Bab 9

Suasana kelas Arissa hari ini tidak seperti selalunya. Haikal dan Leong menghampiri Arissa yang duduk di barisan depan. Saat itu juga Yana datang mengunjungi kelas mereka. Arissa terkejut dengan kedatangan Yana ke kelasnya. Nasib baik mereka tiada belajar ketika itu kerana semua guru-guru sibuk bermesyuarat.

“Kenapa muka awak sedih, Yana?” Soal Haikal yang berdiri di sebelah Arissa.

“Sedihlah.” Yana membuat muka sedih. Kemudian, dia memandang Arissa.

“Arissa bila aunty awak pulang? Awak tak rindukan dia ke?” Tanya Yana. Arissa mengeluh. Soalan yang sama sejak auntynya kembali kerja. Cuma soalan yang dia dengar sekarang adalah dari mulut Yana.

“Mestilah rindu. Siapa yang tak rindukan aunty sendiri, kan?” Ketiga-tiga mereka menganggukkan kepala.

“Rindulah nak makan bento yang aunty awak buat. Arissa awak pujuklah aunty awak pulang sini.” Luah Leong yang sudah lama tidak merasa masakan daripada aunty Arissa.

“Susahlah nak pujuk. Lagipun, ibu saya tak nak bagi saya cakap lama-lama dengan aunty Aivy.” Serentak mereka berempat mengeluh.

“Eh, tiga minggu lagikan kita sekolah? Lepas tu, mula cuti sekolah penggal kedua.” Haikal baru teringat.

“Jadi, kenapa dengan cuti sekolah tu?” Soal Leong. Haikal mengetuk kepala temannya itu.

“Hesy, awak ni Leong. Lembab.” Haikal memerlinya. Leong mengajuk kata Haikal.

“Arissa, cuti sekolah nanti awak mintalah ibu awak pergi sana. Nanti, bolehlah awak pujuk aunty awak tu.” Laju  Leong mengangguk kepala bila Haikal memberi cadangan seperti begitu. Arissa dan Yana berpandangan. Senyuman terukir.

“Bijaklah awak ni, Haikal. Pulang nanti, saya cuba pujuk ibu saya.” Kata Arissa.

 

LINA sibuk mengemas dapurnya. Selesai mengemas dia terus ke ruang tamu. Arissa ketika itu lagi sibuk menyiapkan kerja-kerja sekolahnya. Lina duduk di tepi anak perempuannya. Dia mengambil alat kawalan jauh lalu menukar rancangan yang disukainya.

Sekejap-kejap Arissa mengerling ibunya yang khusyuk menonton rancangan televisyen. Patut ke diaberitahu tentang rancangan masa cuti sekolah nanti?

Lina yang perasan akan kelakuan anaknya itu terus memperlahankan bunyi televisyen. Dia membetulkan posisi duduknya. Sekali lagi Arissa memandangnya dan ternyata ibunya menyedari kelakuannya itu. Lina senyum sambil mencubit pipi gebu Arissa.

“Anak ibu ni dah kenapa? Balik-balik tengok ibu. Ini mesti ada apa-apa, kan?”

Arissa senyum nipis. Dia menutup bukunya lalu menghadap wajah si ibu. Arissa menarik nafas panjang sebelum membuka cerita.

“Ibu,” dia masih berfikir sama ada hendak beritahu atau tidak tentang rancangannya. Takut sekiranya ibunya menolak.

“Kenapa dengan Arissa ni? Diam je. Mesti Arissa ada rahsiakan sesuatu dekat ibu, kan?” Duga Lina membuatkan anak perempuannya itu tidak selesa dengan posisi duduknya.

“Ibu, ibu ada apa-apa rancangan ke cuti sekolah nanti?” Berhati-hati Arissa mengutarakan soalan kepada ibunya. Berkerut dahi Lina mendengar soalan tersebut.

“Rancangan? Rancangan apa?” Tanya Lina. Dia belum terfikir apa-apa pun tentang cuti sekolah yang bakal tiba itu.

Hmmm… rancanganlah. Cuti sekolah nantikan dua minggu. Arissa tak naklah duduk dekat rumah saja. Arissa nak juga ibu bawa Arissa pergi bercuti.”

“Cuti? Arissa nak bercuti dekat mana?” Di layan sahaja karenah anak perempuannya.

“Arissa nak bercuti tempat nenek dengan atuk. Lepas tu, boleh jumpa aunty Aivy, atuk Han dengan nek Zati.”

Lina jungkit kening. Rupanya budak ni dah siap fikir nak bercuti dekat mana.

“Nanti ibu fikirlah. Banyak masa lagi, kan?” Lina meminta masa untuk berfikir tentang cadangan anak perempuannya. Bila difikirkan balik ada baiknya juga rancangan Arissa itu. Dia sendiri sudah lama tidak menjenguk ibu bapanya di sana. Sekali sekala balik apa salahnya. Lina senyum sendirian.

“Tapi, ibu jangan fikir lama sangat. Kalau boleh ibu bagilah jawapan hari ini juga. Tak pun esok ataupun esoknya lagi,” Lina tercengang bila anaknya menetapkan tempoh untuk dia berfikir tentang rancangan bercuti itu.

“Yalah. Yalah. Nanti, ibu bagi jawapan.” Akhirnya si ibu mengalah. Malas dia hendak bergaduh dengan budak yang berumur tujuh tahun ini.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh