Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,486
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 10

Penat aku nak melayan kerenah minah selekeh ni ! Kejap dia suruh aku makan buah epal , kejap buah oren , kejap buah tembikai . Gila betul lah . Kenapa tak bawa aje kedai buah terus ke sini .

" Awak makan lah buah ni pulak.. " pujuk Aliya lagi.

" Hmm sudah lah . Aku demam aje kot tak payah lah sampai semua buah kena makan. "

Aliya mencebik ! Hish anak raja ni orang nak dia sihat cepat bukannya nak hargai ! 😭

" Kau ni tak ada kerja sekolah ke ? Dah 2 hari kau jaga aku ni. Esok sekolah kan ? " tanya Huzairie.

Aduh ! Haah lah kerja sekolah aku sikit pun tak sentuh lagi. Pastu kerja sekolah bahasa inggeris cikgu Rahim punya 😰 Soalan math yang teacher Lau bagi pun tak siap lagi ! 😣

" Hah tak siap lagi lah tu kan ? " kata Huzairie lagi setelah Aliya tak beri respon.

" Eh tak lah ! Dah siap dah pun . Masa saya balik tukar baju saya ada buat jugak kerja sekolah . Awak jangan risau lah. " bohong Aliya.

No ! Dia tak boleh tahu kerja sekolah aku tak siap ! Nanti dia rasa jatuh standard dia kalau " bakal isteri Tengku Ilham Huzairie " tak siap kerja sekolah !😨

" Oh bagus lah kalau macam tu. Kalau tak buat malu aku aje satu sekolah nanti tahu yang kau isteri aku tapi kerja sekolah pun tak siap. " kata Huzairie pedas.

Aliya telan liur. Pahit doee . Seketika dia tersenyum senget kepada Huzairie. Huzairie hanya menguyah buat epal di dalam mulut.

Keesokan harinya , Aliya ke sekolah dengan kerja sekolah yang tak siap lagi . Aduh mati aku. Semasa kelas Bahasa Inggeris , cikgu Rahim masuk agak terlewat sedikit . Aliya pun bertungkus lumus lah cuba menyiapkan kerja sekolah Bahasa Inggerisnya.

" Bangun ! Assalamualaikum Cikgu ! " kata ketua kelas 5 Bestari.

Aliya terkaku ! Mampus aku baru siap separuh . Aduh cikgu dah masuk. Berkerut - kerut dahi Aliya takut.

" Saya tak nak buang masa ! Tolong yang siap kerja sekolah yang saya bagi minggu lepas duduk . Yang tak siap atau separuh siap ke apa ke , dia jangan duduk ! " kata Cikgu Rahim tegas.

Kesemua pelajar menarik kerusi masing - masing duduk kecuali Aliya ! Cikgu Rahim menyinga memandang Aliya. Aliya ketap bibirnya.

" Aliya Sofrina ?! Kamu lagi yang tak siap kerja sekolah yang saya bagi ?! "

" Err saya .. err .. "

" Sini kamu ! "

Aliya jalan lambat - lambat ke hadapan di meja guru. Aliya berhadapan dengan Cikgu Rahim.

" Kamu ni bila nak berubah ? Spm lagi 6 bulan sahaja ! Tak takut ke ? " Tanya Cikgu Rahim tegas.

" Sa..ya.. tahu tapi .. "

" Sudah ! Tak ada tapi - tapi .... bak sini tangan kamu ! "

Aduh kena rotan lagi. Hmmm sakit lah.

" Di sebabkan saya ada bagi 2 kerja sekolah saya terpaksa rotan kamu 2 kali ! "

Membuntang mata Aliya termasuk dengan kawan - kawan kelas Aliya. 2 kali ? Boleh patah tangan aku . Menyesal gila aku tak siapkan kerja sekolah Cikgu Rahim sebab terlalu nak jaga Huzairie dekat hospital hmmm.

Aliya menadahkan tangan kirinya.

Piap ! Aliya memejam mata .

Aliya menghulurkan tangan kanannya pula.

Piap !

Tangan Aliya terketar - ketar menahan sakit. Aduh sakit weyhh. Nak nangis ahh.

" Saya harap kamu takkan ulangi lagi kesalahan kamu. Saya harap kamu berubah demi masa hadapan kamu ! Dah duduk tempat kamu sekarang .. " kata Cikgu Rahim .

Seketika Aliya pun duduk di tempatnya. Kelas Bahasa Inggeris dimulakan.

" Along ... along tak penat ke ? Baru aje balik sekolah kan ? Dah nak pergi hospital pulak ? " Tanya ibu pelik.

" Tak penat lah buu . Along okay lah, Along kena tengokkan Huzairie . Entah dia dah makan ke tidak. "

" Ish budak ni dulu tak suka sangat dekat Huzairie tu sekarang ni ? Terbalik pulak. Hah satu lagi tangan kamu tu kenapa merah ? "

" Err tangan ni Along terjatuh dekat sekolah tadi terpijak kain sekolah labuh sangat hehe .. " bohong Aliya.

Tak ! Ibu tak boleh tahu . Mesti ibu sedih kalau tahu aku tak siap kerja sekolah pastu kena rotan.

Pin ! Pin !

" Ibu , along pergi dulu tau , Kuzaimie dah sampai tu .. " kata Aliya lalu beredar keluar dari rumah.

Ya , Kuzaimie yang menjemputnya hari ini untuk ke hospital. Hahahahaa Kuzaimie pun dah macam jadi driver Aliya sendiri.

Di Hospital , setibanya di hadapan bilik rawatan Huzairie.

" Cik Aliya masuk lah dulu . Saya nak pergi toilet kejap. " kata Kuzaimie.

Aliya hanya mengangguk lalu dia menolak pintu bilik rawatan Huzairie. Kelihatan Huzairie sedang termenung di atas katilnya.

" Hai awak ! " sapa Aliya ceria.

Huzairie diam . Dia tidak membalas sapaan Aliya.

Aliya mendekati Huzairie. Kelihatan makanan Huzairie tidak terusik lagi.

" Kenapa awak tak makan lagi ni ? Haish malas makan sungguh habistu macam mana nak makan ubat ? Macam mana nak sihat ? " bebel Aliya macam makcik - makcik hahahaaha.

Aliya menyuakan nasi di sudu ke arah Huzairie. Huzairie hanya menggelang.

" Makan lah... Aaaaa buka mulut ? "

" Tak nak aku tak ada mood nak makan. " kata Huzairie mendatar.

" Alaaa tak boleh lah macam tu . Kena jugak makan . " kata Aliya memujuk.

" Aku cakap aku takdak mood nak makan ! Tak dak mood lah ! Kau tak faham bahasa ke ?! " jerkah Huzairie tiba - tiba lalu menepis sudu yang dipegang Aliya. Habis nasi di sudu berterabur di atas lantai.

Aliya tersentak. Terkejut dia ditengking Huzairie seperti itu. Mata Aliya sedikit berkaca. Kenapa tiba - tiba dia jadi macam ni ?

" Kau ni buat serabuut otak aku aje ! Kau blah lah . Aku tak dak mood nak tengok muka kau kat sini ! " jerit Huzairie.

Tanpa membuang masa Aliya terus berlari keluar dari bilik rawatan Huzairie dengan air mata yang sudah turun laju. Beberapa saat kemudian, baru Huzairie menyedari kesilapannya menengking Aliya tiba - tiba.

" Apa aku dah buat ni Ya Allah .. " monolog Huzairie sambil meraup mukanya kasar.

Huzairie dia tak bersalah lah. Kenapa kau kena lepas kan marah kau dekat dia ? Ni semua sebab wasiat atok aku dengan atok Aliya. Kalau wasiat tu tak wujud mesti aku dah boleh bersama Afanin.

Afanin ? Siapa Afanin ?

*Flash back*

Beberapa jam sebelum Aliya sampai ke hospital , Huzairie telah mendapat panggilan dari seseorang yang sudah lama menyepi.

" Hello .. Aery .. " sapa seseorang di hujung talian.

" Hello ? Afanin ? " jawab Huzairie sedikit terkejut.

Afanin atau nama panjangnya , Tengku Ruhil Afanin. Sepupu kepada Tengku Ilham Huzairie. Afanin adalah anak saudara kepada ayahnda Huzairie. Sewaktu Huzairie berumur 10 tahun , dia mulai rapat dengan Afanin. Sehinggakan mereka jatuh cinta antara satu sama lain ketika berumur 12 tahun. Bonda dan ayahnda mereka tidak tahu tentang perasaan mereka dan hanya menganggap mereka rapat hanya sebagai sepupu. Namun ketika mereka berusia 15 tahun , Afanin terpaksa berpindah ke luar Negara iaitu London mengikut ayahndanya yang ingin menetap di sana. Sejak dari hari itu , Afanin terus menyepi tanpa memberi khabar sedikit pun kepada Huzairie. Hanya bonda dan ayahnda mereka sahaja yang masih berhubung.

" Ya ni Afanin. Aery maafkan Afanin sebab diamkan diri terlalu lama. Afanin rindukan Aery. " luah Afanin di hujung talian.

Huzairie kelu. Dia hanya membisu. Masih terkejut dengan kemunculan Afanin.

" Aery sakit ea ? Afanin dengar dari bonda yang Aery masuk hospital ? Aery okay tak ni ? " tanya Afanin lagi.

" Ermm ya Aery demam aje . Tak teruk sangat pun. " akhirnya jawab juga Huzairie.

" Aery jangan tipu lah. Afanin tahu macam mana kalau Aery demam . Sampai boleh masuk ICU kan ? Walaupun Afanin dah lama menyepi , Afanin tak pernah lupa tentang Aery. " luah Afanin.

Huzairie hanya menahan debar di dada. Ya Allah andai saja Afanin tahu yang aku bakal berkahwin tak lama lagi ... hmm mesti hatinya hancur kan ? Arghhh ni semua sebab wasiat entah apa - apa tu !

*End flashback*

" Eh Tengku ? Mana Cik Aliya ? " tanya Kuzaimie setelah masuk ke dalam bilik rawatan Huzairie.

" Err dia dah balik kot .. "

Kuzaimie sempat melirih ke arah nasi yang bertaburan di atas lantai. Ni mesti diaorang gaduh tadi.

" Hah Cik Aliya balik ? Tapi dia datang dengan saya tengku . Mesti lah saya yang akan hantar dia balik. Lagipun Cik Aliya bukannya fasih sangat dengan hospital ni lagi. Hospital ni kan besar ? Nak cari pintu keluar bukan senang. Tak apa ke Cik Aliya jalan sorang - sorang ? " kata Kuzaimie risau.

Huzairie tersentak !

*********
Hmmm jahat lah awak Huzairie 😭 . Sampai hati dia tengking aku ? Apa salah aku ? Cakap elok - elok tak boleh ke ? Aku penat - penat datang sini semata - mata nak melawat dia . Ni yang dia balas ? Tengking aku ?! Aliya berjalan tanpa hala tuju bersama air matanya yang turun laju tanpa dipinta. Ya Aliya sedih sangat apabila sikap Huzairie seperti itu kepadanya. Sudah lah kedua - dua tangannya sakit belum sembuh dari terkena rotan Cikgu Rahim ! Kini hatinya jugak sakit ditengking Huzairie. Tiba - tiba langkah Aliya terhenti. Dia melihat sekeliling. Sunyi . Ya Hospital tu memang agak sunyi kerana hospital private lah katakan so tak ramai sangat orang.

" Aku kat mana ni ehh ? Rasanya aku dah jauh sangat jalan ni. Tapi kenapa tak jumpa lif pun ? " desis hati Aliya ketakutan tiba - tiba.

Aliya meneruskan langkahnya lagi , tiba - tiba tangan Aliya ditarik oleh seseorang masuk ke dalam sebuah bilik ! Aliya sedikit terkejut.

******
" Kuzaimie kau kena tolong aku cari Aliya ! Aku risau dia sesat lah ! " kata Huzairie tegas lalu turun dari katilnya. Ya Huzairie sudah sembuh dan dia juga tidak dicucuk jarum air lagi dan ia lebih memudahkan Huzairie mencari Aliya.

Huzairie dan Kuzaimie berpecah mencari Aliya. Masing - masing mencari di setiap sudut hospital. Huzairie benar - benar rasa bersalah kerana telah menengking Aliya tadi. Dia risaukan keselamatan Aliya saat ini.

" Aliya mana kau ? Aku takkan maafkan diri aku kalau jadi apa - apa dekat kau ! " teriak hati Huzairie.

Huzairie gigih mencari Aliya.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi