Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,530
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 31

" Errr Afanin , Aery nak pergi toliet kejap. Afanin makan lah dulu ya. " kata Huzairie.

Seketika Huzairie melangkah untuk ke toilet. Semasa perjalanan ke toilet , dia terserempak dengan Kuzaimie.

" Eh Kuzaimie kau kat sini rupanya ? " sapa Huzairie.

" Err Tengku ... " kata Kuzaimie tergagap - gagap.

Huzairie tayang muka pelik. Dah kenapa dengan Kuzaimie ni ?😒

" Errr Tengku ada jumpa Puan Muda tak ? " soalan itu yang terpancul dari mulut Kuzaimie.

" Aliya ? Tak ada pun. Kenapa ? "

" Oh tak ada apa lah cuma .... "

" Cuma apa ? "

" Cuma ... cuma tadi saya berselisih dengan Puan Muda. Pastu ...mata dia merah macam menangis. " terang Kuzaimie.

Hah ? Aliya menangis ? Dah kenapa ?

" Eh Tengku ! " jerit Kuzaimie tiba - tiba.

Terkejut Huzairie dibuatnya.

" Apa kau ni ? " marah Huzairie.

" Errr sorry - sorry. Hahaha tak lah mana Cik Puan ? "

" Err aku tinggalkan dia kat cafe jap. Aku nak pergi toliet. " kata Huzairie.

" Oh okay - okay. Saya pergi dekat Cik Puan dulu ya ? " kata Kuzaimie lalu meninggalkan Huzairie.

" Kenapa Aliya menangis ? " soal hati Huzairie.

Huzairie terlupa yang dia dah janji nak lunch sama - sama dengan Aliya sejak munculnya kehadiran Afanin tadi.

**********
Jam menunjukkan pukul 4.30 petang. Aliya terjaga dari tidurnya apabila dia dikejutkan oleh Asyfa dan Putri.

" Al bangun Al .. " panggil Putri.

Aliya bangun dengan lemah. Ya , perutnya masih kosong ! Dia tak makan dari pagi sampai ke petang.

" Al .. Huzairie nak jumpa kat bawah..tadi dia pesan kat kitaorang sebelum kitorang naik bilik. "

Kprakkkk 💔

Dengarkan saja nama Huzairie , tiba - tiba Aliya teringatkan kejadian tengah hari tadi. Hmmm sakit hatinya mula bertandang.

" Aku tak nak jumpa dia. " itu yang terluah oleh Aliya.

Asyfa dan Putri tayang muka pelik.

" Kenapa pulak ? Kesian dia tunggu kau kat bawah tu Al. " kata Asyfa.

" Hmm dia biarkan aku tunggu lunch boleh pulak ? Dia sedap aje makan dengan orang lain. " desis hati Aliya sakit.

Aliya tidak mampu untuk ceritakan kepada Asyfa dan Putri. Hmmm dia takut , dia ternangis depan mereka kalau dia cerita. 😌 
Aliya menggeleng.

" Hmmm aku tak larat nak turun bawah. " kata Aliya memberi alasan.

Aliya cuba bangun untuk bersihkan diri tiba - tiba dia terduduk semula. Kepalanya pening. Bila bangun rasa macam tak stabil.

" Eh Al kau kenapa ni ? " tanya Asyfa risau.

" Haah . Baru aku perasan , mulut kau pucat lah. Kau tak sihat ke ? " tanya Putri pulak.

Pucat ? Mana taknya dah dekat petang tak makan apa ! Aliya diam. Kepalanya betul - betul pening saat ini.

" Aku okay lah. Korang jangan risau ea ? " Aliya mula bersuara.

" Nak kitaorang panggilkan Huzairie ke untuk tengok kau ? "

" Tak ! Tak perlu. " kata Aliya.

************

Huzairie masih setia di bawah menunggu Aliya. Hmmm entah lah hatinya rasa tak senang bila Kuzaimie cakap yang Aliya menangis. Kenapa Aliya menangis ? Apa yang buat dia menangis. Lepas lunch tadi , Afanin dah masuk ke biliknya. Hal Afanin sudah disettlekan oleh Huzairie. Hmm sekejap Huzairie ke sini , sekejap Huzairie ke sana. Mana Aliya ni ? Kenapa tak turun - turun lagi ?

Tiba - tiba orang yang tak disangka - sangka muncul. Siapa ? Siapa lagi kalau bukan Aidiel Wafie.

" Ehh anak raja tengah tunggu tuan puteri turun ke ? " perli Aidiel.

Huzairie diam. Dia malas nak gaduh saat ini. Keutamaannya sekarang adalah Aliya.

" Hmm Aery , Aery kau ni kan memang tak boleh nak jaga hati orang ea ? Buat janji tapi mungkir janji. Janji nak makan lunch dengan isteri tapi end up keluar makan dengan perempuan lain ? Apa jenis orang lah kau ni ? " perli Aidiel lagi.

Huzairie tersentak ! Ya Allah betul lah aku dah janji nak makan lunch dengan Aliya. Macam mana aku boleh lupa ni. 🙁 Jangan - jangan Aliya nangis tadi sebab nampak aku dengan Afanin ?

" Kenapa diam ? Baru ingat ke ? Hmm kalau macam ni lah cara kau layan Aliya . Tak mustahil Aliya boleh jadi milik aku . " kata Aidiel.

Huzairie memandang tajam ke arah Aidiel.

" Aku takkan sesekali biarkan benda tu jadi ! " kata Huzairie tegas.

Aidiel hanya tersenyum sinis.

" Oh ya ? Kau takkan biarkan benda ni terjadi ? Hmm kesian Aliya , tunggu kau nak lunch sama - sama tapi entah lah suami sedap - sedap makan dengan orang lain ? Siap pegang tangan bagai lagi ? Hahaha " kata Aidiel lagi cuba mengapi - api kan hati Huzairie.

Huzairie tersentak lagi ! Ya Allah , mesti Aliya nangis sebab tengok tu. Huzairie tidak mengendahkan Aidiel lagi , dia terus melangkah naik untuk ke bilik Aliya ! Dia harus jelaskan semuanya.

********

Tok ! Tok ! Tok !

Pintu bilik dibuka. Kelihatan muka Putri yang membuka pintu bilik.

" Aliya mana ? " tanya Huzairie risau.

" Err dia ada tapi..."

" Tapi apa ? "

" Errr .. "

Seketika Aliya muncul di sebelah Putri.

" Hmm nak apa ? " tanya Aliya tak ada mood.

Putri meninggalkan Aliya dan Huzairie berdua. Bagi privasi sikit lah katakan. Seketika Huzairie mengajak Aliya ke taman mini UAS. Hmm jelas sekali kelihatan muka Aliya memang nampak tak bermaya.

Kenapa ? Teruk sangat ke Aliya menangis tadi ? 😪

Hampir 5 minit mereka membisu.

" Aery minta maaf " Huzairie bersuara.

Aliya diam. Dia malas nak membalas.

" Hmmm maaf sebab lupa yang dah janji nak lunch sama - sama. "

Aliya diam. Hmmm lupa ke atau sengaja ? 😭

Seketika Huzairie memandang Aliya di sisi.

" Mungkin Yaya nampak Ayie dengan perempuan kan kat cafe tadi ? Err Yaya jangan lah salah faham. Tu .... Afanin.. dia baru balik Malaysia. " jelas Huzairie.

Kprakkkkk 💔 hmmm Afanin ? Dah balik Malaysia ? Patut lah sampai boleh lupa lunch dengan aku , rupanya kekasih lama dah kembali ! 😭

" Yaya jangan lah salah faham. Kami tak ada apa - apa pun. Kami cuma sepupu. Trust me . " pujuk Huzairie.

Aliya masih diam tidak membalas apa - apa pun. Seketika Aliya bangun.

" Dah habis ? Kalau dah habis Al nak balik bilik dulu . " kata Aliya mendatar. Serious dia memang tak ada mood !

Lagipun entah lah dia nampak Huzairie kejap ada satu dan kejap ada dua 😞 kepala Aliya pening sangat ni.. Perut rasa pedih - pedih. 
Huzairie terkedu. Tak sangka , Aliya merajuk sampai macam ni sekali ? Selalu kalau Huzairie dah explain , Aliya akan okay . Tapi tidak kali ini .

Aliya ingin melangkah pergi namun cepat sahaja Huzairie menyambar pergelangan Aliya.

" Riku.. Ayie minta maaf. Maafkan Ayie ? "

Aliya sedikit menarik tangannya dari Huzairie. Namun Huzairie masih mengenggam erat pergelangan tangan Aliya.

" Hmmm tolong lepaskan tangan saya. " kata Aliya mendatar.

" Tak ! Aery takkan lepaskan tangan Aliya sebelum Aliya maafkan Aery.." Huzairie bertegas.

Tiba - tiba Aliya memang dah rasa terhuyung hayang ! Dan akhirnya dia rebah.

Bukkkkk !

" Aliya ! " panggil Huzairie terkejut.

*********




Aliya terbaring kaku di atas katil Hospital Tun Alam Shah. Hospital ini juga hanya dalam kampus UAS. Ya di sini memang disediakan Hospital.

" Aliya ... maafkan Aery . " desis hati Huzairie mengenggam erat tangan Aliya.

Tiba - tiba dia teringatkan kata - kata doktor. Hmmm Aliya pengsan disebabkan gastrik.Semua ni salah aku 😌 Aliya tak makan disebabkan aku . Aliya sakit disebabkan aku. Kalau aku tak lupa mesti Aliya takkan sakit macam ni. Kalau Afanin tak muncul masa tu mesti semuanya takkan jadi macam ni 😞

Lama kelamaan Huzairie terlelap sambil kepalanya dilentokkan di ruang kosong katil Aliya. Tangan Aliya masih erat digenggamannya. 



2 jam kemudian , Aliya terjaga dari pengsannya. Rasa lenguh - lenguh tangannya. Dah kenapa ? Aliya menoleh ke arah tangannya. Cis ! Patut lah lenguh pakcik ni punya kerja rupanya. Genggam tangan aku sampai lenguh . Ehh ? Aku kat hospital ? Kenapa ? Aliya cuba memproses apa yang berlaku. Hah baru dia teringat , dia gaduh ngan Huzairie pastu Huzairie explain end up dia rasa macam  nak jatuh pastu gelap !

" Eh puan dah sedar ? " tegur seorang jururawat yang baru masuk.

Aliya hanya tersenyum. Seketika jururawat itu memeriksa Aliya sambil - sambil tu dia berborak ngan Aliya.

" Baik suami puan . Tunggu puan  sedar aje dari tadi. By the way , mudanya  puan dengan suami puan kahwin ? " kata jururawat tu ramah.

Aliya melirih ke arah Huzairie yang nyenyak tidur. Hmmm betul ke dia tunggu aku sedar ?

" Hahaha yaa aturan keluarga. " kata Aliya.

" Wah bestlah. Moga kekal ya puan. Puan dengan dia secocok sangat. Hah saya dah periksa puan , in shaa allah kalau okay esok puan dah boleh discharge. " kata jururawat itu.

" Oh hee terima kaseh ya. "

Seketika jururawat itu berlalu pergi. Tinggallah Aliya dengan Huzairie yang nyenyak tidur di situ. Tiba - tiba Aliya jadi rindu akan hubungannya dengan Huzairie masa sekolah menengah dulu , masa dekat rumah ayahnda , masa dekat kampung nenek. Hmmm 😭 Aliya mengusap lembut kepala Huzairie.

" Hmm harap hubungan kita kekal tanpa ada orang ketiga. " desis hati Aliya.

Hmmm tak kesah lah sesiapa pun yang muncul ! Aliya takkan pernah lepaskan Huzairie dekat sesiapa pun termasuk AFANIN !  Huzairie ni Mr. Sweet aku punya ! ❤

Tiba - tiba Huzairie bergerak kecil lalu terjaga.

" Eh , Riku dah sedar ? Maaf Miku terlelap pulak. Kejap ea Miku panggilkan doktor. " kata Huzairie lalu tergesa - gesa bangun.

Apabila Huzairie ingin melangkah tiba - tiba tangannya ditarik Aliya. Aliya memeluk pinggang Huzairie memandangkan Huzairie tengah berdiri sekarang ni. Huzairie tersentak.

" Hmmm janji jangan buat Riku tertunggu - tunggu lagi. Riku maafkan Miku kali ni . " kata Aliya sambil erat memeluk pinggang Huzairie.

Terbit senyuman Huzairie. Alhamdulilah , Aliya dah maafkan aku. Huzairie mengusap lembut kepala Aliya.

" Yaa Miku janji. "

***********

Sehari selepas Aliya discharge , Huzairie menemukan Aliya dengan Afanin.

" Afanin kenalkan ni Aliya isteri Aery. "

Afanin sedikit tersentak. Hmm so ni la isteri Huzairie tu ?

Aliya tersenyum manis kepada Afanin even dia tahu Afanin memang tak suka akan kehadirannya saat ini.

" Hai Aliya " kata Afanin lalu menghulurkan tangan untuk berjabat.

" Hai Afanin " kata Aliya lalu menyambut huluran tersebut.

" Maaf tak dapat nak datang weeding Aliya dengan Huzairie hari tu. " kata Afanin acah - acah sedih.

" Oh tak apa - tak apa. " balas Aliya.

" Okay so nak buat apa lepas ni ? Memandangkan kelas belum start lagi kan ? Apa kata kita pergi makan nak ? " cadang Huzairie.

" Hah boleh jugak." jawab Aliya.

" Haah okay jugak. Aery , Afanin teringin sangat nak makan coconut shake kat area - area sini ada tak ? Heee tiba - tiba teringat pulak , coconut shake tu favourite kita berdua kan ? " kata Afanin sahaja membuka cerita lama.

Aliya dah rasa macam menyampah dah ni tapi dipamerkan senyuman palsu !

" Oh ada . Jom lah kita pergi. " kata Huzairie .

Seketika Huzairie ingin berjalan beriringan dengan Aliya tiba - tiba sahaja Afanin mencelah di tengah - tengah. Pastu buat - buat tanya macam - macam pasal itu ini ! 😒

Huzairie melirih ke arah Aliya takut - takut Aliya marah ke merajuk pulak ke. Namun Aliya hanya tersenyum ke arah Huzairie. Aliya tidak mahu bergaduh lagi dengan Huzairie so dia cuba berfikiran positif. Mungkin Afanin nak spend time dengan sepupunya Huzairie sebab dah bertahun tak jumpa Huzairie kan ? So Aliya bagi lah chance ! 😌

Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi