Bab 52

TANGAN Hana mulai sejuk. Dia gemuruh kerana sekejap lagi akan berlangsungnya upacara akad nikah di rumah kakaknya ini. Sebelum ini, dia ada berbincang dengan tunangnya. Dia mahu majlis akad nikah berlangsung di rumah kakaknya. Aniq yang memahami kehendak Hana hanya menurut sahaja. Mujurlah lelaki itu tidak membantah. Hana menarik nafas dan menghembuskannya semula. Dia melakukan beberapa kali agar rasa takut dan gemuruhnya hilang.

Hana kau ni bersedia atau tidak nak jadi isteri orang ni? Dia betul-betul takut untuk menempuh kehidupan baru selepas ini. Macam-macam perkara dan kemungkinan yang dia fikirkan. Soal bahagia bermain di mindanya. Dia takut dia tidak bahagia seperti pasangan suami isteri yang lain.

Sedang dia menenangkan diri, Mitsuha muncul di sebalik pintu. Terkejut Hana. Mitsuha mendekati temannya itu. Terpegun seketika Hana melihat penampilan Mitsuha yang jauh berbeza dari sebelum ini. Inai berwarna merah di tangan Mitsuha diperhatikan. Warna inainya berbeza dengan inai yang Hana pakai. Mitsuha tersipu malu.

Kawaii!! (Sangat comel!) You look so beautiful when you wearing that shawl.” Hana tersenyum. Dia membetulkan sedikit selendang Mitsuha di bahagian atas kepala. Hana meneliti sekali lagi penampilan Mitsuha dan kemudian dia mengangkat ibu jarikananya sambil tersenyum.

“Awak selesa pakai selendang ni?” Tanya Hana. Mitsuha senyum dan angguk kepala. Sudah seperti gadis melayu terakhir Hana melihatnya.

Gomennasai, Mitsuha. (Maaf, Mitsuha.) Sebab saya tak dapat tolong awak pakaikan tudung tadi.” Hana rasa bersalah pula dengan teman baiknya ini.

Mitsuha senyum. “Daijobu. (Tak apa.) Lagipun, kakak Lina dah tolong saya tadi.”

“Hana nampak sangat cantik hari ini. Tidak sangka my best friend kahwin hari ini.” Mitsuha memeluk Hana. Hana tergamam.

“Ala, kahwin je pun. Lepas ni pun kita tetap berhubung, kan.” Hana mengusap belakang tubuh Mitsuha. Mitsuha meleraikan pelukan mereka. Dia kemudian membawa Hana duduk di sofa.

“Kenapa ni Mitsuha? Muka awak lain je?” Hana perasan air muka Mitsuha berubah.

Actually, saya ada benda mahu beritahu Hana.”

Mitsuha tarik nafas sebelum meneruskan katanya. Hana setia mendengar luahan teman baiknya itu.

“Sebenarnya… saya dah memeluk islam.”

Mata Hana membulat. Terkejut dengan kenyataan dari mulut Mitsuha.

Hana diam seketika dan kemudian perlahan-lahan menguntum senyuman. Terharu. Laju Hana memeluk Mitsuha.

Alhamdulillah. Saya tumpang gembira dengan awak, Mitsuha.” Senyumannya tidak lekang di wajah.

“Bila lagi awak…” Belum sempat Hana menghabiskan ayatnya, Mitsuha laju memotong kata.

I convert last year. Alhamdulillah, Allah bagi saya hidayah untuk mencari jalan yang benar. Saya bersyukur dapat best friend macam Hana. Hana banyak mengajar saya tentang keindahan islam sewaktu kita di Jepun. Hana masih ingatkan? Selepas Hana balik ke sini, saya berusaha mencari buku-buku mengenai islam di sana dan ternyata islam membuka hati saya untuk memeluknya.”

Menitis air mata Hana mendengar luahan Mitsuha tentang kemasukan islamnya itu. Sekali lagi dia memeluk Mitsuha.

“Saya harap Mitsuha tabah dengan dugaan dan ujian sebagai seorang mualaf, ya. Saya bangga dengan Mitsuha.” Pelukan mereka kejap.

“Saya nak tahu juga nama islam Mitsuha.”

Hana meleraikan pelukan dan kembali memandang temannya itu. Mitsuha tersenyum.

“Nama islam saya, Nur Syuhada.”

“Cantik nama tu. Tapi, macam mana dengan keluarga awak? Mereka sokong keputusan awak ni atau sebaliknya?”

Mitsuha tersenyum kecil. Dia sudah mengagak soalan itu akan keluar dari mulut mungil Hana. 

“Kalau Hana nak tahu, dalam keluarga saya dah ada yang convert islam. Saya adalah orang ketiga di antara mereka yang sudah memeluk islam. Syukur kepada Allah and thanks to you too.”

Hana tiba-tiba terfikir sesuatu. Selama Mitsuha di sini, dia tidak pernah lagi nampak temannya ini solat. Hana takut pula temannya ini tak pandai solat. Teragak-agak dia ingin bertanya.

Hmmm… Mitsuha. Sepanjang awak di sini, saya tak pernah lagi nampak awak solat. Atau awak memang tak tahu lagi nak solat macam mana?” Hana berani bertanya.

Mitsuha ketawa kecil.

“Saya sudah tahu bagaimana hendak solat. Cuma sekarang saya tak boleh. Hana faham-faham sajalah.”

Meledak tawanya. Faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh temannya itu.

“Tapi…”

“Ada tapi lagi?” Hana mengerutkan dahi. Mitsuha pula sudah tersengih.

“Hana bukan orang pertama yang tahu tentang hal ni dulu.”

Hana ternganga. “Habis siapa?” Hana mula rasa geram pula.

“Muaz. Dia orang pertama yang tahu tentang ni.”

What?!” Laju Hana berdiri.

“Saya dah agak dah. Korang berdua mesti ada apa-apa, kan?” Hana rasa tercabar pula dengan pembantu Aniq itu. Sepatutnya best friend dulu tahu baru orang lain!

“Muaz ada sini?”

Mitsuha angguk. Hana tiba-tiba bertukar mood.

Good! Jom, ikut saya.” Hana menarik tangan Mitsuha mengikut langkahnya.

 

HANA menjadi perhatian sebaik sahaja dia turun ke tingkat bawah. Majlis akad nikah setengah jam lagi. Tapi, Hana sudah ada di situ. Tangan Mitsuha masih dalam genggamannya.

“Hana naze? (Hana kenapa?)”

Hana tidak menjawab. Dia mencari kelibat Muaz. Tetamu-tetamu majlis yang sibuk bercakap tentang dia tidak dipedulikan olehnya.

Dari jauh dia melihat Muaz sedang berbual dengan Aniq dan juga tok kadi. Hana telan liur. Sudah beberapa hari dia tidak nampak tunangnya itu dan hari ini tunangnya nampak sangat kacak dan bergaya dengan baju melayu bewarna putih. Hilang terus rindunya pada lelaki itu. Rindu? Aku rindu dengan dia ke?

Kecoh satu rumah dengan kelakuan Hana yang tiba-tiba muncul di ruang tamu. Mitsuha yang masih setia berdiri di sisi Hana jadi malu dengan kelakuan teman baiknya. 

“Hana, kenapa turun ni? Majlis tak mula lagi.” Lina geram dengan Hana yang tiba-tiba buat perangai. Hana tidak peduli dengan marah kakaknya. Dia terus ke depan. Mitsuha ditarik mengikut langkahnya. Lina yang tergamam dengan tindakan adiknya itu terus mengejarnya yang sudah jauh ke depan.

“Suha?” Aniq terkejut dengan kehadiran Hana di situ. Lina dan Mitsuha juga ada bersamanya.

“Suha buat apa dekat sini? Majlis setengah jam lagi.” Ujar Aniq sambil memerhatikan Hana dari atas ke bawah. Cantik. Sempat Aniq memuji bakal isterinya itu.

“Saya nak jumpa dengan Encik Muaz kejap.” Tajam mata Hana memaku pandangan Muaz. Aniq mengerutkan dahi.

“Hana ni suka sangat ikut kepala dia.” Lina melepaskan geram.

“Tak apa, kak Lina. Biar saya handle dia ni.” Kata Aniq. Lina angguk lalu membawa tok kadi masuk ke dalam rumah.

“Kenapa Suha nak jumpa Muaz pula?” Soal Aniq.

"Adalah. Awak diam." Hana memandang semula Muaz yang ada di depannya.

“Encik Muaz, dengar sini baik-baik!”

Laju Muaz mengangguk. Dia langsung tidak tahu apa yang sedang berlaku.

“Mitsuha satu-satunya teman baik saya dari Jepun. Kalau ada apa-apa terjadi dekat Mitsuha saya ni, saya akan cari awak, Encik Muaz!” Hana memberi amaran. Kemudian dia menarik tangan Mitsuha maju ke depan. Kini, Mitsuha berdiri di sebelah Muaz. Lama Hana memerhatikan mereka berdua. Aniq diam dan menjadi pemerhati.

“Kenapa Cik Aivy bagi amaran macam tu pula?” Tanya Muaz takut-takut. Sekejap matanya melirik ke arah Mitsuha. Sempat dia menghadiahkan senyuman manis buat Mitsuha. Mitsuha membalasnya.

“Senyum! Senyum. Hoi, Encik Muaz! Kawan baik saya ni baru setahun masuk islam tau. Awak jangan buat hal yang bukan-bukan pula. Lepas ni, awak yang akan bertanggungjawab. Awak kena jaga Mitsuha saya ni baik-baik.”

“Hah!” Terkejut Muaz dengan Mitsuha. Aniq berpeluk tubuh. Sepertinya dia tahu apa yang akan terjadi selepas ini.

Korang berdua ingat saya tak tahu ke? Korang rapat semacam je. Saya boleh agak yang Encik Muaz mesti suka dekat teman baik saya ni. Sudahlah dia orang pertama yang tahu Mitsuha masuk islam.” Hana memerli Muaz sambil berpeluk tubuh. Hana menjuih bibir. Muaz tersengih.

“Hana janganlah marah Muaz.” Pujuk Mitsuha.

“Sibuk sangat pertahankan Encik Muaz ni, kenapa?” Hana menjeling tajam teman baiknya. Hana memandang semula Muaz. Tajam dia merenung lelaki yang berdiri di sebelah Mitsuha itu. Kemudian, satu keluhan dilepaskan.

“Saya bukannya marah tapi tak puas hati je.” Akhirnya, terluah juga apa yang dirasa di dalam hati. Senyuman tawar diukir buat mereka berdua.

“Saya kecil hati sebab Encik Muaz ni yang tahu dulu.” Luahnya.

“Suha ni, sebab itu saja Suha nak merajuk?” Dari cara Hana bercakap, Aniq tahu yang bakal isterinya itu sedang merajuk.

“Mestilah. Sepatutnya, saya orang pertama yang tahu dulu baru Encik Muaz. Mana boleh Encik Muaz jadi orang pertama.” Kata Hana geram. Aniq geleng kepala. Ada-ada sahaja perangai Hana ini. Dia mengerling jam di tangannya.

“Dah, tak payah gaduh-gaduh lagi. Majlis sekejap lagi nak mula.”

“Satu soalan.” Kata Hana menyentak mereka bertiga.

“Soalan? Soalan apa yang Suha nak tanya?” Tanya Aniq.

“Bukan awak. Saya nak tanya Encik Muaz.”

Aniq tersengih. Ingatkan Hana ingin bertanyakan soalan kepadanya. Hana memandang tajam ke arah Muaz.

“Awak sayang Mitsuha?”

Dia angguk laju. Mitsuha jadi malu.

“Okey. Saya tak tahu tahap kerapatan kamu berdua. Tapi, saya harap Encik Muaz boleh bimbing Mitsuha saya ni. Ajar dia tentang islam yang betul. Apa yang baik dan tak baik. Cara…”

“Dah, dah.” Aniq memotong kata Hana.

“Suha tak payah nak berceramah depan dia orang berdua. Tahulah, Muaz nak bimbing bakal isteri dia.” Sempat Aniq mengenakan pembantunya itu. Muaz tersedak dengan usikan majikannya. Aniq terus menarik Hana masuk ke dalam rumah.

“Eee… dia ni!” Hana geram. Aniq buat tidak tahu.

Previous: Bab 51
Next: Bab 53

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh