Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,774
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 21

" Amboi balik dari pantai sampai ke meja makan asyik senyum aje cucu - cucu  nenek ni kenapa ? Ada good new apa - apa ke ? Nenek nak dapat cicit ke ? " tanya nenek Asiah.

" Hah ? Cicit ? Ke situ pulak nenek ni. Tak ada apa - apa lah. Saja kami nak senyum kan ? " kata Aliya lalu memandang Huzairie di sisi.

Huzairie hanya tersenyum senget.

" Alah kamu ni. Baru nenek nak seronok - seronok dapat cicit. " kata nenek acah - acah keciwaa.

" Hahahahaha in shaa allah nenek . Suatu hari nanti Aery bagi cicit ya kat nenek. " kata Huzairie tiba - tiba.

Aliya terkedu lantas memandang pelik ke arah Huzairie. Biar betul pakcik ni ! Yakin betul dia nak kasi nenek cicit ? Helo ! Aku muda lagi okay ! percubaan Spm pun tak lepas lagi. Takkan dah nak jadi bonda muda ?

" Hee hah macam ni lah cucu nenek. Memahami hati dan perasaan nenek " puji nenek. 😄

Huzairie hanya tersenyum dengan kerenah nenek. Aliya mendekatkan dirinya ke Huzairie lalu membisikkan sesuatu.

" Awak jangan nak mengada ea . Kita masih budak sekolah tau ! "

" Biarlah. Dah halal kan ? " balas Huzairie bersama usikan. 😉

Aliya mencebik ! Gatal betul pakcik ni ? Dia buat apa - apa malam ni memang kena makan penumbuk aku. ✊

" Eh mana Kuzaimie ? " tanya nenek setelah menyedari Kuzaimie tiada.

" Hai semua. Maaf lambat . "

" Hahahahaha tak apa , meh sini duduk makan nasi lemak. "

Pada malam itu , takut - takut Aliya nak masuk bilik. Disebabkan soalan nenek pagi tadi. Aliya masuk jugak dalam bilik dengan terpaksa. Kelihatan Huzairie sedang melihat barang - barang dari kotak berwarna biru. Eh ? Kan nenda pernah cakap kotak tu Yaya yang kasi . Means aku lah yang kasi en ? 😙

" Hah masuk pun . Lama tau orang tunggu. " kata Huzairie.

Aliya terkedu ! Err lama dia tunggu ? Tunggu apa ? No Aliya jangan fikir negatif , think positive ! 😥

" Mehh sini duduk" kata Huzairie sambil menepuk - nepuk katil .

Glurp ! Aliya telan liur. Pucat lesi terus muka Aliya 😫 Aliya duduk lambat - lambat di tempat yg Huzairie tepuk.

" Kenapa muka pucat aje ? Hahahahah " tanya Huzairie lalu ketawa kecil.

Dia tahu yang Aliya dah fikir macam - macam dah tu.

" Awak ni .. awak nak apa sebenarnya ? " tanya Aliya berani.

" Miku nakkkkkkkk......"

Aliya menanti jawapan dari bibir Huzairie.

" Miku nakkkkk Riku lah.." makin galak Huzairie mengusik.

Muka Aliya dah blushing teruk ! Panas aje rasa . Malu ada , geram pun ada dengan Huzairie ni.

" Hahahaha tak ada lah gurau ja. Miku takkan mintak kalau Riku tak ready. Chill lah kita masih muda. " kata Huzairie memahami.

Fuhhhhh. Aliya menghembus nafas lega. Heee nasib dia memahami. Thankyouuu awaknyeee. 😚

" Nah .. " kata Huzairie sambil menghulurkan kotak biru.

Aliya menyambut huluran itu.

" Dalam tu semua barang - barang yang Yaya kasi dekat Ayie dulu. " kata Huzairie lagi.

Aliya membuka penutup kotak itu lalu dia mencapai kepingan gambar yang hari tu dia tergendala nak tengok. Kelihatan ada dua orang kanak - kanak , yang lelaki tu adalah Huzairie dan si chubby tu mesti lah aku ! 😂 dulu aje chubby sekarang tak dah .

" Dulu Riku chubby , sekarang dah kurus tu yang Miku tak cam sayang .. " luah Huzairie.

Sejak balik dari pantai pagi tadi. Huzairie dah tak panggil " aku kau " dah. Terus tukar panggilan . Kejap panggil aku Riku kejap yaya dan kejap sayang 😆

" Hahahaha well. Tapi saya pun tak cam awak . Mungkin sebab awak dah besar dah handsome tu yang lain. Dulu kan masih budak hingusan lagi. " kata Aliya pula bersama usikan.

" Amboi budak hingusan ya ? "

Aliya menunjukkan peace kepada Huzairie ✌

Seketika Huzairie meraih tangan Aliya.

" Maafkan Miku sebab selama ni dah banyak sakitkan hati Riku. " kata Huzairie.

" Its okay . No hal lah. " kata Aliya.

Selepas itu Huzairie mengeluarkan sebuah kotak kecil dari bawah bantal. Aliya tayang muka pelik. Eh ? Tu kotak apa pulak ?

Seketika Huzairie membuka kotak itu. Terpapar seutas rantai berwarna silver dan hujung rantai itu ada abjad ' TIH ' . 
Huzairie menyuruh Aliya menanggalkan tudungnya. Sebab kat dalam rumahkan ada Kuzaimie so Aliya terpaksa lah memakai tudung bila keluar dari bilik. Aliya hanya akur. Seketika rantai silver itu terpasang cantik di leher Aliya.

" Bila awak beli ni ? "

" Saya beli masa dekat mall hari tu. Suka ? " kata Huzairie.

" Mesti lah suka. Cantik dan...ada huruf TIH ... "

Ya Aliya tahu apa maksud TIH tu. Means " Tengku Ilham Huzairie " 😊

" Thankyouu "

" Ur welcome dear. Saya harap rantai ni akan buat awak selalu ingat saya . " kata Huzairie.

" Hahahaha tak ada rantai ni pun saya tetap akan ingat awak lah. Jangan risau. " kata Aliya.

Seketika Huzairie mencuit lembut hidung Aliya.

*************

" Miku ... bangun lah ... dah pukul berapa dah ni. Cakap nak teman Riku melawat kubur atok..."

" Hmmm "

Huzairie masih membuta selepas solat subuh tadi. Hahahaha kalau kat rumah Ayahnda mana boleh dia tidur macam ni. Semua kena on time. Tapi bila kat kampung yang tak ada pantang larang segala mak nenek ni , tu yang boleh membuta.

" Awak cepat lah ! Kalau awak tak bangun saya pergi dengan Kuzaimie aje lah. Awak bukannya kesah pun kan ?  Saya pergi dengan Kuzaimie ! Bye ! " kata Aliya acah - acah nak merajuk kononnya dan nak bagi pakcik Huzairie ni jelous la kononnya kalau Aliya pergi dengan Kuzaimie.

Apabila Aliya ingin melangkah , cepat saja tangannya disambar Huzairie.

" No . Go with me. " itu yang keluar dari mulut Huzairie.

Aikk ? Jelous ke pakcik ! 😆  


Huzairie mengambil masa selama 15 minit untuk bersiap. Jam di dinding menunjukkan pukul 11 pagi. Langit di atas tidak lah begitu panas hanya biasa - biasa sahaja. Seketika Huzairie dan Aliya pun bertolak pergi ke kubur atok yang tidak lah jauh mana , yang pasti masih dalam kawasan kampung. Kuzaimie dibiarkan tinggal dengan nenek Asiah. Huzairie tak bagi Kuzaimie ikut ! 😂

Setelah membersihkan sedikit kawasan pusara atok. Aliya dan Huzairie membaca yasin dan al fatihah.

" Assalamualaikum atok , Aliya datang ni dengan cucu menantu wasiat atok. " kata Aliya bersama sedikit perasaan sebak yang bertandang di hati.

Seketika Huzairie mengusap lembut belakang Aliya seakan - akan memahami perasaan Aliya tika itu. Selepas selesai semuanya , Huzairie menyuruh Aliya pergi ke kereta terlebih dahulu. Kini hanya tinggal dia seorang diri di hadapan pusara atok Aliya.

" Atok terima kaseh sebab wujudkan wasiat tu dengan atoknda. In shaa allah , Aery akan jaga Aliya . " monolog Huzairie di dalam hati. Seketika dia pun melangkah pergi.

Sepanjang perjalanan Aliya hanya mendiamkan diri. Entah tiba - tiba tak ada mood pulak.

" Riku ... kenapa diam ? " Tanya Huzairie yang masih fokus memandu kereta.

" Hah ? Tak ada lah. " nafi Aliya.

Iye lah tu. Perempuan mana nak mengaku kalau dia tak okay sebenarnya.

" Ada nak pergi mana - mana tak ni sebelum balik rumah nenek ? " Tanya Huzairie.

" Hmm tak ada. Balik terus aje lah. " jawab Aliya endah tak endah.

Huzairie tersenyum sinis di sisi tanpa pengetahuan Aliya. Sedang Aliya leka melayan perasaan sedihnya tiba - tiba baru dia perasan Huzairie memandu kereta bukan ke jalan rumah neneknya tapi ke lain. Pakcik ni nak bawak aku pegi mana ?

" Eh ni bukan jalan rumah nenek. Awak nak pergi mana ni ? " Tanya Aliya pelik.

" Ada lah " tu aje jawapan Huzairie.

Seketika sampai ke destinasi yang tak disangka - sangka. Nak tahu Huzairie bawa p mana ? Zoo Kemaman ! Tak lah pelik sangat Huzairie bawa aku ke sini , tapi memang gila lah pergi zoo pakai baju kurung dengan baju melayu. Tak ke gila tengok binatang pakai baju macam ni. Mesti orang tengok pelik aje nanti.

" Awak nak tengok binatang pakai macam ni ?! "

" Why not ? Dah lah jom ! " kata Huzairie cool aje.

Aliya hanya akur walaupun dia bakal menebalkan muka nya apabila orang usya ( tengok ) pelik nanti. Sejak bila Huzairie suka buat kerja gila eh ? Betul tekaan Aliya , masuk - masuk aje orang dah tengok pelik. Alahai Huzairie ... Seketika mereka berjalan - jalan di sekitar zoo. Mereka berjalan secara beriringan. Best jugak pergi zoo. Lama tak datang zoo melawat kawasan hahahaha. Terus mood Aliya okay terus bila jalan - jalan dekat zoo ni. Pelancong - pelancong yang memandang pelik ke arah mereka berdua juga tidak dihiraukan.

" Sayang .. " panggil Huzairie.

" Yaaa " sahut Aliya tapi matanya masih giat membaca isi kandungan yang terpapar pada papan kenyataan setiap binatang.

" Dulu awak macam ni . " kata Huzairie sambil menunjukkan jarinya ke arah gajah yang sedap duduk dalam sangkarnya.

Aliya mencebik 😑 Huzairie hanya ketawa kecil. 😂

" Tapi sekarang awak macam ni . " kata Huzairie lagi sambil menunjuk ke arah swans yang kelihatan cantik di dalam air 💕

Aliya hanya tersenyum comel. Aceywahh.

Mereka berjalan pula ke arah binatang lain.

" Miku ... tengok ni dulu Miku macam ni lah . " kata Aliya lalu menunjukkan jarinya ke arah singa yang sedang tidur.

Tiba masa untuk Aliya mengenakan Huzairie pula.Huzairie tayang muka toya.

" Tapi sekarang macam ni " tunjuk Aliya ke arah burung kakak tua !

Huzairie masih tayang muka toya nya.

" Kenapa macam burung kakak tua ? So nak cakap yang Ayie ni banyak cakap ? Macam tu ? " kata Huzairie mendatar.

" No ! Awak macam burung kakak tua sebab bulu dia kan warna - warni , sama lah macam awak yang mewarnai hidup saya "

Chia Chia Chia hahahahah. 😆

Terbit senyuman kecil Huzairie. Seketika mereka meneruskan lagi perjalanan mereka.

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi