Bab 29

PLEASEdon’t cry.” Mitsuha membantunya mengelap air mata yang mengalir. Arissa dan Yana pula dari tadi mengusap-usap belakang tubuhnya.

“Macam mana nak berhenti menangis kalau dia asyik bermain difikiran saya. Dia tipu saya, Mitsuha.”

Aunty Aivy, aunty janganlah nangis.” Pujuk Arissa. Yana juga turut memujuknya. Aniq pula sudah hilang entah ke mana.

Wakaru yo. (Saya faham.)” Mitsuha meletakkan tisu di atas meja.

But, you are lucky girl. Hana masih ada Aniq yang setia di sisi Hana. Don’t cry because of that guyMaybe, he has his own reason why he lie to you, Hana.” Kata Mitsuha.

Reasonlah sangat! Dia saja nak mainkan perasaan saya.” Hana geram. Dia menarik nafas panjang. Tisu diambil lalu mengesat air matanya. Dia tarik nafas sekali lagi. Lebih baik aku berhenti nangis. Nangis untuk lelaki itu pun tak ada guna!  

“Dah, tepi sikit.” Hana meminta Arissa dan Yana ke tepi. Dia bangun lalu merapikan pakaiannya.

Uncle korang mana?” Tanya Hana kepada dua orang budak comel itu.Mereka berdua menjungkit bahu.

I don’t know where he’s gone.” Mitsuha turut menjungkit bahu bila Hana memandangnya dengan pandangan tajam.

“Hesy, geram betul! Mana saja saya pergi mesti dia tahu.” Hana mendengus.

“Macam mana dia kenal awak, Mitsuha? Tiba-tiba saja Arissa dengan Yana ada dengan awak tadi.” Hana masih tidak berpuas hati.

I don’t know. Saya terkejut juga tadi bila fiance Hana tiba-tiba suruh saya jaga budak-budak ini.”

“Hesy, lelaki ni mesti ikut aku dari belakang, kan? Kalau tak, mana dia nak tahu yang awak ni kawan saya, kan?” Hana membuat andaian sendiri sambil membuat muka tidak puas hatinya. Dia tidak suka dengan perbuatan Aniq itu.

Mitsuha ketawa kecil. Comel bila temannya itu tengah geram. Kemudian pandangan Hana beralih pada Arissa. Kecil besar saja dia melihat anak buahnya itu.

“Arissa jujur dengan aunty. Arissa bagi tahu uncle, kan?” Duganya. Arissa tidak takut pun dengan renungan auntynya.

“Arissa memang bagi tahu uncle Aniq, pun. Tapi, Arissa tak bagi tahu tempat yang aunty nak pergi, sebab Arissa memang tak tahu. Yang Arissa tau aunty nak jumpa oba (mak cik) Mitsuha.” Tenang Arissa menjawab soalan Hana.

“Dah pandai bahasa Jepun pula budak ni.” Hana memerli Arissa. Anak buahnya hanya tersengih.

“Sebenarnya aunty Aivy, kita orang ikut aunty dari belakang. Uncle marah aunty tapi dia tidak sampai hati tinggalkan aunty. Sebab tu kami ikut aunty dari stesen bas lagi.” Tersenyum-senyum Yana memberitahunya. Tersentak Hana dengan jawapan Yana. Hana duduk semula.

“Habis, mana makanan aunty?”

“Dah makan.” Jawab mereka serentak. Hana mengetap bibir.

“Lain kali aunty tak nak masak lagi untuk korang berdua.” Hana buat-buat merajuk. Laju sahaja Arissa dengan Yana memujuknya semula. Mitsuha geli hati melihat telatah Hana dengan dua orang budak comel itu.

 

SETENGAH JAM berlalu. Senja bertukar malam. Aniq pula masih belum muncul di depan mata. Hana meminta temannya untuk menjaga Arissa dan Yana terlebih dahulu sementara dia hendak menunaikan kewajiban. Mujurlah Mitsuha faham.

Selesai menunaikan solat maghrib, Hana terus keluar daripada surau awam itu. Dia perlu segera ke tempat Mitsuha dan juga yang lain. Perutnya mula berkeroncong. Tiba-tiba bunyi mesej masuk. Mesej daripada Mitsuha. Dia memberitahu yang dia membawa Arissa dan juga Yana ke Restoran Chicken Rise Chop. Mitsuha juga menyuruhnya ke sana apabila dia sudah selesai menunaikan solat.

Dalam perjalanan ke Restoran Chicken Rise Chop, Hana berhenti di satu kedai yang menjual bermacam-macam jenis patung dan juga bantal. Hana singgah masuk sebentar dan meliarkan pandangannya ke satu sudut. Antara patung dan juga bantal, Hana lebih sukakan bantal. Pelbagai jenis bantal yang ada di kedai tersebut. Namun, memikirkan dua orang budak itu dia harus melupakan niatnya untuk membeli bantal tersebut. Lebih baik dia beli patung untuk mereka berdua sahaja. Puas meneliti setiap jenis patung yang ada di situ, Hana terus keluar dan menuju ke tempat utama.

Fikirannya tenang selepas menunaikan solat tadi. Tekanan pun kurang bila melihat benda-benda yang dia suka. Bersyukur kerana tidak memalukan diri sendiri di depan lelaki itu. Kalau sahaja dia meluahkan rasa yang terpendam di hati, mungkin sahaja Faiz akan jadi serba salah. Tambahan lagi lelaki itu dengan bakal isterinya. Biarlah apa yang terjadi hari ini menjadi pengajaran buatnya. Dia tidak mahu lagi mengulangi kesalahan yang sama. Memang benar dia menyukai Faiz dan dia baru sedar akan hal itu. Tapi, jika orang itu sudah berpunya dia tidak akan mengganggunya lagi. Lebih baik dia mengundur diri demi kebahagiaan mereka berdua.

 

Aunty Aivy pergi mana ni? Lama sangat, baru muncul.” Geram Arissa dengan auntynya.

Aunty solatlah. Arissa ingat dekat ke surau sini?” Hana geleng kepala lalu menghenyakkan punggung di sebelah Mitsuha.

“Dari tadi mereka berdua cari Hana. That why I bring them here.” Ujar Mitsuha.

Thanks, Mitsuha. Nah,” Hana memberi bakul kertas kecil yang berisi sesuatu kepada Mitsuha. Sempat dia membelikan souvenir untuk temannya itu.

“Kita orang tak ada ke?” Tanya Yana. Matanya tidak lepas memandang bakul kertas tersebut. Hana senyum lalu memberikan setiap seorang satu bakul kertas yang diletakkan di atas tepi meja. Gembira betul mereka berdua. Mitsuha juga turut tersenyum.

Can we open it?” Tanya Mitsuha dan Hana mengangguk.

“Wow! Thanks, Hana.” Terkejut Mitsuha bila melihat isi dalam bakul kertas tersebut. Sebuah patung arnab putih yang dikait menggunakan benang kait. Patung yang dihadiahkan oleh Hana itu hanya bersaiz sederhana dan berukuran panjang. Boleh dibuat sebagai bantal peluk.

“Kami pun suka patung yang aunty beli ni!” Kata Yana. Arissa mengangguk setuju. Patung yang dihadiahkannya kepada mereka berdua itu adalah patung beruang yang diperbuat daripada kain, cuma warna patung kedua-dua itu sahaja yang berbeza. Yana memiliki patung beruang bewarna coklat dan Arissa pula bewarna putih.

“Bakul kertas yang tu aunty punya ke? Yana nak tengok.” Yana perasan ada satu lagi bakul kertas di tepi meja itu. Hana geleng kepala.

“Tak boleh. Ini aunty punya. Nanti, saja Yana tengok, ya.”

Yana membuat muka cemberutnya. Hana dan Mitsuha ketawa.

“Hana, it’s too late, now. Saya patut pulang ke hotel dulu. I want to rest my body.”

“Mitsuha sampai bila di sini?” Nasib baik Hana ingat untuk bertanyakan tentang hal ini. Mitsuha diam. Sepertinya dia sedang berfikir tentang sesuatu.

“Kalau Hana jadi kahwin, saya akan balik lepas majlis kahwin Hana nanti.”

Hana jadi malu. Ingatkan Mitsuha sudah melupakannya. Mana tidaknya, Mitsuha turut sama mendengar apa yang dituturkan olehnya dengan Aniq semasa terjumpa dengan Faiz tadi.

“Nanti, saya bagi tahu Mitsuha. Saya kena bincang dengan Aniq dulu.” Lambat-lambat Hana memberitahu Mitsuha.

“Bincang? Bukankah kamu berdua sudah setuju hendak kahwin minggu depan?” Mitsuha jadi pelik.

Hana telan liur. Dia tidak tahu hendak beri reaksi apa dengan teman baiknya itu.

“Hana, tell me the truth. Saya rasa Hana ada rahsiakan sesuatu dengan saya, kan?” Tebaknya. Hana senyum tawar.

 

HANA melepaskan lega. Akhirnya terluah juga masalahnya kepada Mitsuha. Teman baiknya banyak menasihatkannya tentang hubungannya dengan Aniq yang tidak sampai setahun pun perkenalan mereka. Walaupun berat untuk dia terima nasihat Mitsuha, namun dia akan cuba apa yang dia mampu melalui nasihat teman baiknya itu.

Hana menguap. Matanya mula kuyu. Arissa dan Yana sudah terbaring di sisinya. Hana mengerling jam di tangan. Dia sudah menghantar mesej kepada Aniq untuk mengambil mereka di bangunan Nu Sentral ini. Hana tersengguk-senguk menahan kantuk.

"Suhana Aivy," Panggil satu suara. Hana mengerling ke arah suara tersebut.

"Faiz Dylan. Awak buat apa lagi dekat sini?" Segar terus mata Hana apabila melihat susuk tubuh itu.

"Nak jumpa awak sebenarnya. Saya dah hantar Lana ke hotelnya dan balik semula ke sini untuk cari awak. Saya ekori awak dari belakang tadi." Jelasnya pada Hana.

"Tapi, untuk apa awak nak jumpa saya lagi?" Hana cuba untuk bertenang. Arissa dan Yana dikerlingnya sekilas sebelum memandang ke arah lelaki itu semula. Kedua-dua budak perempuan itu sudah tidur.

"Saya nak buat penjelasan dengan awak pasal panggilan awak..." Faiz diam seketika. Dia tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan perkara itu kepada Hana.

"Panggilan saya? Maksud awak panggilan yang saya buat masa awak dekat sana ke?" Hana meminta kepastian. Faiz mengangguk perlahan.

Hana senyum sinis. Bila dia teringat kembali hal itu, dia begitu sakit hati. Faiz langsung tidak menjawab panggilannya.

"Saya minta maaf Hana. Masa awak buat panggilan itu masa tu adalah majlis pertunangan saya dengan Lana."

"Patutlah saya telefon awak tak jawab." Sekali lagi Hana tersenyum sinis.

"Awak tahu tak Faiz yang awak..."

"Suha,"

Terbantut terus percakapan Hana apabila Aniq muncul di depan mereka. Hana terus tidak jadi untuk menyambung semula ayat-ayatnya.

"Encik Faiz buat apa dekat sini?" Tanya Aniq. Wajahnya nampak serius.

"Saya jumpa kawan saya sekejap. Tak apalah. Saya minta diri dulu." Tanpa salam Faiz terus meninggalkan mereka.

Aniq mengerling tunangnya. Wajah Hana nampak lesu. Mungkin penat agaknya. Hilang terus niatnya untuk memarahi Hana.

“Jom,” Lembut suara Aniq mengajak Hana pulang.

“Lambat.” Hana merengus.

“Maaflah. Ada emergency meeting tadi.” Beritahu Aniq. Dia kemudian mengangkat Yana dengan Arissa serentak. Hana terkejut.

“Awak boleh angkat dua orang ni sekaligus?”

Aniq hanya mengangguk. Sudah seperti kembar budak lelaki yang diangkat oleh seorang ayah dalam rancangan Korea, The Return of Superman pula Hana tengok. Hana mengambil barang-barangnya dan juga dua orang budak itu lalu mengejar Aniq yang jauh meninggalkan dia di belakang.

Di dalam kereta Hana menyambung semula tidurnya. Tetapi tidurnya sekejap sahaja kerana Aniq membawanya berbual. Hana menghadap Aniq yang sedang memandu. Kalau tidak dilayan nanti tunangnya ini marah pula. Sudahlah tadi dia ditinggalkan dengan dua orang budak itu.

"Tadi, Faiz bual apa dengan Suha?"

"Dia tanya pasal kita. Dia tak percaya yang saya ni betul-betul dah jadi tunangan awak." Tipu Hana. Malaslah dia hendak bertekak dengan Aniq soal perkara yang lalu. Bukan tunangnya ini tahu juga pasal panggilan telefon tu. Kalau dia buka cerita nanti tunangnya ini buat muka tegang pula.

"Okey. Pasal kawan Jepun Suha pula?"

"Kenapa dengan dia?" Tanya Hana.

“Kawan Suha belajar bahasa melayu dari mana?” Tanya Aniq ingin tahu. Dia terkejut bila Mitsuha fasih bercakap melayu dengannya petang tadi.

“Dari sayalah. Dia ada ambil kursus bahasa juga.” Balas Hana. Suaranya semakin perlahan. Matanya sudah tertutup rapat.

“Berapa lama dia belajar bahasa kita ni? Awak pun belajar bahasa ibunda dia ke?” Tanya Aniq lagi. Diam. Tiada respons dari gadis itu. Aniq mengerling ke sebelah. Tersenyum sendiri bila melihat Hana sudah tidur sambil menghadapnya. Mahu sahaja dia mengelus pipi gadis itu tapi dia harus bersabar.

Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh