Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,730
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 22

Pejam celik pejam celik esok dah nak balik 😭 tak bestnya.

" Kenapa monyok aje ni ? " tanya Huzairie setelah dia menyedari muka Aliya yang dari tadi asyik masam mencuka.

" Esok dah kena balik ke ? " tanya Aliya.

" Hah yalah. Minggu depan kita ada kelas tambahan lah. " kata Huzairie.

Hmmmmm malasnyaaaa 😣 tapi percubaan Spm dah dekat 😪 takut lah pulak 😨

" Malam ni ikut Miku. " kata Huzairie tiba - tiba.

" Ikut pergi mana ? "

" Ada lah . Ikut aje lah. "

Aliya buat muka pelik. Pakcik ni merata dia nak pergi aihh 😒

Tok ! Tok ! Tok !

Pintu bilik diketuk.

" Tengku , Puan Muda .. nenek panggil makan " panggil Kuzaimie dari luar bilik.

" Kami datang ! " jawab Huzairie dan Aliya serentak.

Pada malam itu di ruang tamu.

" Tengku saya nak ikut . " kata Kuzaimie.

" Alah kau ni , bagi lah chance aku nak berdua dengan Aliya. Nanti kalau dah balik bandar dah tak dapat nak macam ni. Mesti ayahnda ngan bonda takkan lepaskan aku tanpa kau. " pinta Huzairie.

" Alaa Tengku . Nak buat macam mana dah tugas saya memang kena ikut Tengku pergi ke mana sahaja. " kata Kuzaimie.

" Tolong kali ni aje. " rayu Huzairie.

Buat kali pertama Huzairie merayu dekat Kuzaimie ? Terpaksa ! Semua untuk cipta moment - moment terindah buat Aliya sebelum mereka balik .

" Yelah Tengku . Kali ni aje. Drive safe ! Malam dah ni Tengku. Tengku pun satu keluar malam - malam cari apa ? " bebel Kuzaimie macam makcik - makcik bawang 😂

Seketika Aliya bersiap simple - simple aje. Entah pakcik ni nak bawa aku pergi mana entah. Sepanjang perjalanan mereka hanya berdiam diri.

" Miku kita nak pergi mana ni ? Jauh lagi ke ? " Tanya Aliya yang mula terasa bosan.

" Nak sampai dah " kata Huzairie masih fokus memandu kereta.

Seketika Aliya baru perasan ehhh ni jalan nak pergi kemaman ! Hari tu dah tengok Zoo Kemaman. Takkan malam ni nak tengok night Safari pulak ? Kalau betul lah kan . Huzairie ni memang gila ! Minat binatang sungguh. Seketika mereka sampai ke destinasi yang dituju. Belum sempat Aliya nak turun dari kereta , Huzairie menyuruh Aliya menutup mata dengan kain yang telah disedikan Huzairie. Aliya hanya turuti permintaan Huzairie. Debaran kian terasa di hati Aliya apabila telinganya hanya dapat menangkap bunyi air sungai. Aik ? Buat apa Huzairie bawak aku ke sungai malam - malam macam ni ?

" Awak bawak saya ke mana ni ? Kenapa dengar air sungai aje ni ? " Tanya Aliya takut - takut dah lah malam.

" Kejap saya bukakan ikatan mata .. "

Seketika ikatan mata Aliya dibuka perlahan - lahan. Aliya tergamam melihat apa yang dihadapannya. Sungguh cantik ! Di hadapannya sekarang adalah Sungai Yak Yah daerah Kemaman. Cantik yang digambarkkan oleh Aliya adalah kelip - kelip yang sedang berterbangan bersama cahaya lampu di hadapannya. Memang cantik sangat - sangat.

" Cantik ? Suka ? " tanya Huzairie bersama segaris senyuman.

Aliya hanya mengangguk sambil matanya menikmati keindahan itu. Ya Allah , rasa nak nangis. Entah lah rasa terharu sangat bila Huzairie buat kejutan macam ni. Memang sweet. Serious tak sangka , Huzairie seorang yang serious dan garang boleh jadi sesweet ni setelah kenal seorang gadis bernama Aliya Sofrina.

Huzairie merangkul pinggang Aliya dari belakang. Aliya sedikit terkejut dengan tindakan Huzairie. Huzairie meletakkan dagunya di atas bahu kanan Aliya. Disebabkan Aliya rendah darinya , Huzairie terpaksa lah membongkokkan sedikit badannya.

" This sweet moment for you my dear " ucap perlahan Huzairie di telinga Aliya.

" Thankyouu Mr. Sweet " balas Aliya juga.

**************

Huwaaaaaa dah nak kena balik ! Tak bestnyaa . Tak puas tinggal dekat kampung ni. Kelihatan Kuzaimie mengangkat beg - beg Aliya dan Huzairie masuk ke dalam bonet kereta.

" Nenek ... Aliya dengan Huzairie balik dulu ya ? Nenek jaga diri. Kalau sakit jangan lupa makan ubat. Kalau ada apa - apa hal yang urgent , telefon Aliya ke telefon ibu ke . Okay ? " pesan Aliya.

" Yalah cucu nenek. Kamu pun sama jaga diri baik - baik. Ni hah jaga Huzairie baik - baik. Satu lagi ! Jangan lupa kasi nenek cicit ya ? " kata nenek.

Terbatuk - batuk Aliya apabila mendengarkan permintaan nenek soal cicit ni. Huzairie hanya tersenyum di sisi Aliya. Eleh suka lah tu bila nenek sebut pasal cicit. Tumbuk kang !

Setelah Aliya dan nenek berpelukan , Aliya melangkah pergi ke kereta. Kini tinggallah Huzairie dan nenek Asiah.

" Nek ambil ni " kata Huzairie sambil menghulurkan sampul yang berisi RM 1000 .

" Eh tak payah lah. Susahkan kamu saja, kamu simpan aje duit ni " tolak nenek.

" Tak ada lah, duit ni tak seberapa pun. Nenek ambil lah buat keperluan nenek. " pujuk Huzairie.

" Yelah - yelah. Terima kaseh ea Ayie. "

" Sama - sama nek. Nenek jaga diri tau. Kalau ada apa - apa nenek pun boleh aje call Ayie. "

" Hahaha baiklah, Ayie ingat ni pesan nenek. Tolong jaga Aliya baik - baik . Tolong sayang Aliya sepertimana arwah atok dia sayangkan dia ya ? " pesan nenek.

" In shaa allah nek " balas Huzairie.

Dalam perjalanan.

" Apa yang awak cakap dengan nenek tadi ? Kutuk saya ea ? " Tanya Aliya ingin tahu.

" Haah kutuk Yaya " kata Huzairie.

Aliya mencebik !

" Hahaha tak ada apa lah . Tadi bagi nenek duit belanja sikit " terang Huzairie.

" Oh "

Dalam beberapa minit sahaja lepas tu , boleh si Aliya tertidur. Patut lah diam aje. Kelihatan kepala Aliya tersandar di tingkap kereta. Kesian pulak Huzairie tengok Aliya tidur macam tu. Huzairie menarik perlahan - lahan kepala Aliya lalu disandarkan di bahunya. Aliya begitu nyenyak tidur di bahu Huzairie tiba - tiba terngiang - ngiang pesan nenek tadi.

" Ayie akan sayang Yaya macam mana yang arwah atok sayang Yaya. " desis hati Huzairie sambil mengamati muka tidur Aliya.

Kuzaimie hanya mengintai di cermin sisi belakang.

" Untung lahai kahwin awal. Boleh sweet - sweet gitu. Aku bila lagi ? Girlfriend pun tak hado ! " monolog Kuzaimie di dalam hati.

*********

2 bulan telah berlalu pergi . Hari ni adalah paper terakhir percubaan Spm ! Finally yeah merdeka ! Kepala hotak kau Aliya merdeka ! Baru percubaan kot hehe.

" Macam mana paper tadi ? " tanya Huzairie.

" Ermm susah lah . Mesti result nanti entah apa - apa je " balas Aliya.

Telinga Aliya ditarik Huzairie ! Aduh ! Dah kenapa pakcik ni tarik telinga aku ?!

" Kenapa awak tarik telinga saya ni ? " marah Aliya.

" Yalah , cakap tu main ikut sedap mulut aje . Kan dah kena tarik telinga ! Lain kali jangan cakap macam tu. Kata - kata tu satu doa. Riku dah usaha buat yang terbaik kan ? So sekarang tawakal dan berdoa minta yang baik - baik lah . " nasihat Huzairie.

Apabila anak raja bertukar menjadi ustaz ! Eh kau ni Aliya , tak baik kata macam tu . Suami kau tu . Jangan nak jadi isteri derhaka ya.

" Yalah - yalah . Sorry ea "

" Hmm ok "

" Miku kita kan baru habis paper kan ? "

" Hmm so ? "

" Jom keluar ? Lama tak keluar asyik belajar aje hari tu. "

" Nak keluar ? Nak jalan - jalan ke mana ? " tanya Huzairie.

" Alaa jom lah tengok wayang ke ? Main permainan game kat mall ke ? Jom lah " cadang Aliya.

" Benda tu aje ? Tak payah dekat luar pun boleh lah. Kat rumah pun ada. " kata Huzairie selamba.

Hah ? What do he mean ??

" Alah setakat video game , psp awak tu tak nak lah bosan ! Dah selalu sangat main. " ngomel Aliya.

" Siapa cakap kita nak main benda tu semua ? Tadi kata nak wayang kan ? Nak apa lagi ? Nak permainan game kan ? Hah dalam rumah ni pun ada . "

" Awak biar betul ? Dalam rumah ni semua ada ? Saya tak tahu pun ? "

" Siapa suruh tak tanya. Hahahaha dalam rumah ni ada macam - macam cuma Riku aje yang tak tahu. Semua tu ada dekat tingkat 3 . Nampak aje kan tingkat 3 tu sunyi tapi macam - macam ada dekat sana. " kata Huzairie.

Biar betul ?! Wahhhhh kalau aku tau dah lama aku selongkar semua bilik hahahaaha.

" So nak tengok wayang tak ? "

" Nak lahhhh ! "

" Jom Tuan Puteri ? " kata Huzairie lalu menghulurkan tangannya meminta tangan Aliya.

Aliya menyambut huluran itu.

Mereka naik lif ke tingkat 3. Ya tingkat 3 memang sunyi , macam tak ada apa - apa dan membosankan tingkat ni. Tengok - tengok lepas Huzairie cakap , macam - macam ada dekat tingkat ni , so memang akan menjadi tempat favourite Aliya lah macam ni. Mereka tiba di hadapan pintu sebuah bilik.

" Dah ready nak masuk bilik wayang ni ? "

" Serious ke ni bilik wayang ? Macam kecik aje ? " kata Aliya tidak percaya.

" Don't judge the book by its cover " kata Huzairie seraya menolak pintu bilik tersebut.

Aliya tergamam apabila kakinya melangkah ke bilik wayang yang dimaksudkan oleh Huzairie. Gila cantik bilik wayang ni. Kalah wayang yang dekat luar tu.

" Hah macam mana ? Kecik lagi ke bilik ni ? " perli Huzairie.

Aliya terlopong ! Ya Allah , ni bilik wayang ke ? Kalah bilik aku kat rumah ibu. Cantiknyaaaa 😭😭😭

" Jom lah tengok wayang " kata Huzairie lalu menarik tangan Aliya.

Huzairie menyuruh Aliya duduk di sofa yang telah disediakan terlebih dahulu. Seketika Huzairie mendekati kabin yang di mana telah disediakan air dan juga minuman yang bersesuaian dengan suasana menonton wayang. Pastinya mesti lah ada popcorn kan ? 😊

Mesti pelik takkan makanan dan minuman ni dibiarkan begitu saja di bilik wayang ni ? Tak lah . Setiap hari , pembantu bahagian makanan akan menguruskan hal ini.

" Nak tengok cerita apa ? Request ? " tanya Huzairie .

" Boleh request ke ? Semua cerita ada ke ? "

" Cerita apa yang ada dekat wayang luar , macam tu la jugak cerita yang ada dalam bilik wayang ni . "

"Wahhh best lah. Ermmm nak tengok cerita Beauty and The Beast lah. Boleh tak ? Saya tak tengok lagi cerita tu. Orang cakap best. " luah Aliya.

" Boleh . Kejap "

Huzairie mencapai satu remote control lalu menekan suatu butang. Hanya beberapa minit terpapar lah filem Beauty and The Beast. Aliya amat teruja dengan kecanggihan bilik itu. Memang sebijik macam dekat panggung wayang yang sebenar. Aliya menikmati filem itu bersama Huzairie pada petang itu 💕

💕💕

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi