Bab 7

MUAZ perasan wajah majikannya tidak seperti sebelum ini. Sepertinya ada sesuatu yang sedang mengganggu fikiran majikannya. Muaz memberanikan diri untuk bertanya.

“Tuan Aniq okey ke?”

Laju Aniq memandang pembantunya itu. Kening sebelah diangkat.

“Saya okey saja. Kenapa kamu tanya begitu?” Aniq jungkit kening. Tiba-tiba sahaja pembantunya bertanyakan soalan pelik. Muaz tersengih.

“Sebab Tuan Aniq tak macam sebelum ini. Maksud saya, tuan tak bersemangat seperti selalunya.”

Aniq menyandarkan tubuh dikerusi kerjanya. Dia menghela nafas berat. Dia sendiri tidak tahu apa yang sedang berlaku pada dirinya. Dia perasan akan perubahan dirinya itu sejak pertemuan pertama kali dia dengan gadis yang bernama Suhana Aivy itu.

Takkan aku ada hati pula dekat gadis tu? Tanpa dia sedari, dia tersenyum sendiri.

“Tuan senyum-senyum ni fikir siapa?” Makin pelik Muaz dengan kelakuan majikannya.

Aniq berdeham beberapa kali. “Saya senyum ke?”

Muaz angguk. Aniq tersengih panjang kemudian wajahnya bertukar serius. Muaz telan liur bila melihat wajah tersebut.

“Muaz, kau pernah jatuh cinta ke?” Tanya Aniq. Dia menggunakan bahasa kasual pula.

“Tak pernah lagi tuan. Kenapa? Tuan dah jatuh cinta dengan seseorang ke?” Macam tak percaya je tuan aku ni jatuh cinta, katanya di dalam hati.

“Entahlah. Tapi, wajah dia asyik bermain dalam fikiran aku ni. Sejak pertama kali aku nampak dia memang aku ada rasa something. Tapi aku tak tahu apa benda tu.” Aniq menyentuh dadanya yang berdegup kencang. Wajah Suhana Aivy bermain-main di mindanya. Muaz yang menjadi pemerhati, tersenyum melihat kelakuan majikannya.

“Saya rasa tuan memang dah jatuh cinta dekat dia ni.” Muaz memberi pendapat.

Laju Aniq memandang pembantunya. Senyuman diukir. Muaz pula tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

“Tapi, kalau tuan dah jatuh cinta dekat dia, Cik Edine macam mana pula?” Terlintas di fikirannya tentang perempuan yang selalu mengganggu hidup majikannya itu.

She’s not special for me. Saya tak pernah rasa perasaan tu dekat dia. Saya hanya rasa benda ni dekat gadis bertudung tu je.” Kata Aniq. Muaz ternganga. Lantas dia teringat gadis bertudung tempoh hari yang berani melawan kata dengan Edine.

“Tuan jangan cakap pula gadis yang tuan maksudkan itu adalah gadis yang minta tolong dengan tuan dekat Sunway Pyramid?”

Aniq melebarkan senyuman. “Dialah orangnya.”

Bulat mata Muaz mendengar pengakuan majikannya. Biar betul tuan aku ni?

“Sudahlah. Kamu keluar. Saya nak bersendirian.” Kata Aniq. Muaz sekadar mengangguk. Dia kemudian meminta diri keluar daripada bilik pejabat majikannya. Sempat dia mengerling kearah majikannya yang sedang hanyut di dunia sendiri. Muaz geleng kepala. Tak pernah lagi dia lihat perangai majikannya sebegitu.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh