Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,631
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 33

Semasa Huzairie menunggu pintu lif terbuka tiba - tiba Afanin muncul.

" Aery ... "

Huzairie diam. Sejak hal yang semalam Huzairie banyak diamkan diri dari Afanin. Dia malas nak layan Afanin. Nanti kang entah apa - apa lagi yang keluar dari mulut dia.

" Aery .. Afanin minta maaf pasal semalam. Afanin tahu Afanin tak patut cakap macam tu. Hmm bila difikir - fikirkan balik , ada betulnya jugak cakap Aery. Ya semua ni jodoh. Mungkin Afanin kena move on. " kata Afanin.

Huzairie menghembus nafas lega. Akhirnya faham jugak si Afanin ni.

" Iya lah Aery maafkan tapi janji jangan cakap benda - benda yang tak masuk akal tu lagi. " kata Huzairie lalu tersenyum kepada Afanin.

Afanin membalas senyuman Huzairie. Kalau aku tak boleh tawan hati Huzairie. Aku akan buat Huzairie benci dengan Aliya . Simple ! 😏 Ya Afanin ada muslihat yang tersendiri pula. Bukannya dia betul - betul move on pun.

Ting ! Pintu lif terbuka. Seketika Huzairie dan Afanin melangkah masuk ke dalam lif dan naik ke tingkat atas.

*******

Hmmm bosannya. Nak keluar jalan - jalan Huzairie tak kasi. Aliya melangkah keluar ke teratak halaman rumah. Hmm Huzairie tidur dalam bilik , so Aliya tak tahu nak buat apa , dia pun keluar ambil angin dekat luar.

Beberapa minit duduk di teratak sorang - sorang membuatkan Aliya mulai bosan. Tiba - tiba dia terpandangkan Afanin yang bergerak menuju ke kolam kedua di rumah Huzairie yang terletak berdekatan dengan teratak jugak. Afanin tidak perasan akan kehadiran Aliya di teratak itu.

" Apa yang dia buat kat kolam tu ? " Aliya curiga.

Aliya mengikuti langkah Afanin dalam diam.

Part of Afanin.

" Ya bonda , Afanin akan buat apa yang bonda suruh. Hmm Afanin akan tawan hati Huzairie supaya Huzairie jadi milik Afanin balik. Afanin akan dapat tahta kerajaan tu. " kata Afanin yang bercakap di telefon.

" Bagus. Macam ni lah putri bonda. Kamu aje lah harapan bonda tu dapatkan tahta tu. " balas Permaisuri Sofea dihujung talian.

Pada asalnya Afanin hanya ingin menawan hati Huzairie kerana dia masih sayangkan Huzairie. Dia tidak kesah akan tahta itu tapi disebabkan Huzairie tolak dia mentah - mentah , sekarang ni dia jugak ingin jadi jahat menolong bondanya dapatkan tahta tu. 


Aliya sedikit terlopong ! Apa ? Tak sangka betul Afanin nak kan tahta ? Aliya terkejut apabila dia terdengar perbualan Afanin di telefon sambil menyebut - nyebut bonda. Mungkin bondanya Permaisuri Sofea tu.

" Dia nak tawan hati Huzairie ? No aku tak izin kan ! Huzairie is mine ! " desis hati Aliya.

Seketika Aliya beredar perlahan - lahan tanpa pengetahuan Afanin.

******

Aliya menguak pintu bilik perlahan - lahan sebab takut Huzairie terjaga dari tidurnya. Alangkah pelik Huzairie tak ada atas katil. Mana pakcik ni pulak ? Bukan dia tidur ke ?

" Dia ada dekat bilik air kot. " kata Aliya seorang diri.

Seketika Aliya ingin menoleh tiba - tiba Huzairie muncul entah dari mana menyergah Aliya.

" Bahhhhhh "

" Arghhhhh " jerit Aliya.

Aliya terkejut dengan sergahan Huzairie sehingga dia jatuh terduduk di atas lantai.

" Al ! "

Huzairie juga terkejut . Tak sangka pulak sergahannya mampu membuatkan Aliya terkejut dan jatuh sampai macam tu sekali.

" Apa awak ni ? Terkejut saya tahu tak ? Dah lah saya ada penyakit jantung. " kata Aliya tercungap - cungap.

Huzairie tersentak ! Hah ? Aliya ada penyakit jantung ? Kenapa aku tak tahu pun ? 😞

" Sorry " kata Huzairie serba salah lalu memapah Aliya bangun untuk ke katil.

Aliya duduk di birai katil.

" Riku okay tak ni ? Nak pergi hospital ke ? Kenapa tak pernah cakap pun yang Riku ada penyakit jantung ? " tanya Huzairie cemas.

Jelas sekali muka Huzairie betul - betul risau dan dia rasa bersalah. Aliya masih berkeadaan sebegitu. Tercungap - cungap seperti nafasnya tersekat - sekat .

" Al ... kenapa tak pernah bagi tahu langsung pasal penyakit jantung Al ni kat Ayie ? " kata Huzairie risau.

" Al tak bagitahu sebab ... sebab .. "

Huzairie menanti jawapan Aliya.

" Sebab .. Al ... tak sakit jantung pun sebenarnya !! Hahahaha wekkk kena prank ! " Aliya terus okay dari tercungap - cungap.

Hahahah yaa Aliya tak sakit pun. Terkejut sikit aje tadi. Saja buat sinetron sakit teruk - teruk tadi. Huzairie geram sebab dia sudah terkena dengan ' prank ' Aliya , terus dia menggeletek Aliya.

" Hahahah tak nak lah ! Geli lah. Sudah lah. " pinta Aliya.

" Hah prank kan ? Hah rasakan. " kata Huzairie sambil giat menggeletek Aliya.

" Hahahahaha " Aliya ketawa terkekek - kekek menahan geli.

Tok ! Tok ! Tok !

Pintu bilik Aliya dan Huzairie diketuk terus Huzairie berhenti menggeletek Aliya.

" Huzairie , jom turun minum petang ! Bonda panggil . " kata Afanin dari luar bilik..

Haish kacau lah minah ni. Ada je dia bila aku nak bergurau senda dengan Huzairie 😧 hah pasal yang aku dengar tu , aku kena bagitahu Huzairie.

Huzairie hendak bergerak ke pintu namun tiba - tiba Aliya menghalang.

" Kejap awak ! " Aliya mendepakan tangannya di hadapan Huzairie.

" Apa ? "

" Saya ada something nak bagitahu pasal Afanin " kata Aliya straight to the point.

" Afanin ? Kenapa ? "

" Huzairie cepat lah bukak pintu ni ! " Afanin masih memanggil - manggil Huzairie di luar pintu.

Errr gedik lah minah ni 😑

" Kenapa dengan Afanin ? " Huzairie masih pelik.

" Ermm macam ni , tadi saya kebetulan terdengar Afanin on the phone dengan siapa ntah lah tapi saya yakin dia on the phone dengan bonda dia. " jelas Aliya.

" So ? "

" Saya terdengar yang Afanin rancang ... nak tawan hati awak , supaya dia boleh dapat tahta awak . "

Huzairie diam.

" So saya tak nak awak dekat - dekat dengan Afanin ! "

" Aliya " Huzairie bersuara mendatar.

Aliya pelik. Kenapa dia sebut nama aku pulak ? 😞

" Tolong jangan tuduh Afanin macam tu boleh ? Ayie tahu , Al jelous dengan dia sebab dia pernah ada relay dengan Ayie tapi tak patut kot sampai tuduh Afanin macam tu . Dia tak sejahat tu lah. Ayie kenal siapa Afanin . So behave your self " kata Huzairie menahan marah sebenarnya.

" No ! Al tak tipu. Al dengar sendiri . Bukannya Al jelous ke apa tapi memang betul dia nak kan tahta . Tolong lah percaya . " rayu Aliya.

" Tolong Al jangan bersikap macam budak - budak sangat. Kalau ya pun jelous tak perlu kot kaitkan dengan tahta bagai. Sudah lah , Ayie tak nak gaduh dengan Al. " kata Huzairie lalu beredar meninggalkan Aliya dan membuka pintu bilik.

" Hah keluar pun. Apa yang lama sangat ni ? " rengek Afanin.

" Err tak dak apa - apa. Jom lah turun. " kata Huzairie.

Maka tinggallah Aliya sorang - sorang dalam bilik. Aliya terdiam seribu bahasa. Huzairie tak percaya kan aku ? 😢 Aku nak selamatkan dia dari plan jahat Afanin tapi dia lebih bela Afanin ? 💔



Sejak terjadinya perbalahan kecil di antara Aliya dan Huzairie tu. Huzairie banyak diamkan diri dalam Aliya. Hmmm Aliya tahu Huzairie masih tak boleh nak terima hakikat dengan apa yang Aliya cakapkan. Sejak tu jugak Huzairie dah makin rapat semula dengan Afanin.

Aliya duduk seorang diri di balkoni tingkat 3 . Di situ lah tempt favouritenya untuk tenangkan hati.

" Macam mana aku nak explain lagi kat Huzairie ? Hmmm macam mana aku nak buat dia faham ? " desis hati Aliya.

Tiba - tiba dia terpandang ke arah bawah. Kelihatan Huzairie sedang bergelak ketawa dengan Afanin di teratak. Hmmm sakitnya hati dia melihat Huzairie kelihatan begitu bahagia di samping Afanin 😭

" Huzairie masih sayangkan Afanin ke ? " monolog Aliya di dalam hati. 

Meow ... meow...

" Eh Rieya ? " kata Aliya sedikit terkejut dengan kemunculan kucing Huzairie.

Hahaahha macam mana lah Rieya boleh sampai tingkat 3 ni ? 😂

Seketika Aliya mengangkat tubuh comel Rieya. Dia mengusap - usap bulu lebat Rieya.

" Hmmm Rieya , apa perlu Yaya buat untuk bagi Ayie faham ? " tanya Aliya.

Meow .... meow... hahaha macam biasa itu lah jawapan dari seekor kucing. 🐺 tiba - tiba Aliya mendapat satu idea !

" Kalau Huzairie tak boleh faham , aku yang akan buat perhitungan Afanin ! "

*********

Pada malam itu , Aliya berselisih dengan Afanin di tingkat 2 .

" Afanin " panggil Aliya.

" Ya ? "

" Boleh kita  borak kejap ? "

" Borak apa ? "

" Errmmm boleh tolong hentikan niat jahat kau untuk ambil tahta Huzairie ? " kata Aliya straight to the point.

Afanin tersentak ! Err errr mana dia tahu yang aku ada plan macam tu ? Arghhh takguna.

" Apa yang Aliya cakap ni ? " kata Afanin acah - acah tak tahu apa - apa.

" Please jangan kau nak buat tak tahu lagi. Tolong stop dengan semua plan kau yang anoyying tu "

Seketika Afanin tersenyum sinis.

" Alahai kau dah tahu pasal rancangan aku ? Hmmm tak surprise lah macam ni . Hahaha apa kau nak aku stopkan rancangan ni ? Ermm boleh - boleh but satu ja aku nak request. " kata Afanin sinis.

Berubah 360 darjah sifat lembut Afanin kepada seorang yang jahat.

" Request apa pulak ? " kata Aliya bersama wajah pelik.

" Aku nak request .... aku nak Huzairie balik. Boleh kau tinggalkan dia untuk aku ? "

What the ... ? 😑 Dia nak Huzairie ? Dia nak suruh aku tinggalkan Huzairie ? Memang tak lah !

" Tak aku takkan sesekali tinggalkan Huzairie. Huzairie is mine ! " kata Aliya.

Tiba - tiba Afanin ketawa.

" So aku pun takkan berhenti untuk dapatkan tahta tu. "

" Kau ni kenapa hah nak ganggu kebahagiaan kami ? "

" Aku tak ganggu pun kebahgiaan korang tapi kau Aliya  , kau yang ganggu kebahagiaan aku ! Kalau kau tak muncul mungkin aku takkan buat apa yang aku buat sekarang. Aku masih sayangkan Huzairie dan aku tahu Huzairie masih sayangkan aku. Dia tak bahagia dengan kau tapi dia bahagia dengan aku. "

Aliya tersentak ! Mendalam betul kata - kata Afanin. Ada juga betulnya. Memang kemunculan aku buat Afanin dengan Huzairie tak dapat bersama tapi aku tahu Huzairie sayangkan aku tapi ada betulnya juga kalau dia masih sayangkan Afanin 😭

" Okay lah Al , best girl win ! " kata Afanin sinis lalu meninggalkan Aliya.

Aliya terdiam dan hanya membiarkan Afanin berlalu pergi.

Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi