Bab 27

PENAT seharian Aniq menguruskan hal kerja di syarikatnya. Kini, dia sudah berada di perkarangan rumah. Yana berlari mendapatkan unclenya. Hilang penat Aniq bila melihat anak buahnya di depan mata.

“Kenapa uncle lambat balik?” Tanya Yana yang sudah berada dalam dukungan unclenya itu.

Uncle banyak kerja nak buatlah, Yana. Yana okey saja dalam rumah? Arissa mana?” Tanya Aniq pula.

“Kenapa tiba-tiba masam muka ni?” Soal Aniq. Dia menurunkan Yana semula. Aniq perasan wajah Yana tidak seceria sebelum ini.

Yana mendongak dengan muka masamnya. “Aunty Aivy dengan Arissa dah balik. Uncle suruh dia orang balik ke?”

Aniq sedikit terkejut dengan soalan Yana. Memang dia geram dengan Hana sewaktu mereka di pejabat lagi. Tapi, dia tidak berniat pun hendak menyuruh gadis itu pulang. Aniq menyuruh Yana masuk terlebih dahulu. Yana menurutinya lalu berlari masuk ke dalam. Pantas Aniq membuat panggilan.

 

HANA mengendahkan panggilan daripada lelaki itu. Sakit hati masih lagi bersisa. Arissa pula sedang tidur di ruang tamu. Beberapa minit kemudian bunyi telefonnya pun berhenti. Hana melepaskan kelegaan. Susah baginya untuk terima semua ini. Masih terlalu awal untuk dia berkahwin. Umurnya baru sahaja 24 tahun dan sekarang dia sudah di suruh kahwin pula. Hana masih belum puas lagi dengan kehidupan bujangnya.

Sekali lagi telefonnya berbunyi. Hana melepaskan geram. Tidak reti-reti lelaki itu berputus asa dengannya. Hana mengerling screen telefonnya. Terpapar nama Mitsuha. Hana terkejut. Senyumannya lebar hingga ke telinga. Mitsuha, gadis berdarah Jepun-Amerika adalah teman lama yang sudah lama tidak dihubunginya sejak balik ke tanah air. Segera dia menjawab.

Moshi moshi Mitsuha chan! (Hello Mitsuha!)” Hana menjerit menyapa teman baiknya. Agaknya sudah setahun lebih mereka tidak berjumpa sejak Hana meninggalkan negara Jepun itu.

“Hana, jangan jeritlah.” Ujar Mitsuha yang fasih bercakap melayu. Walaupun dia bercakap dalam bahasa melayu namun pelat Jepunnya masih ada. Hana tersengih.

Ogenkidesuka? (Awak apa khabar?)” Tanya Hana. Terkebil-kebil dia mengingati semula ayat-ayat bahasa Jepun yang pernah dia belajar sebelum ini. Tapi, untuk bercakap dalam bahasa itu susah baginya. Mitsuha la yang banyak mengajar dia tentang bahasa ibundanya.  

Hai, genkidesu, (Ya, saya baik,)” Mitsuha ketawa di hujung talian.

You still can’t pronounce it properly.” Katanya dengan bahasa ibundanya yang satu itu.

Hana jadi malu bila Mitsuha menegur tentang cara dia bercakap. Mana tidaknya perkataan itu belum sebati dengan lidahnya.

We just talk in malay and english, okay?” Mitsuha memberi cadangan. Kasihan pula dia dengan Hana yang masih belum lancar menggunakan bahasa ibundanya.

“Okey.” Balas Hana dengan suara kendurnya.

Actually, I’m here now!” Jerit Mitsuha di talian. Hana mengerutkan dahi.

Where?” Tanya Hana bingung.

“Malaysia! I come here to see you, Hana!” Begitu terjua Mitsuha memberitahu temannya itu. Ini kali ke-empat Mitsuha datang berkunjung ke Malaysia. Sebelum ini dia datang ke Malaysia hanya untuk melancong sahaja. Tapi bila dia sudah mengenali Hana dia bercadang untuk mengunjungi teman baiknya itu.

 “What! I’m so speechless, Mitsuha!” Perasaan gembira melonjak di dalam hatinya.  

“Awak dekat mana sekarang?” Teruja Hana ingin tahu.

“Saya dekat Nu Sentral Hotel, Kuala Lumpur. Ashita, aimashou ka?(Bolehkah kita berjumpa esok?)” Tanya Mitsuha yang sudah tidak sabar untuk bertemu dengan teman baiknya. Hana berfikir sejenak.

“Boleh! Nanti, saya mesej kalau saya dah sampai esok, okey?”

“Okey. Jumpa Hana esok.”

Hana menamatkan panggilan. Nafas kelegaan dilepaskan. Hilang tekanannya sedikit bila teman baiknya menelefon. Tidak sabar rasanya Hana ingin berjumpa dengan satu-satunya teman yang dia kenal sewaktu dia berada di Jepun dulu.

Mitsuha banyak mengajarnya tentang makanan-makanan tradisional Jepun serta adat dan juga budaya. Selama setahun Hana di sana, dia ada mengajar Mitsuha tentang bahasa melayu dan begitu juga dengan Mitsuha yang mengajarnya tentang bahasa Jepun. Sambil belajar tentang bahasa masing-masing sambil Mitsuha membawa Hana meneroka makanan-makanan halal di Jepun dan mengikuti beberapa kursus seni masakan.

Hana tersenyum sendiri bila mengingati kenangan-kenangannya bersama dengan Mitsuha. Semuanya manis-manis sahaja. Hana mengerling ke arah sofa melihat keadaan anak buahnya itu.

 

AWAL PAGI lagi Hana dan Arissa sudah bersiap-siap hendak keluar. Hana sempat membuatkan bento spesial untuk Mitsuha. Dia mahu Mitsuha rasa bento yang dibuat dari hasil tangannya sendiri. Pintu rumah sudah berkunci. Senyumannya tidak lekang di wajah. Arissa memandang Hana dengan wajah yang pelik.

Aunty senyum-senyum ni kenapa?” Tanya Arissa. Matanya jatuh pada tangan auntynya yang memegang bakul kertas berisi bento. Arissa tahu sebab tadi dia sempat mengintai auntynya membuat kerja di dapur sebelum naik ke bilik.

“Bento tu untuk apa? Bekalan kita? Kita nak jalan jauh ke aunty? Kita nak pergi mana-mana ke hari ini?” Terus menerus soalan diajukan kepada Hana.

“Amboi, banyak tanya pula Arissa ni.”

Arissa tersengih menayang gigi putihnya yang tersusun rapi.

“Sebenarnya hari ini aunty nak jumpa kawan lama aunty. Kawan dari Jepun. Dia baru datang semalam.” Beritahu Hana. Bulat mata Arissa bila mendengar nama negara matahari terbit itu.

Aunty ada kawan dari negara Jepun?! Bestnya!” Arissa pula yang teruja.

“Sebab tu aunty bawa Arissa sekali. Boleh aunty kenalkan Arissa dengan kawan aunty. Bento ni pula aunty nak bagi dekat kawan aunty tu.” Hana sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan Mitsuha. Dia sudah menghantar mesej sebentar tadi untuk memberitahu yang mereka sudah siap hendak keluar.

Bunyi hon dari tepi jalan mengejutkan Hana dan juga Arissa. Hana mengamati kereta mewah bewarna putih itu. Kereta itu tidak pernah lagi dia lihat sebelum ini. Matanya beralih pada pemilik yang sudah keluar dari perut kereta tersebut.

Arissa tersenyum lebar. Hana pula berkali-kali menelan air liurnya. Terkejut melihat susuk tubuh itu. Lelaki itu merenung tajam ke arahnya. Arissa sudah berlari ke arah kereta putih milik Aniq. Takut-takut Hana hendak menuju ke arah tunangnya.

“Apa awak buat dekat sini? Bukan saya dah cakap yang saya tak nak diganggu ke?” Perasaan takut dibuang jauh. Hana masih marah dengan lelaki di depannya ini.

“Bila masa you cakap, huh? Sudahlah. I datang sini bukan untuk you.”

“Habis untuk siapa?” Hana meninggikan sedikit suaranya. Aniq senyum sinis. Dia melangkah ke depan. Selangkah dia menapak selangkah Hana mengundur ke belakang. Wajah mereka terlalu rapat. Hana cuak.

“Apa awak nak buat ni?” Hana semakin ke belakang. Aniq mempamerkan senyuman sinisnya.

Give me this.” Aniq merampas bakul kertas berisi bento yang Hana buat. Bau makanan itu sungguh menarik perhatiannya sekarang. Hana tergamam. Pipinya dicembungkan. Geram.

“Aniq Rafisqy, bagi balik! Bento tu bukan awak punyalah!” Hana mahu merampas kembali bakul kertas tersebut namun tangan Aniq lagi pantas menjauhkan bakul kertas itu dari Hana.

“Bento? Bertuah sungguh I hari ni. Tak sangka pula tunang I buatkan bento untuk I.” Aniq mengenyitkan mata. Hana mengetap gigi.

“Rafisqy, janganlah main-main. Bento tu bukan awak punya. Saya buatkan untuk kawan sayalah.” Marah Hana. Aniq membalas dengan senyuman sinis. Dia merenung Hana dengan renungan tajamnya.

“Makanan ni automatik milik I. Kalau you nak marah silakan. Tapi, tak akan bagi balik makanan ni.”

Hana merengus.

“Arissa masuk.” Arahnya. Bakul kertas berisi bento itu selamat masuk ke dalam perut keretanya. Aniq memandang Hana semula dengan riak wajah serius.

I ke sini hanya untuk Arissa and you kalau nak keluar, pergi sendiri. Arissa tetap dengan I. Lagipun, Yana nak jumpa dia.” Kata lelaki itu lalu meloloskan diri ke dalam perut kereta. Dia terus meluncur laju meninggalkan Hana.

“Tunang tak tahu malu! Suka hati dia je ambil Arissa dari aku. Lepas tu, rampas bento aku pula. Makanan tu bukannya untuk kau pun!” Hana menjerit meluah rasa tidak puas hatinya. Pedulilah jika ada orang nampak dia menjerit di situ.

Hana berjalan lemah menuju ke perhentian bas. Arissa sudah dibawa oleh Aniq. Lagi menyakitkan hati bila Aniq merampas makanan yang dibuatnya khas untuk Mitsuha. Hana mengeluh. Kasihan Mitsuha. Tak dapatlah dia merasa bento yang aku buat.

Bunyi mesej masuk. Hana membuka dan membaca. Rupanya dari Mitsuha. Teman baiknya itu hanya mahu berbual-bual kosong dengannya sahaja. Lambat-lambat Hana membalasnya.

Beberapa minit kemudian, bas rapid berhenti di depannya. Hana sudah tidak ada mood mahu berjalan. Tapi, demi Mitsuha dia harus pergi juga. Bukan senang kawannya itu hendak ke sini semata-mata hendak berjumpa dengan dia.

Tak apa Hana! Jangan risau tentang Arissa. Dia ada dengan lelaki yang boleh dipercayai. Pasal bento tu pula, kau boleh buat lagi untuk Mitsuha nanti. Jangan hilangkan mood gembira kau tu. Nanti, apa kata Mitsuha pula. Hana memberi semangat kepada dirinya.


Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh