Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,633
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 15

Hari ni dah masuk sekolah 😭 hmmm nervous pulak aku rasa. Macam first nak masuk sekolah tu. Hmm hari ni dah berbeza. Aku ke sekolah bukan sebagai status Aliya Sofrina rakyat biasa tapi sebagai Aliya Sofrina isteri kepada putera tunggal Tengku Yahya Alam Shah.

Hari ni pergi sekolah semua ketua pembantu bilik iaitu Fifi menyiapkan Aliya. Penampilan Aliya juga sedikit berubah. Tiada lagi Aliya Sofrina selekeh seperti dulu. Penampilan Aliya yang sekarang lebih kemas dan cantik.

Perjalanan ke sekolah. Aliya hanya mendiamkan diri. Huzairie memandang Aliya di sisi.

" Kau kenapa diam pulak hari ni ? Selalu kau yang paling banyak membebel. " tanya Huzairie pelik.

" Hmm saya nervous lah awak. Macam mana keadaan kat sekolah nanti ? Mesti saya kena kecam kan ? Ye lah awak kan banyak sangat peminat ! Siap ada fan club lagi. " luah Aliya.

" Hmmm nak buat macam mana lagi. Hadap aje lah. " selamba jawab Huzairie.

Mangkuk ahh dia ni ! 😤 aku yang kena hadap bukan dia 😑

Setibanya di sekolah. Hahahaha hari ni Aliya awal sebab dia dah tak macam dulu . Bangun lambat lah. Kena kayuh basikal lah. Sekarang semuanya lebih mudah.

Kelihatan Pak Mat menunduk hormat seperti selalu.

Aliya dan Huzairie keluar dari kereta. Semua pelajar - pelajar memandang ke arah mereka. Ada yang berbisik - bisik. Entah mengutuk lah tu 😪 dan entah macam mana ada pelajar - pelajar lelaki yang tersenyum - senyum memandang ke arah Aliya. Mereka terpegun melihat Aliya yang baru. Cantik dengan natural beauty dan kemas penampilannya.

" Dah kenapa budak - budak lelaki tu tengok Aliya macam tu ? Err nak makan penumbuk aku agaknya. " desis hati Huzairie cemburu. Entah kenapa cepat cemburu betul sekarang ni Huzairie 😂

Aliya dan Huzairie berjalan beriringan masuk ke tapak perhimpunan. Selepas itu mereka pun berpecah untuk ke tempat masing - masing. Huzairie perlu melakukan tugasnya seperti biasa. Di sekolah Smk Tunas Putera , setiap hari ada perhimpunan.

" Al rindunya kitaorang dekat kau. " kata Wafa.

" Aku pun. Tu lah aku suruh datang majlis aku tak datang. " kata Aliya.

" Alaaa kitaorang ada hal masa majlis kau tu. Sorry ya. " kata Filzah pulak.

" By the way , kau nampak lain lah hari ni . Natural beauty gitu. Kemas pulak tu. Tudung pun dah tak senget. " tegur Wafa.

" Hahahahaha ya ka ? Entah lah semua ni ketua pembantu bilik Huzairie yang siapkan aku. Aku ni macam patung ja yang mengikut. " jelas Aliya.

" Hahahaha yalah kau kena jaga maruah suami kau. Takkan lah isteri anak raja selekeh ? Ohh so memalu kan. " kata Firzana.

" Hahaha iya lah. "

" By the way ada apa - apa cerita tak dekat sekolah ni sepanjang aku tak datang ? " tanya Aliya.

" Errr ada. Cerita tu pun ada kaitan dengan perkahwinan kau. " kata Wafa takut - takut.

" Hah ? "

" Kau nak tahu lepas kau kahwin dengan Huzairie kan ? Dania kumpulan wannabe tu paling menyinga gila . Dia tak puas hati kau kahwin dengan Huzairie. Dengar - dengar dia ada tubuhkan group anti dengan kau " terang Firzana.

Glurp ! Aliya telan liur. Dugaan apa pulak ni ? Hmmm berisiko juga aku kahwin dengan Huzairie. Hmmm atok 😭 Aliya nak buat apa ni ?

" Aku dengan Firzana harap lepas ni kau berhati - hati. Besar kemungkinan macam - macam boleh berlaku. Kau bukan tak tahu Dania tu boleh buat apa . " pesan Wafa.

Aliya hanya mengangguk kecil. Seketika mereka pun masuk ke barisan apabila ketua pengawas telah memberi arahan.

***********

Aliya sudah mula fokus dengan setiap kelasnya. Tiada masa lagi untuk main - main. Aliya juga sudah kurang di marahi oleh cikgu Rahimmmmm 😎 rindu dengan rotan cikgu Rahim 😂 

Kring ! Loceng rehat sekolah berbunyi. Wah rindu nak beli air kantin 😂 alah bekal tak ada pulak. Selalu ibu yang sediakan. Hmm rindu ibu 😭 Aliya jalan seorang diri menuju ke kantin kerana Wafa dan Firzana ada hal sekejap di bilik guru. Aliya melangkah dengan laju untuk sampai dengan cepat. Perut pun dah buat konsert rock ni hahahaha.

Entah - entah macam mana tiba - tiba langkah Aliya terhenti. Mana taknya geng wannabe dan beberapa orang pelajar perempuan menyekat laluannya. Aduh ! Masalah dah sampai. Rilex Aliya jangan menggelabah sangat.

" Ni lah perempuan kampung yang tak sesuai jadi isteri Tengku Ilham Huzairie tu . " kata salah seorang perempuan.

Geng wannabe tersenyum sinis. Mereka berpuas hati kerana berjaya mempengaruhi beberapa peminat Huzairie tentang Aliya.

" Kita kena bagi pengajaran dekat dia ni . Baru dia sedar dekat mana kedudukan dia yang sebenarnya ! " kata Dania.

Glurp ! Aliya terkedu. Habis lah aku. Aduh mana kawan - kawan aku ni ? Dah la sekarang kawasan dekat situ sunyi. Cikgu pun jarang lalu dekat situ.Belum sempat Aliya ingin membuka langkah untuk lari tiba - tiba dua orang pelajar perempuan lagi datang dari arah belakang mengepung. Langkah Aliya terkunci.

" Kau nak lari mana hah ? " kata Stella sinis.

" Kenapa korang kena kacau aku hah ? " Aliya mula bersuara.

" Sebab kau rampas prince charming kami semua ! Kau tu tak layak ! Budak kampung aje pun ! " kata Dania.

Aliya hanya menggeleng kecil. Seketika Dania menepuk tangannya seperti memberi isyarat. Aliya terasa pelik awalnya. Terbit senyuman sinis dari bibir Dania .Tiba - tiba seorang pelajar lagi baru sampai bersama sebaldi air. Arghhh basah lah aku !

Splash ! Air disimbah ke arah Aliya . Habis basah baju sekolah Aliya. Selang beberapa minit pulak terbang tepung ke arah Aliya. Aliya dah macam hantu tepung dibuatnya. Tiba - tiba Aliya rasa macam nak menangis. Teruk sangat ke aku ni ? Aku memang tak sesuai ke dengan Huzairie ?

" Stop it ! Apa yang korang semua buat ni ? " sergah seseorang.

Selepas itu semua pelajar - pelajar tersebut lari bertempiaran.

" Puan muda okay ? " Tanya Kuzaimie.

Ya orang yang menyergah itu adalah Kuzaimie. Namun hati Aliya masih meminta agar Huzairie yang menyelamatnya. Aliya mengelap air matanya. Malu apabilah dilihat Kuzaimie.

" Nak saya panggilkan Tengku ke ? "

Tak ! Huzairie tak boleh tahu semua ni. Aku tak nak susahkan dia lagi. Aku tak boleh jadi seseorang yang hanya bergantung dengan status Huzairie.

" Jangan ! Jangan bagitahu Huzairie pasal benda ni. " kata Aliya.

" Tapi Puan muda..."

Aliya menggeleng laju. Kuzaimie hanya akur. Hmmm aduh macam mana ni ? Aku dah lah tak bawak baju sekolah lebih 😭 kejap lagi dah la waktu teacher Lau. Hmm tak mungkin aku nak masuk dengan keadaan aku macam ni ! Memalukan nama Huzairie betul.

" Kuzaimie macam mana saya nak masuk kelas macam ni ? " tanya Aliya sedih.

" Err entah lah Puan Muda. Puan Muda nak saya balik ambil kan baju ganti ke apa ? "

Kring ! Kring ! Loceng tamat rehat pun berbunyi tiba - tiba. Hmmm tak mungkin aku nak suruh Kuzaimie balik semata - mata nak ambil baju ganti untuk aku 😓 menyusahkan orang betul aku ni.

" Hmm tak apa lah Kuzaimie. Menyusahkan awak aje la. Awak balik lah kelas dulu ea . Rehat pun dah habis. Hah kalau awak terjumpa Wafa dengan Firzana cakap dekat diaorang saya tak boleh masuk kelas lepas rehat ni pastu suruh diaorang bawak beg saya datang tempat biasa. Awak cakap aje macam tu. Satu lagi janji ea jangan bagi tahu pasal benda ni dekat Huzairie. Saya tak nak dia rasa risau ke apa . " kata Aliya panjang lebar.

Ya hari ni dia terpaksa skip beberapa kelas selepas rehat.

" Puan Muda tak masuk kelas ? Tapi puan..nanti cikgu marah..."

" Tak apa hari ni aje. " kata Aliya lagi.

Akhirnya Kuzaimie hanya akur. Kuzaimie mulai mengatur langkah meninggalkan Aliya. Seketika Aliya juga melangkah pergi ke tandas. Aliya ingin membersihkan sedikit kekotoran di bajunya.

*************

" Mana Aliya Sofrina ? " tanya teacher Lau tegas.

Semua pelajar terkulat - kulat seorang diri. Semua tidak tahu di mana Aliya sudah menghilang selepas rehat.

" Wafa ! Firzana ! Mana kawan kamu lagi satu ? " tanya Teacher Lau lagi.

" Errr kami ... tak tahu cikgu.. " jawab mereka serentak !

" Mana boleh kamu tak tahu. Bukan dia kawan baik kamu berdua ke ? "

" Betul teacher kami tak tahu " jawab Wafa lagi.

Kebetulan tiba - tiba Tengku Ilham Huzairie baru sahaja ingin melintasi kelas 5 Bestari.

" Tengku Ilham Huzairie.." panggil Teacher Lau tiba - tiba.

Langkah Huzairie mati. Lalu dia menoleh ke arah teacher Lau.

" Ya teacher... " sahut Huzairie di depan pintu kelas 5 Bestari.

" Sini kamu. " panggil teacher Lau.

Huzairie melangkah masuk.

" Mana isteri kamu Aliya ? " tanya Teacher Lau .

" Hah Aliya ? Kenapa teacher ? Dia tak masuk kelas ke ? " tanya Huzairie pelik.

" Iya lah . Dia sudah ponteng kelas saya maaa.. " bebel teacher Lau. Dia amat marah jika kelasnya orang ponteng.

Hah ? Dia ponteng kelas ? Aliya ni dah kenapa ? Dia ingat dia dah jadi isteri aku dia boleh ponteng kelas macam tu aje ? Dia ni memang tak tahu malu betul 😤 saja nak menjatuhkan martabat diraja ke apa ? Hmmm aku pun tak faham la kenapa atoknda boleh buat wasiat macam ni !

" Errr saya pun tak tahu dia pergi mana teacher. " jawab Huzairie.

" Ish kamu tu suami dia pun tak dak tahu ? Its okay . Kamu boleh masuk kelas kamu. " kata teacher Lau.

Huzairie berlalu dengan perasaan yang tidak puas hati terhadap apa yang dilakukan oleh Aliya.

Huzairie masuk ke kelasnya.

" Tengku okay ? " tanya Kuzaimie apabila melihat perubahan pada muka Huzairie.

" Kau tahu tak Aliya ponteng kelas ? Dia ni dah kenapa ? Mentang - mentang dia ada status kahwin dengan anak raja , dia boleh buat sesuka hati dia ? Hish memalukan martabat aku aje. " bebel Huzairie.

Tak ! Tengku salah anggap. Puan muda Aliya tak seteruk tu. Hmmm justeru dia tak nak Tengku lebih malu bila orang - orang tengok dia dalam keadaan comot dan kotor macam tu. Alahai macam mana aku nak explain dekat tengku pun tak tahu ! Puan muda Aliya tak kasi aku bagitahu lah pulak 😥

" Errr mungkin Puan muda ada hal urgent ke ? " kata Kuzaimie cuba memberi klu kepada Huzairie.

" Benda apa yang urgent sangat ? Dia memang nak kena dengan aku ! Tunggu la nanti aku akan marah dia cukup - cukup dekat rumah. " putus Huzairie.

Kuzaimie hanya mendiamkan diri. Hmm kesian Puan muda Aliya. Macam mana lah keadaan dia sekarang ? 🤔

Aliya sudah membersihkan bajunya sedikit. Setelah itu dia pergi ke tempat biasa dia lepak dengan Firzana dan Wafa iaitu pondok kecil yang jarang orang duduk di padang sekolah.

Kriuk .. kriuk..

" Hmmm laparnya...dah lah sejuk pulak tu. Habis la demam lagi lah aku.. " monolog Aliya sambil memeluk tubuhnya.

Tiba - tiba terlayar kembali apa yang telah terjadi ke atas dirinya tadi. Hmmm aku dikecam sampai macam ni sekali ? Huzairie kenapa lah awak ni banyak peminat sangat ? 😭 habis saya dikerjakan oleh peminat awak. Hari first dah jadi macam ni. Atok ! Kenapa Aliya kena hadap semua ni ? Hmmm.

Seketika Aliya menekan perutnya. Ya Allah , sakitnya perut ni. Dah masuk angin ke apa ? Muka Aliya berkerut - kerut menahan sakit di perutnya. Tiba - tiba Aliya boleh tertidur di pondok itu.

" Aliya bangun Aliya .. " panggil Wafa .

Aliya terjaga dari tidurnya. Matanya terasa berat untuk dibuka. Tubuhnya terasa sejuk tiba - tiba.

" Aliya kau kenapa ni ? Kenapa tak masuk kelas ? Apa yang jadi kat kau ni ? Kami tahu kau kat sini pun sebab Kuzaimie yang sampaikan pesanan kau. " kata Firzana pula.

" Hmm sorry guys... panjang ceritanya.. " kata Aliya .

Selepas itu Aliya pun menceritakan segalanya. Terbit rasa marah dan tidak puas oleh Wafa dan Firzana. Hmm kesian Aliya.

" So Huzairie tahu tak ni ? " tanya Firzana.

Aliya menggeleng.

" Tak ! Dia tak perlu tahu. Aku tak nak lah susahkan dia dengan hal - hal macam ni. "

" Tapi... dia kan suami kau. Dia berhak tahu yang kau kena buli sampai macam ni. " kata Wafa pula.

" Tak apa lah. Okay lah aku nak kena pergi cepat ni kat kereta. Kejap lagi dia cari aku pulak . " kata Aliya yang mencapai beg sekolahnya.

Wafa dan Firzana hanya menjadi pemerhati.

" Thanks bawakan beg sekolah aku. Bye jumpa esok ya. " kata Aliya lalu beredar pergi.

Di tempat letak kereta. Kelihatan Huzairie sedang memeluk tubuh dan bersandar di keretanya sambil memandang tajam melihat Aliya yang baru sampai di hadapannya.

" Masuk dalam kereta cepat. " kata Huzairie mendatar.

Di dalam kereta. Perjalanan balik ke rumah Huzairie. Aliya hanya mendiamkan diri.

" Kau memang sengaja nak burukkan nama aku ea ? " soalan itu yang keluar dari mulut Huzairie.

Aliya sedikit tersentak.

" Kenapa kau ponteng kelas kau ? Dengan baju kotor. Kau buat apa hah ? Memang suka ea burukkan nama aku satu sekolah ? " marah Huzairie.

Kuzaimie hanya mendiamkan diri di seat pemandu. Terbit rasa kasihan di hati Kuzaimie apabila Aliya dituduh seperti itu.

" Err tak lah .. bukan macam tu.. hmm saya ... saya ... "

" Kau tak ingat ke yang kau tu dah jadi sebahagian dari kerabat diraja ? Masih lagi nak buat diri tu macam KAMPUNG dah kenapa ? " kata Huzairie pedas !

Kprakkk ! 💔 Huzairie hina aku ke apa ? Aliya terus tidak menjawab. Dia terus memilih untuk mendiamkan diri. Dia tidak larat untuk berdebat dengan Huzairie kali ini.Biarlah dia sahaja yang hadap semua ni. Ya memang aku dari orang kampung. Hmm aku sedar akan kenyataan itu.

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi