Bab 42

ARISSA dan Yana berlari masuk ke dalam Tesco. Aniq pula menawarkan dirinya untuk menjadi penolak troli hari ini walaupun Hana sudah berapa kali tidak mahu lelaki itu menolongnya.

“Tak payahlah buat muka masam macam tu.” Kata Aniq lalu menolak troli masuk ke dalam pasaraya tersebut. Hana mencebik.

Hana fokus mencari bahan-bahannya. Aniq menjadi pemerhati. Tercuit hatinya apabila melihat gelagat Hana yang sedang meneliti barang-barang dapur itu. Sekejap wajah gadis itu berkerut. Sekejap tersenyum sendiri. Arissa dan Yana pula asyik mengacau Hana saja. Wajah geram gadis itu pada Arissa dan juga Yana membuatkan Aniq tersenyum sendiri.

“Awak tersenyum-senyum macam orang gila ni dah kenapa?” Tegur satu suara. Aniq berpaling dan terkejut dengan kehadiran teman sekerjanya di situ. Makin lebarlah senyumannya.

“Chinta! Awak buat apa dekat sini?” Soal Aniq. Boleh pula teman sekerjanya itu muncul di tempat seperti ini. Wanita itu tersenyum manis.

“Saya buat apa dekat sini? Sudah tentulah nak beli barang dapur.” Mereka sama-sama gelak.

“Banyak barang awak beli. Awak memang pandai memasak ke?” Tanya Chinta bila melihat banyak bahan kering dan bahan basah di dalam troli tersebut.

“Mestilah pandai. Chinta banyak beli barang ni, reti ke nak masak?” Giliran Aniq bertanya. Chinta tersengih.

“Ingat wanita berkerjaya macam saya ni tak reti nak masak? Kalau nak tahu atau tak, datanglah rumah. Rasa masakan yang saya masak. Baru komen.” Beritahu Chinta dan sekali lagi tawa mereka berdua meletus.

Perbualan mesra dua pasangan itu disaksikan oleh Hana yang berdiri tidak jauh dari mereka. Segala apa yang dibualkan oleh pasangan itu dapat ditangkap oleh anak telinga Hana. Tiba-tiba dia jadi sakit hati melihat kemesraan mereka. Dia tidak suka melihat cara tunangnya melayan wanita itu. Hana mendengus.

Macam mana pula perempuan tu ada dekat sini?! Siap suruh si Aniq pergi rumah lagi. Ini yang aku sakit hati ni. Hana menarik nafas panjang. Dia cuba untuk bertenang. Arissa dan juga Yana sudah ke sebelah. Disebabkan rimas dengan kemesraan dua manusia itu, Hana terus meninggalkan mereka.

Masuk sahaja di lorong sebelah Hana terus cuak. Perasaan takut, risau dan geram bercampur menjadi satu. Arissa dan Yana ada bersama dengan perempuan yang tak cukup kain itu. Siapa lagi kalau bukan Edine. Jantungnya berdegup pantas. Takut sekiranya dua orang budak itu diapa-apakan oleh perempuan itu.

“Betul ke makanan ni sedap, aunty?” Tanya Yana. Tangannya memegang salah satu jenis makanan yang ada di rak tersebut. Baru saja perempuan itu mahu membalas soalan Yana, Hana terlebih dahulu menegur mereka.

“Simpan balik barang tu, Yana.” Hana memberi amaran. Laju Yana meletakkan kembali makanan tersebut di tempat asalnya.

Korang berdua, sini!” Arah Hana. Arissa dan Yana menurut kata. Perempuan itu sudah tersenyum sinis. Hana merenung tepat pada anak mata perempuan itu. Edine melangkah menuju ke arahnya dengan wajah yang bengis. Disebabkan Arissa dan Yana takut dengan riak muka perempuan itu, mereka berdua terus berlari mendapatkan Aniq yang masih berada di lorong sebelah.

“Ingatkan dah menghilangkan diri. Rupanya masih di sini.” Sinis Hana menyindirnya.

“Apa yang kau buat dengan dua orang budak tadi tu, hah?” Tanya Hana. Suaranya keras. Edine senyum senget. Sinis.

“Kau rasa apa yang aku buat dengan mereka berdua?” Dia memulangkan paku buah keras.

“Jangan ingat aku tak tahu korang ke mana. Walaupun aku tak muncul depan korang tapi setiap gerak-geri korang aku akan pantau. Kalau kau tak nak terjadi apa-apa dekat budak-budak tu…” Dia mendekatkan lagi jarak mereka. Wajah dirapatkan.

“Baik kau jauhkan diri kau daripada Aniq. Aku akan pastikan hidup kau betul-betul menyesal kerana rapat dengan lelaki yang aku cintai itu.” Amaran keras diberikan. Hana berlagak tenang.

“Aku tak akan menyesal, Cik Edine. Aku tak takut pun dengan ugutan kau tu. Aku tak kisah kau nak buat apa dekat aku. Aku yakin dengan Allah yang sentiasa melindungi aku daripada kezaliman umatnya seperti kau dan aku juga yakin yang Aniq Rafisqy tidak akan pernah kembali pada perempuan yang memang sudah rosak akhlaknya.” Sinis Hana membalas.Edine mengetap gigi. Tangan diangkat. Belum sempat tangannya singgah ke muka Hana, ada tangan lain dulu yang menghalang. Hana berpaling dan mengucap syukur.

What are you doing here?!” Tanya Aniq dengan suara yang agak tinggi. Edine menarik kasar semula tangannya dari cengkaman lelaki itu.

“Sakitlah!” Adu Edine. Matanya tidak lepas memandang Hana. Semakin membuak perasaan amarahnya pada gadis bertudung itu.

“Kau akan menyesal!” Edine terus meninggalkan kawasan tersebut. Hana mengurut dada. Lega perempuan itu sudah pergi.

“Suha, tak apa-apa? Apa yang Edine cakap dengan Suha tadi?” Soal Aniq risau. Hana memandangnya dengan senyuman nipis yang terukir di wajah.

“Bukankah dia ni perempuan yang ada dalam pejabat awak hari tu?” Chinta mencelah. Hana buat muka. Tidak jadi dia menjawab pertanyaan Aniq tadi.

“Ya. Ini Suhana Aivy. Maaflah, Chinta sebab tak kenalkan awak dengan dia ni lagi.” Aniq tersengih. Hana menjulingkan mata ke atas. Meluat dengan tunang sendiri.

“Dia ni sebenarnya tunang saya dan kami akan berkahwin tak lama lagi.” Akhirnya Aniq memperkenalkan juga Hana kepada wanita itu.

Hana perasan riak wajah perempuan gedik di depannya ini. Ah, peduli apa aku dengan perasaan dia! Rafisqy ini tunang aku.

“Suha, abang kenalkan yang ni Chinta Amani. Pekerja abang bahagian pengurusan sumber manusia. Dia ni baru saja sebulan kerja di tempat abang.”

Hana mengerutkan dahi. “Cinta? C.I.N.T.A?" Hana siap mengeja lagi nama wanita itu.

Chinta ketawa kecil. “Sebutan lebih kurang begitulah. Tapi, ejaan tak sama. C.H.I.N.T.A. itu ejaan yang betul bagi nama saya.”

Aniq memandang Hana. Dia senyum kecil melihat reaksi muka tunangnya.

Hana tersengih. Rupanya memang nama dia. Kenapalah tak suruh panggil nama Amani saja. Nama pertama dia itu buatkan orang salah faham saja. Nasib baik aku tak tanya Aniq pasal kau lagi, tau!

“Abang dengan dia kawan sekerja ke atau…?” Hana biarkan soalan itu bergantung. Dia merenung tajam kedua-duanya. Panggilannya pada Aniq juga berubah. Itu sebab Chinta Amani ada bersama mereka.

“Abang tak ada apa-apalah dengan Chinta ni. We are just a friend. Not more then that.” Aniq meyakinkan Hana. Hana berpeluk tubuh.

Itu kau. Aku tengok lain macam saja riak perempuan gedik ni bila tahu aku ni tunang kau. Sempat Hana menilik wajah Chinta Amani itu.

Korang teruskanlah berbual, ya. Saya nak ke sana.” Hana meninggalkan mereka berdua. Dia masih geram tapi malas hendak melayan perasaannya itu. Hana meneruskan kembali aktivitinya. Aniq terpinga-pinga. Dia belum tanya lagi apa yang berlaku sebentar tadi, Hana sudah jauh meninggalkan dia. Arissa dan Yana juga sudah mengikuti Hana yang jauh ke depan.

“Aniq, I got to go, now. Banyak lagi bahan nak cari.” Nada Chinta kedengaran agak sayu.

“Jaga tunang awak elok-elok. Perempuan tadi tu macam jahat je saya tengok. Kalau tak silap, dia tu yang selalu buat kecoh dekat syarikat kita, kan?”

“Ya. Thanks Chinta. Saya pun kena pergi tengok dia ni. Takut perempuan tadi datang balik ganggu dia.” Aniq terus melangkah pergi dengan troli yang penuh dengan barang itu. Chinta juga sudah ke lorong lain.

 

BONET kereta ditutup rapat. Aniq kemudian masuk ke dalam keretanya. Hana dan dua orang budak itu sudah berada dalam perut kereta. Aniq memanaskan enjin kereta. Arissa dan Yana yang duduk di belakang mula membuat bising.

“Arissa, Yana. Senyap sikit, boleh tak?” Tegur Hana dengan nada lembutnya. Mereka berdua tersengih lalu berbisik antara satu sama lain. Hana geleng kepala melihat perangai dua 'ekor' itu. Dia menghadap ke depan semula.

“Suha tak cerita lagi dekat abang pasal tadi.” Aniq menuntut cerita dari Hana.

“Cerita apa?” Hana buat-buat tidak tahu. Sebenarnya, dia masih berfikir tentang kata-kata Edine itu.

“Jangan buat tak tahu pula. Apa yang Edine cakap dengan Suha, huh? Cepat bagi tahu abang.”

“Nanti sajalah.”

“Mana boleh nanti. Kalau dia datang lagi macam mana?”

“Saya boleh je lawan dia.” Balas Hana. Aniq geram. Kecil besar, kecil besar saja dia tengok tunangnya itu.

“Kahwin dengan abang.” Aniq tukar topik.

Hana melopong. Laju dia memandang tunangnya sambil berpeluk tubuh.

“Awak ni memang dah tak tahan nak kahwin dengan saya ke? Gatal!” Marah Hana.

“Mulut tu jaga sikit. Suka hati dia saja nak kata abang macam tu,”

“Tadi elok saja panggil abang sekarang kenapa dah ber‘awak’ lagi ni?” Aniq tidak puas hati bila Hana tidak memanggilnya dengan panggilan abang.

“Suka hati sayalah nak panggil awak apa. Saya akan ubah panggilan bila berdepan dengan pekerja-pekerja awak saja.” Jawab Hana selamba.

“Ye ke? Habis hari tu? Siap bagi amaran lagi dekat Chinta.” Aniq memancing reaksi Hana. Dia tahu tunangnya ini cemburu dengan Chinta.

Hana mengerutkan dahi. "Bila masa lagi saya panggil awak abang. Baru sekali ini saja saya panggil awak dengan panggilan tu." Hana merengus.

"Itu abang tahu. Abang cuma nak tahu kenapa Suha tak suka Chinta saja. Jangan pandang abang sebelah mata saja tau. Abang nampak dan abang tahu Suha tak suka dengan teman sekerja abang tu." 

Hana mengajuk kata-kata tunangnya. Menyampah! 

“Dengan sesiapa pun saya akan jadi macam tu. Saya memang tak suka dengan Chinta tu. Teman sekerja awak tu gedik tahi hidung masin." Hana mengutuk wanita itu. Nasib baiklah teman sekerja tunangnya itu tidak ada bersama dengan mereka. Kalau Hana mengutuk depan wanita itu sudah tentu mereka berdua akan bergaduh.

"Saya tak suka dia. Saya tak suka nama dia dan saya tak suka cara awak panggil dia. Kalau awak rapat dengan dia, jangan harap awak boleh dapat saya lagi." Luahannya beserta dengan amaran. Puas! Biarlah Aniq tahu apa yang aku rasa.

Senyuman Aniq lebar hingga ke telinga. Sudah terang lagi bersuluh. Dia tahu Hana cemburu. Perlahan-lahan Aniq memandu keluar daripada kawasan tersebut.

Previous: Bab 41
Next: Bab 43

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh