Home Novel Cinta Hanya dia bidadariku
Bab 13

Bab 13 hanya dia bidadariku


Hdb bab 13


     Izzudin tersenyum sendiri melihat Farisha yang sedang leka mentelaah buku bersama Najiha dan rakan mereka. Dia sungguh bertuah kerana memiliki Farisha dalam hidupnya. Ramai lelaki di Universiti itu yang cemburu dengan dirinya. Farisha gadis yang paling cantik di universiti mereka, jadi ramai yang mengigit jari bila Izzudin menjadi pilihan hatinya. Ramai juga yang suka dengan padanan mereka.


     Izzudin tidak kurang kacaknya, seorang atlit sukan dan mempunyai tubuh badan yang menarik dan mempersonakan. Makan hati juga Farisha bila melihat ramai gadis yang cuba menggoda Izuddin. Risau hatinya kalau-kalau Izuddin akan lemah iman dan tergoda dengan gadis-gadis cantik itu semua. 


      "Isha, Izzud ada surprise untuk Isha." Izzudin tersenyum manis pada Farisha, membuat gadis itu lemah melihat senyuman yang sentiasa menggoncang hebat degupan jantungnya. 


      "Yeke? Apa dia Izzud." Soal Farisha teruja. Lelaki itu penuh dengan kejutan, dan selalu membuat dirinya terasa dihargai dan dicintai sepenuh hati. Dilayan bagai permaisuri Agong. 


       "Okay. Firstly, Isha kena tutup mata lepas tu pegang tangan Izzud and i will lead the way." Lelaki itu terus menutup mata Farisha dengan kain penutup mata dan  mencapai jemari halus gadis itu untuk digenggam. Gadis itu berjalan dipimpin oleh Izzudin. Bahagianya ketika itu, tiada kata dapat digambarkan. 


          "Okay,  you can open your eyes." Pinta Izzudin sambil membuka penutup mata. 

   Pandangan aga kabur sedikit kerana menutup mata yang agak lama, dia mendengar orang menyanyikan lagu hari jadi termasuklah Izzudin yang galak memetik gitar mengetuai nyanyian lagu hari jadi untuknya. 


   Mata terbeliak, dia terkesima dengan kesungguhan lelaki itu menyediakan kejutan buatnya. Meja bulat kecil yang dihias indah untuk dua orang, kek yang diletakkan gambarnya sebagai hiasan dan nyanyian dari lelaki itu, benar-benar membuat hatinya berbunga. 


         "The first time i saw you, i know we are made for each other. Harap Isha sudi terima hadiah tak seberapa dari Izzud ni." Lelaki itu menyerahkan sebuah kotak merah kepada Farisha, gadis itu makin terpegun.

     Disambut dengan hati yang girang, dibuka kotak itu perlahan-lahan dengan penuh debaran. Sekali lagi dia tergamam, melopong mulut melihat seutas rantai dengan satu loket yang diukir namanya. Air mata sudah mula mengalir perlahan kerana terharu. 


       "Ini bukti cinta Izzud pada Isha, i will make you happy my dear love." Disisir rambut panjang gadis itu ke tepi lalu dipasangkan rantai ke leher jinjang Farisha sambil membisikkan kata-kata indah. Semua gadis yang ada di situ merasa iri dan kecewa dengan adegan romantis itu. 


      "Thanks for all of this Izzud, speechless sangat." Farisha mengangguk perlahan. Kasihnya pada lelaki itu kian mendalam, dia yakin dengan pilihannya walau ramai yang berkata buruk tentang lelaki itu termasuk Najiha sendiri. Semua tomahan yang dilemparkan sedikit pun tidak mengurang kan rasa kasih gadis itu kepada Izzudin malahan makin mendalam dan membesar. 


        "Malam ni kita keluar okey, Izzud dah tempah meja dekat restoran kegemaran Isha." Lelaki itu menggenggam erat jemari Farisha. 

   Gadis itu laju bersetuju. Farisha mencari Najiha di perpustakaan, dia ingin meminta pendapat Najiha tentang pakaian yang mahu dipakai malam ini. Dia harus nampak anggun dan menawan. 


       "Kau nak pergi juga ke?" Tanya Najiha pada Farisha yang sedang membelek pakaian yang disenarai ringkas kan olehnya itu. Pertanyaan Najiha diabaikan tanpa jawapan. 


      "Babe, aku tanya ni! Kau nak pergi juga ke?" Tanya Najiha sekali lagi, kali ini sedikit keras nadanya. Farisha mengeluh, dia duduk di sebelah Najiha yang sudah cemerut wajahnya. 


        "Kenapa ni Jiha? Kau macam tak suka je?” Baju yang dipegang dicampak ke tepi. Farisha merenung wajah Najiha dalam-dalam. 

    “Aku bukan… Ah, itu bukan masalahnya, cuma aku rasa,”

   “Aku sebenarnya teruja sangat, tapi seharian ni aku rasa macam tak sedap hati rasa berat sangat nak pergi. Aku pun tak tahu kenapa.” Farisha mencelah. Dia tidak mahu hampakan usaha Izzudin yang sudah bersungguh menyediakan segala persiapan untuk hari jadinya.


      Seperti Farisha, Najiha juga tidak merasa senang hati untuk melepaskan Farisha pergi berjumpa Izzudin. Dia teringatkan perbualan antara Izuddin dan Zamri petang tadi, tetapi jika dia beritahu Farisha sudah pastinya gadis itu tidak akan percaya. Baginya Izzudin seorang lelaki yang baik dan jujur. 


       "Kau tengok  Zam, malam ni aku akan buat hidup Farisha berubah. Lepas ni, dia akan dengar cakap aku dan turut semua kehendak aku! Hahaha." Lelaki itu ketawa besar. Zamri ikutan  sama seperti Izzudin. Tanpa mereka sedar Najiha ada disebalik dinding tempat mereka berbual. 


       "Kau dah siapkan semua yang aku suruh? Ubat tidur yang aku minta tu ada tak?" Tanya Izzudin lagi. 


      "Mestilah ada bos, ni Zamri la. Nah, ni ubat yang kau minta. Tapi jangan lupa upah aku okey." Zamri menyerahkan satu botol berwarna coklat kepada Izzudin. Lelaki itu mengangguk dan tersenyum. Janji akan tetap di tepati andai semuanya berhasil. 


      Najiha mendengus geram, kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia berdepan dengan Izzudin dan memberikan tamparan hebat tahap dewa. Tetapi dia bersabar, dia akan lihat apa agenda Izzudin sebenarnya. Kasihan dia dengan Farisha, gadis itu ditipu hidup-hidup oleh lelaki yang dicintai. 


      "Jiha, cepatlah, tolong aku pilih. Dah lewat ni." Farisha menepuk lembut peha gadis itu. 

   Najiha tersentak dari lamunannya. Dia harus mengekori Farisha tanpa pengetahuan gadis itu. Selesai berdandan Farisha berpusing di hadapan cermin. Gadis itu kelihatan berbeza sekali. Cantik! Terasa seperti Cinderella pula.


      Gaun malam yang dibelinya ketika bercuti bersama keluarga di Paris  menjadi pilihan hatinya malam ini. Farisha memandu keluar dari rumah. Najiha cepat berjalan ke sebuah kereta yang sudah sedia menanti di depan rumah Farisha. 


       "Okay bang, kita ikut dia, tapi jangan sampai dia perasan okay." Najiha memberi arahan, lelaki itu mengangguk dan terus memandu mengikuti kereta Farisha dari belakang. 


      "Abang tak sangka Izzudin tu macam tu! Kalau apa-apa jadi pada Isha, mati lelaki tu abang kerjakan!" Zarel Ikmal melepaskan rasa amarahnya. Apabila Najiha memberitahu tentang rancangan Izzudin padanya siang tadi.


     Dirinya dipenuhi dengan amarah yang menggunung. Ikutkan hati mahu sahaja dia mencari Izzuddin di kolej dan menumbuknya sepuas hati. Dia memang sukakan Farisha, tetapi gadis itu hanya menganggap dirinya sebagai abang, dan tidak lebih. Zarel senior  Farisha dan Izzudin, dia pelajar tahun akhir dalam bidang perubatan. 


    Sejak kemasukan Farisha di universiti itu bermacam cara dia lakukan untuk mencuri hati Farisha, tetapi semuanya tidak berhasil. Dia hanya mampu menjadi peneman setia Farisha, bukan ‘peneman’ hidup gadis itu. Najiha faham perasaan Zarel Ikmal. Dia tahu lelaki itu terlalu sayangkan Farisha oleh kerana itulah dia meminta bantuan Zarel Ikmal. 


           "Please have a seat my princess." Izzudin menarik kerusi untuk Farisha duduk. 

   Dia terkesima melihat kecantikan Farisha itu. Nafsu mula menguasai diri, dia menjadi semakin tidak sabar menjalankan rancangannya. Farisha tersenyum manis dan  duduk seperti yang diarahkan. Makanan dihidang, mereka menikmati makan malam itu dengan penuh rasa cinta. 


        "Izzud tahu Isha suka jus tembikai, so Izzud dah sediakan special untuk Isha." Lelaki itu menyerahkan gelas  kepada Farisha.

    Farisha minum dengan penuh nikmat, selang beberapa minit kepalanya terasa berat, dunianya seakan berputar. 


   Farisha cuba bangun tetapi tidak mampu untuk berdiri. Izzudin sudah mula tersenyum, rancangan sudah hampir berjaya. Farisha rebah tidak sedarkan diri. Izzudin memimpin gadis itu keluar dari restoran lalu memapah gadis itu ke dalam kereta dengan dibantu  pelayan restoran tersebut. Dia memandu kereta Farisha menuju ke bandar raya Kuala Lumpur. 


      Setelah setengah jam memandu, Izzudin memarkir kereta di sebuah hotel yang telah ditempah terlebih awal. Farisha digendong naik ke atas. Dibaringkan tubuh kecil itu di atas katil. Zamri sudah siap sedia di dalam bilik itu dengan kamera di tangan. Izzudin ketawa besar, usahanya sudah berjaya. Ditanggalkan baju dan seluarnya. Kemudian dia membuka gaun gadis itu perlahan-lahan. Terkesima dia melihat kulit putih gebu gadis itu. Zamri juga sudah mula di kuasai nafsu. Rancangan mereka dijalankan, Zamri mengambil beberapa keping gambar Izzudin berpelukan mesra dengan Farisha. 


       "Aku dulu okey. Lepas tu kau pula." Kata Izzudin kepada Zamri, lelaki itu mengangguk. 

   Baru sahaja dia ingin menindih tubuh Farisha, satu sepakan padu singgah di muka membuatkan Izzudin tercampak dan jatuh ke lantai. Lelaki itu mengerang kesakitan dan cuba untuk bangun tetapi sekali lagi disepak. 


       "Binatang kau! Bangsat! Celaka! Mampus kau!" Zarel menumbuk wajah Izzudin berulang kali sebelum sempat lelaki itu bangun. 

  Zarel melepaskan amarah yang di simpan sejak dari siang tadi. Zamri yang terkejut berlari keluar meninggalkan bilik itu menyelamat kan diri. 


     Najiha cepat menutup tubuh Farisha yang sudah separuh bogel itu. Zarel masih rakus manghayunkan tumbukan  kepada lelaki itu. Najiha sudah panik melihat Izzudin yang sudah lembik terkulai di belasah oleh Zarel Ikmal. 


       "Abang! Stop. Nanti mati pula dia." Najiha cuba menghalang Zarel yang sudah makin menggila. Jiwanya bagai dirasuk syaitan. Dia sudah hilang pertimbangan diri. 


      "Biar dia mati! Lelaki macam ni memang tak patut hidup. Sial kau! Mampus kau bodoh." Zarel terus memukul, Najiha cuba menolak tubuh Zarel sekuat hati. Dipeluk lelaki itu erat. Darah berhamburan memenuhi ruang wajah Izzudin. Zarel melepaskan  terduduk lemah. Mungkin baru merasa penat selepas mengerah seluruh tenaga. 


       Dia tidak menyangka dia mampu melakukan perkara seperti itu. Rasa taku mula memenuhi ruang hatinya. Izzudin cuba bangun, dia menguatkan diri memohon maaf. Dia tahu dia salah dia merayu supaya tidak dilaporkan kepada polis.  


       "Kalau kau tak nak aku lapor polis boleh, janji kau ikut syarat aku." Zarel akur dengan kemahuan Izzudin, asalkan lelaki itu menurut syarat darinya. Izzudin mengangguk tanda bersetuju. Apa sahaja sanggup dilakukan asal dia tidak diserahkan pada polis. 


      "Pindah universiti lain, putuskan hubungan kau dengan Farisha selamanya. Mulai esok jangan pernah muncul atau dekat dengan dia lagi, sekali aku dapat tahu kau jumpa dia, nahas kau aku kerjakan. Masa tu kau akan tahu di mana nasib kau akan berakhir!" Zarel memberitahu syarat dan amaran sekaligus. Izzudin mengangguk laju, dia akan patuh dengan semua syarat yang diberikan. 


      "Jiha, maafkan aku. Tolong sampaikan maaf aku pada Isha." Izzudin berpaling pada Najiha yang sedang duduk di sebelah Farisha.


      "Pergi jahanam dengan maaf kau! Sampai mati aku takkan maafkan apa yang kau dah buat dengan sahabat aku." Najiha berkata sinis. Hatinya masih membara dengan rasa amarah. Sikit pun dia tidak memandang wajah Izzudin yang meraih simpati dirinya. Tidak lama kemudian Farisha tersedar dari lena, dia memicit kepala yang terasa berat itu, digagahkan untuk bangun. Najiha membantu Farisha supaya bersandar di kepala katil.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farz Ozie