Bab 50

“I HATE THAT GIRL! Aku nak dia mampus!” Jeritan Edine bergema di ruang tamu. Hatinya bertambah sakit bila Aniq yang menjawab panggilan tersebut.

You datang jumpa I sebab tu je ke?” Perlinya. Dia meneguk air kencing syaitan dengan rakus. Edine mendekatinya.

“Rizal, please…” Edine mengenggam tangan Rizal. Bau alkohol itu amat kuat. Namun, biasa bagi Edine.

Please help me…” Rayu Edine. Dia mahu Rizal membantunya untuk mendapatkan hak miliknya. Rizal yang separuh sedar itu tersenyum sinis.

You nak I tolong apa sayang…” Rizal mengusap lembut pipi Edine. Dia mahu mendaratkan bibirnya ke pipi Edine namun perempuan itu laju menjarakkan tubuhnya.

“Rizal! Please behave yourself!” Edine berasa geram. Rizal senyum sinis. Dia bangun lalu menuju ke arah perempuan itu semula.

“Sebelum ini I dah cakap tinggalkan saja lelaki tu. Dia langsung tak berguna untuk you, Edine. I lebih layak dari dia.” Rizal memaut pinggang Edine yang ramping itu. Edine tidak selesa dengan kelakuan Rizal yang sudah mabuk. Dia cuba melepaskan tautan tangan Rizal di pinggangnya.

“Rizal, jangan buat I macam ni. Tolonglah lepaskan I. Please Rizal…” Rayu Edine. Dia meronta minta dilepaskan daripada pelukan kejap lelaki itu.

You nak I lepaskan you. Nomy dear. You are mine. Only mine! Baik you putus asa saja dengan percubaan you untuk dapatkan lelaki itu.”

No!” Edine menolak kasar tubuh Rizal. Dia menjarakkan tubuhnya sejauh yang boleh.

I tak nak kehilangan Aniq. Aniq adalah cinta mati I. Not you!” Jerit Edine.

Rizal meledakkan tawa besarnya. Dia meramas kasar rambutnya. Dia kembali ke bar dapur dan menuang baki alkohol ke dalam gelas yang sudah dipakainya tadi. Dengan perasaan geram dia meneguk rakus air kencing syaitan itu. Tidak cukup dengan gelas itu, Rizal mencapai botol alkohol tersebut lalu diteguk sehingga habis. Separuh bajunya basah dengan air kencing syaitan itu.

“Edine, sedarlah diri tu! You dengan dia memang tak layak. You lagi sakit kalau you bersama dengan dia. Dia tidak pernah terima you sebahagian daripada hidup dia, sayang. Hanya I saja yang sudi menerima you seadanya.” Rizal kembali merapati Edine. Edine mengundur ke belakang.

“Rizal, please! Don’t touch me!” Edine memejamkan matanya rapat. Dia tidak boleh lari lagi kerana Rizal sudah menguncinya dengan kedua belah tangan yang dilekapkan di dinding.

Rizal senyum sinis lagi. Dia mengelus lembut pipi Edine dengan jarinya. “I boleh bantu you, Edine. But, you kena bantu I juga,” Hujung rambut Edine dibelainya.

Promise me that you will do anything that I want. Deal?”

“Kalau you berjaya dapatkan Aniq untuk I, akan buat apa saja yang you nak. But…” Edine menolak Rizal ke belakang. Dia menjarakkan dirinya.

I akan ikut apa saja kemahuan you, itu pun selepas you berjaya dapatkan Aniq I semula.” Edine memberi syarat.

No problem, dear. I will make sure that he will be yours.” Dengan satu kucupan singgah di pipi Edine, Rizal terus meninggalkan perempuan itu di ruang tamu. 

Previous: Bab 49
Next: Bab 51

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh