Home Novel Cinta Hanya dia bidadariku
Bab 3

Bab 3 hanya dia bidadariku


Hdb bab 3


    "Kita nak pi mana? Pukui satu lama lagi ni,”Aminuddin bertanya pada dua sahabatnya itu, perut yang berbunyi sedari tadi sudah minta diisi.


      "Okay,la ni kita pi makan dulu, aku lapaq," Yasin memegang perutnya, ternyata bukan Aminuddin sahaja menahan lapar, rupanya mereka juga sama. Enjin motor dihidupkan kemudian mereka bergerak perlahan menuju ke kedai makan yang terdekat di sekitar kawasan itu. 


      "Ha, ni baru betui awek Din! Bukan macam tadi." Yasin menyindir Aminuddin sambil mulut dimuncungkan kepada pelayan kedai makan itu yang ayu bertudung biru gelap dan berbaju kurung. Aminuddin mencebik Akmal pula tidak memperdulikan mereka, orang tua kata, tidak baik bercakap sewaktu makan. 


     "Tak baik hang kata lagutu, dia tu pun pompuan juga, segak juga aih, cuma rambut dia ja pendek macam lelaki. " Aminuddin mempertahankan Farisha dari terus diperlekehkan Yasin, walau tiada sebab dia melakukannya.

     Seperti apa pun penampilan gadis itu, orang lain tidak berhak untuk menghakimi. Keputusan itu dibuat atas pilihan masing-masing, cuma dia terfikir sejenak, kenapa gadis itu memilih untuk berpenampilan seperti itu. Pertama kali terpandang wajah Farisha, bagaikan ada satu perasaan yang bergetar hebat dalam hatinya. Mata bulat gadis itu dirasakan amat sempurna diwajah Farisha, hidung kecil molek yang terletak itu amat sempurna, ditambah bibir halus dan lesung pipit yang terbentuk kecil itu menambahkan lagi kecantikan yang tersedia indah. Wajahnya saling tidak tumpah seperti pelakon baru yang sedang meningkat naik sekarang ini, Janna Nick. Dia amat meminati pelakon itu. Tanpa sedar mulut mengukir senyuman, wajah manis tersenyum Farisha berlegar di ruang fikirannya. 


     "Hang duk sengih sensorang pasai apa?" 


   Yasin menepuk meja makan itu. Agak kuat. Aminuddin tersentak dari lamunan, mujur tidak tersembur nasi yang sedang dikunyah. Bayangan Farisha menghilang di bawa angin yang berlalu. Dipincingkan mata ke arah Yasin, menunjukkan rasa tidak berpuas hati. Itulah, siapa suruh berangan lagi, kan dah mendapat. Padanlah dengan muka kau Aminuddin. 


      "Wei, dekat pukui satu dah ni,jom kita, satgi lewat pula. " Akmal bangun lalu menuju ke kaunter bayaran untuk membayar makanan, mereka berdua turut sama berjalan menuju ke kaunter bayaran. 


        "Nah, aku buat air kesukaan kau." Farisha menghulurkan cawan ke hadapan muka Najiha yang sedang khusyuk menonton drama kegemarannya itu. Dilabuhkan punggung disebelah Najiha, lalu memicit lembut lengan Najiha, baik betul Farisha malam ini. 


      "Amboi, lain macam baiknya kau malam ni?Ni mesti kau nak bodek aku apa-apa  ni kan?" Najiha menolak tangan Farisha yang sedari tadi mengurut lengannya. Pelik pula dengan perangai sahabatnya itu. Kelakuannya sungguh mencurigakan seperti ada udang terselindung di sebalik mee kari. Farisha tersengih, dia menarik kembali lengan Najiha untuk diurut. 


      "Ala kau ni, aku buat baik salah aku buat jahat salah,tak tahu bersyukurlah kau ni tahu tak?Aku tahu kau penat kerja hari ni jadi aku tolonglah urutkan,” sengaja dileretkan suara, begitu manja nada Farisha memberikan jawapan. Najiha pula mememekkan mukanya, mengulang jawapan Farisha. 


     "Banyak la kau penat, sudah! Macam la aku tak tahu apa kau nak, kau mesti nak suruh aku cerita kat kau macam mana Mukhlis boleh lamar aku semalam kan?cakap je lah, tak payah nak urut-urut bagai, geli aku," Farisha terangguk-angguk sambil tersenyum. 


    Sengaja dibulatkan matanya besar-besar, dan mengedipkan matanya berulang kali. Comel! Macam kucing parsi. Najiha sudah ketawa dengan reaksi spontan Farisha. Najiha memusingkan tubuhnya menghadap Farisha yang sudah sedia menanti cerita darinya. 


       "B... awak kat mana ni?Lama dah sayang tunggu ni, jadi datang ke tidak? Tak jadi sayang nak balik je malas nak jadi penunggu kat sini," Najiha bersuara di hujung talian. Sudah hampir satu jam dia menunggu, kelibat kekasih hatinya masih belum juga kelihatan. 


       "Sorry sayang, B ada kerja sikit tadi, sayang tunggu kejap ye, B dah nak sampai ni. Sekejap je." Mukhlis bernada kesal. Kerana terlalu leka dengan kerjanya dia hampir lupa akan janji yang dibuat kepada Najiha. Talian dimatikan, enjin turbo Honda Civic miliknya membelah sunyi malam memotong semua kenderaan yang ada, habis lampu isyarat dilanggarnya. 


       "Kenapa tak datang esok je?" Sindir Najiha sebaik Mukhlis keluar dari perut keretanya, dia memandang wajah kekasih hatinya dengan perasaan geram. Jika tidak kerana sayang, sudah lama dia pulang ke rumah. 


    Mukhlis tersengih-sengih mendengar sindiran kekasih hati pengarang jantungnya. Dia memanjat tembok separas pinggang itu untuk duduk bersebelahan dengan Najiha. Najiha pusing menghadap laut, memerhati orang yang sedang sibuk menjala ikan di laut tempat mereka duduk itu. Dipejamkan matanya, ditarik nafas sedalamnya cuba menghirup udara segar malam itu. Angin yang bertiup lembut dan mendinginkan itu diharap dapat menyejukkan hatinya yang sedang panas membara. 


      Ala..., sorry la sayang, B ada kerja tadi sekali tengok jam dah pukul 9. B minta maaf ye." Mukhlis tersenyum manis terlebih gula pada Najiha, lalu mengenyitkan matanya yang seksi itu. Najiha tersenyum menahan malu. Pandai sungguh lelaki itu memujuk. Dengan hanya melihat senyuman kekasih hatinya itu semua kemarahan yang bertapuk didalam hati hilang begitu sahaja. Sungguh dia kalah dengan senyuman menggoda lelaki itu. 


     "Okay, next time tak nak lambat lagi, kalau lambat juga, taknak jumpa B dah." Najiha mengugut. 


    Mukhlis sudah menggelabah, tak nak jumpa? Mana mungkin itu akan dibiarkan terjadi dia benar-benar sayangkan gadis itu, mana mungkin dia mahu kehilangan Najiha. Sehari tidak berjumpa pun dia sudah angau teruk, apatah lagi jika gadis itu cakap tidak mahu berjumpanya lagi, boleh gila jadinya. Mukhlis mengangkat tangan sebelah kiri seperti orang yang sedang mahu berikrar. Dia melafazkan janji tidak akan lewat lagi selepas ini. Najiha ketawa berdekah sebelum Mukhlis juga ikutan ketawa. 


      "B cakap tadi ada benda nak cakapkan, apa dia? Dengar macam serius je suara B tadi," soal Najiha tidak sabar. 

      Bersungguh-sungguh lelaki itu meminta diberikan masa untuk mereka malam ini, katanya ada perkara penting yang mahu disampaikan, soal hidup dan mati! Puas juga dia memikirkan apa maksud lelaki itu bercakap begitu. Mukhlis memandang tepat ke bola mata Najiha, nafas ditarik sedalam mungkin, cuba mengumpul seluruh kekuatan untuk meluahkan apa yang ingin terbuku di dada. Ditarik jari Najiha lembut, membuat gadis itu terkejut dengan aksi spontan kekasihnya itu. 


       "Siang memerlukan matahari untuk menerangi dunia, begitu juga diri ini yang memerlukan dirimu menerangi duniaku. Malam memerlukan bintang untuk menghiasi langit malam supaya terang, begitu juga dengan kamu yang ku harapkan menjadi cahaya menerangi kegelapanku. Pelangi terlakar indah memberi bahagia, begitu juga kamu yang ku harapkan akan mewarnai cintaku dengan warna cinta yang indah. Aku lemah tanpa kamu. Aku lelah jika hilangnya dirimu. Wahai kekasih  hatiku, izinkan aku untuk melengkapi kehidupan mu, dan izinkan aku untuk mencintai mu di sepanjang hayatku. " Perlahan tangan Najiha dibawa ke bibirnya, dikucup dengan penuh rasa cinta yang menebal didalam jiwa. Najiha terkedu, tidak tahu apa yang harus dikatakan kepada lelaki itu. 


      "Apa ni B?" Soal Najiha perlahan. Masa seakan terhenti, dunia terasa tidak lagi berputar, keadaan sekeliling yang sebentar tadi bising dengan suara orang disekeliling dan kenderaan yang lalu lalang tidak lagi menjadi masalah, semuanya seakan menghilang. Keadaan sunyi sepi seperti hanya mereka berdua di situ. 


      "Najiha Arisa, will you marry me?" Lembut sahaja ayat itu dituturkan, penuh romantis dan penuh perasaan. Disarungkan cincin ke jari manis gadis itu. Najiha sudah tidak keruan, tiada jawapan yang keluar dari mulutnya, hanya anggukan kepala berserta air mata kegembiraan yang menitis membasahi pipi. Ditekup mulutnya dengan tangan yang satu lagi, risau kalau-kalau dia tidak dapat mengawal perasaannya lalu menjerit kegirangan. Melihat anggukan Najiha itu Mukhlis sudah tersenyum puas, dia menghela nafas lega. Segalanya sudah diluahkan, dia gembira Najiha bersetuju untuk berkahwin dengannya. Risau juga jika gadis itu menolak. Mahu dia terjun ke laut tidak mahu timbul, biar sahaja mereput didalam air laut itu. 


       "Mak aih! Sweet giler mamat blur tu ek, tak sangka aku.” Farisha melopong saat mendengar cerita Najiha. Cemburunya dia pada gadis itu apabila seorang lelaki melamar dirinya dengan cara yang romantis.


      Bagamaina pula dengan dirinya? Ada ke lelaki yang akan melakukan perkara yang sama seperti itu. Najiha tersenyum bangga. Jika Farisha tidak menjangka, dia juga lagi tidak menduga yang Mukhlis itu seorang yang romantis. Seperti baru semalam dia mula mengenali lelaki itu, kini mereka sudah hampir menuju ke jalan penamat untuk cinta mereka dihalalkan.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farz Ozie