Bab 10

“MUAZ, apa yang kecoh-kecoh dekat lobi tu?” Tanya Aniq sebaik sahaja pembantunya itu masuk ke bilik pejabatnya. Aniq mendapat tahu kekecohan itu pun daripada mulut-mulut pekerja yang berada di tingkat tiga. Dia singgah sebentar di sana untuk berjumpa dengan ketua bahagian kewangan.

“Tuan, sebenarnya Cik Edine datang nak jumpa tuan. Tapi, tuan ada pesan kalau dia datang, tuan tak nak diganggu dan tak nak dia naik ke sini. Sebab tu saya suruh mereka halang dia. Tapi, nampaknya dia berdegil.” Muaz masih ingat akan amaran majikannya sebelum ini. Aniq merengus kasar.

“Perempuan tu tak faham bahasa ke? Dah berapa kali bagi amaran tapi masih tetap nak ganggu aku.” Aniq berdiri lalu menuju ke arah pintu.

“Ikut saya.” Arahnya. Muaz segera mengikutnya.

Kekecohan masih lagi berlaku di bahagian lobi. Edine dengan tidak tahu malunya menengking semua pekerja yang ada di situ. Sakit hatinya bila pekerja-pekerja itu semua mahu menentangnya. Meja dan benda-benda yang ada di bahagian lobi itu habis dikerjakan olehnya. Semua tergamam. Beberapa pengawal cuba untuk mengawal Edine. Namun, tidak berjaya.

PANG!

Satu tamparan kuat mengena pipi milik perempuan itu. Turun naik nafas Aniq apabila melihat keadaan lobi yang sudah tidak terkawal. Dia mengarah beberapa pengawal dan juga tukang bersih untuk membersihkan tempat tersebut. Edine yang masih kaku itu tidak di pedulikannya. Aniq kemudian menyuruh pekerja lain menyambung kerja mereka semula.

Jelingan tajam dihadiahkan kepada Edine. Apa yang perempuan itu buat sudah cukup membuatkan dia naik darah. Dengan kasar Aniq menarik tangan Edine keluar dari bangunan tersebut. Muaz hanya menjadi pak turut.

“Sampai hati you tampar I.” Edine menyentuh pipinya yang sakit ditampar oleh Aniq.

“Memang patut pun you kena tampar. Dah berapa kali I bagi amaran dekat you. Tapi, you degil. Langsung tak nak dengar.” Keras Aniq bersuara.

“Memang degil. I tak nak dengar cakap youYou tak faham-faham lagi ke dengan apa yang I nak, hah?!”

faham! But, I juga dah bagi tahu dekat youI cuma anggap you tak lebih daripada seorang kawan. Edine cubalah faham.”

tak nak faham!” Jerit Edine .

“Aniq, I dah lama sukakan youcuma nak you jadi teman sehidup semati IPlease, Aniq. Jangan buat I macam ni.” Edine merayu sambil menangis.

“Buat apa? Eh, Edine! pun tak naklah you seksa hidup IYou cubalah belajar untuk terima hakikat. I bukan untuk you dan you bukan untuk I. Kita just kawan je. Tak lebih daripada itu. Takkan you tak nak faham-faham lagi. Nak I guna bahasa apa lagi supaya you faham, hah?!” Marah Aniq. Dia meramas kasar rambutnya. Susah betul hendak fahamkan perempuan ini.

Berkali-kali Edine menggelengkan kepala. Dia langsung tidak mahu menerima hakikat sebenar. Dia terlalu cintakan Aniq. Dia mahu Aniq menjadi sebahagian daripada hidupnya. Dia mahukan cinta Aniq. Dia hanya mahu lelaki itu menjadi miliknya seorang sahaja.

Melihat Edine yang diam tidak terkata itu menyebabkan Aniq mengambil keputusan untuk masuk semula ke dalam bangunan. Muaz yang mendiamkan diri dan hanya menjadi pemerhati itu terus mengejar majikannya yang jauh meninggalkannya di belakang. Edine meraung. Sakit hatinya bila cinta ditolak.

You tetap milik I, Aniq. I akan pastikan you jadi milik I seorang saja.” Edine terus meninggalkan kawasan tersebut dengan perasaan marah dan kecewanya.

 

HAMPIR setiap hari Faiz datang berkunjung ke kafe milik pak cik Hana itu. Pekerja-pekerja disana juga tidak kurang hebatnya. Ada saja mulut yang bercakap, bergosip tentang hubungan anak saudara majikan mereka dengan pemilik kafe Young Street itu. Namun, satu pun tidak memberi kesan kepada Hana mahupun Faiz.

Hari ini tidak ramai pelanggan yang datang berkunjung ke kafe Deiji. Mungkin disebabkan cuaca yang tidak begitu baik. Selesai mengemas beberapa meja pelanggan, Hana mengambil tempat di hujung kafe untuk merehatkan diri sambil menikmati suasana hujan. Rindu pula dia dengan Arissa dan teman-teman Arissa itu. Rasanya sudah lama dia tidak membuat bento.

Fikirannya kemudian melayang pada lelaki yang dilabelkan olehnya sebagai tunang. Hana mengeluh. Apa yang disuruh oleh kakaknya sebelum ini hanya dibiarkan begitu saja.

Aku harap lelaki tu tak ingat aku lagi. Pasal tunang tu aku main-main saja. Janganlah dia ambil serius  pula pasal hal tu. Kak Lina punya pasallah ni. Suka takut-takutkan aku, Hesy!

“Termenung jauh Hana ni? Dah sampai ke mana?” Tersentak Hana dengan suara unclenya. Hana tersengih sendiri.

Uncle Han. Terkejut Hana tau.” Hana membetulkan posisi duduknya. Encik Han menghenyakkan punggungnya di kerusi.

“Hana cuma teringat Arissa dengan teman-teman dia. Mesti dia orang tengah tunggu Hana balik sana buatkan bento untuk dia orang.” Mana mungkin dia mahu memberitahu unclenya tentang lelaki itu. Lagi teruk nanti dia dimarah oleh unclenya ini jika dia memberitahu perkara sebenar.

“Bento? Kamu pandai buat bento ke?” Tanya Encik Han. Dia tidak sangka pula anak saudaranya ini pandai membuat makanan tradisi negara jiran. Hana mengangguk.

“Aik, takkanlah uncle tak ingat yang Hana pernah tinggal sana? Mestilah Hana banyak tahu makanan dekat sana.”

Encik Han ketawa kecil. Ya, dia masih lagi ingat tentang tu dan dia juga yang menghantar dan membawa balik anak saudaranya ini.

“Tapi, Hana taklah ikut sangat dengan bento Jepun tu. Seni sama. Tapi, bahan-bahan ikut apa yang cucu saudara uncle tu nak.” Beritahu Hana. Encik Han ukir senyum. Rindu sungguh dia dengan cucu saudaranya, Arissa.

“Kenapa tak bagi tahu dekat uncle yang kamu pandai buat bento?”

Hana jungkit kening sebelah. “Kena bagi tahu juga ke?”

“Mestilah. Boleh jadikan menu baru.” Tersengih Encik Han memberitahunya.

“Boleh ke, uncle?”

“Apa pula tak boleh. Kafe ni nanti kamu punya juga. Uncle tak kisah pun kalau kamu nak buat apa dekat kafe ni. Nak ubah suai kafe ni, nak tambah menu ke, apa-apa pun kamu boleh buat. Lagipun, aunty kamu dah setuju nak bagi kafe ni dekat kamu.” Terbeliak mata Hana bila mendengar unclenya ingin memberikan kafe ini kepadanya.

“Tapi, Hana…”

Uncle dan aunty dah tua. Anak pun tak ada. Anak saudara yang uncle ada pun cuma kamu dengan kakak kamu saja.” Luahnya.

Uncle sayang nak jual kafe ni dekat orang. Baik uncle serahkan kafe ni dekat kamu atau kakak kamu je.” Tambahnya lagi.

Hana diam. Dia terharu. Dia tidak dapat membalas budi baik unclenya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik unclenya ini.

“Terima kasih uncle. Tapi, Hana fikir-fikir dululah. Nanti, uncle bagi tahulah dengan kak Lina juga. Mana tahu dia nak ambil alih kafe ni.”

“Memang niat uncle nak bagi tahu dia juga. Tapi, tunggu dia balik sinilah. Arissa tu pun uncle dah rindu sangat. Tak sabar nak jumpa cucu uncle tu.” Hana cuma tersenyum. Beruntung Hana dapat pak cik saudara seperti Encik Han ini. Isteri Encik Han pun apa kurangnya, sama baik macam dia.

Tidak lama kemudian, Una, pekerja wanita di kafe itu datang ke arah mereka berdua dan memberitahu bahawa Faiz datang untuk berjumpa dengan Hana. Encik Han sudah tersenyum-senyum bila tahu siapa yang datang.

“Takkan nak terus berkawan?” Hana tersentak dengan soalan unclenya. Nasib baik, Una sudah ke depan menyambung kerjanya.

“Kawan… maksud uncle?”

Encik Han ketawa kecil.

“Takkan tak faham dengan maksud uncle. Dahlah. Hana pergilah temankan kawan Hana tu. Biar kafe ni uncle yang jaga.” Encik Han berdiri. Sisa tawanya masih kedengaran. Sempat dia mengusap kepala Hana yang berlapik sebelum beredar dari situ.

 

HANA diam sepanjang dia berada di dalam kereta Faiz. Faiz pula hanya membiarkan sahaja gadis di sebelahnya melayan perasaan sendiri.

Fikiran Hana masih lagi memikirkan soalan terakhir yang diajukan oleh uncle Han kepadanya. Dia sudah faham apa yang unclenya cuba untuk sampaikan kepadanya. Tanpa dia sedar dia menyentuh dadanya. Debaran jantungnya dapat dirasakan namun tidak selaju seperti yang selalu diungkapkan oleh seseorang apabila dia jatuh cinta, degupan jantungnya akan berdegup dengan pantas.

“Okey, je. Tak laju, pun.” Hana terlepas cakap.

“Apa yang okey? Apa yang tak laju?” Tanya Faiz. Dia mengerling sekilas ke arah Hana.

“Hah?” Hana cuak. Hesy! Mulut ni. Hana menampar mulutnya sendiri.

Hana memandang Faiz dengan sengihan. Dia tidak mahu Faiz tahu apa yang dia sedang fikirkan sekarang.

“Awak bawa kereta tak laju. Nanti, tak sempat kita nak beli barang. Awak juga sendiri cakap nak makan dekat rumah saya. Nak makan sama-sama dengan keluarga saya.” Laju Hana memberi jawapan untuk menutup rasa cuaknya itu.

“Awak nak saya lajukan kereta ni? Kalau jadi apa-apa nanti, macam mana?” Faiz geleng kepala. Kelajuan kereta yang dia bawa sekarang ini pun sudah cukup laju. Hana tersengih.

“Macam kura-kura je pun awak bawa kereta ni.” Hana senyum kambing. Mahu sahaja Faiz mencubit pipi Hana itu. Nasib baik dia ingat batasan antara mereka berdua. Malas hendak melayan karenah Hana, dia meneruskan pemanduannya ke tempat destinasi.

 

HAMPIR tiga jam juga mereka berjalan membeli barang-barang dapur dan akhirnya Faiz memarkir keretanya di depan rumah milik ibu bapa Hana. Sebaik sahaja Faiz mematikan enjin kereta, Hana laju keluar lalu mengambil barang-barang dapur yang ada di dalam bonet kereta. Ibu bapa Hana sudah pun terpacul keluar daripada rumah. Tersenyum kedua-dua orang tua itu bila melihat anaknya pulang.

“Assalamualaikum, umi. Ayah!” Laung Hana dari bawah. Laju dia membuka kasutnya lalu naik ke atas dan bersalaman dengan kedua orang tuanya. Barang-barang yang dipegang olehnya sudah bertukar tangan dengan Encik Syukri.

Waalaikumussalam. Kenapa biarkan Faiz tu dekat sana? Hesy, budak ni.” Kasihan pula Puan Hanis melihat anak muda itu yang masih berada dekat kereta.

“Faiz, naiklah. Kita berbual dekat dalam.” Puan Hanis mempelawa Faiz naik ke atas.

“Ya, mak cik. Kejap lagi Faiz naik.” Beritahu Faiz. Dia mahu menutup bonet kereta terlebih dahulu sebelum naik ke atas. Selesai mengunci kereta Faiz segera naik ke atas dan bersalaman dengan Encik Syukri dan juga Puan Hanis. Tersenyum kedua orang tua itu melihat Faiz.

Encik Syukri dan Puan Hanis sudah kenal dengan kawan anak perempuan mereka itu sejak beberapa hari lepas. Hana sendiri yang membawa Faiz untuk berjumpa dengan mereka berdua. Tidak sangka umi dan ayahnya menyambut temannya itu dengan lapang dada.

“Dah, mari kita masuk.” Kata Encik Syukri lalu membawa masuk semua barang-barang dapur yang dibeli oleh anaknya.

 

SEMENTARA Encik Syukri berbual dengan Faiz di ruang tamu, Hana dan juga uminya membuat kerja dibahagian dapur. Hari ini Hana akan memasak untuk keluarganya dan juga Faiz. Puan Hanis hanya membantu apa yang patut sahaja. Selesai memotong sayur dan juga daging, Puan Hanis terus ke singki dan membasuh tangan. Biarlah kerja memasak itu diserahkan kepada anak perempuannya.

“Eh, umi tak payahlah. Biar Hana saja yang buat air tu.” Hana menghalang uminya membuat air.

“Tak apalah. Air saja, kan.” Ujar Puan Hanis lembut. Hana senyum lalu meneruskan kerja memasaknya.

“Macam mana dengan kerja dekat kafe uncle kamu tu? Baik-baik saja ke?” Tanya Puan Hanis.

“Okey je umi. Nanti, uncle Han nak datang sini. Itu pun kalau kak Lina balik nanti.” Beritahu Hana.

“Baguslah, kalau macam tu. Umi dah lama tak jumpa uncle kamu tu. Bertanyakan khabar pun, hanya melalui telefon saja.” Rindu betul Puan Hanis dengan abangnya itu. Jarang-jarang mereka bertemu. Masing-masing dengan hal sendiri.

“Faiz tu nak bermalam dekat sini ke?” Puan Hanis mengubah topik. Hana memandang uminya.

“Dia tak tidur sini. Dia cuma singgah je. Nak makan sama-sama dengan umi dan ayah.” Beritahu Hana. Puan Hanis senyum. Senyumannya menyimpan sesuatu yang tidak di duga oleh anak perempuannya.

“Umi tengok kamu berdua rapat semacam saja. Tak macam kawan, pun. Kalau betul apa salahnya. Suruh saja dia masuk meminang kamu.” Hana tersedak. Kata-kata uminya betul-betul membuatkan hatinya tidak senang.

“Umi, kami kawan sajalah. Tak lebih pun daripada tu.” Kata Hana tenang.

“Kawan? Umi tak percayalah. Umi tengok Faiz layan kamu tak macam seorang kawan, pun.” Kata-kata Puan Hanis betul-betul tidak menyenangkan perasaannya. Hana berpaling menghadap uminya.

“Umi, lain kali kita cakap pasal ni boleh. Hana jadi tak selesa pula.” Hana akhirnya berterus terang. Puan Hanis geleng kepala.

“Yalah. Tapi, ingat Hana. Jangan nangis kalau Faiz tu di sambar orang satu hari nanti.”

Hana buat muka. Ketawa Puan Hanis bila melihat wajah cemberut anak perempuannya itu.

“Dan umi nak kamu tahu. Umi dengan ayah dah berbincang pasal ni. Sesiapa saja dulu datang meminang kamu, kami akan terima. Sama ada suka atau tidak kamu kena terima.” Hana telan liur bila tengok wajah uminya bertukar serius.

“Tapi...”

“Tiada tapi-tapi. Umur kamu dah 24 tahun. Layak bergelar isteri dah. Takkan nak tunggu umi dengan ayah tua kerepot baru kamu nak kahwin.” Tegas suara Puan Hanis. Hana buat muka.

“Hana tak puas nak hidup sendiri lagi...” Perlahan saja suaranya namun dapat di tangkap oleh uminya. Puan Hanis memandang tajam ke arahnya. Hana buat tidak tahu lalu meneruskan kerja memasaknya. 

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh