Home Novel Cinta Hanya dia bidadariku
Bab 4

Bab 4 hanya dia bidadariku


Bab 4


  Pagi ini Farisha agak sibuk, dia perlu menguruskan kemasukan pekerja baru semalam. Mereka bertiga di bawa ke tempat penyimpanan barang untuk mengambil alatan yang perlu dipakai untuk melakukan tugas mereka di tempat kerja, setelah selesai mereka dibawa masuk ke dalam tapak projek untuk berjumpa dengan penyelia mereka. 


       "Okay, ni Pak Hamid. Supervisor hangpa semua. Kalau ada apa-apa boleh tanya dia la na." Terang gadis itu. Salam dihulur tanda pengenalan. Pak Hamid menerangkan segala yang mereka perlu tahu,Farisha berlalu meninggal kan mereka kerana dia masih ada perkara lain yang perlu diuruskan. 


       Tumpuan Aminuddin hanya kepada Farisha, sedari tadi dia hanya memerhati setiap gerak geri gadis itu. Entah kenapa dia sendiri tidak pasti, yang nyata dia tidak mampu mengalih pandangannya dari terus mencuri padang tingkah Farisha. Ketika gadis itu mengerling kepadanya, dengan pantas Aminuddin mengalihkan pandangannya. Farisha perasan dirinya diperhatikan oleh Aminuddin, tetapi dia cuba berlagak tenang. Hari pertama bekerja, mereka di arahkan duduk di kawasan rehat sementara menunggu arahan daripada Pak Hamid. Oleh kerana projek itu masih baru, jadi tidak banyak kerja yang boleh dilakukan. 


       "Din. " Panggil Yasin. Aminuddin tidak menyahut panggilan sahabatnya itu, sebaliknya termenung jauh seperti sedang memikirkan sesuatu. Sekejap mukanya berkerut kemudian tersenyum sendiri dan tiba-tiba mengeluh. Yasin ketawa sendiri melihat tingkah lelaki berkulit hitam manis itu. Ditepuk kuat peha lelaki itu membuatkan Aminuddin tersentak lalu terpinga-pinga menoleh ke kiri dan kanan. 


      "Hang pasai apa! Sakit hang tau dak!" Aminuddin bernada keras. Digosok perlahan peha yang terasa kebas ditepuk oleh Yasin. 

    

     "Hang tu pasai apa? Duk sengih sorang-sorang, lepas tu muka berkerut-kerut, duk ingat marka ka apa? Ka hang pikiaq pasai pakwek hang tu?" Yasin serkap jarang. Akmal sudah ketawa berdekah-dekah bila mendengar perkataan 'pakwek' itu. Apatah lagi melihat muka cemerut Aminuddin yang bengang disindir oleh Yasin. 

    

      "Kepala hotak hang! Aku pikiaq benda lain la, apa ingat aku takda kerja ka nak pikiaq pasai marka? Aku bukan boya macam hang," giliran Aminuddin menyindir keras, Yasin menjuih. Begitulah sikap mereka berdua bila bersama,  pasti ada sindir menyindir dan gurau mereka agak kasar, jika orang tidak kenal mereka pasti orang menyangka mereka sedang bergaduh. Tetapi tidak. Kerana itu persahabatan mereka berdua terlalu rapat, sehinggakan segala rahsia dikongsi bersama. 


       "Orang segak, kena la jadi boya!" Yasin mengangkat bakul. Lelaki bertubuh sasa itu tersenyum manis. Tidak dinafikan, Yasin seorang lelaki yang amat menjaga penampilannya, kulit sawo matang, wajahnya bersih tanpa jerawat, matanya seksi dan mulutnya menawan apabila tersenyum. Sekali pandang wajahnya tidak ubah seperti pelakon Redza Rosli. Lelaki berusia 27 tahun itu sering menjadi perhatian gadis-gadis. Keramahan Yasin pula menjadi bonus padanya untuk berkenalan dengan mana-mana gadis yang di inginkan. 


        "Boya apa rambut kerinting." Aminuddin menyindir lebih kasar. Kali ini, Akmal sudah berdekah. Keras perutnya mendengar perbalahan dua sahabat baik itu, Yasin memandang tajam ke arah Aminuddin. Lelaki itu tersenyum mengejek. 


       "Pelaq hang Din! Kerinitng jangan sebut. Aku gigit telinga hang satgi." Aminuddin menjelirkan lidah. Kemudian mereka bertiga ketawa mengekek sehingga berderai air mata. 


       Najiha masuk ke dalam kabin dengan muka yang monyok. Dia menghempaskan punggung di kerusi. Dihempas kakinya berulang kali menunjukkan protes. Farisha pelik dengan kelakuan Najiha. Dia berjalan menghampiri gadis itu lalu duduk di atas meja menghadap Najiha. 


       "Kau ni dah kenapa? Kena sampuk ke apa?" Soal Farisha pada Najiha. Ditenung wajah  yang kelihatan sugul itu. Bergaduh dengan buah hati la tu, telah Farisha. 


        "Ha'ah! Kena sampuk dengan Jin beragas punggong tonggek!" Najiha mengiakan peratanyaan Farisha.

     Secara spontan, berderai hilai tawa Farisha mendengarnya dan kalau boleh mahu saja dia bergolek dari hujung ke hujung sambil ketawa. Najiha menjeling geram apabila melihat Farisha ketawa bagaikan orang gila,langsung tidak membantu menyejukkan hatinya yang sedang panas itu. Ini mesti tiada lain, mesti dia bertekak lagi dengan Puan Nisa. 


       "Apa lagi yang dia tak puas hati? Apa kes pula kali ni kau bertekak dengan dia?" Farisha cuba menahan dari terus ketawa. 

     Seperti mahu terburai isi perutnya kerana terlebih ketawa  mendengar gelaran yang diberikan Najiha kepada Puan Nisa. Sememangnya mereka bedua tidak pernah sependapat, kalau berjumpa atas urusan kerja pasti mereka akan berdebat pendapat. Najiha pula bukan jenis yang mahu mengalah. Puan Nisa adalah atasan mereka, jadi segala kerja dan laporan mesti diserahkan kepadanya. 

    Alasan yang menjadikan mereka musuh ketat adalah kerana Mukhlis. Mukhlis  adik kepada Puan Nisa. Wanita itu tidak suka Najiha berkawan dengan Mukhlis, katanya mereka tidak setaraf. Mukhlis dan Puan Nisa dibesarkan dengan kemewahan dan hidup dalam golongan orang-orang berada. Apabila Mukhlis membuat keputusan untuk menjalin cinta dengan Najiha, Puan Nisa tidak berpuas hati. Tambah pula sekarang mereka ingin berkahwin, lagi menambahkan rasa bencinya pada Najiha. 


        Puan Nisa sudah mempunyai calon yang dirasakan sesuai untuk adiknya, yang dikatakan setaraf dengan mereka. Gadis itu anak seorang usahawan yang berjaya dan bapanya mempunyai gelaran Dato. Jadi setaraflah mereka berdua, anak Dato dengan anak Dato. Tetapi Puan Nisa tidak tahu, yang Najiha itu anak kepada Tan Sri Khalid, seorang usahawan bumiputera yang berjaya dan terkenal. Apa? Najiha anak Tan Sri? Macam tak percaya saja. Mungkin kerana sifat rendah diri gadis itu membuatkan dia kelihatan seperti anak orang kebiasaan. Mukhlis sendiri tidak tahu akan perkara itu. 


          "Kau tahu tak?" Najiha menyoal Farisha. 


         "Tak tahu." Jawab Farisha pantas, sambil tersengih. Najiha mencubit peha Farisha. Farisha melompat sedikit kesakitan, digosok pehanya yang terasa kebas itu. 


          "Sabar lah aku nak cerita! Main sampuk je." Najiha menjeling tajam. Geram dia dengan sikap Farisha yang tidak pernah serius dalam apa-apa perkara. 


        "Dia pindahkan aku dekat projek lain sebab dia cakap kau boleh handle sorang kat sini. Benci aku tau, benci!" Najiha membentak kakinya melepas geram. Farisha sudah tergamam, seakan tidak percaya dengan apa yang didengari.  Dikorek telinganya berulang kali untuk memastikan telinganya tidak tersumbat. 

   

        "Kepala otak dia! Eh, apesal mak cik tu buat camtu? Ini boleh mendatangkan kemarahan tahap dewa ni.” Farisha melepas geram. 

   Dia yang tadinya duduk di atas meja sudah bangun berdiri dan menyinsing lengan baju seperti orang hendak bergaduh. Nafasnya naik turun menahan marah. Kali ini Puan Nisa benar-benar sudah keterlaluan, dia sewenangnya menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan peribadi. Kalau wanita itu ada di hadapan Farisha sekarang, pasti dia sudah merasa tumbukan padu dari gadis kecil molek itu. Apa guna ada tali pinggang hitam kalau tidak digunakan. 


         "Kenapa lagi kau rasa? Mestilah tak puas hati pasal aku nak kahwin dengan Mukhlis. Benci betul la aku! " Najiha menepuk meja berulang kali. 

   Sakit hatinya bukan kepalang. Tetapi apakan daya, dia cuma pekerja bawahan yang harus patuh pada arahan atasan. 


        Farisha memandang wajah sayu Najiha. Simpati dia pada nasib gadis itu. Makin sukarlah Najiha untuk berjumpa dengan Mukhlis selepas ini. Sudahlah hujung minggu juga jarang dapat meluangkan masa, di tempat kerja sahajalah mereka mempunyai masa untuk bersua dan melepaskan rindu. Kini mereka terpaksa berpisah projek dan tempat kerja. Waktu mereka juga pasti akan lenyap, tidak lagi dapat bergosip, makan sama-sama, dan pulang kerja sama-sama. 


       "Sabar je la wei, aku yakin mesti ada hikmah disebalik aturan Allah ni okay." Farisha cuba memujuk.

     Najiha mengangguk perlahan. Ditarik nafas sedalamnya lalu dihembus kuat, cuba menghilangkan rasa marah dan sedih dalam dirinya. Mungkin betul kata Farisha, apa yang terjadi sekali pun, dia harus redha dan ikhlas menerima ketentuan Allah.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farz Ozie