Bab 58

HANA terbangun bila dirasakan ada nafas menghembus di wajahnya. Bulat mata Hana bila melihat suami tidur disebelahnya. Lebih mengejutkan apabila dia sendiri memeluk tubuh suaminya dan mereka berada di atas tilam. Bukan aku tidur dekat sofa ke? Macam mana pula aku ada dekat sini? Macam mana aku boleh peluk dia pula ni?

Hana memandang Aniq. Suaminya masih tidak sedarkan diri. Perlahan-lahan dia meleraikan pelukan tersebut. Belum sempat dia menarik tangannya, tangan Aniq sudah memeluk pinggangnya. Pelukan dieratkan. Hana cuak. Jarak wajah mereka seinci sahaja. Hana cuba melepaskan tangan Aniq yang melekat pada pinggangnya.

Hmmm… tak nak.” Rengek Aniq. Dia memperkemaskan lagi pelukan itu. Hana terpana.

Aduh! Apa aku nak buat ni? Aku tak nak terkantoi pula dengan dia. Hana mengetap bibir. Wajah suami dipandang lagi. Kali ini wajah itu ditatap lama. Dalam diam dia memuji kekacakan suaminya. Dalam tidak sedar, dia mengukir senyuman.

CUPP!

Hana terkesima. Pipinya dicium.

“Suha suka tengok abang, ya?” Usik Aniq. Sebenarnya, dia sudah lama sedar dari tidurnya. Cuma saja ingin mengusik isterinya.  

“Mana ada!” Lancar dia membalas. Aniq ketawa kecil. Suka dia melihat wajah merah merona si isteri.

“Awak bangunlah.” Hana menolak tubuh itu jauh darinya.

“Abang tak nak bangun.” Aniq memperkemaskan lagi pelukannya. Hana rimas. Dia teringat sesuatu.

“Awak dah solat subuh tadi?” Hana baru teringat. Walaupun dia tengah cuti, dia tetap akan bangun subuh. Tapi, semalam mungkin sebab dia memang tidur mati kut?

“Abang dah solat subuh tadi. Lepas tu ngantuk balik. Abang angkatlah Suha tidur sini.” Tersengih-sengih Aniq memberitahunya. Hana mencebik. Dia kembali merungkai tautan tangan Aniq pada pinggangnya.

“Rimaslah. Tak payahlah peluk-peluk macam ni.”

“Abang nak peluk kejap pun tak boleh.”

“Eh, sekejaplah sangat. Awak dari semalam lagi menggatal tau.” Geram Hana.

“Ala, abang gatal dengan Suha je.” Dieratkan lagi pelukan tersebut. Aniq menggesel-gesel pipinya dengan pipi Hana. Hana sudah dibuatnya macam kucing.

Naik rimas Hana dengan perangai nakal suaminya. Sejak awal perkenalan mereka lagi dia asyik kalah dengan lelak ini. Marah macam tak marah. Merajuk macam tak merajuk. Ni gara-gara suami sendirilah. Kali ini dia tidak mahu mengalah dengan suaminya.

 “Eee… Rafisqy. Tak sukalah!” Hana menolak kasar tubuh itu. Disebabkan tubuh Aniq kuat, Hana terjatuh ke bawah. Hana mengadu kesakitan.

“Hah, kan dah jatuh. Ni mesti sebab kutuk abang diam-diam, kan?” Aniq senyum kambing. Hana merengus. Dia berdiri sambil menggosok bahagian punggungnya.

Tak guna punya suami! Tak apa. Yang penting aku dah berjaya lepaskan diri. Hana laju masuk ke dalam bilik air meninggalkan suaminya yang sedang mentertawakannya.

 

HANA turun ke bawah untuk membuat sarapan. Ditinggalkan sahaja suaminya yang masih berada di atas. Malas hendak melayan perangai gatal suaminya itu.  

Hana melihat bahan-bahan yang ada di dalam dapur. Rasanya hari ini dia ingin masak mee goreng. Selesai menyiapkan hidangan makanan, Hana beralih pula membuat minuman. Pagi ini dia ingin menyediakan teh panas untuk mereka berdua.

Hidangan di susun di atas meja makan. Hana menarik kerusi dan menghenyakkan punggungnya. Saat itu juga Aniq turun dengan pakaian kasualnya. Hana mengerutkan dahi.

“Tak kerja?”

Aniq duduk di kepala meja. Dia senyum segaris.

“Abang dah ambil cuti. Syarikat abang Harith yang jaga.” Jawabnya bersahaja. Hana jungkit bahu. Dia mengambil hidangan mee goreng untuk suaminya dan kemudian menyauk ke dalam pinggannya pula.

 “Lepas ni Suha buat apa?”

“Tak buat apa-apa. Nak jumpa Mitsuha tapi malaslah. Mesti dia sibuk dengan Encik Muaz.” Ujar Hana.

“Makan cepat. Lepas ni abang bawa naik atas. Kita ke tingkat dua. Abang nak tunjukkan sesuatu dekat Suha.” Aniq mengenyitkan matanya.

“Tunjukkan apa?” Tanya Hana sambil menyumbat mee goreng ke dalam mulut.

Something. Hehehe…” Ketawa misteri Aniq membuatkan Hana bingung sendiri.

 

ANIQ membantu Hana mengemaskan meja makan. Selesai mengemas, Aniq membawa Hana ke atas. Sampai di tingkat atas Aniq menunjukkan satu bilik dan menyuruh Hana membuka pintu bilik tersebut. Hana hanya menuruti.

Dia tergamam. Bakul-bakul shopping tersusun cantik di atas meja panjang. Di penyidai kain ada semua baju-baju yang berjenama. Di bawah penyidai itu pula tersusun cantik dengan pelbagai jenis dan jenama kasut termasuklah selipar jenama Fipper. Di atas tilam tersusun kemas patung-patung teddy bear dan juga bantal-bantal comel.  Lima jenis beg tangan berjenama pula tersusun rapi di sebelah patung-patung tersebut. Ada banyak lagi barang-barang lain yang tersusun kemas di dalam bilik tersebut.

Hana memandang tajam. Dia tahu sangat barang-barang shopping itu semua.

“Bukan saya suruh awak bagi orang rumah awak ke?” Dia masih ingat akan kata-katanya sewaktu mereka berada di IOI City Mall.

“Kalau abang bagi dia orang pun belum tentu saiznya sama dengan Suha.” Balas Aniq.

Ada betulnya juga. Tapi, banyak sangat barang-barang ni. Hana garu kepala.

“Patung-patung tu bagi dekat Arissa dengan Yana la.” Hana memandang Aniq.

No. Abang tak nak. Patung-patung ni biar kita simpan untuk anak-anak kita nanti.”

Ewah, ewah! Dah fikir anak pula suami aku ni. Hana bercekak pinggang.

“Nanti, lepas Suha bersih kita terus buat anak la. Okey?” Selamba saja mulutnya mengungkapkan ayat tersebut. Terus wajah isterinya berubah.

“Eee… gatal!” Hana keluar dari bilik tersebut. Suaminya mula buat perangai. Pintu bilik ditutup semula. Aniq mengejar Hana yang sudah jauh meninggalkannya. 

Previous: Bab 57
Next: Bab 59

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh