Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,536
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 34

Aliya masuk ke dalam bilik. Kelihatan Huzairie sedang membaca buku rujukan di kerusi dalam bilik. Aliya melirih ke arah Huzairie lama. Ya Allah , akan ada dugaan ke dengan rumah tangga aku ? Hmmm kenapa Huzairie ? Kenapa awak susah sangat nak faham apa yang saya cakap ? Kenapa susah sangat nak percaya ? 😭

" Huzairie "

Huzairie diam tidak menyahut.

" Awak ? Sampai bila nak diam dari saya ni ? "

Huzairie tiada respon.

" Kenapa awak tak percaya apa yang saya cakap ? " tanya Aliya lagi.

Huzairie tetap sama masih diam tidak berkutik.

" Awak masih sayangkan Afanin kan ? " soalan itu yang terpancul.

Huzairie tiba - tiba tersentak dengan soalan itu. Dia memandang Aliya. Kelihatan mata Aliya berkaca apabila Huzairie memandangnya. Ya allah , bila aku tanya pasal rasa sayang dia dekat Afanin , cepat aje dia bertindak.

" Hahahaha ok tak apa , tak perlu jawab. " kata Aliya sambil ketawa dibuat - buat.

Aliya membelakangi Huziairie. Setitik demi setitik air matanya mengalir di pipi. Aliya ingin melangkah keluar dari bilik. Tidak sanggup dia hendak berhadapan dengan Huzairie lagi.

Baru saja tangan Aliya ingin mencapai tombol pintu tiba - tiba tubuhnya ditarik dari belakang. Sekelip mata Aliya di dalam dakapan Huzairie. Aliya kaku. Air mata masih turun.

" Jangan pernah ragu dengan perasan Ayie. I just love you dear. Bukan Afanin atau pun orang lain. " bisik Huzairie di telinga Aliya.

Aliya terharu. Air matanya makin laju apabila terdengarkan bait - bait itu 😭

Seketika Aliya memusingkan tubuhnya menghadap Huzairie. Dipegang kedua - dua pipi putih Huzairie dengan tapak tangannya.

" Iloveyoutoo. Hmmm tapi tolong lah percaya cakap Aliya. Afanin jahat. Dia nak tawan hati Ayie . Dia nak ambik Ayie dari Aliya. " kata Aliya.

Klakk ! Pintu bilik ditutup . Terus Aliya terjaga dari lamunannya. Hmm rupa - rupanya itu semua khayalan Aliya semata - mata 😢 tak ! Huzairie tak tarik Aliya dari belakang pun. Huzairie tak halang sikit pun Aliya keluar dari bilik. Hmmm sakitnya hati ni , hanya Allah aje yang tahu 💔 Aliya naik ke tempat favouritenya. Mana lagi kalau bukan tingkat 3 ? Dia menangis di balkoni sepuas - puasnya tanpa gangguan dari sesiapa.

" Ibu ... Aliya nak ibu ... Aliya rindu ibu ... " kata Aliya seorang diri bersama sedu sedannya.

************

" Kuzaimie kau ada nampak Aliya tak ? " tanya Huzairie.

" Puan Muda ? Entah tak tahu pulak. "

Mana dia pergi pulak ni ? Hmmm sekarang ni dah time minum petang lah. Kejap lagi bonda ngan nenda asyik tanya lah mana Aliya la apa lah. Huzairie melihat di sekeliling.

" Errr Tengku . Puan Muda ada dekat atas kot ? Tengku cari tak kat atas ? " kata Kuzaimie memberi cadangan.

" Haah betul jugak. Tak apa lah kau boleh turun dulu. Aku pergi cari dia dekat atas tengok. " kata Huzairie lalu beredar naik ke atas dengan lif.

Di tingkat 3. Kelihatan Aliya  tertidur di sofa balkoni. Dia ada kat sini rupanya. Huzairie mendekati Aliya yang tertidur. Huzairie melutut di lantai bersebelahan dengan sofa yang Aliya tidur. Dia mengamati muka comel Aliya. Ada cebisan air mata di pipi Aliya.

" Dia menangis ? Dia keluar dari bilik tadi dia menangis ? " desis hati Huzairie sambil menyapu perlahan air mata di pipi Aliya.

Terbit rasa bersalah dalam hati Huzairie.Hmmm betul ke apa yang dia cakap pasal Afanin ? Afanin nak kan tahta aku ? Sebenarnya sejak Aliya beritahu tentang Afanin ingin kan tahta dia semata - mata , Huzairie jugak asyik terfikirkan hal itu. Pasal yang soalan " Awak masih sayangkan Afanin ? " juga memberikan effect yang kuat kepada Huzairie. Hmm Huzairie dah sayang Aliya. Tak ada lagi nama Afanin dalam hatinya. Belum sempat Huzairie nak explain apa - apa tadi. Aliya terus cakap tak yah explain pastu keluar macam tu aje.

" Iloveyouu sayang " kata Huzairie perlahan.

Tiba - tiba Aliya bergerak - gerak kecil. Dia terjaga dari tidurnya. Terkejutnya apabila buka - buka aje mata , muka handsome Huzairie yang terpampang. Aliya terus bangun dari perbaringan.

" Awak buat apa kat sini ? " tanya Aliya dalam keadaan mamai.

" Errr ayie nak panggil Yaya minum petang lah. Jom bonda , nenda ngan ayahnda dah tunggu. " kata Huzairie lalu berdiri.

Aliya bangun dalam keadaan mamai. Bila dia nak melangkah tiba - tiba dia nak terjatuh.

" Arghhh "

Eh ? Huzairie menyambut Aliya dari jatuh. Mereka saling bertatapan mata. Tiba - tiba Huzairie mendekatkan mukanya dengan Aliya lagak seperti ingin mencium Aliya saja. Aliya kaku. Apabila muka Huzairie dekat , makin dekat ...... sehingga hanya tinggal seinci sahaja...

" Huzairie ! Nenda dengan bonda cari untuk minum petang. " kata Afanin yang muncul tiba - tiba.

Terus Huzairie dan Aliya mengubah posisi masing - masing. Errr minah ni datang lagi. Ada aje dia ni 😧

" Errr yayaaa " sahut Huzairie.

Muka Huzairie sedikit blushing. Aduhh Aery apa kau nak buat tadi ! Seketika Huzairie dan Aliya berlalu turun. Hanya tinggal Afanin di tingkat 3. Sebenarnya Afanin dah lama ada di tingkat 3 sejak Huzairie naik mencari Aliya lagi. Dia dengar apa yang Huzairie cakap. " Iloveyouu sayang " errr sakitnya hati ! Huzairie dah tak sayang aku ? Dia dah beralih hati ke Aliya ? Hmmm Afanin mencebik seorang diri. Dia geram sebab dia dah dengar kenyataan yang Huzairie sayangkan Aliya ! 😣

" Kalau macam ni. Aku kena singkirkan Aliya. Kalau boleh aku nak dia lenyap dari hidup Huzairie ! " desis hati Afanin.

Setelah Aliya bersiap , dia turun ke bawah dengan Huzairie untuk minum petang di halaman rumah. Kelihatan , bonda , nenda , ayahnda dan Afanin sudah siap duduk di meja.

" Maaf lambat nenda , bonda , ayahnda " kata Aliya sopan.

" Hahahaha tak apa - tak apa . " kata nenda.

Bonda dan ayahnda hanya tersenyum. Seketika mereka pun memulakan minum petang mereka. Tiba - tiba ayahnda membahaskan tentang tahta. Ayahnda memberitahu Huzairie bahawa tahta akan diberikan kepada Huzairie apabila umur 21 tahun.

" Jadi Aliya lah yang akan jadi peneman Huzairie untuk memerintah kerajaan.  Aliya permaisuri Huzairie satu - satunya. " kata nenda.

Afanin mencebik ! No aku permaisuri Huzairie ! Bukan Aliya. Aku yang akan jadi peneman Huzairie , bukan Aliya ! 😡

Aliya hanya tersenyum dalam pada masa yang sama dia melirih ke arah Afanin. Jelas sekali muka Afanin tidak berpuas hati. Lantak kau lah Afanin ! 😝

" Kau takkan bahagia lama Aliya ! " monolog Afanin di dalam hati.


Jam menunjukkan pukul 9 malam. Pada malam itu Aliya bermain - main seorang diri dengan Rieya di halaman rumah sambil melihat bulan dan bintang.

" Rieya ... "

Meow .... meow...

" Agak - agak kan Ayie betul - betul sayang Aliya ke ? " soal Aliya pada Rieya sambil mengusap lembut bulu lebat Rieya.

Aduhaii lah Aliya . Dengan kucing pun kau boleh tanya macam - macam ? Kalau dia boleh jawab tak apa jugak. 😂

Meow ..... meow... 

" Hmm Rieya ... tiba - tiba teringat Aliya dekat arwah nenek. Hmmm Aliya rindu nenek. Rasa kadang - kadang tu nak aje ikut nenek kalau boleh " luah Aliya kepada Rieya sebagai pendengar setia.

Bip ! Bip !

Bunyi mesej masuk ke dalam telefon Aliya. Aliya membuka mesej itu . Mesej dari Huzairie ? 😞

Mr Sweet ❤

Al datang ke bilik pendinginan kejap. Ada hal sikit nak bincang. 

Aliya tayang muka pelik lepas baca mesej dari Huzairie . Pelik pakcik ni ! Nak bincang apa dekat bilik pendinginan ? Dah tak ada tempat lain nak bincang ke ? 😑 dengan malas Aliya membawa Rieya  masuk ke dalam. Aliya menuju ke bilik pendinginan bersama Rieya. 

Bilik pendinginan ni untuk penyimpanan barang - barang beku. Huzairie pernah lah bagitahu pasal bilik pendinginan ni. Bilik ni memang sejuk betul - betul.  Satu lagi bilik ni , dia kalau masuk pintu jangan tutup sbb kalau tertutup dan orang tak tunggu dekat luar memang habis lah beku dalam bilik tu 😂 so mesti kena ada org yg jaga pintu kalau sorang tu nak masuk amik barang. Macam tu lah yang Huzairie pesan.

" Haish lah Rieya ... pakcik Huzairie ni nak buat apa lah bincang kat bilik pendinginan ea ? " tanya Aliya kepada Rieya semasa perjalanan ke bilik pendinginan.

Bilik pendinginan ni terletak dekat - dekat dengan dapur tapi arah lain sikit. Setelah Aliya sampai di bilik pendinginan , keadaan agak sunyi . Lagipun time - time sekarang ni pembantu bahagian dapur dah banyak berehat.

" Eh Huzairie tak ada pun ? Kata nak jumpa kat sini ? " soal Aliya seorang diri.

Seketika Aliya melihat pintu bilik pendinginan terbuka sedikit. Aliya melepaskan Rieya seketika di atas lantai.

" Rieya tunggu sini kejap ea . " kata Aliya.

Seketika Aliya membuka pintu bilik pendinginan lalu menjengukkan kepalanya sedikit untuk melihat kalau - kalau ada Huzairie di dalam.

" Mana lah pakcik ni " ngomel Aliya.

Tiba - tiba Aliya terasa ada orang menolaknya ke dalam bilik pendinginan sehingga jatuh tersembam.

" Aduhhh .. "

Aliya menoleh secepatnya ke arah pintu bilik pendinginan. Terpampang muka Afanin tersenyum sinis ke arah Aliya.

" Kau duduk lah dalam ni sampai kau beku ! " kata Afanin seraya menutup pintu bilik pendinginan.

Aliya tersentak ! Ya Allah , apa Afanin buat ni ?! Aliya bangun lalu menerpa ke pintu itu. Diketuk - ketuk pintu itu supaya Afanin membukanya.

" Afanin ! Bukak pintu ni ! Jangan buat aku macam ni ! Afanin ! " jerit Aliya.

Diluar pintu , Afanin menguatkan lagi suhu bilik pendinginan pada tahap maksimum !

" Mati lah kau Aliya ! " desis hatinya dan berlalu pergi.

Meow .... meow ....

Rieya hanya mampu berbunyi kan suaranya seperti itu seakan meminta tolong dan memahami keadaan Aliya..

Tubuh Aliya menggigil apabila dia terasa suhu semakin sejuk. Dia hanya mampu berdoa kalau - kalau ada orang yang datang menyelamatkannya. Orang pertama yang dia berharap  datang selamatkan dia ialah Huzairie.

" Huzairie ... mana aw..awak.. tolong...tolong saya .. " kata Aliya tergagap - gagap menahan sejuk.

Dalam beberapa saat saja , mata Aliya kian memberat. Dia tidak mampu menahan kesejukan bilik pendinginan itu. Akhirnya Aliya rebah dan jatuh pengsan.

Previous: Bab 33
Next: Bab 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi