Home Novel Cinta Hanya dia bidadariku
Bab 18

Bab 18 hanya dia bidadariku


Bab 18


   Doktor memeriksa keadaan Taufiq, setelah semuanya kelihatan baik lelaki itu dibenarkan pulang. Doktor memberikan beberapa pesanan dan tips untuk pesakit jantung. Mereka membantu mengemas apa yang patut, sementara Aminuddin dan Farisha menuju ke kaunter bayaran untuk menyelesaikan bil hospital. Aminuddin kelihatan resah ketika mendapat  bil rawatan hospital ayahnya. Jumlahnya melebihi dari wang yang ada di saku.

      Oleh kerana ayahnya mengalami serangan jantung, ayahnya diletakkan di bilik khas, dengan penjagaan yang rapi, jadi bayarannya juga mahal, kerana bilik itu bilik kelas pertama dan Hospital itu pula separa kerajaan. Farisha mengambil kertas ditangan Aminuddin, kini dia sudah tahu kenapa Aminuddin kelihatan gelisah, pasti lelaki itu sedang memikirkan cara untuk membayar dan mungkin lelaki itu malu untuk meminta pertolongan darinya. 


        "Nah, pi bayaq bil abah hang dulu." Farisha menghulurkan sejumlah wang mengikut  jumlah yang perlu dibayar. Aminuddin hanya sekadar melihat wang itu dan di tenung semula wajah gadis bertudung biru di hadapannya itu. 


      "Ambik jela, kira hang pinjam, nanti ada duit hang bayaq la balik. Aku tau gaji lambat lagi, pakai ja duit aku dulu." Farisha cuba menunjukkan keikhlasan hatinya, jika lelaki itu tidak bayar kembali juga tidak mengapa, dia memang benar ikhlas ingin menolong. 

 

      "Tapi banyak sangat Isha. Tiga ratus bukan sikit, Takut aku tak buleh bayaq  kat hang nanti." Aminuddin masih  was-was, walaupun itu sahaja jalan yang dia ada sekarang, wang yang ada cuma cukup menampung perbelanjaan sehingga mendapat gaji. Jika dia mengambil wang itu, mampukah dia membayar nanti? Tanggungannya juga sudah banyak. Takut pula nanti dia dkatakan mengambil kesempatan di atas kekayaan Farisha. 


     "La, dia buat ayat sedih pula! Takpa aih, bayaq sikit-sikit pun takpa, tak bayaq pun takpa, aku ikhlas. Cepat bayaq nu, abah hang tunggu lama dah." Aminuddin bangun dengan langkah berat, gadis itu tersenyum senang. Dia tahu Aminuddin terpaksa menerima bantuannya, kerana tiada sesiapa yang boleh membantu dirinya sekarang. Selesai semua, mereka pulang ke rumah. 


      Farisha duduk di pangkin yang tersedia dibawah pohon rendang menghadap sawah padi  terbentang hijau, sungguh mendamaikan, aman dan tenteram. Hilang seketika semua masalah yang berada di fikirannya. Aminuddin tersenyum melihat  Farisha yang leka menimati pemandangan sawah padi. 


      "Harghh! Hang buat apa dekat sini? Tak takut pacat naik kaki ka?" Aminuddin menyergah. 

    Farisha sedikit terloncat kerana terkejut, mujur dia tidak membuka silat. Pacat? membulat matanya apabila mendengar perkataan itu, pantas kakinya naik ke atas dan tajam mata meliar mencari. Aminuddin ketawa berdekah sehingga kejung perut dibuatnya melihat wajah cuak gadis itu. Disangka berani seganas penampilannya, rupanya penakut seperti kebanyakan gadis. 


       "Betui ka ada pacat?" Tanya Farisha meminta kepastian. Kaki dijeling berkali-kali, risau ika ada pacat yang melekat. Aminuddin masih dengan ketawa yang tak sudah. 


      "Hang ni pun! Jauh lagi bendang tu dengan sini,mana nak mai pacatnya." Aminuddin sambung ketawa. Farisha sudah menjeling geram. Secara spontan dipukul bahu lelaki itu berulang kali. Aminuddin menahan beberapa kali dengan tangannya. Sungguh romantis dan bahagia ketika itu, terasa seperti dunia ini milik mereka berdua. 


       "Amboi, romantiknya depa! Bertepuk tampaq lagi na? Sweet sangat." Nadirah keluar dari sebalik semak, mereka berpaling serentak. Sudah berapa lama Nadirah berdiri disitu agaknya, langsung mereka tidak perasan, sibuk melayan rasa gembira dihati. 


       "Pandai la hang! Romantik apanya? Lama dah buat reja intai orang ni?" Aminuddin cuba mengawal diri. Dijarakkan sedikit kedudukannya yang sedari tapi rapat dengan gadis itu. Digaru kepala yang tidak gatal, Farisha hanya tertunduk malu tidak tahu apa yang harus dikatakan mahupun menunjukkan reaksi apa atas usikan Nadirah itu. 


       "Taklah lama, tapi dapat jugak la tengok aksi romantik pasangan merpati dua sejoli... Tapi kan, kalu abang Din ngan Kak Isha menikah, lagi best. Che suka." Tambah Nadirah lagi, kali ini muka Farisha sudah panas kemerahan menahan  malu, mahu sahaja dia berlari ke dalam bendang dan menyorok bersama belut di dalam sawah tidak mahu timbul lagi. 


      "Toksah duk mengarut lah. Abang nak pi kedai sat, hang teman Kak Isha hang ni." Aminuddin semakin tidak keruan, usikan Nadirah benar-benar menguji hatinya. Tidak mahu berlama, dia berjalan meninggalkan Farisha dan Nadirah. Dia perlu ke kedai membeli lauk untuk hidangan makan malam. 


       "Eleh, nak lari la tu, malu la tu?" Nadirah makin galak mengenakan abangnya. Pandangan beralih pada Farisha, membuat gadis itu tidak senang duduk. Hujung tudung shawl itu dililit berulang kali kemudian dilepaskan. Nadirah cuba membuat wajah tegang, cuba menahan senyum, sehingga senak perutnya menahan tawa dari berhamburan. 


      "Akak suka abang kami kan? Baik akak ngaku! Betui kan?" Nadirah menyoal tegas, tiada senyuman d iwajah gadis itu. Farisha menunduk ke tanah, dipandang jari kakinya yang putih gebu itu. Tidak berani untuk menatap muka Nadirah. 


     'Adoi! Nak jawab apa ni? Ishh, serius pula la muka budak ni! Mama, tolong Isha ma.' Farisha masih diam membisu, cuba memerah otaknya untuk memberikan jawapan yang boleh diterima akal. 


      "Hai, senyap terus? Kami tanya ni, betui ka dak?" Nadirah semakin meninggi suara.


   Mukanya kelihatan seperti orang yang sedang marah,membuat Farisha merasa bingung kenapa gadis itu seakan marah jika dia ada perasaan pada abangnya? Bukankah pertama kali berjumpa di hospital dia pernah katakan teringin jika dia menjadi isteri kepada Aminuddin. Mengapa pula sekarang seperti orang yang sedang marah. 


       "Err..., akak, hurmm..., akak. " Farisha kelu untuk berbicara. Mulutnya seakan tidak mahu terbuka. Nadirah yang sedari tadi cuba menahan gelak akhirnya ketawa berdekah, terburai sudah tawa nya, tidak mampu lagi ditahan, membuatkan Farisha menjadi semakin binggung. 

    'Tadi macam marah, ni gelak pula? Ishh! Kena sampuk ke apa budak ni? Ya Allah, tolong hamba mu ini Ya Allah.' Farisha berdoa, dia melihat keadaan Nadirah yang ketawa mengilai seperti pontianak terlepas ke bandar itu. Pontianak lepas bandar? Arghh apa-apa sajalah. Farisha mencuit berkali-kali bahu Nadirah yang masih ketawa tidak sedar diri itu. Entah apa yang lucu sangat dia sendiri tidak pasti. 


      "Nad, Nad okay ka? Ni pasai apa gelak tiba-tiba ni?" Soal Farisha sebaik tawa Nadirah sedikit reda. Tersangkut nafas Nadirah kepenatan, dipegang perutnya yang terasa mengeras itu. Wajah Farisha direnung tepat, kemudian tanpa dapat ditahan, tawanya berhamburan sekali lagi. Farisha hanya membiarkan gadis itu ketawa sepuas hatinya dulu. 


      "Akak ni lawak lah! Baru tanya soalan camtu, muka cuak macam nampak malaikat maut mai ja! Kami tanya ja, kalau betui, kami suka. " Nadirah menepuk perutnya berulang kali cuba membuang gas yang masuk berlebihan kerana ketawa tidak ingat dunia. 


      Gila tak cuak? Tanya soalan kat aku, muka dah macam beruang nak telan orang je! Ish budak ni, aku sekeh juga la karang.Farisha mengomel dalam hatinya, mulut terukir senyum. Kini dia mampu menarik nafas lega, fikirnya Nadirah tidak suka seandai kata dia mengaku sukakan Aminuddin. 


        "Din, Din..., hang ni dah pasai apa? Takkan hang suka kat dia kot?" Aminuddin berbicara sendiri ketika berjalan menuju ke kedai. Adegan mesra terlebih ketika bersama Farisha tadi terus bermain di dalam fikirannya. Bunyi nada panggilan dari telefon bimbit mematikan serta merta lamunannya, dilihat dada skrin telefon.  


       "Assalamualaikum Din, Athi kacau Din ka? Din sihat? Din dah makan? Abah Din macam mana? Sihat dah ka?" Athirah menyerang dengan beribu soalan sebaik lelaki itu menjawab panggilannya. 


      "Waalaikum salam, dak pun. Sihat ja, Athi sihat?" Jawab lelaki itu sebaik mungkin, ikutkan hati dia tidak mahu menjawab panggilan gadis itu kerana rasa bersalah yang menebal dalam diri. Dia pasti gadis itu sedang susah hati fikirkan tentang dirinya yang menyepi dua hari ini. Tiada satu pun panggilan mahupun mesej dari gadis itu dibalas, hanya dibaca dan dibiarkan sepi. 


       "Mana Din pi? Risau Athi tau dak? Din marah kat Athi ka? Athi da buat salah ka ngan Din?" Soal Athirah lagi, dia ingin mendapatkan penjelasan dari lelaki itu, kenapa  menyepikan diri? Tidak tahukah yang hati bagai nak pecah bila tiada khabar darinya? Hampir sahaja dia mahu ponteng kelas dan pulang ke kampung untuk mencari lelaki itu.,tetapi di tahan oleh Qisha. 


     "Tak pi mana pun, maaf na..., Din sibuk sikit buat masa ni, semua okay ja, Athi toksah duk risau la na." Aminuddin cuba memujuk.

  Dia tahu tidak sepatutnya mengabaikan perasaan Athirah. Tetapi entah kenapa, fikirannya hanya memikirkan Farisha. Bila melihat gadis itu, semua perkara yang berlegar di fikiran menghilang begitu sahaja, matanya akan fokus pada wajah gadis bermata bulat besar itu. Penampilan muslimah Farisha benar-benar membuatkan hati bergoncang hebat. Seperti ada satu suara yang meminta untuk terus menatap dan memikirkan tentang gadis itu sahaja. 


      "Takpalah, Athi tak mau kacau Din, Din jaga diri elok-elok na. Jangan lupa makan, jangan terlampau susah hati, ada apa-apa habaq kat Athi na, jangan lupa mesej Athi nanti na, Athi tunggu Din mesej. Assalamualaikum." Terus gadis itu mematikan telefon tanpa menunggu jawapan salam dari lelaki itu. Dia dapat merasakan Aminuddin seperti merasa terganggu dengan panggilannya. Air matanya menitis perlahan membasahi pipi. Air mata yang sarat dengan rasa rindu. 


     "Waalaikum salam." Lelaki itu mengeluh kecil. Disimpan kembali telefon ke dalam koceknya. Selesai membeli barang dia segera kembali ke rumah. Malam ini Farisha hendak memasak, jadi dia membeli barangan yang dipesan oleh gadis itu. Dia tidak sabar untuk turut membantu gadis itu memasak. Seraya senyuman manis wajah gadis itu menerpa di fikirannya.

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farz Ozie