Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,860
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 5

" Huishh kau dah bertunang dengan Tengku tu tak bagitahu kitaorang pun.." kata Wafa dan Firzana serentak.

" Shuhhh ... jangan lah cakap kuat - kuat . Nanti orang lain dengar. Lagipun pertunangan ni tak ada siapa pun tahu. " kata Aliya berbisik.

" Ohh alaa kenapa ? Nanti kahwin satu dunia jugak tahu. " kata Wafa.

" Tak apa sekarang ni explain kat kitaorang . Apa yang jadi sebenarnya sampai kau kena kahwin dengan si Tengku tu ? Ke ni sebagai hukuman kau sebab buat kesalahan dekat tengku tu ? " kata Firzana panjang lebar.

" Yelah - yelah cerita dia macam ni ... " Aliya pun mula bercerita dari A - Z.

" Wah tak sangka kan jodoh kau dengan anak raja ? Bestnya " kata Wafa.

" Jodoh ? Tak lah. Ni semua disebabkan satu wasiat yang err ..." kata Aliya.

" Yalah disebabkan wasiat yang menjodohkan kau dengan si Tengku tu hahaha " kata Firzana.

" Tapikan mesti nanti kau kena.....kecam ! " kata Wafa.

" Hmm nampaknya. Iya lah kan dia tu banyak peminat bukan macam aku ni apa pun tak ada .. " kata Aliya mendatar.

Dalam diam ada telinga - telinga yang mendengar. Seketika cikgu bahasa Melayu pun masuk ke kelas 5 Bestari dan mula mengajar. Semua pelajar kelas 5 Bestari mengambil tempat masing - masing.

**********

Kring ! Kring !

Loceng sekolah rehat kedua berbunyi. Semua pelajar seperti biasa berpusu - pusu untuk membeli makanan di kantin. Seperti biasa juga hanya Aliya yang jalan lambat ke kantin . Malas dia nak berebut - rebut dengan pelajar yang lain. Ketika keadaan kantin sedikit lengang baru lah Aliya membeli makanan.

" Hari ni ibu kasi duit Rm 3 . Cukup - cukup untuk aku beli nasi dengan air. Lapar betul lah.Lagipun aku dah la tak makan semalam pastu pagi tadi pun tak sempat breakfast. " kata Aliya seraya membeli nasi dan air.

Semasa Aliya ingin mencari tempat tiba - tiba ada 3 orang pelajar perempuan mana entah tiba merempuhnya dengan kuat sekali. Habis nasi dan air Aliya tertumpah di baju nya. Aliya perasan apabila dia melihat salah seorang yang langgarnya itu tersenyum sinis. Eh tu bukan Dania ke budak kelas Celik . Pastu dua orang lagi tu kawan dia Stella dengan Huza . Mereka ni ada lah geng wannabe yang paling hoy di sekolahnya itu . Kenapa dia orang nak kena langgar aku jugak sedangkan jalan punya luas lagi ? Hmmmm ! Ahh tak kesah lah . Nasi aku ! Air aku ! Baju aku !

Dari jauh . Huzairie dan Kuzaimie melihat itu semua .

" Eh Tengku ? Tengku tak nak tolong cik Aliya ke ? " tanya Kuzaimie yang mulai rasa simpati dengan Aliya.

" Hmm buat apa nak tolong dia. Lagipun tu mesti kesalahan dia sendiri . Macam yang dia tumpahkan air kat kasut aku hari tu. " kata Huzairie selamba.

" Tapi Tengku dia kan tunang tengku ? "

" Tunang ke tak tunang ke , berani buat berani tanggung lah. No excuse ! " kata Huzairie lalu mula melangkah meninggalkan kantin.

Kuzaimie hanya mendengus nafas kasar. Pelik lah Tengku ni. Jelas - jelas tu bukan kesalahan Aliya. Diaorang tengok sendiri yang geng wannabe tu yang langgar Aliya . Apa lah tengku ni tak sweet langsung dengan tunang sendiri.

" Ya Allah apa kena dengan baju kau ni ? " tanya Wafa yang terkejut baju sekolah Aliya yang kelihatan begitu kotor sekali.

" Hmmm tertumpah nasi dengan air. "

" Macam mana boleh tumpah pulak ? " tanya Firzana yang tidak berpuas hati.

" Err geng wannabe langgar aku. Tu yang tertumpah tu. " jelas Aliya.

" Kurang ajar betul lah diaorang tu. " kata Wafa marah apabila mereka memperlakukan kawannya seperti itu.

" Apa motif diaorang nak langgar kau ? " tanya Firzana yang masih ingin menyiasat.

" Hmm entah lah biar lah . Ni kejap lagi kelas cikgu Rahim kot . Aku nak tukar baju apa ni ? Kotor sangat. " rungut Aliya.

" Errr alaa aku tak bawa baju sekolah lebih. Ermm "

" Aku pakai baju sukan aje lah. Aku ada bawa baju sukan . " kata Aliya apabila baru dia teringat akan baju sukannya yang disimpan di dalam loker sekolah pagi tadi.

Best kan sekolah ni ada loker macam sekolah dekat Korea tu.

" Tapi .... cikgu Rahim , cikgu displin kan ? Dia mana kasi ada pelajar pakai baju sukan kalau hari ni tak ada sukan . " kata Firzana.

" Arghh lantak dulu pasal tu. Sekarang ni aku kena tukar baju ! "

Aliya mengambil baju sukannya di loker lalu menukarnya di bilik persalinan.

Kelas Bahasa Inggeris Cikgu Rahim. Cikgu Rahim adalah cikgu disiplin di sekolah Aliya. Berusia dalam lingkungan 40 an. Beliau amat terkenal dengan panggilan cikgu " singa " yang paling garang di sekolah itu. 24 jam rotan menjadi peneman. Dia memang patuh dengan peraturan sekolah. Ramai dah pelajar yang kena gatung atau buang sekolah dibuatnya walaupun kesalahan diaorang hanya sekecil kuman. Hahahaha sikit pun dia tak kasi peluang . Itu lah Cikgu Rahimmmmm !!! 😎

" Aliya Sofrina ! Bangun ! " jerkah cikgu Rahim dari depan kelas.

Aliya terketar - ketar bangun dari tempatnya. Mukanya menunduk memandang lantai. Aduh ! Mati aku ! Ni dia panggil mesti sebab aku pakai baju sukan. Ibuuuu tolong along buu !

" Sini kamu ! " panggil Cikgu Rahim.

Aliya jalan lambat - lambat ke hadapan. Apabila dia betul - betul ada di hadapan cikgu Rahim.

'' Kenapa kamu sorang aje yang pakai baju sukan ?! Hari ini bukan kelas kamu tak ada kelas sukan ke ?" jerkah Cikgu Rahim.

" Err baju saya kotor tadi cikgu sebab tu saya pakai baju sukan ni cikgu . " kata Aliya jujur.

"Nonsense ! Alasan yang biasa saya dengar ! Sini tangan kamu cepat ! " kata Cikgu Rahim.

" Tapi cikgu .... " Aliya cuba memujuk.

Muka Cikgu Rahim membengis seperti singa yang kelaparan tak makan setahun ! Lambat - lambat Aliya menghulurkan telapak tangan kirinya.

Piap !

Aliya hanya mampu menahan rasa. Pedih gila weyh ! Kuat kot cikgu Rahim rotan tangan Aliya. Kawan - kawan Aliya juga terasa sakit melihat Aliya dirotan. Bak kata perpatah " Cubit paha kiri , paha kanan yang terasa " . Mereka tidak mampu membuat apa - apa untuk membantu Aliya.

" Sekarang kamu pergi berdiri dekat luar sampai kelas saya habis ! " kata Cikgu Rahim tegas.

Sudah jatuh ditimpa tangga ! Dah kena rotan disuruh berdiri dekat luar pulak ? Dengan matahari yang dah nak mula memacak. Dengan perut Aliya kosong dari semalam. Kenapa malang sangat nasib aku hari ni ? Nak nangis aihh ! Ni semua sebab anak raja tu punya pasal !!

Aikk kenapa Huzairie yang dipersalahkan ? Nak tahu mari kita flashback !

*Flashback*

Semasa Aliya sibuk tukar baju di bilik persalinan , dia tidak sengaja terdengar perbualan kumpulan wannabe yang baru masuk ke bilik persalinan jugak.

" Hahahaha padan muka dia ! Tu lah siapa lagi suruh kacau aku punya boyfriend ? " kata Dania.

" Hahaha tu la tengok tak tadi masa nasi dengan air tu tumpah dekat baju dia ? Muka dia sadis gila beb .. " tambah Huza pulak.

" Kan buruk gila siot . Dah la dia tu memang selekeh gila ! " kata Stella pulak.

Bongok betul group wannabe ni. Patut lah aku rasa diaorang sengaja langgar aku tadi. Ni rupa - rupanya motif diaorang ! Tapi bila masa pulak aku kacau boyfriend si Dania ni ? Hah ? Jangan - jangan boyfriend yang dia maksudkan tu .....

" Huzairie tu hanya milik aku sorang aje ! Tak kesah lah diaorang dah bertunang ke apa ! Yang penting Tengku Ilham Huzairie is gonna be mine ! " kata Dania sebelum keluar dari bilik persalinan sambil dibuntuti oleh kawan - kawannya.

Setelah Aliya sudah memastikan yang mereka dah keluar dari bilik persalinan tu , aliya pun keluar apabila dia sudah siap menukar baju.

" Macam mana diaorang boleh tahu aku dah bertunang ? Rasanya aku tak bagitahu siapa - siapa pun kecuali kawan - kawan aku . " kata Aliya seorang diri sambil cuba mengingat adakah dia ada terlepas cakap dekat sesiapa lagi.

Seketika Aliya menepuk dahinya kuat ! Aduh . Aliya mengaduh. Bongok lah Aliya ni dia yang tepuk , dia jugak yang sakit...

" Kenapa aku boleh terlupa kan dia ada satu lagi kawan sama kelas dengan aku. Hah ni mesti Zaini la ni curi - curi dengar masa aku cakap dengan Wafa ngan Firzana. Arghhhh . Ni baru aku bertunang dah kena macam ni . Entah kalau aku kahwin dengan si Huzairie apa lagi lah diaorang nak buat ? Ingatkan bahagia dapat hidup dengan anak kerabat diraja ni . Tapi indah khabar dari rupa ! Selalu dikecam .. " bebel Aliya di dalam hati sambil melangkah keluar dari bilik persalinan.

*End Flashback*

" Aduh lama lagi ke aku kena berdiri ni ? Hmm bila loceng nak bunyi ? Bila Cikgu Rahim nak keluar ? " bentak hati Aliya yang sedang berdiri kepanasan di luar kelas.

Seketika kelihatan kelibat Kuzaimie dan Huzairie. Kelas mereka berdua hanya disebelah kelas Aliya. Huzairie sempat melirih ke arah Aliya yang sedang berdiri di luar kelasnya itu.

" Hmm apa lah bakal isteri putera raja , bermasalah sungguh . Buat malu dan jatuhkan standard aku aje " luah Huzairie di dalam hati selepas itu dia melangkah masuk ke dalam kelas kerana dia baru sahaja menolong cikgu Salmah mengangkat buku - buku latihan Kimia.

Seketika Kuzaimie mendekati Aliya.

" Cik Aliya kenapa berdiri kat luar ni ? Muka cik nampak pucat sangat dah ni saya tengok. "

Ya sejak dia bergelar tunang Huzairie. Kuzaimie memang gemar memanggilnya dengan panggilan " Cik Aliya " . Wahh baik betul lah Kuzaimie ni. Ada jugak dia ambik berat pasal aku. Nak harapkan si encik tunang tu hmmm padang aku kejap aje pastu masuk kelas buat derkk ! Tak sweet langsung ! Ya betul kata Kuzaimie , Aliya kelihatan begitu pucat. Peluh juga sudah mengalir di dahi Aliya. Kekadang kaki Aliya juga merasa seperti lembik.

" Saya kena denda .Tak apa Kuzaimie.. saya ok... okay .... "

Bukkk ! Aliya jatuh di atas lantai . Dia pengsan... Membuntang mata Kuzaimie melihat Aliya yang jatuh di hadapannya. Seketika Cikgu Rahim dan kawan - kawan kelas Aliya pun keluar melihat keadaan Aliya. Setelah itu cikgu Rahim mengarahkan beberapa budak perempuan untuk memapah Aliya ke bilik kesihatan. Terbit rasa bersalah di hati Cikgu Rahim kerana mendenda Aliya sebegitu dalam cuaca yang amat panas sekali. Kuzaimie masuk ke dalam kelasnya dan mendapatkan Huzairie.

" Tengku .. Tengku.." panggil Kuzaimie cemas.

" Hmm . "

" Cik Aliya , tengku , Cik Aliya .. " kata Kuzaimie cuba mengawal suaranya takut didengari oleh orang lain.

" Hmm " Huzairie mengfokus pada buku di hadapannya.

" Dia pengsan lah Tengku ... Tengku tak nak pegi tengok dia ke ? " kata Kuzaimie.

Ish Tengku - tengku boleh dia buat rilex aje dengar tunang dia pengsan ? Pelik betul lah . Dah la dia suruh rahsiakan pasal pertunangan dia dengan Cik Aliya. Katanya nanti kalau dah kahwin baru biar orang tahu.

" Hmm malas lah aku . " itu balasan untuk kata - kata Kuzaimie.

Kuzaimie kelu. Ah lantak lah Tengku ni. Kuzaimie mengambil tempat di sebelah Huzairie. Ya memang dalam kelas Kuzaimie duduk di sebelahnya.

Tiba - tiba Huzairie bangun.

" Aku nak pergi toilet jap. Kau tak payah ikut. Nanti kalau cikgu Anna masuk cakap aku pegi toilet. " kata Huzairie mendatar lalu melangkah keluar dari kelasnya.

" Aikk ? Pergi toilet boleh ? Suruh tengok tunang tak boleh ? Kata malas . Pelik - pelik betul la anak raja yang sorang ni.. " kata Kuzaimie seorang diri.

Aliya dibiarkan rehat seorang diri di bilik kesihatan. Wafa dan Firzana perlu masuk ke kelas kerana masih ada kelas cikgu lain. Tinggallah Aliya yang tertidur lesu di atas katil. Dalam diam ada seseorang yang sedang meneliti wajah pucat Aliya . Seketika seseorang itu menyelimut Aliya. Dia meletakkan sesuatu di meja yang bersebelahan katil Aliya sebelum melangkah keluar. Baru sahaja beberapa minit , Aliya tersedar dari tidurnya.

" Aduh peningnya kepala aku. Eh bila masa pulak aku ada kat bilik kesihatan ni ? " kata Aliya sambil melihat sekelilingnya yang sunyi. Tiba - tiba matanya terlirih ke arah roti dan air kotak di atas meja sebelah katilnya dab ada sekeping kertas saiz kecil berwarna biru di situ. Aliya mengambil semua itu.

Aliya membaca tulisan yang tertulis di kertas itu.

Makan roti ni dan minum air kotak ni. Aku tahu kau tak makan sebab tu kau pengsan . Lain kali jangan buat hal lagi tak makan bagai. - TIH -

Aliya menggosok matanya berkali - kali . Aku tak mimpi ke ni ? Ni tunang aku bagi ? Wahh sweetnya dalam diam ya ? Hahahaha tak pernah Aliya dapat macam ni. Ni dapat dari encik tunang pulak en ? Hahaha

tapi memang semua ni berpunca dari dia pun ! Sebab dia lah aku tak makan ! Tapi sebab benda ni aku tahu yang dia care , yang dia sweet sebenarnya dalam diam heeee.

Aliya memeluk erat roti dan air yang diberi oleh Huzairie. Orang suruh makan tapi dia pegi peluk pulak roti ngan air tu . Alahai Aliya ..

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi