Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,824
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 38

Aidiel Wafie hanya termenung jauh. Dia tiba - tiba terfikirkan Aliya. Hmmm aku sayangkan Aliya ! Aku tak sanggup tengok Aliya menderita disebabkan Huzairie !

" Aku kena buat perhitungan dengan dia. " desis hati Aidiel.

Tiba - tiba dia terpandangakan satu notis di papan kenyataan berdekatannya.

Pertandingan Sukan Larian UAS 2017

Terbuka kepada semua falkulti di UAS

Tarikh : 25 Ogos 2017 
Jam : 8.30 pagi.

Pertanyaan lanjut boleh ditanya kepada :

- Puan Rosalinda 
- Cik Iliana
- Prof Zahid

Aidiel tersenyum sinis lalu beredar mencari Huzairie . 

Huzairie sedang membaca buku rujukan perniagaannya tapi tiba - tiba terganggu dengan kehadiran Aidiel.

" Huzairie "

Huzairie hanya mendongak memandang Aidiel.

" Aku ada hal sikit nak cakap dengan kau " kata Aidiel serious.

Seketika Huzairie menutup bukunya.

" Nak cakap apa ? "

" Aku nak buat perhitungan dengan kau " kata Aidiel straight to the point.

Huzairie pelik. Amende mamat ni ? Perhitungan apa pulak ? 😑

" Aku nak kita lawan dalam pertandingan Sukan Larian UAS 2017 . "

" Untuk apa ? "

" Untuk aku dapatkan Aliya "

Huzairie tersentak.

" Kau ingat Aliya apa ? Barang permainan ? "

" Asal ? Kau takut ke ? Kau takut kau kalah dengan aku ? " kata Aidiel sinis sengaja ingin mencabar Huzairie.

Huzairie tersentak ! Dia memang pantang di cabar. Lebih - lebih lagi , musuh ketatnya dari kecik lagi yang cabar.

" Baik ! Aku sahut cabaran kau ! " kata Huzairie membuat keputusan.

" Bagus - bagus. So kalau aku menang , aku nak kau lepaskan Aliya untuk aku dan bagi dia spent time dengan aku selama seminggu sebelum kau lepaskan dia. "

Huzairie terdiam. What ? Aku akan kehilangan Aliya ? Tak ! Aku takkan biarkan benda tu terjadi.

" Kalau aku menang ? Aku nak kau jangan ganggu Aliya lagi. " kata Huzairie pulak.

" Deal ! " kata Aidiel.

Seketika mereka berjabat tangan. Dalam diam ada orang yang sedang mencuri dengar perbualan mereka berdua.

*********

" Aidiel Wafie right ? "

Afanin memanggil Aidiel.

Aidiel menoleh ke arah suara itu.

" Afanin sepupu Huzairie ? " desis hati Aidiel.

" Hai " kata Afanin cuba bermesra.

" Erkk kau nak apa ? " Aidiel balas endah tak endah. Sebab dia menyampah dengan Afanin. Afanin lah yang cuba bunuh Aliya.

Harapkan muka aje cantik tapi hati busuk !

" Aku nak berbincang sikit dengan kau pasal perhitungan kau dengan Huzairie tadi."

Aidiel tersentak ? What ? Makcik ni dengar ke ?

" Maksud kau ? " tanya Aidiel.

Afanin tersenyum sinis dengan penuh maksud yang tersirat.

********

" Eh Al , kau tak nak masuk ke pertandingan sukan larian UAS 2017 ? " tanya Asyfa.

" Hah ? Tak nak lah. Aku mana kuat lari. Tak larat lah aku nak lari. Kejap lagi dapat nombor last hahahaha " kata Aliya.

" Kan ? Kalau macam tu aku pun tak nak masuk lah. Kita tunggu dekat UAS sudah. Mungkin akan ada pensyarah yang nak minta pertolongan ke apa kan ? " kata Putri.

" Serious ni korang tak nak masuk ? Kalau tak nak aku pun tak nak jugak lah. " kata Asyfa.

Mereka berbual semasa perjalanan hendak balik ke bilik mereka. Aliya tiba - tiba terasa hendak ke tandas. Dia pun menyuruh Asyfa dan Putri balik terlebih dahulu. Semasa perjalanan dia terserempak dengan Afanin. Afanin menghalang perjalanan Aliya.

" Hish minah ni nak apa lagi ? Nak buat aku nampak salah dekat mata Huzairie lagi ? " monolog Aliya di dalam hati.

" Hai Al " sapa Afanin acah - acah baik.

" Kau nak apa lagi ? Jangan kacau aku boleh tak ? " marah Aliya.

" Ehh jangan lah marah . Chill lah. Aku ada good news ni untuk kau. " kata Afanin.

" Good news apa pulak kau ni ? "

" Kau tahu tak yang Huzairie masuk pertandingan sukan larian UAS tu ? "

" Kalau dia masuk pun kenapa ? Aku tak halang dia pun . "

Dah kenapa minah ni ? Aku cepuk jugak dia kat sini kang ! 😡

" Kau tak nak tahu ke dia masuk pertandingan tu sebab apa ? "

" Aku tak kesah pun sebab apa dia nak masuk pertandingan tu. Tak ada kena mengena dengan aku pun . " kata Aliya lalu ingin melangkah pergi. Malas nak layan minah senget ni.

" Serious kau tak kesah ? Hahahaha kesian kau Aliya. Kau jadi barang taruhan Huzairie dengan Aidiel. " kata Afanin.

Langkah Aliya terhenti. Dia terpaku.

" Diaorang bertaruh untuk dapatkan kau. Kalau Aidiel menang , kau akan Huzairie lepaskan untuk Aidiel. Kalau Huzairie menang , Aidiel takkan ganggu kau lagi. " kata Afanin.

Aliya tersentak ? Apa ? Diaorang bertaruh untuk dapatkan aku ? Tapi kenapa Aidiel nak aku pulak ?

" Aidiel Wafie memang dah lama sukakan kau Aliya " jelas Afanin seperti memahami apa yang bermain di fikiran Aliya.

Aliya terkejut. Aidiel sukakan aku ? Jadi betul lah kata - kata Huzairie selama ni ?

" Dan kau tahu . Aku akan buat Huzairie kalah dalam pertandingan tu ! Biar dia lepaskan kau ! Dan aku boleh gantikan tempat kau ! " kata Afanin sinis dan berlalu pergi.

Ya Allah ! Apa ni ? Aliya terus melangkah untuk mencari Aidiel dan Huzairie. Dia kena hentikan semua ni ! Dia bukan barang permainan ! 😭



Aliya mencari - cari kelibat Huzairie tapi lain yang dia jumpa. Dia jumpa Aidiel.

" Eh Hai Al " sapa Aidiel.

Aliya terpacak. Dia memandang tajam Aidiel.

" Kau kenapa ni Al ? " tanya Aidiel pelik melihat Aliya seperti itu.

" Apa yang kau dah buat Aidiel ? Kau buat perhitungan apa hah ? "

Glurp ! Aidiel telan liur.

" Err hmmm okay macam ni lah Al. Aku nak terus terang dengan kau. "

Aliya diam.

" Aku sayangkan kau. Sejak pertama kali kita jumpa balik , aku dah mula jatuh cinta dekat kau. Aku tak sanggup nak tengok kau terus - terus sakit hati dan sedih disebabkan Huzairie. So maaf Al , aku kena juga buat perhitungan macam ni. Aku nak happy kan kau. Aku harap kau faham." luah Aidiel.

Arghhhh nak pengsan ! Tak sangka Aidiel suka aku ? Orang yang dulu suka kutuk , mengusik tapi end up dia confess perasaan dia dekat aku. Aliya kehilangan kata - kata.

" Okay lah Al , aku ada hal sikit ni bye " kata Aidiel lalu beredar meninggalkan Aliya yang terpaku seorang diri.

Aliya menghembus nafas panjang.

********

Aliya duduk termenung di taman rekreasi UAS. Otak yang masih memproses confess yang dikatakan oleh Aidiel sepintas lalu tadi. Dugaan apa lagi ni Ya , Allah.

" Aliya "

Aliya menoleh ke arah suara itu. Huzairie ?

" Al buat apa sorang - sorang kat sini ? " tanya Huzairie lalu mengambil tempat di sebelah Aliya.

Aliya menghembus nafas kasar.

" Kenapa Ayie sahut cabaran Aidiel ? " tanya Aliya straight to the point.

" Mana Al tahu pasal cabaran tu ? " tanya Huzairie terkejut.

" Al tahu dari mana tu tak penting. Tapi kenapa ? Al bukan barang permainan Ayie. Al isteri Ayie. Ayie sanggup hilang Al ? " kata Aliya. Air mata macam nak keluar dah.

Seketika tangan Aliya disentuh Huzairie. Huzairie menyuruh Aliya memandangnya.

" Maafkan Ayie. Ayie terpaksa buat semua ni supaya Aidiel takkan ganggu Al lagi. Ayie tak nak kehilangan Al. In shaa Allah , Ayie akan menang pertandingan tu. Al jangan risau. Ayie takkan lepaskan Al. " jelas Huzairie.

Aliya hanya mengangguk. Hmmm minta - minta macam tu lah 😪 

Tiba lah hari pertandingan yang mendebarkan. Semua perserta telah berkumpul di tapak utama pertandingan sukan larian UAS 2017. Setelah selesai mendaftarkan diri , semua peserta  mengambil tempat masing - masing.

" Ya Allah bagi lah Huzairie menang . " desis hati Aliya.

Tiba - tiba Aliya teringat pesan Afanin.

" Aku akan buat Huzairie kalah dalam pertandingan tu ! Biar dia lepaskan kau ! Dan aku boleh gantikan tempat kau ! "

Aliya menggeleng - geleng kepalanya . Tak ! Think positive Aliya. Huzairie akan menang ! Ya dia akan menang untuk aku.

" Al ? Kau okay ? Asal kau geleng kepala ? " tanya Asyfa pelik.

" Err aku okay. Tak ada apa lah. Saja geleng kepala hehe " bohong Aliya.

Ya , Aliya tidak menceritakan hal ini kepada Asyfa dan Putri.. dia tidak mahu melibatkan mereka dengan hal rumah tangganya ini.



Sejam telah berlalu dan ada beberapa pelajar yang telah berjaya menamatkan larian masing - masing. Itu tak kesah lah sangat. Yang Aliya risau ni , kelibat Aidiel dengan Huzairie tak sampai - sampai lagi. Aliya rasa tak sedap hati. Ya , Allah mana Huzairie ni ? Kenapa tak sampai lagi ? 😭

Tiba - tiba seseorang memanggil.

" Aliya Sofrina ! Aku menang ! " jerit Aidiel yang sudah sampai di garisan penamat.

Aliya tersentak. Aidiel menang ? Mana Huzairie ?! Tak ! Tak mungkin 😭 Ayie ! Mana awak !

Asyfa dan Putri hanya menggaru kepala mereka ..ada apa - apa yang diaorang tak tahu ke ?

Seketika Aidiel mendekati Aliya dengan keadaan yang termengah - mengah sebab penat berlari.

" Aliya ... akhirnya aku menang. " kata Aidiel gembira.

Tak lama lagi , Aliya akan jadi miliknya. Lama Aliya memandang Aidiel. Seakan - akan tidak percaya yang Aidiel menang dan bukan Huzairie. 

" Huzairie mana ? " soalan itu yang keluar dari mulut Aliya.

" Huzairie ? Dia ada kat belakang lah tadi. Aku potong dia. Dia lambat sangat lari siapa suruh and sekarang aku lah pemenangnya. " Aidiel berkata bangga.

Aliya menggeleng . No ! Tak mungkin Huzairie kalah . Ni mesti sebab....

Aliya terus berlari ke arah bertentangan jalan larian yang digunakan. Aku kena cari Huzairie jugak ! 😭

" Aliya ! " jerit Aidiel.

" Aliya ! " jerit Asyfa dan Putri juga.

Previous: Bab 37
Next: Bab 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi