Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,578
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 24

" Aliya Sofrina ? " terpancul nama itu di bibir merah Aidiel Wafie.

Aliya tersentak !

" Eh macam mana daddy Fie boleh tahu kakak ni nama Aliya Sofrina ? " kata Aliya Safiyah.

Glurp ! Aliya telan liur . Aduhai budak ni pun jangan lah jujur sangat !

" Kau Aliya Sofrina ? Budak Chubby Cherating dulu ? " tanya Aidiel sambil memandang tajam ke arah Aliya.

Memandangkan Aidiel Wafie agak tinggi macam Huzairie. Terasa diri ini agak kerdil apabila dipandang seperti itu. Terkebil - kebil mata Aliya. Aliya Safiyah pula hanya tayyang muka pelik.

" Erkkkk...yaa " jawab Aliya lambat - lambat.

Wah , she so beautiful ! Berubah 100% . Budak chubby yang aku buli dulu boleh secantik bidadari macam ni ? 😍

" Apa ? Kau nak buli aku lagi ke ? Nak cakap aku chubby ? Comot ? " kata Aliya lagi. Geram tentang hal dulu masih terbuku di hati.

" Oh jadi tadi waktu dekat bookstore kau dah tahu lah yang aku ni Aidiel Wafie ? Tapi kau buat tak tahu aje kan ? "

" Errr aku baru perasan lah. Lagipun kau yang blah macam tu aje . " kata Aliya.

" Mana lah aku tahu kau Aliya Sofrina budak chubby dulu. " kata Aidiel.

Tiba - tiba hujung baju Aidiel ditarik Aliya Safiyah.

" Daddy Fie ! Daddy kenal ke kakak ni ? " tanya Aliya Safiyah yang mulai bosan menjadi pemerhati.

" Ya Liya , ni kawan tadika daddy " jelas Aidiel.

Wekkkk ! Nak termuntah aku dengar. Kawan tadika or MUSUH tadika ?! 😈

" Wahhh kakak ni kawan daddy rupanya.. "

Seketika Kuzaimie datang bersama ais krim di tangannya.

" Puan Muda ...nah ais krimnya ... "

" Oh terima kaseh Kuzaimie. "

" Wahh , Liya nak ais krim tu jugak ! " rengek Aliya Safiyah.

Aliya mengambil ais krim itu lalu di hulurkan kepada Aliya Safiyah.

" Nah ambik lah "

Aliya Safiyah mengambil ais krim itu lalu menjilatnya.

" Err ni siapa Puan Muda ? " tanya Kuzaimie.

" Oh ni kenalkan Aidiel Wafie , kawan saya " kata Aliya.

" Ni siapa ? "tanya Aidiel pula.

" Kuzaimie .. pembantu peribadi suami aku " jelas Aliya.

Kprakkkkkk 💔

Aidiel tersentak. What ? Dia dah kahwin ? Tiba - tiba hati Aidiel rasa macam patah berkeping - keping pulak dah kenapa ?

Seketika Aidiel bersalaman dengan Kuzaimie. Entah lah rasa berat hati berjabat tangan dengan pembantu peribadi suami Aliya. Selepas itu , Aidiel ingin berbual sebentar bersama Aliya. Maka Aliya menyuruh Kuzaimie menolong menjaga Aliya Safiyah sekejap.

" So kau kahwin dengan siapa ? " tanya Aliya yang betul - betul ingin tahu. Nak juga siapa perempuan yang boleh terpikat dengan Aidiel Wafie.

" Hahahaha tak aku tak kahwin lagi lah. " kata Aidiel.

Aliya tayang muka pelik. Habis Aliya Safiyah anak siapa ?

" Habis Aliya anak siapa ? "

" Anak aku lah "

" Hah ? Jangan kata kau dah terlanjur..... "

" Hoiii merepek kau ! "

" Habistu ? Tak kahwin tapi ada anak pelik ? " tanya Aliya lagi.

" Liya anak arwah abang aku . Liya anak yatim piatu. Abang aku ngan kakak ipar aku meninggal dunia dalam satu  kemalangan 3 tahun yang lalu dan masa tu Liya baru umur 2 tahun. Tapi nasib baik masa tu Liya tak ikut diaorang. So sekarang ni aku lah yang jadi daddy kepada Liya. " terang Aidiel dalam nada sedih . Terasa rindunya pada arwah abang dan kakak iparnya.

Aliya jugak terasa sebak 🙁 hmmm kesian Aliya Safiyah. Baru umur 2 tahun dah kehilangan kedua ibu bapa . Aku rasa bersyukur sangat sebab sampai sekarang umur aku dah 17 still ada ibu dengan ayah 😌 
Tak sangka , Aidiel seorang yang suka buli boleh jadi seorang bapa saudara yang baik yang sanggup menggelarkan dirinya " daddy " diusia semuda ini. Memang aku tabik ahh dekat dia 😊🖒

" Habistu apa yang Liya buat hari tu dekat hospital ? Aku terjumpa dia dekat situ . "

" Oh kau jumpa dia dekat hospital yang hari tu ? " tanya Aidiel.

Aliya hanya mengangguk kecil. Seketika Aidiel mengeluh panjang.

" Liya .... sakit .. " itu yang terlafas dari mulut Aidiel.

Kprakkk 💔 Ya Allah begitu besar dugaan mu buat anak kecil ini. Aliya tak sangka disebalik senyuman dan keriangan yang dipamerkan oleh Aliya Safiyah terselit berbagai dugaan. Lepas satu , satu dugaan.

" Sakit apa ? " tanya Aliya prihatin.

" Kanser paru - paru tahap 3 "

Hmmmm kesiannya Aliya Safiyah 😢

" Hmm doktor cakap apa ? Boleh  sembuh tak ? "

" Doktor cakap semua bergantung kepada kententuan Allah. Setakat ni Liya hanya bergatung pada ubat lah. Tak tahu sampai bila Liya mampu bertahan. " jelas Aidiel.

" Hmm sabar ea. Kita berdoa moga Liya cepat sembuh. In shaa allah. " kata Aliya memberi semangat.

Seketika Aidiel memandang Aliya di sisi. Dia still bagi semangat dekat aku even aku pernah kutuk , buli , kacau dia ? 🙁 kenapa kau baik sangat Aliya ?

" Aliya ... "

" Hmm "

" Aku minta maaf ea sebab selalu buli kau dulu ? Kau maafkan aku tak ? " luah Aidiel.

" Hahahaha iya lah. Aku maafkan kau. Benda dah lepas . Masa tu pun kita budak - budak lagi. " kata Aliya bersama senyuman yang menawan.

Aidiel cair dengan senyuman Aliya 😍

" Err thanks Al .. " kata Aidiel.

" Your welcome "

" By the way kau cakap tadi tu pembantu suami kau ? Kau kahwin dengan siapa ? Awalnya ? " tanya Aidiel.

" Haah . Awal kan ? Ni semua sebab wasiat arwah atok aku . Tu yang kahwin awal tu. Suami aku orang yang kau kenal jugak .. " kata Aliya.

" Ohhh. Orang yang aku kenal ? Siapa ? "

" Tengku Ilham Huzairie . Kau masih kenal dengan nama tu ? "

Aidiel sedikit tersentak ! What budak hingusan tu suami Aliya ? 😑

" Maksud kau Ayie ? " tanya Aidiel ingin kan kepastian.

Aliya mengangguk seraya tersenyum.

" Oh tahniah. " kata Aidiel tidak ikhlas sebenarnya.

" Terima kaseh "

Tiba - tiba Kuzaimie menegur.

" Errr maaf menganggu Puan Muda. Rasanya sudah cukup masa untuk kita balik sebab takut nenda dan bonda Puan Muda risau pulak. " kata Kuzaimie sambil Aliya Safiyah yang berdiri memegang tangan Kuzaimie di sebelah.

" Okay . Okay lah Aidiel , aku balik dulu ea. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi. "

Aidiel hanya mengangguk kecil. Seketika Aliya menunduk sedikit untuk bercakap dengan Aliya Safiyah.

" Liya . Liya jaga diri ea ? Liya kena kuat untuk hadap semua dugaan yang Allah bagi. Kakak balik dulu tau . Nanti kita jumpa lagi " kata Aliya.

Tiba - tiba Aliya Safiyah memeluk Aliya dengan erat.

" Mesti best kan kalau ada mama macam kakak " bisik Aliya.

Hati Aliya tersentuh apabila mendengarkan keinginan Aliya Safiyah. Aliya hanya mampu mengusap belakang kanak - kanak itu perlahan - lahan.

************

Pakcik ni nak dekat 5 hari dah tak call aku langsung ! Dah jumpa isteri baru kot kat Singapura sana ! 😣 Aku rindu tahap gila dah ni 😢

" Bosannya bila Huzairie tak ada ni. Nak study terasa malas. Ni kalau Huzairie ada dah lama kena ketuk dengan dia sebab malas belajar ni " ngomel Aliya seorang diri.

Aliya mundar - mandir dalam biliknya. Kejap ke sana , kejap ke sini. Hah ! Tengok wayang lah. Aliya mencapai tudungnya lalu keluar untuk ke tingkat 3. Suasana di tingkat 3 agak sunyi jugak. Seram pun ada rasa 😣 tapi nak tengok wayang jugak.

Seketika Aliya masuk ke dalam bilik wayang. Kosong tak ada orang. Hmm tengok sorang - sorang aje lah. 😭 Aliya mengambil makanan dan minuman lalu duduk di tempat duduk hadapan sekali. Aliya mencapai remote control. Nasib baik Huzairie dah pernah ajar dia macam mana nak guna bilik wayang ni.

Aliya memilih cerita " Kimchi Untuk Awak " . Layan aje lah perasaan tengok wayang sorang - sorang 😢 best jugak lah cerita ni sweet gitu. Wah teringin pulak nak pergi honeymoon. Dapat pergi Korea ke Jepun ke best jugak ni 💕🙈

Lama kelamaan , Aliya tertidur sambil duduk. Mengantuk kot layan wayang sorang - sorang. Dah lah lawak  , tidur sambil peluk popcorn  kau rase ? *cuba imagine*

Tiba - tiba pintu bilik wayang dikuak perlahan - lahan. Seseorang menapak masuk mendekati Aliya. Dia memerhati Aliya. Tangannya mengusap perlahan pipi mulus Aliya sebelum mengalihkan popcorn dan air . Seketika Aliya diangkat oleh orang itu.

********

Aliya terjaga dari tidurnya. Dia merenggang - renggangkan badannya.

" Bestnya tidur "

Eh ? Katil ? Bila masa pulak aku ada dalam bilik ? Bukan aku dalam bilik wayang ke ? 😰 Macam mana boleh sampai sini pulak ? Ermm mungkin aku yang tak sedar aku balik bilik kot tadi . Hahahahhaa apa lah kau ni Aliya 😂 

Tiba - tiba Aliya terdengar bunyi sesuatu dari bilik persalinan. Aliya mendekati pintu bilik itu. Eh ada orang ke dalam ni ? Huzairie ke ? Cakap pergi seminggu ? Hari ni baru 5 hari.

" Huzairie ? Awak ke tu ? " kata Aliya.

Sunyi . Tiada sahutan.  Aliya cuba menolak pintu bilik persalinan tapi kunci dari dalam ! 😰 Aliya terus mendekati katilnya lalu mencapai telefon bimbit. Dia mendail nombor telefon Kuzaimie.

" Hello , Kuzaimie ! "

" Hello ? Eh Puan Muda ? Ada apa ? "

" Kuzaimie saya nak tanya , Huzairie pergi seminggu kan ? "

" Iya lah seminggu . Kenapa Puan Muda ? "

" Err dia balik asing ke atau balik sekali dengan ayahnda ? " tanya Aliya ketar - ketar.

" Balik dengan Tengku Yahya lah 2 hari lagi . Kenapa ni Puan Muda ? "

Kalau Huzairie balik lagi 2 hari . Habis siapa kat dalam bilik persalinan tu ? 😱 Jangan kata Hannnn....tuu.... 😭

Tiba - tiba ada seseorang memeluk Aliya dari belakang. Terlepas telefon bimbit Aliya di atas katil.

" Arghhhhh " jerit Aliya.

Terus sebelah tangan orang itu memeluk Aliya dari belakang. Sebelah tangannya lagi menutup mulut Aliya yang menjerit.

" Hello ? Puan Muda ? Puan Muda okay ke ? " tanya Kuzaimie risau dihujung talian setelah mendengar Aliya menjerit.

Siapa ni ? Ya Allah. Dia main tutup - tutup mulut pulak. Huzairie tolong saya ! 😭😭

" Imissyouu sayang "

Tiba - tiba dia bersuara. Aliya tersentak ! Dia kenal sangat ni suara siapa ! Ya allah Aliya  dah rasa nak nangis sekarang ni 😭😭😭

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi