Bab 30

HANA tersedar dari lenanya. Dia terkejut apabila melihat kawasan sekeliling. Dia meneliti dirinya yang masih dalam keadaan yang sama. Hana melepaskan lega. Dia bingkas bangun lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan wajah. Setelah itu, Hana mengemas katil sebelum keluar dari bilik. Tersembul muka Aniq ketika dia hendak membuka pintu.

“Terkejut saya tau!” Hana mengurut dada. Aniq tersengih.

“Kalau dah pandai marah-marah ni dah kira okeylah, kan?” Aniq menyandarkan sebelah bahunya pada dinding seraya berpeluk tubuh.

“Okey apa?”  

“Yalah, semalam bukan main nangis lagi sebab lelaki tu.”

Hana menjegilkan matanya. Baik pula mood tunangnya hari ini. Bukan aku sepatutnya marah dengan dia ni ke?

“Mana awak tahu saya nangis semalam?” Hana menjelingnya.

“Dua orang budak tu yang cerita dekat saya.” Balasnya.

Hana buat muka. Pandai-pandai je dua orang tu cerita dekat dia ni, marah Hana dalam hatinya.

“Tahu tak tempat apa ni?” Tanya Aniq pula. Berubah terus reaksi muka gadis itu. Hana memerhatikan sekelilingnya. Dia mengerutkan dahi.

“Tempat awak, kan. Ini bilik tetamu. Rumah awak. Awak ingat saya dah lupa ingatan ke?” Semua jawapan diberikan kepada lelaki itu.

Impressive! Ingatkan dah lupa tempat ni. So, mesti Cik Bento ingat siapa yang angkat Cik Bento ke sini, kan?”

“Angkat saya ke sini?” Hana berfikir. Tentang itu langsung dia tidak ingat. Aniq berlalu menuruni anak tangga. Dia membiarkan Hana berfikir di situ.

Bertambah lagi kerutan di dahi Hana. Pelik. Suka sangat ubah mood. Geram Hana.

“Tapi…” Hana langsung tidak ingat apa yang terjadi selepas dia masuk ke dalam kereta. Bangun sahaja dari tidur, dia bukan berada di dalam biliknya tapi di bilik lain, rumah Aniq. Sudahlah dia terlepas subuh tadi. 

“Tidur mati ke? Aku langsung tak ingat macam mana aku naik ke bilik ni.” Satu apa pun dia tidak ingat. Siapa yang mengangkat dia hingga ke bilik tetamu ini pun dia tidak tahu.

Hana menuruni anak-anak tangga. Suara riuh rendah kedengaran di bahagian ruang tamu. Semakin Hana melangkah ke depan semakin besar bola matanya. Tergamam melihat ahli keluarganya ada di situ. Begitu juga dengan keluarga Aniq. Lagi mengejutkannya bila melihat Mitsuha turut ada sama di ruang tamu tersebut. Mereka berbual dan bergelak tawa antara satu sama lain.

“Umi, ayah bila sampai? Buat apa dekat sini? Kenapa Mitsuha pun ada dekat sini?” Tanya Hana yang masih dalam keadaan terkejut. Semua mata memandangnya dengan senyuman.Aniq sudah menghilangkan diri.

“Saya yang ambil dia. Lagipun, Mitsuha nak jumpa keluarga Cik Aivy.” Balas Muaz yang duduk tidak jauh dari Mitsuha.

It’s that true, Mitsuha?” Hana meminta kepastian. Mitsuha mengangguk.

“Kenapa? Hana tidak suka saya berjumpa dengan keluarga Hana?”

Laju Hana menggeleng kepala. “Taklah. Saya cuma rasa pelik saja.” Sengih Hana.

“Hana pergi siap-siap. Aniq tunggu dekat luar tu. Nah, ambil pakaian ni.” Puan Izati memberikan bakul kertas yang berisi pakaian anak saudaranya itu.

Bangun-bangun dah kena suruh bersiap. Aniq nak bawa aku ke mana pula ni? Fikirnya.

Aunty seorang jeUncle Han mana?” Tanya Hana bila perasan yang unclenya tidak turut serta dengan mereka.

“Dia jaga kafe. Aunty saja yang ikut. Dah pergi mandi, salin pakaian.” Puan Izati menyuruhnya semula. Hana masih terpacak di situ. Ingin melihat apa yang sedang mereka lakukan.

“Tak dengar ke apa yang aunty kamu cakap tu?” Tegas suara Puan Hanis.

“Tapi… untuk apa?”

“Tak payah nak tahu. Pergi cepat bersiap. Nanti, tunang kamu marah pula.” Datin Ruhaina memberikan bakul kertas itu kepada Hana lalu menghalau gadis itu dariruangan tersebut.

Barang-barang yang bertimbun dekat meja ruang tamu tu untuk apa, ya? Semua sibuk nak halau aku. Ini mesti ada apa-apa yang aku tak tahu. Hana berfikir sepanjang dia naik semula ke bilik tetamu itu.

 

“MASUK.” Arah Aniq. Hana buat muka.

“Kita nak ke mana?” Tanya Hana. Mereka sudah berada di dalam kereta. Aniq memandu keluar daripada perkarangan rumahnya.

“Uruskan perkahwinan kitalah. But, first kita pergi kursus kahwin dulu. Lepas tu, pergi buat pemeriksaan kesihatan dan juga ujian HIV.”

Ternganga Hana mendengarnya. “Awak biar betul?!”

“Betullah. Don’tworry. Semua abang dah uruskan. Tinggal kita nak buat je.” Aniq menayang gigi putih yang tersusun rapi itu.

“Tapi, saya belum bagi apa-apa lagi keputusan, kan?”

“Keputusan apa pula?” Aniq mengerling sekejap ke arah gadis itu.

“Keputusan untuk kahwin dengan awaklah!” Hana geram. Dia berpeluk tubuh. Suka buat keputusan tanpa berbincang dengan aku dulu!

“Cik Bento dah setuju, pun.”

“Bila pula saya kata saya setuju?” Hana cuba ingat kata-katanya sebelum ini sama ada dia pernah bersetuju ataupun tidak untuk berkahwin dengan lelaki di sebelahnya ini.

“Yang Cik Bento cakap dengan Edine tu apa? Suha kira bersetujulah tu nak kahwin dengan abang.”

Hana diam. Entah, kenapa dia terasa lain bila Aniq memanggilnya dengan nama Suha. Hana memandang ke luar tingkap. Mudah sangat dia kalah dengan Aniq. Walaupun, tahap marahnya memuncak namun Aniq pandai memujuknya. Rasanya, Aniq memang mengenali dirinya. Tapi, bolehkah aku terima dia dalam hidup aku ni?

“Kenapa diam?”

Hana tidak membalas. Dia berpura-pura menutup matanya dan kemudian teringatkan sesuatu. Puas dia mencari benda itu di dalam bilik tetamu tadi namun langsung tiada. Lantas, dia berpaling ke belakang mencari benda tersebut. Aniq pelik dengan kelakuan Hana.

“Apa yang Suha cari dekat belakang tu?”

“Bakul kertas saya. Awak ada nampak? Awak letak dekat mana, ya? Di dalam bilik tadi ni je yang ada.” Hana menunjukkan beg tangannya. Waktu dia dekat dalam bilik tetamu, tidak ada pula dia nampak bakul kertas itu.

“Dalam bilik abang. Abang dah tengok pun isi dalam bakul kertas tu.” Selamba Aniq memberitahunya. Hana menjeling tajam.

“Pulang nanti, bagi balik. Bakul kertas tu bukan awak punya.”

“Akan jadi milik abang juga, kan.” Senyumannya mencairkan Hana. Namun, cepat dia sedar.

“Bila masa pula bakul kertas tu jadi milik awak?!” Hana mula geram.

“Sejak semalam. Dalam mamai-mamai tu boleh pula Cik Bento bagi hadiah dekat abang. Patung dolphin pula tu.”

Hana tercengang. Dia mengetap bibir. Aku mamai bagi dia hadiah? Nonsense! Hana menjelingnya.

“Bila masa pula saya bagi awak hadiah. Pulang nanti awak kena bagi balik bakul kertas saya dengan isinya sekali!” Hana berpeluk tubuh.

No. Pemberian Suha tu dah jadi milik abang yang mutlak,”

“Abang tahu Suha sukakan haiwan tu. Sebab tu hadiahkan abang dengan patung dolphin, kan?” Aniq masih mahu mengusiknya.

"Suka atau tak, awak kena pulangkan juga barang saya tu." Bentak Hana.

"Boleh. Abang bagi pulang bakul kertas tu saja. Isi bakul kertas tu abang ambil, okey?" Aniq mengerling Hana sekilas. Saja dia mahu melihat reaksi gadis itu.

Hana merengus kasar.

“Daripada cakap dengan awak baik saya cakap dengan tingkap kereta ni." Hana merengus lagi. Aniq ketawa.

"Awak jangan nak ketawakan saya. Awak diam. Pandu je kereta tu." Marahnya.

"Tak payahlah cakap pasal benda ni lagi. Awak ambil sajalah dolphin tu.” Sambung Hana lagi. Mahu atau tidak, dia kena mengalah juga dengan tunangnya ini. Kalau terus-menerus dia membangkang kata lelaki itu akan jadi lain pula nanti. Hana bukan suka sangat hendak cari gaduh. Aniq tersenyum menang.

Previous: Bab 29
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh