukan ada kat atas ke ? Tak nampa pulak dia kat bawah ni. " bohong Aliya.

Hahahah dia nak mati agaknya 😈 sia - sia kalau Huzairie cari. Afanin senyum kemenangan.

********

Huzairie tergerak hati untuk ke arah dapur. Apabila dia sampai di bahagian antara dapur dan bilik pendinginan , dia terdengar suara Rieya.

Meow .... meow....

" Eh tu suara Rieya ? " kata Huzairie lalu berjalan ke arah bilik pendinginan.

Huzairie sampai di hadapan bilik pendinginan.

" Eh Rieya ? Macam mana boleh sampai sini ? " soal Huzairie lalu mengangkat Rieya dan membelai - belainya.

Meow .... meow .... meow ... meow...

Rieya mengiau lebih banyak seperti ingin menyampaikan sesuatu. Sukar untuk Huzairie faham bahasa kucing ni. Huzairie tiba - tiba terpandang pintu bilik pendinginan. Rieya semakin mengiau kuat !

" Ada apa dalam tu ? " desis hati Huzairie.

Seketika Huzairie meletakkan Rieya lalu dia menghadapa pintu bilik pendinginan.

" Aik kenapa suhu maksimum ? " soal Huzairie pelik.

Huzairie menekan butang password pintu bilik pendinginan. Ya bilik pendinginan memang disediakan password.

Tit ! Tit !

Password accept. Huzairie membuka pintu bilik pendinginan. Huzairie tersentak apabila pintu bilik pendinginan terbuka saja , kelihatan Aliya terbaring kaku di hadapannya.

" Aliya ! " jerit Huzairie lalu mendekati Aliya.

*End Flashback*

Hampir sejam jugak baru doktor Fazilah iaitu doktor peribadi keluarga Tengku Yahya keluar dari bilik kecemasan.

" Doktor macam mana dengan keadaan Aliya ? "

Doktor Fazilah mengeluh panjang lalu mengusap belakang Huzairie.

" Boleh kita bercakap di bilik saya Tengku ? " kata Doktor Fazilah.

Huzairie hanya akur. Di bilik Doktor Fazilah. Doktor menerangkan semuanya tentang keadaan Aliya. Doktor memberitahu saat ini Aliya sudah mula stabil tapi Aliya harus menjalani rawatan fisioterapi akibat Aliya duduk di dalam suhu yang amat tinggi menyebabkan urat sarafnya kekejangan. Doktor juga ada memberitahu , nasib baik Huzairie membawa Aliya dengan segera ke hospital. Kalau Huzairie terlambat lagi bawa Aliya ke hospital , hal ini boleh membuatkan Aliya tidak dapat diselamatkan lagi.

Seketika Huzairie keluar dari bilik doktor dengan lemah . Dia memberitahu kepada ahli keluarganya tentang keadaan Aliya. Semua ahli keluarga berasa sedih dengan kemalangan yang menimpa Aliya. Namun dalam diam ada orang yang senyum kemenangan. Siapa ? Siapa lagi kalau bukan Afanin 😐

" Ayah , Ibu ... balik lah dulu. Biar Aery yang jaga Aliya kat sini . " kata Huzairie.

" Hmmm baik lah. Kalau ada apa - apa bagitahu ibu ya "

Huzairie hanya mengangguk.

" Errr nenda , bonda balik lah dulu . Biar Afanin temankan Aery jaga Aliya kat sini . " kata Afanin acah - acah baik.

" Tak payah nak menyibuk Afanin. Ikut nenda ngan bonda balik ! Biar Huzairie aje yang jaga Aliya . Kamu tak ada kaitan pun kat sini. " kata nenda pedas.

Hah ambik kau Afanin ! Kan nenda dah bersuara 😈 sebenarnya memang nenda ada rasa sesuatu yang tak kena dengan Afanin. Kenapa Afanin nampak tenang semacam aje dan happy aje bila Aliya tengah kritikal tadi.

Seketika semua ahli keluarga balik ke rumah masing - masing. Maka tinggallah Huzairie di bilik rawatan Aliya. Huzairie duduk di kerusi sebelah Aliya.

Aliya kelihatan tidak bermaya. Tiada lagi senyuman yang menghiasi bibir Aliya. Aliya masih tidak sedarkan diri.

" Macam mana Aliya boleh ada dalam bilik pendinginan tu ? Dia buat apa sampai boleh terkunci dalam tu ? " desis hati Huzairie sambil dia melihat mengamati muka Aliya yang pucat itu.

Tangan Huzairie meraih tangan Aliya. Dicium tangan kaku itu.

" Al bangun Al . Jangan tinggalkan Ayie. Kuat Al demi Ayie " ucap Huzairie perlahan.

Dalam diam air mata lelaki Huzairie jatuh di pipinya. Entah lah dia rasa terlalu takut untuk kehilangan Aliya. Dia sayangkan Aliya sangat - sangat. Dia tak boleh untuk kehilangan Aliya.

*******

" Al " panggil seseorang.

Aliya menoleh ke arah suara itu. Dia tersentak.

" Nenek ? " panggilan itu yang terluah di bibir Aliya.

Kelihatan nenek yang berbaju putih dan di sisinya juga ada atok.

" Atok ? " panggil Aliya bersama mata yang berkaca.

Seketika Aliya mendekati dan memeluk nenek dan atoknya.

" Aliya cucu atok " kata atok Aliya.

" Nenek , atok ... Aliya rindu .. "

" Kami juga rindukan Aliya " kata nenek dan atok serentak.

Aliya tersenyum dalam tangisan.

" Atok .. nenek ... Aliya nak ikut atok ngan nenek . " luah Aliya.

Nenek dan atok menggeleng.

" Belum tiba masanya Al . Masih ramai yang perlukan Aliya di sana. Aery masih perlukan Aliya. " kata nenek.

" Iya. Kembali lah Al. Kebahagian Al ada di sana. Al kena hadapi semua dugaan dengan tabah agar Al dapat kebahagiaan Al suatu hari nanti. " kata atok.

Tiba - tiba bayangan atok dan nenek menghilang begitu saja. Terus mata Aliya terbuka perlahan - lahan dari pengsannya selama 2 hari. Buka - buka mata sahaja , muka pertama dilihat Aliya adalah Huzairie.

" Aliya dah sedar ? Alhamdulilah " kata Huzairie memanjat syukur lalu menekan butang pemanggil doktor.

Seketika doktor dan beberapa jururawat datang memeriksa.

" Keadaan puan Aliya semakin membaik. Dalam beberapa hari lagi kita buat fisioterapi ya . " pesan doktor Fazilah.

Aliya hanya mengangguk perlahan.

" Terima kaseh dok " kata Huzairie sebelum doktor Fazilah beredar.

Huzairie juga telah mengkhabarkan kepada ahli keluarganya dan ahli keluarga mentuanya sebentar tadi.

Aliya tiba - tiba memproses otaknya tentang kejadian yang menimpa dirinya. Hmm tak sangka Afanin sejahat ni. Sanggup dia nak bunuh aku ? 😪 Hmm macam mana aku nak bagitahu Huzairie pasal hal ni ? Mesti dia tak percaya ! Mesti dia lebih percayakan si Afanin tu. Mesti dia akan back up Afanin.

" Al .. " panggila seseorang mematikan lamunan Aliya.

Aliya memandang Huzairie yang memanggilnya.

" Nak apa - apa tak ? Ayie boleh tolong ambil kan. "

Aliya hanya tersenyum hambar dan menggeleng.

" Oh okay "

Ermm patut tak ea aku tanya dekat Aliya soal apa yang terjadi waktu tu ? Kenapa Aliya boleh terkunci dalam bilik pendinginan ?

" Huzairie "

" Aliya "

Panggil mereka serentak.

" Tak apa lah Ayie cakap lah dulu. "

" Eh tak apa lah Al cakap lah dulu "

" Tak apa - tak apa. Al nak Ayie yang cakap dulu."

" Ermm okay. Ayie nak tanya macam mana Al boleh terkunci dalam bilik pendinginan tu ? Al buat apa kat sana ? " tanya Huzairie straight to the point.

Aliya tersentak. Maksudnya mesej yang aku dapat tu memang bukan dari Huzairie tapi Afanin ! Aliya diam.

" Kenapa diam ? Jawab lah " kata Huzairie mendatar.

" Al ... Al kena sabotaj. Ada orang yang tolak Al dan kunci Al dalam bilik tu. " jelas Aliya takut - takut.

Huzairie terkejut dengan penjelasan Aliya. Hah ? Ada orang yang tolak Aliya ?

" Siapa ? Nampak muka dia ? " tanya Huzairie penuh debaran.

Aliya diam. Dia teragak - agak untuk menyebut nama Afanin.. Iya lah dia tahu sangat mesti Huzairie akan marah dan tak percayakan dia kalau dia sebut nama Afanin tu.

" Siapa ? Bagitahu Ayie please ? " pinta Huzairie.

" Afa..Afanin " luah Aliya.

Huzairie tersentak ! Tiba - tiba dadanya berombak hebat ! Huzairie ketawa sinis.

" Hahahaha Al tolong jangan main - main dengan Ayie . Kenapa tak habis - habis nak tuduh Afanin ? So Al nak cakap Afanin cuba bunuh Al lah macam ni ? Tapi hakikatnya Al yang cuai ! Al sebenarnya yang tak fikir panjangkan pergi ke bilik pendinginan tu ? " marah Huzairie tiba - tiba. Ya dia tak percaya apa yang Aliya cakapkan.

Aliya tersentak ! Ya Allah , dia cakap aku main - main ? Aku cuai ? Takkan aku nak main - main dengan nyawa aku sendiri ? 💔 Aliya amat kecewa dengan reaksi Huzairie !

" Tak Ayie. Al tak main - main. Afanin yang tolak Al. Dia yang perangkap Al " kata Aliya cuba membela diri.

" Al please jangan libatkan Afanin dalam hal ni. Ayie kenal Afanin lebih dari Ayie kenal Al ! Afanin takkan buat semua benda tu ! Al yang cuai ! Jangan tuduh orang lain kalau tak ada bukti. " kata Huzairie kasar lalu beredar keluar. Tinggallah Aliya seorang diri di situ.

Kprakkkk ! 💔 Hati Aliya rasa patah berkeping - keping. Kenapa ? Susah sangat Huzairie nak percayakan aku ? 😭 Tiba - tiba cecair hangat mengalir di pipi Aliya. Ya Aliya menangis.

" Nenek ... Atok... Ayie tak percayakan Al. " desis hati Aliya yang lara.




Huzairie tersandar di dinding luar bilik rawatan Aliya. Dia meraup kasar wajahnya.

" Kenapa Al ? Kenapa Al kena tuduh Afanin juga dalam hal ni ? Tapi betul ke Afanin yang buat semua ni ? Tak ! Tak mungkin , buat apa Afanin nak buat semua ni ? Aku dengan Afanin dah tak ada apa - apa. Arghhhh serabutnya " monolog Huzairie di dalam hati.

Keesokkan harinya Aliya mulai menjalani latihan fisioterapinya. Memang payah untuk dia bergerak akibat kejadian dia terperangkap di dalam suhu yang tinggi itu. Aliya tidak banyak bercakap dengan Huzairie. Sepatah Huzairie cakap , sepatah juga lah Aliya balas. Setelah selesai fisioterapi , Huzairie menolak kerusi roda Aliya. Huzairie berhenti di suatu kawasan.

" Al...tunggu sini kejap ea. Ayie nak pergi toilet kejap. " kata Huzairie.

Aliya hanya mengangguk kecil. Huzairie pun beredar ke tandas. Selang beberapa minit , muncul orang yang tak di sangka - sangka.

" Eh Aliya ? " sapa Aidiel terkejut melihat Aliya yang berkerusi roda.

" Eh Aidiel. "

" Kau kenapa ni Aliya ? Kenapa boleh jadi sampai macam ni ? " tanya Aidiel risau yang mula melutut di hadapan Aliya.

Aliya terkejut dengan reaksi Aidiel. Aidiel risaukan aku ? Jelas riak muka Aidiel begitu risau melihat Aliya.

" Ehh bangun lah Aidiel. Tak payah lah melutut depan aku hahaha macam mana aku jadi macam ni ? Panjang ceritanya. Nanti aku cerita dekat kau. Hah yang kau buat apa pulak kat sini ?  " kata Aliya.

Seketika Aidiel membetulkan posisinya. Soalan Aliya yang menanyakan kenapa dia di sini ? Meruntun jiwanya.

" Hmm aku kat sini sebab .... "

" Sebab apa ? " tanya Aliya apabila ayat Aidiel tergantung.

" Sebab Liya kritikal sekarang. Penyakitnya makin merebak Al .. " jelas Aidiel.

Aliya tersentak. Hatinya juga tiba - tiba sedih. Ya Allah , kesian Liya.

" Aidiel bawa aku jumpa Liya please. Aku nak tengok Liya sangat - sangat. "

" Hah boleh - boleh jom. "

Seketika Aidiel menolak kerusi roda Aliya. Terus Aliya terlupa Huzairie yang ke tandas. Sekarang di fikirannya hanya lah Aliya Safiyah.

Previous: Bab 34
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi