Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,621
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 12

" Aliya bangun lah mandi .. " kata Huzairie yang baru saja memakai baju dan tangannya ligat mengelap rambutnya yang basah dengan tuala.

Aliya tidak memberi respon. Dia masih tidur nyenyak !

Ish dia ni tidur mati ke apa ? Ni kalau aku letak mercun ke bom ke kat sebelah agak - agak dia bangun tak ? 😑

" Aliya kau ni tak nak mandi ke ? Tak rimas ke asyik pakai baju pengantin tu aje ? Cepat lah bangun ! Solat ! Kita dah banyak tertinggal solat ni . Dah pukul 6 sekarang ! Bangun ! " bebel Huzairie di birai katil.

Tetap sama. Tiada respon. Ish dia ni memang nak kena dengan aku ni 😤

" Okay kau tak nak bangun kan ? Aku kiss kau sekarang ! " kata Huzairie ingin menduga reaksi Aliya.

Huzairie mendekati muka Aliya ! Hampir , hampir dan hampir ......

Chuppp ! Bibirnya mendarat di pipi gebu Aliya. Terus mata Aliya terbuka luas seperti terkena elektrik !

" Huzairie ! Apa awak buat ni ? " automatik Aliya bangun.

Huzairie sedikit termalu. Pipinya mula blushing.

" Oh aku kiss pipi kau baru nak bangun ea ? So tiap - tiap pagi nanti nak pergi sekolah aku kena kejut kau macam tu la ea ? " soal Huzairie berani.

" Merepek ! Berani awak cium pipi saya tadi ? Eeeeeeeeeee " marah manja Aliya.

Action aje lebih marah konon . Akal suka sebenarnya kan wahai Aliya Sofrina. Wah dia cium pipi aku lah ! 😄 aku ingatkan dia main - main tadi.

" Sudah lah kau pergi mandi boleh tak ? Cepat lah aku nak solat berjemaah ni . " kata Huzairie lagi.

Wah solat berjemaah ! Yeahhh nak tengok Huzairie imamkan aku 😍

Aliya terus masuk ke bilik persalinan ! Huzairie memandang pelik 🤔 tiba - tiba Aliya keluar semula dari bilik persalinan sambil mengaru - garu belakang kepalanya.

" Silap bilik ? Tu bukan bilik mandi lah " perli Huzairie.

" Haah . Mana lah saya tahu tu bilik persalinan. Awak pun tak bagitahu . " kata Aliya.

Ya Aliya tersalah masuk bilik . Dalam bilik Huzairie ada 2 lagi balik . 1 bilik khas untuk bilik persalinan dan penyimpanan baju . 1 lagi bilik mandi.

" Dah pergi bilik mandi tu . Cepat sikit mandi. "

" Baik tengku " gurau Aliya sambil menunduk hormat .

Huzairie hanya menggeleng kecil. Seketika Huzairie memberikan tuala dan Aliya pun masuk ke dalam bilik mandi bersama pakaian yang telah disediakan oleh Fifi ketua pembantu bilik. Di dalam bilik mandi Aliya terpegun melihat dekorasi bilik mandi tersebut. Gila punya besar ! Tidur dalam ni best ni 😂 mesti sejuk gila. Ada tab mandi ! Boleh lah tidur dalam ni hahahahaha merepek kau Aliya. Seketika Aliya melihat cermin yang terbentang besar di hadapannya. Terpapar wajahnya di cermin itu.

" Aikk ? Mana tudung aku ? Bukan aku tertidur tadi aku pakai tudung ke ? " monolog Aliya yang baru perasan dia tidak bertudung lagi.

Jangan - jangan ..... mak !!! Huzairie bukak tudung aku ! 😨 aduh malunya dia tengok rambut aku lah kan ? 😭 ehh Aliya kau buat teruk apa ? Yang nak terkejut sangat tu kenapa ? Dia suami kau kan ? Berhak lah dia nak tengok apa pun kat kau !

Tanpa membuang masa Aliya terus mandi. Sejam kemudian baru dia keluar dari bilik mandi sambil siap pakai baju apa semua. Kelihatan Huzairie sedang memeluk tubuh sambil memandang tajam ke arah Aliya.

" Kau mandi ke apa hah ? Sampai sejam kau buat apa ? " mendatar suara Huzairie menahan geram.

" Errr sorry ...hehe .. "

Hahahahaha sebenarnya Aliya boleh tertidur dalam tab mandi masa mandi tadi 😂 gila betul kan ? Hampir - hampit lemas tau tak tadi ? Tak pernah di buat orang hahahaha.

" No ! Aku takkan maafkan kau. " kata Huzairie.

Aliya tunjuk muka kesian.

" Sekarang kau dah ada dalam dunia aku ! So kau tak boleh buat lambat - lambat semua perkara. Semuanya kena right on time faham ? Disebabkan kau lambat , kau kena di denda . " kata Huzairie tegas.

" Hah denda ? Alaa maafkan aje lah . " rayu Aliya.

" Salah tetap salah. Dah sekarang kita solat dulu. " putus Huzairie.

Aliya hanya akur . Kejap lagi lawan kang tak pasal - pasal kena tambah denda pulak. Aliya solat berjemaah yang diimamkan oleh Huzairie. Heee first time Aliya solat diimamkan oleh lelaki yang digelar suami. Aliya jugak tidak menyangka yang Huzairie juga arif tentang solat . Ingatkan anak kerabat diraja tak pandai solat . Aliya sudah silap menilai Huzairie. Setelah selesai solat ke semuanya , Huzairie baring di atas katilnya. Dia penat . Dari tadi lagi dia tak berehat. Aliya membetulkan rambutnya di hadapan cermin.

" Awak ... awak nak denda saya apa ? " soal Aliya.

" Hmm nanti lah aku fikirkan. " kata Huzairie sambil matanya terpejam.

" Oh okay .. awak macam mana ea reaksi kawan - kawan sekolah , cikgu sekolah bila kita masuk sekolah balik nanti ? " soalan itu yang terpancul dari mulut Aliya.

" Hmmm abaikan aje lah. Kita bukannya buat salah pun. " balas Huzairie.

" Hmm yelah. Awak ... ermm macam mana dengan hubungan kita yang seterusnya ea ? Awakk saya nak cakap something ni ... ermm rasanya saya ....dah mula sayangkan awak lah .. saya harap awak tak marah ea ? Lagipun awak kan suami saya sekarang so tak salah lah kalau saya sayang awak ... betul tak ? Awak sayang saya tak ? " luah Aliya panjang lebar.

Diam. Tiada respon. Aliya menoleh ke belakang memandangkan cermin solek berhadapan dengan katil.

Huzaire sudah selamat tidur . Hahahahaha patut lah tak ada respon. Alahaii aku cakap sorang - sorang tadi rupanya ? 😂 tak apa lah kesian jugak dia penat sangat tu enn ?

Seketika Aliya mendekati katil. Dia meneliti wajah handsome milik Huzairie. Bertuah kan aku dapat Huzairie ? Semuanya perfect ! Tapi satu aje yang tak perfect . Apa ? Hati dia ada aku ke ? Ke memang tak ada tempat langsung ? Hmmm 😌 Aliya menarik selimut menutupi tubuh Huzairie. 

" Ni bilik apa ea ? " Aliya berjalan - jalan di ruang tingkat 2 itu.

Ada satu bilik menarik perhatiannya. Tingkat 2 sekarang memang sunyi. Tiada pembantu yang lalu di tingkat ini. Mungkin semua sedang sibuk mengemas di tingkat bawah. Tingkat 2 ni ada 8 bilik kesemuanya. Jam tadi menunjukkan pukul 8.00 malam. Huzairie tidur , so Aliya memang bosan. Dia pun mengambil keputusan nak cuci mata sekeliling tingkat 2 . Aliya menguak pintu bilik tersebut perlahan - lahan.

Alangkah ternganga nya mulut Aliya ! Nak tahu bilik apa yang dibukanya ? Bilik game ! Kelihatan ada tv besar saiz 48 inci agaknya. Pastu ada psp 3 jenis. Cantik - cantik semuanya. Aliya terus membelek semua barang - barang di situ.

" Hehe aku nak main ahhh. " kata Aliya sambil tangannya giat memasang semua psp.

Aliya memang pandai main benda ni sebab di rumahnya juga ada satu tapi tak lah semahal yang Huzairie punya. So nak pasang pun dia tahu lah. Aliya memilih game bola fifa. 

Hilang terus rasa bosan Aliya bermain psp tersebut. Dia bersorak keriangan apabila dia berjaya menjaringkan gol !

" Yeah ! " sorak Aliya.

Tiba - tiba seseorang berdehem di pintu bilik.
Aliya masih leka bermain psp nya.

" Kusyuk main psp ya ? " tegur seseorang yang berdehem itu. Aliya sedikit tersentak lalu menoleh ke arah suara itu.

" Erkk ni siapa ea ? " tanya Aliya pelik dengan kehadiran seorang lelaki yang agak handsome jugak tapi tak boleh lawan Huzairie lagi 😝

" Oh lupa nak kenalkan pulak . Nama saya Putera Iqbal Nur Qayyum . " jelas Iqbal.

Mak aii ! Panjangnya nama 😄

" Ohhh " itu aje yang keluar dari mulut Aliya.

" Boleh panggil saya Iq atau apa - apa yang awak suka . Awak ni mesti Aliya Sofrina isteri Aery kan ? "

" Haah ya saya Aliya Sofrina. Awak siapa dengan Huzairie ? " tanya Aliya lagi.

" Saya cousin dia dari Singapore. Saya anak saudara ayahnda Tengku Yahya. Sorry lambat sikit sampai sini , hahaha sampai majlis pun dah habis. " terang Iqbal lagi.

Tiba - tiba dia menuju ke arah Aliya dan mengambil tempat di sisi Aliya. Aliya sedikit terkejut . Dekat kot dia duduk sebelah aku. Dah kenapa ? Gila ke ?

" Macam seronok aje awak main psp ni tadi ? Dengar sampai luar suara awak bersorak . Boleh saya join ? " kata Iqbal menggoda.

Aliya menjauh. Tak selesa duduk dekat - dekat berdua - duaan pulak dalam bilik dengan lelaki bukan mahramnya pulak tu. Untung Aliya dah pakai tudung siap - siap tadi.

" Errr awak main lah. Saya nak pergi tengokkan Huzairie kejap . " kata Aliya lalu bangun dari tempat duduknya.

Semasa Aliya ingin melangkah , pantas sahaja Iqbal menarik tangan Aliya . Aliya terduduk kembali.

" Apa awak buat ni ? " kata Aliya sedikit terjerit. Geram betul dia bila tangan dia suka - suka aje si Iqbal ni tarik - tarik.

" Teman lah saya dekat sini ... " Iqbal mendekatkan mukanya ke muka Aliya . Sehinggalah hanya tinggal beberapa inci.

Aliya terkejut . 

" Iqbal ? Kau baru sampai ? " tanya seseorang tiba - tiba.

Automatik Iqbal menjauhkan mukanya dari Aliya. Aliya memandang orang yang bersuara tadi. Huzairie ? Bila dia bangun ? Hmmm mesti dia fikir bukan - bukan nanti. Aduh macam mana ni 😭

" Baru aje aku sampai. By the way , congrat bro . Tak sangka kau kahwin dengan orang lain . Ingatkan kau dengan Afanin. Tapi apa - apa pun pandai kau cari isteri ea ? Lawa lah bro ... " kata Iqbal berani.

Huzairie hanya tersenyum sinis. Aliya telan liur. Apakah? Siapa Afanin ?

" Well so kau dah tau dia isteri aku kan ? Apahal kau nak kacau dia ? " kata Huzairie mendatar.

" Dia comel sangat lah bro sebab tu aku rasa macam nak kacau . " kata Iqbal berani lagi.

Gila lah Iqbal ni. Isteri cousin sendiri kot. Tiba - tiba Huzairie mendekati Aliya lalu menarik tangan Aliya untuk bangun.

" Aku ambil balik isteri aku. Sorry lah bro aku takkan izinkan sesiapa kacau isteri aku. So behave ya . Lagipun kan girlfriendsssss kau keliling pinggang , buat apa nak kacau isteri aku pulak. " kata Huzairie sinis.

Huzairie mengenggam  erat tangan Aliya di sisi. Iqbal menghadiahkan senyuman sinis kepada Huzairie.

" Rilex lah bro .. sepupu kot takkan tak boleh share ? " kata Iqbal ingin menguji kesabaran Huzairie..

Aliya ketap bibir. Kepala otak dia nak share ?! Ingat aku topup ka nak share - share ? 😤

" Sudah lah malas aku nak layan kau. Ingat behave yourself . " kata Huzairie malas mencari gaduh lalu menarik Aliya keluar dari bilik itu. 

Huzairie membawa Aliya masuk ke bilik mereka semula. 

" Awak ... awak jangan salah faham pasal tadi dekat bilik game saya dengan iqbal...."

" Tak payah nak explain apa - apa lah. Aku faham. Cousin aku yang si Iqbal tu memang macam tu. Dia tu playboy . Kau tu jangan nak jatuh hati atau termakan kata - kata manis dia pulak. " pintas  Huzairie sambil memeluk tubuhnya.

Tak mungkin saya akan jatuh cinta dengan si Iqbal tu kalau saya dah jatuh cinta dekat awak Huzairie aceywahhhh.

" Hahaha tak lah. Awak jangan risau saya takkan jatuh cinta dengan dia sebab saya ... " kata Aliya tiba - tiba terhenti.

" Sebab saya apa ? " tanya Huzairie pelik.

" Sebab saya errr saya ... " 

Huzairie masih menanti - nantikan jawapan Aliya .

Kriuk kriuk kriuk...

Bunyi perut Aliya kelaparan.

" Saya lapar ...hehe " kata Aliya sambil tayang senyuman senget.

Huzairie tayang muka menyampah. Apa lah dia ni buat aku suspen aje. Hmm betul lah cakap Iqbal , Aliya memang comel. Haish ! Aku harap dia akan jadi isteri aku buat selama - lamanya. 

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi