Bab 21

HARI KEDUA mereka di Pulau Langkawi. Hana tidak sabar mahu membuat aktiviti yang dia suka. Awal pagi lagi dia sudah membangkitkan dua orang budak comel itu. Selesai mandi, dia menyiapkan mereka berdua. Hana menggayakan mereka berdua dengan pakaian santai kanak-kanak dari jenis linen dan juga rayon yang dibelinya beberapa bulan yang lalu. Tidak lupa juga topi floppy bewarna coklat dan juga biru muda diberikan kepada mereka berdua. Selesai menyikat dan mengikat rambut anak buahnya, Hana beralih pula kepada Yana. Hana suka mendandan rambut budak-budak comel ini.

Aunty Aivy, terima kasih sebab hadiahkan baju dengan topi ni.” Ucap Yana. Hana mencubit lembut pipi Yana yang gebu itu.

“Sama-sama. Kalau nak lagi, aunty boleh bagi. Lagipun, banyak pakaian macam kamu ni aunty bawa.” Kata Hana. Tiba-tiba Arissa memukul lengan Hana. Hana dan Yana tersentak.

“Kenapa ni Arissa?” Tanya Hana bila melihat wajah cemburut anak buahnya itu.

“Itukan pakaian Arissa. Aunty yang beli pakaian tu untuk Arissa.” Arissa berpeluk tubuh. Hana mencuit hidung Arissa.

“Hesy, Arissa ni. Tak payah nak kedekut sangat. Nanti, aunty beli banyak lagi untuk Arissa lepas ni. Aunty pun belikan untuk Yana juga.” Kata-kata Hana membuatkan Arissa dan Yana tersenyum puas.

“Terima kasih, aunty. Sayang aunty!” Jerit mereka. Naik lemas Hana dengan pelukan ketat mereka berdua itu.

“Sini. Aunty tak habis lagi dandan rambut kamu tu.” Hana menyuruh Yana ke tempatnya semula. Yana tersengih lalu mendekati semula Hana. Arissa pula fokus kembali bermain game di tab Samsungnya.

Aunty Aivy, Yana sukalah pegang rambut aunty. Rambut aunty cantik dan wangi.” Puji Yana. Hana tersenyum.

“Rambut Yana pun apa kurangnya. Cantik.” Puji Hana pula. Tersengih Yana.

“Rambut Arissa pun cantik.” Arissa tak mahu kalah juga dan akhirnya mereka bertiga sama-sama ketawa.

“Dah siap. Korang main dulu. Aunty nak pakai tudung.” Hana terus mengambil selendang lalu melilitkan di kepalanya.

Aunty, hari ini kita nak ke mana?” Tanya Arissa. Yana pula ralit memerhatikan Hana yang sibuk menyiapkan dirinya.

“Arissa dengan Yana nak pergi mana?” Hana memulangkan paku buah keras.

“Kita pergi tempat Mahsuri!”

“Naik kereta kabel!”

“Pulau!”                         

“Kraftangan!”

Hana geleng kepala. Banyak sangat tempat yang dua orang budak ini hendak pergi. Belum tentu Aniq akan membawa mereka berdua ke tempat yang mereka mahu pergi. Bila sudah puas hati dengan keadaan masing-masing, Hana terus membawa Arissa dan Yana turun ke bawah.

Uncle!” Jerit Yana. Arissa turut berlari ke arah Aniq. Hana buat muka. Aniq kelihatan kacak dengan pakaian santainya dan juga seluar pendek hingga paras lutut. Hana cepat-cepat melarikan pandangan bila Aniq mengerlingnya.

“Wah, cantik Yana hari ni. Arissa pun sama.” Puji Aniq. Dia juga terpegun melihat Hana yang berpakaian santai muslimah itu. Warna lembut sangat sepadan dengan kulit cerahnya. Matanya beralih pada Yana. Dahinya berkerut.

“Yana pinjam pakaian Arissa ke?” Tanya Aniq. Setahu dia semalam dia tidak membawa pakaian lebih untuk anak buahnya itu. Dia datang sini pun untuk mengambil mereka bertiga sekali gus dengan pakaian anak buahnya. Yana senyum lebar.

“Pakaian dengan topi ni aunty Aivy hadiahkan.” Beritahu Yana dengan senang hati. Aniq memandang tunangnya dengan senyuman.

Thanks.” Ucap Aniq dan Hana hanya membalas dengan anggukan.

“Jom, hari ni uncle nak bawa korang semua pergi pulau, nak?” Serentak Arissa dengan Yana menjerit. Reaksi Hana biasa sahaja.

“Tapi, sebelum pergi pulau kita makan dululah. Lapar…” Rengek Yana. Begitu juga dengan Arissa. Aniq memandang Hana yang masih mendiamkan diri.

“Jangan nak elak hari ni. You ikut I. Kalau tak, I suruh pekerja sini cancel nama you sebagai penginap hotel ni.” Aniq mula menggunakan kuasa vetonya. Wajahnya mula serius. Hana tidak menyukainya.

“Saya tak…” Aniq malas hendak melayan alasan Hana. Dia menarik lengan Hana yang berlapik itu. Hana meronta mahu diminta lepas namun Aniq tidak mahu selagi mereka tidak sampai ke tempat dia memarkirkan keretanya. Arissa dan Yana hanya tersenyum melihat gelagat dua pasangan itu. Mereka berdua berlari anak mengejar Aniq dan juga Hana.

Selesai bersarapan Aniq terus ke aktiviti utama mereka. Dia sudah menempah awal bot untuk mereka berempat. Dia tidak mahu ada orang lain selain mereka berempat di dalam bot itu nanti. Aniq juga mengupah seorang pemandu bot yang tahu tentang selok belok pulau- pulau kecil di situ.

Aniq menghulurkan tangannya. Hana pandang kosong. Dibiarkan sahaja tangan itu. Hana mencapai tiang bot lalu naik ke atasnya. Terkebil-kebil Aniq melihat Hana. Arissa danYana terjerit-jerit mahu diminta angkat naik ke atas bot itu. Pemandu bot yang diupah sudah memanaskan enjin botnya. Hanya tinggal menunggu Aniq sahaja lagi untuk naik ke atas sebelum bertolak ke pulau pertama mereka.

 

RESTORAN FRANCAIS, KFC, tempat mereka berkumpul setelah penat membeli belah. Harith membantu Encik Han mengangkat makanan-makanan dan juga minuman-minuman yang sudah dipesan dari pekerja KFC itu. Minuman diagihkan kepada mereka semua oleh Encik Han. Harith pula meletakkan makanan yang dipesan di tengah-tengah meja. Masing-masing mengisi perut yang sudah lapar.

“Agaknya macam manalah keadaan mereka berempat sekarang?” Puan Izati membuka mulut. Rindu pula dia dengan Hana yang sudah dianggap seperti anak kandungnya sendiri. Begitu juga dengan telatah cucu saudaranya.

“Janganlah sayang risau sangat. Mereka okey saja. Tempat yang mereka pergi melancong pun dekat, kan. Dalam negeri ni juga. Kalau ada apa-apa pandai-pandailah Hana dengan Aniq tu nak minta tolong.” Encik Han berseloroh. Puan Izati memukul lembut bahu suaminya.

“Tapi, saya tetap risau. Kalau Hana tu buat hal, macam mana? Bukan boleh percaya dengan budak tu. Ada-ada saja perangai pelik yang dia buat nanti.” Terpancar riak risau di wajah Puan Hanis.

Aunty tak payahlah risau. Aniq tahulah nak buat apa. Dia pasti akan jaga mereka dekat sana.” Harith cuba memberi kata positif. Isterinya mengangguk menyokong kata suami.

“Betul tu. Umi janganlah risau sangat. Arissa kan ada. Yana pun ada. Hana akan jadi lembut kalau ada budak-budak di samping dia.” Kata Lina. Dia kenal sangat perangai adiknya. Puan Hanis memandang suaminya. Encik Syukri hanya ketawa kecil.

“Hana tu dah besar. Tahulah dia nak jaga diri. Bukan dia nak fikir diri dia seorang saja. Arissa tu pun dia kena jaga juga.” Kata Encik Syukri.

“Kalau ada budak-budak pun, tak mustahil Hana tu akan buat hal.” Puan Hanis tetap merisaukan Hana.

“Hesy, aunty ni. Tak payah risau. Dah sah-sah Aniq tu tunang dia sekarang. Pandailah Aniq nak jaga dia. Tak payah kita kacau hal rumah tangga dia orang tu.” Kata-kata Rafidah mengundang tawa mereka kecuali Puan Hanis.

“Sebab dia tunang Aniq la aunty risau sangat. Mereka berdua tu baru kenal. Hana pula bukan senang nak terima orang yang baru dia kenal.”

“Tak payahlah risau sangat Hanis. Itu sudah keputusan Aniq nak jadikan Hana tu bakal isterinya. Nak tak nak kita kena terima juga. Kalau nak dibantah kata dia, kita yang teruk nanti. Sebab Aniq tu bukan jenis yang suka dibantah cakapnya. Kalau benda itu terbaik untuk dia, dia pasti akan buat. Kalau tidak dia akan menolaknya. Saya percaya dengan anak saya tu. Dia pasti akan jaga mereka semua dekat sana.”

“Betul apa yang mama saya cakap tu, aunty. Buat masa ni kita biarkan saja mereka berdua. Kita tak payah masuk campur. Cukuplah ada Yana dengan Arissa bantu Aniq.”

“Dah, tak payah fikir pasal mereka. Banyak lagi yang kita nak fikir lepas ni. Baik kita habiskan makanan yang berlambak ni dulu.” Ujar Datin Ruhaina yang sudah menghabiskan dua ketul ayam.

 

Aniq meminta pemandu bot itu membawa mereka ke Pulau Beras Basah. Destinasi ke tiga selepas Fish Garden dan juga Pulau Dayang Bunting. Tidak kurang hebatnya pulau ini dengan Pulau Dayang Bunting yang mereka kunjungi sebentar tadi. Ramai pelancong dari dalam dan luar negara yang datang berkunjung di tempat ini.

Hana melompat turun dari bot tersebut. Arissa dan Yana turut sama melompat dan disambut oleh tangan Hana. Mereka bertiga terus menuju ke tempat rehat yang disediakan di pulau tersebut. Aniq yang sedang bercakap dengan pemandu bot tidak dihiraukan oleh Hana langsung.

Hana mengambil tempat untuk mereka bertiga duduk. Arissa dan Yana masing-masing bercerita antara satu sama lain. Hana pula membuang pandang ke arah laut biru. Walaupun penat tapi fikirannya tenang bila melihat lautan luas di depan mata.

“Untuk uncle tak ada?” Aniq muncul lalu duduk di sebelah Hana. Terliur Aniq melihat dua orang budak di depannya asyik mengunyah roti berintikan krim jagung. Sebelum bergerak menaiki bot, Hana sempat membeli makanan dan juga minuman ringan untuk mereka berempat. Arissa dan Yana menggelengkan kepala.

“Nah,” Tanpa memandang lelaki itu Hana memberi sebungkus roti dan juga botol mineral yang disimpan untuk lelaki itu. Dia bukan sampai hati juga hendak membiarkan lelaki disebelahnya ini lapar dan dahaga. Aniq tersenyum walaupun Hana tidak melihatnya.

Thanks.” Ucapnya.

“Suha dah makan?” Tanya Aniq yang sudah membuka bungkusan roti berintikan dengan krim vanila.

“Saya dah makan, tadi. Saya nak tidur kejap.” Hana melentokkan kepalanya di atas meja dengan beralaskan lengan.

“Penat?” Tanya Aniq lagi. Hana sekadar mengangguk.

“Tidurlah. Saya jaga mereka berdua. Nanti saya kejutkan Suha.” Mahu sahaja Aniq mengusap kepala gadis itu tapi mengingatkan batas mereka Aniq hanya mampu menjadi pemerhati.

 

“LAMA-LAMA boleh jadi mental dengan perangai perempuan tu tau! Dari aku hormat dia sekarang aku langsung tak hormat dia dah!” Luah Muaz dengan perasaan marahnya. Beberapa minit yang lalu Edine datang kembali mengacau tempat kerja mereka. Kali ini, Edine lebih kasar dari sebelumnya. Kelakuannya betul-betul mencabar keimanan Muaz dan juga pekerja-pekerja yang lain. Nasib baik ada Rio membantunya menghalau perempuan itu.

“Kau tak nak hubungi tuan ke?” Tanya Rio yang masih setia dengan teman sekerjanya.

“Aku malaslah nak call tuan Aniq. Lagipun, aku dah telefon dia sebelum ni. Kalau balik-balik telefon, nanti dia pula yang marah aku.” Muaz meramas rambut depannya.

“Eh, apa pula dia nak marah. Kalau kita tak bagi tahu nanti lagi teruk kita kena.”

“Nanti sajalah aku bagi tahu. Aku nak tenangkan fikiran dulu.”

“Kau nak ke mana pula tu Muaz?” Tanya Rio bila melihat teman sekerjanya mahu bergerak meninggalkannya.

“Aku nak ke surau. Asar dah masuk.” Muaz terus meninggalkan Rio yang masih duduk di pantri itu.

 

PENAT seharian mereka mengelilingi pulau-pulau kecil di Pulau Langkawi itu. Hana sudah tiada mood untuk bergaduh dengan Aniq. Sebaik saja mendarat, dia terus meminta Aniq untuk menghantar mereka semula ke hotel.Arissa dan Yana juga turut sama keletihan. Mujur Aniq tidak melawannya. Masing-masing meloloskan diri ke dalam perut kereta. Aniq terus memecut laju menuju ke hotel tempat penginapan Hana.

Jam menunjukkan tepat pukul 8.00 malam. Arissa dan Yana sudah menyiapkan diri untuk turun ke bawah. Aniq sudah menunggu mereka di luar bangunan. Hana pula masih tidur selepas menunaikan solat maghrib tadi.

Aunty betul tak nak turun?” Sekali lagi Arissa meminta kepastian.

Hmmm…” Hana menarik selimut hingga ke paras dada.

Korang berdua pergilah temankan uncle Aniq. Nanti, kalau nak balik ikut saja uncle pergi resort. Tak payah tidur sini malam ni.” Sempat Hana berpesan.

“Ala, Yana tak dapat tidur kalau tak ada aunty…” Rengek Yana.

“Arissa pun sama…” Arissa menjuih bibir. Hana menggagahkan dirinya untuk bangun. Dia berpaling ke arah mereka berdua dengan senyuman yang dipaksa. Tubuhnya betul-betul memerlukan rehat yang banyak.

“Yalah. Lepas makan nanti terus pulang, ya. Tapi, kalau aunty tak buka pintu maknanya aunty dah tidur mati. So, kamu berdua ikut uncle pulang resort saja nanti, okey?” Jika dia terlalu penat mana mungkin dia akan sedar ketika tidur.

“Okeylah. Aunty jaga diri, ya.” Pesan budak comel itu sebelum mereka berdua keluar dari bilik tersebut.

Aniq menyambut Yana dengan Arissa dengan senyuman. Namun senyuman itu sekejap sahaja. Riak mukanya terus berubah kerana salah seorang daripada mereka tiada. Aniq tertanya-tanya.

“Mana Aunty Aivy?” Tanya Aniq sambil meliau mencari kelibat Hana.

“Atas. Tidur.” Jawab Arissa pendek.

“Tidur? Aunty Aivy tak nak makan sekali dengan kita ke?” Aniq berkira-kira mahu menelefon Hana tapi dihalang oleh mereka berdua.

Uncle janganlah kacau aunty. Dia nampak penat sangat.” Kata Arissa.

“Penat?” Baru Aniq sedar. Macam mana dia boleh lupa dengan riak wajah gadis itu petang tadi. Wajah Hana yang kelihatan begitu penat sekali. Mungkin sebab terlalu banyak mengeluarkan tenaga semasa membuat aktiviti tadi.

“Yana dengan Arissa kasihanlah tengok aunty. Uncle biarkan je la aunty tidur, ya.” Kata Yana yang memahami perasaan Hana ketika ini. Aniq mendongak melihat bilik Hana yang berada di tingkat dua. Dia kemudian mengangguk perlahan.

“Kalau uncle kejutkan aunty, nanti dia marah pula.” Kata Arissa yang sudah lama mengenali sikap auntynya itu.

“Yalah. Kalau macam tu, kita pergi makan dulu.” Aniq beri cadangan dan mereka mengangguk.

Uncle nak bawa kami makan dekat mana?” Yana mula teruja hendak tahu tempat makan mereka.

“Yana dengan Arissa nak makan apa malam ni?” Tanya Aniq. Dia bercadang untuk membawa mereka makan ditempat istimewa. Tapi, memandangkan Hana tiada bersama dengan mereka, Aniq membatalkan sahaja niatnya.

“Yana tak tahu nak makan apa.”

“Arissa, pun. Uncle bawa je lah kami makan dekat restoran dekat-dekat sini saja.” Arissa malas hendak berfikir panjang.

“Okeylah. Kita makan dekat restoran hujung sana.” Aniq memberi keputusan dan mereka berdua mengangguk setuju.

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh