Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,726
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 14

" Awak sudah lah tu . Iqbal tak sengaja kot. Lagipun tadi saya nak jatuh sebab tu dia tolong saya . " kata Aliya cuba memperbaikkan keadaan.

Iqbal tersenyum sinis apabila Aliya memback up nya. Huzairie memandang tajam ke arah Aliya. Terbit rasa tidak puas hati apabila Aliya mempertahankan Iqbal yang jelas - jelas Huzairie tahu bagaimana sifat Iqbal yang sebenarnya.

" Tengok isteri kau pun kata aku nak tolong dia kan ? " kata Iqbal ingin menyakitkan lagi hati Huzairie.

Aliya ? Kau tak nampak ke yang playboy ni nak kacau kau ? Kau masih boleh back up dia ? 😤 Aku sebagai suami cuba protect kau tapi kau malah back up lelaki lain ? 😣

" Sudah lah jangan la gaduh lagi . Nanti kalau ayahnda , bonda ngan nenda nampak kang tak pasal - pasal jadi benda lain. " pujuk Aliya lagi.

Huzairie diam dan tiba - tiba dia terus melanggar bahu Iqbal dan berlalu keluar dari rumah.

" Huzairie " panggil Aliya.

Huzairie tidak menoleh terus meneruskan langkahnya.

Aliya memandang tepat ke arah Iqbal yang hanya membuat muka rilex 😒

" Iqbal awak tolong jangan buat macam tu lagi. Saya tak suka ! Dan tolong hormat saya sebagai isteri sepupu awak ! Saya tak suka lah tengok awak bergaduh dengan Huzairie lagi. " jelas Aliya lalu  beredar meninggalkan Iqbal untuk mencari Huzairie.

Iqbal hanya tersenyum sinis.

" Aku sengaja nak uji setakat mana kau sayangkan Aliya , Aery . " desis hati Iqbal. 





Angin sepoi - sepoi bahasa tidak mampu menyejukkan hati yang sedang membara dengan api kemarahan dan kecewaaan.

" Kenapa aku nak kena jelous macam ni bila Aliya back up Iqbal ? Dah kenapa dengan aku ? Tangkap cintan dengan Aliya ke ? Perasaan ni aku pernah rasa masa aku dengan Afanin. Sekarang Aliya pulak ? " monolog hati Huzairie.

Huzairie duduk seorang diri di sebuah teratak di halaman rumah mewahnya.

Meow .. meow ...

Huzairie memandang Rieya di sebelahnya.

" Rieya .. " Huzairie mengangkat seekor kucing berwarna putih dan berbulu lebat. Anak matanya yang berwarna biru lebih terlihat comel kucing itu. Mesti semua mengingat kucing itu belian Huzairie beribu - ribu ringgit kan ? Tak ! Ada sejarah lain disebalik kucing yang bernama " Rieya " . Dalam diam Huzairie adalah pencinta kucing. Rieya adalah peneman Huzairie dari umurnya  berusia 5 tahun.

Meow .... meow ...

" Rieya ... Aery buntu dengan perasaan sendiri. Hmm betul ke Aery cintakan dia ? " tanya Huzairie kepada Rieya seakan - akan kucing itu boleh menjawab soalannya.

" Huzairie ! Kat sini rupanya awak ! " laung Aliya yang tercungap - cungap mencari Huzairie di sekeliling rumah.

Huzairie tidak menyahut. Muncul perasaan cemburunya tadi. Tangannya masih membelai - belai bulu lebat Rieya. Seketika Aliya mendekati Huzairie .

" Wah ada kucing lah. Kucing awak ke ? " tanya Aliya teruja.

Tiba - tiba Rieya menerpa ke arah Aliya. Terlepas Rieya dari pegangan Huzairie. Rieya menggeselkan tubuhnya yang berbulu lebat dikeliling kaki Aliya. Aliya hanya tersenyum melihat telatah Rieya.

Huzairie pelik. Selama ni Rieya susah sikit nak bergaul dengan orang baru. Setakat ni Rieya cuma jinak dan baik dengan ayahnda ,  bonda , nenda dan Kuzaimie sahaja selain dia. Ini lain pula apabila bertemu Aliya.

Seketika Aliya memandang Huzairie. Pandangan mereka bertembung apabila ketika itu memang Huzairie sedang memandang Aliya yang sedang bermain dengan Rieya. Terus cepat - cepat Huzairie memandang ke arah lain.

Aliya mengambil tempat di sebelah Huzairie di teratak yang dihias indah .

" Awak marahkan saya ke ? "

Diam. Tiada respon dari Huzairie.

" Awak marah sebab saya back up Iqbal ? " tanya Aliya lagi.

Meow .... meow ...

Rieya yang berbunyi seperti menjadi pihak Huzairie menjawab soalan Aliya 😂 jinak betul.

" Awak jangan lah marah. Saya bukannya nak back up dia. Saya cuma tak nak awak bergaduh dengan sepupu awak hanya disebabkan dia nak tolong saya. Ya saya tahu , awak nak protect saya. Saya hargai sangat. Tapi tak manis lah kalau ayahnda , nenda dengan bonda tengok kan ? " jelas Aliya lembut.

Alahai sesi berjogging dah bertukar menjadi sesi pujuk memujuk pulak dah 😥 Huzairie masih diam . Sengaja ingin merajuk. Mengada lebih !

" Hmm awak jangan la diam. Cakap lah sesuatu ! " kata Aliya geram dengan respon Huzairie.

" Hmmm " itu yang keluar dari mulut Huzairie.

Errrrr 😫😫

" Awak jangan lah marah saya . Jangan la tak cakap dengan saya . Hmmm dah lah baru 2 hari aje kita kahwin takkan awak nak ceraikan saya pulak ? " kata Aliya sengaja ingin menduga.

Huzairie masih diam . Ego menguasai diri.

" Awak diam ni bermaksudnya iya lah kan ? " kata Aliya lagi.

Huzairie terkedu. Mana ada lah ! Bila masa  pulak aku nak ceraikan kau Aliya .

" Tak apa lah awak ... saya masuk dulu . Packing barang -  barang. Saya dah nak jadi janda nanti 😭 " kata Aliya sengaja ingin menduga. Drama queen sungguh 😂

Aliya bangun dan ingin melangkah pergi tapi tiba - tiba tubuhnya terhuyung hayang lalu ....

Bukkkk ! Aliya pengsan di hadapan Huzairie . Membuntang mata Huzairie.

" Aliya ! " jerit Huzairie lalu mendapatkan Aliya. Huzairie memangku kepala Aliya lalu menepuk - nepuk lembut pipi Aliya.

Meow ... meow... 

Rieya jugak sibuk berbunyi seakan - akan memanggil Aliya.

" Aliya .. kau kenapa ni ? Jangan lah buat aku risau. Aku minta maaf. Aku yang cemburu tak bertempat bila kau back up Iqbal. Aku janji kalau kau sedar ni aku takkan marahkan kau. Aku akan cakap dengan kau. Aku takkan ceraikan kau lah. Please bangun Aliya.. " rayu Huzairie yang menggocangkan tubuh Aliya.

Huzairie melihat sekeliling ingin mencari pertolongan namun hampa apabila seorang pembantu rumahnya pun tidak kelihatan di situ.

" Hahahahahahaha " tiba - tiba Aliya ketawa berdekah - dekah. Aliya bangun dari pangkuan Huzairie.

Huzairie sedikit terkejut.

" Risau jugak ea awak kat saya ? Wuuu cemburu rupanya ? Hah awak suka saya ea ? " usik Aliya.

" Kau ! Tipu aku ea ? " kata Huzairie geram.

" Hehe tipu sunat tak apa. So awak dah janji kan ? Tak marah saya kan ? Kira awak dah okay lah ni kan ? Hahahahaa "

" Ish kau ni main tipu ea ? " kata Huzairie lalu menggeletek Aliya. Aliya ketawa apabila digeletek oleh Huzairie. Seketika Aliya berusaha mengelak dari Huzairie . Huzairie mengejar Aliya. Maka terjadilah aksi  kejar mengejar di antara mereka pada pagi itu.

Rieya hanya menjadi pemerhati.

Meow ... meow ...

Keesokan harinya adalah hari isnin. Disebabkan baru selesai sahaja hari perkahwinan Tengku Ilham Huzairie 2 hari yang lepas , maka pengetua sekolah Smk Tunas Putera memberikan kelonggaran untuk bercuti pada hari itu . Hehe untung kan ? 😝 banyak lah kau punya untung Aliya ! Jangan nak seronok aje , fikir sama kau tu nak Spm Aliya oii 😭

" Ayah engku  , nenda , Mak Engku Iq minta diri dulu untuk berangkat pulang ke Singapura ya "  kata Iqbal mengikut antonasi bahasa kerabat diraja. 

" Baiklah cucu nenda . Berangkat pulang dengan selamat ya . Sampai kan salam nenda buat bonda dan ayahnda kamu di sana. " kata Permaisuri Raziah Alam Shah .

Seketika kelihatan Aliya yang baru sahaja turun dari lif.

" Nenda , bonda , ayahnda ... boleh tinggalkan Iq sebentar dengan Aliya ? Ada beberapa hal yang ingin Iq bicarakan dengan  Aliya. " kata Iqbal meminta izin.

Seketika nenda , bonda dan ayahnda Huzairie pun beredar pergi meninggalkan ruang tamu itu.

" Aliya boleh kita bercakap kejap ? " tanya Iqbal kepada Aliya.

Errrr mamat ni nak apa pulak ? Aliya memerhati ke arah lif. Takut - takut Huzairie muncul dan  melihat dia berborak dengan Iqbal . Nanti kang gaduh lagi 😫

" Awak nak cakap apa ? "

" Saya nak minta maaf pasal hal - hal sebelum ni. Saya saja aje nak bergurau. Lagipun saya saja nak tengok Aery jelous tak kalau saya kacau awak. Rupa - rupanya jelous betul dia sampai lebam pipi saya di buatnya. Hahahaha so Aliya dah terbukti si Aery tu dh betul - betul sayangkan awak. So jaga dia baik - baik ya ? " jelas Iqbal.

Iqbal ni tak lah sejahat yang difikirkan cuma dia nakal aje sebab nak mengusik si Huzairie.

" Hmm yalah tu dia sayang aku. Kalau aku bukan isteri dia nak ke dia protect aku ? Dalam hati dia cuma ada Afanin lah ... " desis hati Aliya.

" Awak nak tahu suatu rahsia tak pasal Aery ? " tanya Iqbal tiba - tiba.

" Nak ! "

" Sini .. " kata Iqbal supaya Aliya mendekatkan telinganya kepada Iqbal.

Iqbal membisikkan sesuatu.

" Aliya " panggil seseorang.

Glurp ! Aliya telan liur sebelum menoleh ke arah si pemanggil. Huzairie.

" Errr yaa .. "

" Kau memang tak serik lagi ea nak rasa penumbuk aku? " suara Huzairie mendatar.

Aduh takkan nak berperang lagi ? 😣

" Wooo rilex bro. Aku bukan nak kacau wife kau lagi. Aku just minta maaf.." kata Iqbal lalu merangkul bahu Huzairie.

Huzairie memandang tajam ke arah Iqbal di sisi.

" Aliya boleh tinggalkan kami sekejap ? "

" Err ya.. " kata Aliya lalu beredar pergi.

Iqbal melepaskan tangan dari bahu Huzairie.

" Bro aku minta maaf . Aku tak bermaksud nak buat kau marah. Aku sengaja nak uji kau. Nak tengok betapa cemburunya kau bila aku kacau Aliya. Bro aku dah dapat kepastian. Kau dah mula rasa sayang akan Aliya. So bermakna kau dah lupakan Afanin. Lupakan lah Afanin. Kita sebagai sepupu tak boleh bersatu sebab itu adalah permintaan atoknda.  " kata Iqbal.

Huzairie hanya membisu.

" Okay lah bro aku dah nak balik ni. Jaga Aliya baik - baik. Dia memang seorang perempuan yang baik dan sesuai untuk kau. Okay lah apa - apa hal nanti rojer ya ? " kata Iqbal sambil menepuk - nepuk bahu Huzairie lalu beredar pergi meninggalkan Huzairie.

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi