Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,812
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 20

Aliya meronta - ronta cuba melepaskan tangannya dari genggaman dua orang lelaki yang tidak dikenalinya itu.

" Siapa diaorang ni sebenarnya ? Aku tak rasa diaorang ni bukan orang biasa -  biasa. " monolog hati Aliya.

" Kau dah bagitahu bos yang kita dah dapat tangkap budak yang dia nak ni ? " tanya salah sorang lelaki kepada lelaki yang suatu lagi semasa mereka mengheret Aliya.

" Haah lah aku lupa nak roger bos "

" Puan Muda ! " panggil seseorang tiba - tiba.

Ya Allah ! Terima kaseh sebab kirimkan Kuzaimie sekarang . 😭 Kalau tak memang aku kena bawak lari lah .

" Kau siapa ?! " tanya salah seorang lelaki itu.

" Aku siapa tu tak penting ! Sekarang kau lepaskan dia ! " jerit Kuzaimie.

" Kalau kitaorang tak nak lepaskan dia macam mana ? " cabar seorang lagi .

Tanpa membuang masa Kuzaimie membuka langkah silatnya. Aliya ditolak hingga terduduk ke  tepi oleh kedua - dua lelaki itu. Bermula lah aksi tumbuk menumbuk di situ. Kelihatan Kuzaimie tewas apabila melawan dua orang lelaki yang gagah itu. Tiba - tiba datang seseorang yang amat diharapkan oleh Aliya.

" Huzairie.." panggil Aliya perlahan.

Huzairie pula yang mengambil alih tugas Kuzaimie untuk melawan dua orang lelaki itu. Kadang - kadang Huzairie tewas jugak apabila tersilap langkah. Habis mukanya ditumbuk. Mulutnya juga sedikit terluka. Entah macam mana tiba - tiba dua orang lelaki itu lari meninggallkan Huzairie.

" Tengku okay ? " tanya Kuzaimie.

" Aku okay lah. "

Seketika Huzairie mendekati Aliya.

" Al kau okay ? " tanya Huzairie lemah. Penat tumbuk menumbuk tadi.

Aliya hanya mengangguk lemah.

" Tapi muka awak .... " kata Aliya lalu menyentuh pipi Huzairie.

" Aku okay lah. Yang penting kau okay. Maaf aku tinggalkan kau sorang - sorang tadi. Kalau aku tak tinggalkan kau tadi mesti kau takkan kena macam ni. " kata Huzairie lalu mengalihkan tangan Aliya dari pipinya. Malu dilihat Kuzaimie aksi sweet menyuweet ni.

Seketika Huzairie , Aliya dan Kuzaimie pun melangkah untuk balik. Di rumah mewah Tengku Yahya.

" Nasib baik , Tengku Yahya dengan Permaisuri Laila tak ada di rumah. Kalau tak apa yang saya nak jelaskan pasal muka Tengku ni ? " bebel Kuzaimie.

" Kau tak payah risau lah, pandai lah nanti aku jelaskan dekat diaorang. " balas Huzairie.

Kuzaimie hanya mencebik dalam diam.

" Aliya jom masuk bilik. Kita rest dulu. " ajak Huzairie.

Aliya hanya akur.

***********

Semasa perjalanan Huzairie dan Aliya ke bilik mereka tiba - tiba di tingkat 2 mereka bertembung dengan nenda.

" Huzairie ? Aliya ? " kata nenda.

Huzairie dan Aliya sedikit tersentak.

" Huzairie kenapa dengan muka kamu tu ? Kamu bergaduh ke ? " tanya nenda .

" Err tak lah nenda. Hmm sebenarnya tadi Aliya hampir kena culik. So Huzairie lah yang selamatkan Aliya tadi. " jelas Aliya takut - takut .

" Hah ? Kamu nak kena culik ? Tak apa lah Huzairie kamu pergi berehat dulu nanti nenda panggilkan pembantu untuk letak ubat. "

" Eh tak apa lah nenda . Biar Aliya yang letakkan ubat. " kata Aliya lagi.

" Hmm baik lah. Tapi Aliya kamu ikut nenek sekejap. " kata nenda lagi.

Aliya tayang muka pelik . Kenapa pulak nenda nak aku ikut dia ? 😞

Seketika Huzairie masuk ke dalam biliknya. Manakala Aliya mengikuti nenda ke tingkat 3. Di balkoni.

" Nenda ada apa - apa nak cakap dekat Aliya ke ? " tanya Aliya pelik melihat nenda yang hanya mendiamkan diri sejak tadi.

Seketika nenda tersenyum sendiri. Aliya bertambah lah pelik .

" Maaf Aliya . Orang - orang yang nak culik kamu tadi tu orang suruhan nenda. "

Aliya  terlopong ! What ? Orang suruhan nenda ? Kenapa nenda nak suruh diaorang culik aku ? 😱

" Sengaja nenda plan semua ni. Nenda nak kamu tengok sejauh mana Huzairie sanggup untuk selamatkan kamu. Dia betul - betul sayangkan kamu Aliya. Kalau sampai dia korbankan muka handsomenya ditumbuk tu memang bermaksud orang tu berharga untuk dia. Huzairie seorang yang paling menjaga imej mukanya. Jadi tak salah lagi , Huzairie memang sayangkan kamu Aliya. So harap Aliya jangan ragu - ragu lagi dengan Huzairie. Stay ya dengan Huzairie. " terang nenda.

Daebakk ! Gila betul nenda ni. Tak sangka plan nenda sampai macam ni 😂 punya nak lah aku stay dengan Huzairie. Orang kerabat diraja ni memang pelik - pelik ke macam mana ? 😂

" Nenda tak perlu lah plan sampai macam ni. In shaa allah Aliya akan stay dengan Huzairie . Nenda jangan risau. Even Huzairie tak sayangkan Aliya pun , Aliya akan stay. " kata Aliya.

Nenda tersenyum lebar.

Aliya masuk ke dalam bilik. Kelihatan Huzairie tertidur di atas katil. Seketika Aliya membawa masuk ais dan tuala kecil. Aliya mendekati Huzairie. Dia meneliti setiap inci muka Huzairie.

" Hmmm betul ke awak sayang saya ? " monolog Aliya perlahan.

Seketika Aliya menuam muka Huzairie. Huzairie masih tidur  sikit pun dia tidak sedar.  Penat bertumbuk barangkali. 
Setelah selesai menuam dan letak ubat , Aliya pergi membersihkan dirinya.

************

Setelah bersekolah  2 minggu tibalah untuk cuti persekolahan pertengahan tahun. Semua pelajar tingkatan 5 perlu lah memanfaatkan cuti sekolah ni betul - betul sebab bulan depan dah peperiksaan percubaan Spm. 😲 so kena study smart not study hard.

" Miku kita jadikan balik umah nenek ? " tanya Aliya.

" Yalah. Tapi tak boleh lama - lama sebab kita ada kelas tambahan lepas tu. "

" Iyo lahhh.. so bila nak balik ? " tanya Aliya lagi.

" Esok "

What ? Seriously ? Yeahhhhhhh balik kampung ! Boleh pergi pantai. 😍

Seperti yang dikatakan Huzairie , maka bertolak lah mereka pulang ke Cherating esok ! Pantai sana cantik woo 💕 Semasa perjalanan masuk ke kampung Aliya , Huzairie sedikit terasa pelik.

" Tempat ni ... macam familiar lah .. " monolog Huzairie di dalam hati.

" Miku lawa kan kampung Riku . Dah lah depan rumah nenek ada pantai. Nanti kita boleh pergi pantai. " kata Aliya teruja lebih .

Huzairie hanya diam. Setibanya di perkarangan rumah nenek Aliya. Ya betul cakap Aliya , depan rumah neneknya ada pantai yang sangat cantik. Angin juga sepoi - sepoi bahasa.

" Tengku .. lawa jugak kan kampung Puan Muda. " bisik Kuzaimie.

Ada jugak kan si Kuzaimie ni ? Well di mana ada Huzairie , di situ lah ada Kuzaimie 😂

Huzairie memandang di sekeliling. Tempat ni bukan ke tempat ....

" Yaya ! Ya Allah cucu aku dah balik . " laung nenek di muka pintu.

Huzairie terus menoleh apabila nama itu disebut.

" Nenek ... rindunya kat nenek..." kata Aliya yang terus menerpa ke arah neneknya.

Nenek Asiah memeluk erat tubuh Aliya. Rindu benar dia pada cucu sulungnya itu. Seketika pelukan dileraikan.

" Mana suami kamu ? Ibu kamu kata kamu balik dengan suami kamu ? Maaflah nenek tak dapat nak datang kenduri kamu hari tu. " kata nenek.

" Oh tak apa lah nek , Aliya faham. Kejap ea Aliya panggil suami Aliya. " kata Aliya.

Nenek Asiah hanya mengangguk .

" Miku ! Meh sini ! " laung Aliya sambil mengamit - ngamit Huzairie yang ada berdekatan kereta.

" Nama suami kamu Miku ? Apa ke pelik sangat namanya ? Macam nama  kucing aje nenek dengar ? " tanya nenek Asiah.

Hahahahaa lawak lah nenek ni 😂

" Eh bukan lah nenek. Nama dia Tengku Ilham Huzairie. Miku tu nama panggilan manja aje nek hehehe. "

" Oh begitu . Pelik - pelik betul nama panggilan manja orang zaman sekarang ya. Dulu zaman nenek cuma panggilan kanda , adinda aje aceywahhh hahahaa." kata nenek Asiah lagi.

Aliya hanya ketawa kecil. Seketika Huzairie datang.

" Assalamualaikum nenek .. " kata Huzairie lalu dia menyalam tangan nenek Asiah.

" Waalaikumusalam. Wah handsome ya suami kamu ni. Muka macam arwah atok kamu muda - muda dulu. " kata nenek bersama senyuman yang manis.

" Hahaha biasa - biasa aje lah nek. Nenek apa khabar ? Sihat ? " tanya Huzairie ramah.

Suka Aliya melihat Huzairie seramah ini dengan nenek. Tidak kekok langsung ! Eh satu lagi baru Aliya perasan Huzairie tak merungut langsung sepanjang masuk ke kampung nenek nya ini . Dia dah biasa masuk kampung ke ? 😞

" Sihat aje . Errr apa nama kamu tadi nenek lupa lah Aliya dah bagitahu tadi. " kata nenek .

" Nama saya Huzairie. Nenek panggil aje Aery ... "

" Oh Aery ... nama kamu ni macam nenek pernah dengar lah. Tapi tak apa lah abaikan aje lah. Jom la masuk . Mesti kamu penat kan ?  " kata nenek.

Seketika Kuzaimie pulak datang.

" Assalamualaikum nenek. "

" Waalaikumusalam. Eh kamu ni siapa pulak ? Takkan kamu ni pun suami Aliya ? " kata nenek pelik.

Aliya hanya menggeleng . Nenek nenek , agak - agak ahh aku nak kahwin dua pun. Aku perempuan kot 😂 Kuzaimie menggaru  belakang kepalanya yang tidak gatal.

" Nenek ni merepek aje suami Aliya ada dua. Ni Kuzaimie , pembantu peribadi Huzairie. "

" Oh hahahaha nenek gurau aje. Meh - meh masuk Kuzaimie . " kata nenek.

Aliya menunjuk bilik tidur untuk Kuzaimie dan juga bilik Huzairie.

" Sorry kalau bilik ni tak sebesar dan secantik bilik awak. " kata Aliya merendah diri.

" Okay aje . Sama aje bilik apa pun. " kata Huzairie.

Seketika Huzairie memandang sekeliling bilik. Hmm kenapa aku rasa aku terlalu dekat dengan suasana kampong ni ? Mungkin sebab aku ada kenangan dengan tempat yang namanya ' kampong ' kot.

" Awak rest lah dulu ea. Saya nak pergi tengok nenek kejap. " kata Aliya lalu beredar keluar dari bilik.

Huzairie hanya melihat Aliya keluar dari bilik. Huzairie menguak tingkap bilik . Terbentang keindahan pantai disebalik tingkap itu. Sungguh cantik dan indah ciptaan mu Ya, Allah. Seketika rambut hadapan Huzairie bergerak dek kerana ditiup angin pantai. Huzairie memejamkan matanya menikmati angin pantai.

Kenangan 12 tahun lalu menerpa di ingatan Huzairie.

Kelihatan ada 2 orang anak kecil lingkungan 5 tahun sedang duduk di tepi pantai.

*Flashback*

" Ayie .. kenapa Ayie nangis ni ? " tanya seorang gadis comel yang chubby bernama Yaya.

" Ayie .. tak nak pindah. Ayie nak duduk kat sini. Ayie nak duduk dengan Yaya. " jawab anak kecil bersama esakan yang bernama Huzairie a.k.a Ayie.

" Hmm alaaa Ayie tak boleh lah nangis macam ni. Tak gentle lah budak lelaki nangis macam ni. Macam mana nak protect yaya kalau Ayie sendiri nangis macam ni ? " petah kanak - kanak yang berusia 5 tahun itu bercakap.

Seketika Ayie menyapu air matanya.

" Tak apa. Ayie pindah aje ikut ibu dengan ayah Ayie tu. Nanti bila Ayie dah besar , Ayie balik lah sini cari Yaya. Yaya tunggu Ayie dekat sini. " kata Yaya bersama senyuman yang comel.

Walaupun Yaya seorang anak kecil yang chubby. Huzairie sedikit pun tidak pernah rasa malu untuk berkawan dengannya.

" Janji ea ? Tunggu Ayie dekat sini ? " kata Ayie sambil menunjukkan jari kelingkingnya kepada Yaya.

" Janji ! " kata Yaya sambil menyambut jari kelingking Ayie.

Seketika kedua - dua anak kecil itu tersenyum riang.

*End Flashback*

Huzairie membuka matanya. Terasa ada air ditubir mata Huzairie. Huzairie menangis ? Ya , dia menangis kerana dia merindukan seorang gadis yang bernama Yaya. Sejak dia berpindah semasa dia berumur 5 tahun dulu , sudah tidak ada lagi khabar tentang Yaya. Huzairie sudah mencari Yaya tapi malangnya tidak pernah berjumpa pun. 😌

Huzairie mendekati beg sandangnya. Dia mengeluarkan kotak berwarna biru. Ya Huzairie memang suka usung kotak biru tu bila dia pergi mana - mana. Kotak tu ada banyak kenangannya bersama Yaya. Huzairie mengeluarkan cengkerang yang berwarna putih , pemberian dari Yaya. Selepas itu dia mengeluarkan pula kepingan gambar - gambarnya bersama Yaya ketika kecil dulu.

" Yaya .. mana kau ? " desis hati Huzairie.

Tok ! Tok ! Tok !

Pintu bilik diketuk.

" Miku .. awak nak mandi dulu atau nak makan dulu ? " tanya Aliya dari luar bilik.

Cepat - cepat Huzairie menyimpan barang - barang dari Yaya.

" Aku nak mandi dulu. " balas Huzairie.

" Okay "

**************

Pada malam itu , Aliya tertidur awal. Mungkin penat sangat sebab sampai - sampai aje rumah nenek dia terus tak rehat dan tolong nenek masak kat dapur. Kuzaimie pun sama dah terlelap kat bilik dia.Maka tinggallah Huzairie dengan nenek Asiah yang masih berjaga. Huzairie duduk di beranda rumah nenek Asiah sambil melihat bintang - bintang di langit. Seketika nenek Asiah mendekati Huzairie bersama sebuah album.

" Eh nenek tak tidur lagi ? " tanya Huzairie yang terkejut dengan kehadiran nenek Asiah.

" Belum. Kamu tu buat apa kat sini sorang - sorang ? Tak sejuk ke ? " tanya nenek.

" Tengok bintang aje nek. Sejuk lah jugak . Best duduk sini. Kalau kat bandar tak dapat lah nak rasa sejuk macam kat sini. " kata Huzairie.

" Oh betul tu. Hah macam mana kehidupan selepas kahwin ni ? Best ? Yaya tu ada kacau - kacau kamu tak ? " tanya nenek.

Glurp ! Huzairie terkedu setiap kali nenek Asiah memanggil Aliya dengan panggilan Yaya. Pelik ? Sebelum ni tak pernah pulak aku dengar abah dengan ibu panggil Aliya dengan panggilan Yaya.

" Err okay aje nek. Tak ada lah tak kacau apa pun. Aliya tu baik orang nya. " kata Huzairie.

" Hahaha bagus lah. Hmm nenek harap kamu dapat jaga Yaya dengan baik ya ? Yaya tu la cucu kesayangan arwah atok. " pesan nenek.

" In shaa allah nenek, Aery usaha untuk jaga Aliya. Ermmm nek kenapa nenek panggil Aliya dengan panggilan Yaya ? " tanya Huzairie ingin tahu.

" Iya lah , Aliya jadi panggilan yaya lah.. Tu panggilan Aliya masa dia kecik - kecik dulu, Tapi sekarang dia dah tak guna dah panggilan tu. Tapi nenek tetap nak panggil dia Yaya. Comel kan ? "

Hah ? Panggilan Aliya masa kecik - kecik dulu pun Yaya ? Huzairie sedikit terkejut.

" Ni hah nenek nak tunjuk album gambar Aliya masa kecik - kecik comel.. " kata nenek lalu membuka album tersebut. Nenek menghulurkan album itu kepada Huzairie.

Huzairie terlopong apabila melihat gambar Aliya semasa kecil.

" Yaya.. " nama itu yang terpancul dari mulutnya.

Nenek Asiah tersenyum di sisi Huzairie.

" Kamu jangan nak terkejut sangat lah Ayie .. Yaya dah ada depan mata kamu sekarang... " kata nenek tiba - tiba.

Huzairie terus memandang ke arah nenek Asiah dengan suatu pandangan yang sukar ditafsirkan. Nenek tahu aku Ayie ? 😞

" Walaupun nenek dah tua , tapi nenek masih ingat kamu Ayie. Kamu selalu datang rumah nenek dulu masa kecik - kecik . Makan dekat rumah nenek. Dah besar kamu sekarang kan Ayie ? " kata nenek.

" Nenek Cahh ? " tanya Huzairie betul - betul terkejut.

" Ya Ayie . Ni nenek Cahh. "

" Nenek.. " kata Huzairie lalu memeluk erat tubuh nenek Asiah yang semakin membongkok.

Ya Allah , Yaya dah ada depan mata aku selama ni. Kenapa aku tak pernah sedar pun ? Mungkin sebab Yaya yang sekarang dengan Yaya yang dulu dah tak sama. Kalau Yaya yang dulu chubby , tapi sekarag Yaya dah kurus. Begitu indah perancangan mu Ya Allah. Terima kaseh sebab pertemukan aku kembali dengan dia. Tak sangka dia adalah isteri aku sendiri.

Keesokan paginya , Aliya bangun agak terlewat sedikit memandang kan dia sedang bendera jepun. Selepas Aliya sudah mandi apa semua baru dia perasan kelibat Huzairie tak nampak langsung. Aliya berjalan pergi ke dapur. Kelihatan Kuzaimie sedang menonton tv di ruang tamu.

" Nenek , Huzairie mana ? " tanya Aliya.

" Entah lah , ke pantai agaknya. Pergi lah cari dia. Ajak makan sekali , nenek dah masak nasi lemak ni. " kata nenek.

Seketika Aliya berlalu mencari Huzairie di pantai.

" Mana pakcik ni pergi hah ? Tak ada pun " 😒

Tiba - tiba Aliya mengambil sebatang kayu lalu dia menulis di atas pantai . " Aliya Love Huzairie 💕"

Aliya teringatkan satu kata - kata daripada cikgu tadika nya sewaktu kecil dahulu.

" Cinta itu HADIR setiap saat . Cinta itu TERASA dalam tindakan "

" Cinta itu TERUCAP dalam senyuman .Cinta itu BERSINAR dengan tatapan. " sambung seseorang dari belakang Aliya.

Aliya tersentak lalu menoleh ke arah suara itu.

" Mana awak tahu ayat tu ? " tanya Aliya.

" Mesti lah saya tahu , cikgu tadika kita yang cakap macam tu kan? " kata Huzairie lalu mengorak langkah ke sisi Aliya.

" Hah ? Maksud awak apa ? "

" Yaya dah tak ingat Ayie ke ? " tanya Huzairie.

Aliya terkedu . Yaya ? Ayie ? Panggilan tu. Aliya memandang tepat ke wajah Huzairie.

" Ya ni Ayie , yaya " kata Huzairie seperti menjawab persoalan dari mata Aliya.

" Ayie .. " panggil Aliya.

Huzairie mengangguk lalu tersenyum kepada Aliya. Buat kali pertama Huzairie tersenyum lebar seperti itu kepada Aliya. Air mata Aliya sudah turun di pipi mulusnya. Aliya tergamam kerana seperti mimpi dia berjumpa semula dengan Ayie kawan sepermainannya. Paling mengejutkannya lagi , Ayie dan Huzairie adalah orang yang sama. Jadi Yaya yang nenda cerita tu adalah aku ? Kenapa aku tak perasan pun masa nenda cerita hari tu.😭😭

Seketika Huzairie menarik Aliya ke dalam dakapannya. Aliya jugak memeluk erat tubuh Huzairie. 

" Maaf . Ayie terlambat balik sini untuk cari Yaya. " bisik Huzairie lembut di pendengaran Aliya.

" Maaf jugak sebab Yaya tak tunggu Ayie balik. Yaya dah kahwin dengan orang lain. " kata Aliya sengaja ingin mengusik.

Huzairie mengetatkan lagi pelukkannya. Sengaja tidak mahu melepaskan Aliya.

" Iloveyou " ucap Huzairie perlahan di telinga Aliya.

Aliya hanya tersenyum bersama tangisan terharu.😭😭😭

" Iloveyoutoo Mr. Sweet " balas Aliya.

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi