Home Novel Cinta Hanya dia bidadariku
Bab 17

Bab 17 hanya dia bidadariku


Bab 17


       Sebelum subuh Farisha sudah bangun untuk mandi dan solat, begitulah kebiasaan rutin hariannya, walaupun pada hari cuti, tidak pernah dia bangun lewat, kecuali badan tidak sihat, atau terlalu letih. Dia mengejut Nadirah yang masih lena diulit mimpi. Selesai solat  berjemaah bersama Nadirah, gadis itu kembali menarik selimut dengan telekung yang masih melekat ditubuh, Farisha hanya ketawa melihat  Nadirah. Farisha turun ke dapur untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh Fatimah. Ibu kepada Aminuddin. Sewaktu dia habis mandi, dia melihat Fatimah sedang sibuk menyiapkan sesuatu di dapur, mungkin sedang menyiapkan sarapan.


       "Urm, sedapnya bau, mak cik masak nasi lemak ka tu?" Farisha memuji, dia berdiri di belakang Fatimah, sambil memegang bahu wanita itu, hidungnya sudah meninggi cuba menyedut bau masakan itu. Fatimah hanya mengangguk. 


      "Nasi lemak ni kegemaran Din, kalau balik rumah mesti suruh makcik masak nasik lemak." Beritahu Fatimah kepada Farisha tentang makanan kegemaran anaknya. 

  Tak bagitahu pun dah tahu mak. Eh, makcik! Tersasul pula panggilan tu, Farisha menari riang dalam hati. Boleh dikatakan setiap hari dia masakkan nasi lemak semata untuk Aminuddin sampaikan Najiha merungut. Hari-hari nasi lemak. 


      "Awai Isha bangkit? Pi la sambung rehat, satgi siap baru turun makan na, lepas tu kita hantaq sarapan kat Din." Fatimah meminta tetamunya untuk berehat di atas tetapi Farisha tidak mahu. 


      "Takpa la makcik, biaq Isha tulong makcik na, Isha dah biasa dah." Pinta Farisha.

   Fatimah tidak membantah, malahan senang hati dengan sikap ringan tulang Farisha. Selepas bersarapan, mereka bersiap untuk ke hospital, baru sebentar tadi Aminuddin telefon, ayahnya sudah sedar. 


      "Din, ni ada nasi lemak, hang pi la makan dulu, mesti hang lapaq kan?" Farisha menghulurkan plastik berisi makanan yang dibawa. 

   Bekalan sudah bertukar tangan, tidak sabar untuk melahap makanan yang ada, sememangnya perutnya tersangat lapar kerana beg duit tertinggal di dalam kereta. Ditambah pula risaukan keadaan ayahnya membuatkan dia hilang selera makan semalam. 


       "Isha, jom teman aku makan sat," pinta lelaki itu, Farisha menoleh dan ditatap wajah lelaki itu tepat. Gadis itu tersenyum dan mengangguk, mereka berjalan beriringan menuju ke kantin hospital itu. 


       "Hang tak mau makan ka?" Soal Aminuddin sambil menyuap nasi ke mulut, sedari tadi Farisha hanya diam dan menjadi pemerhati. Farisha hanya menggelengkan kepalanya, dia sudah kenyang kerana terlebih dahulu makan sebelum datang ke hospital.

      Suka dia melihat Aminuddin makan, sungguh berselera. Benarlah kata orang, tiada apa yang dapat menandingi masakan seorang ibu walaupun hanya telur goreng! Nimatnya, hanya Allah yang tahu. Dia juga rindu masakan mamanya. 


      "Bila abah hang boleh keluaq hospital?"Tanya Farisha sebaik lelaki itu selesai makan. 


       "Doktor kata, kalau takdak apa, petang ni buleh la keluaq dah, cuma seminggu sekali kena mai hospital cek." Jelas Aminuddin pada gadis itu. Jelas terpancar kegembiraan di raut muka Aminuddin, tidak seperti semalam, hanya sayu dah redup sahaja pandangan matanya. 


       "Okay. Urm… Din, boleh tak aku nak cuti  sampai hang pun habis cuti? Aku suka la duk kampung hang. Best. Ada sawah padi, udara nyaman…” Farisha bersuara teruja, sesekali nadanya meleret  memancing simpati. Mengharap Aminuddin menunaikan permintaannya. Lelaki itu berfikir sejenak, langsung tiada senyuman diwajah membuat Farisha berdebar, sepertinya tiada harapan. 


       "Ikut hang la Isha, tak reja hang takda gaji, rugi hang la nanti." Aminuddin menghirup kopi panas itu perlahan-lahan. 

     Dalam hati sudah meloncst bila gadis itu membuat keputusan untuk ada bersamanya. Sudah bermacam rancangan yang di buat untuk menunjukkan kampung, tempat kelahirannya. Sedang mereka rancak berbual dan ketawa, telefon lelaki itu berdering, Aminuddin melihat nama pemanggil, namun hanya dibiarkan panggilan itu tidak berjawab. Beberapa kali panggilan itu dibiarkan sepi, masuk pula nada mesej Whatsapp, juga tidak dilayan. Farisha menjadi pelik. Siapakah gerangan si pemanggil sampai tidak dijawab panggilan itu. 


       "Pasai apa tak jawab call tu? Sapa call?" Tanya Farisha ingin tahu. Apakah Athirah yang menelefon. Jika ya, kenapa tidak diangkat seperti selalu? Riak muka Aminuddin sudah berubah. 


       "Takdak sapa la, jom pi naik tengok abah aku sat, lepaih tu aku nak balik mandi, masam dah bau ni." Lelaki itu cuba mengelak untuk menjawab soalan Farisha.  


        "Abah lagumana? Lega dah ka?" Tanya Aminuddin sebaik sampai di wad. 

    Dia duduk di atas katil sebelah  Taufiq, tangan lelaki itu diurut lembut. Taufiq hanya mengangguk lemah dan tersenyum. Kemudian Taufiq melihat ke arah Farisha, berkerut dahinya cuba menangkap siapakah gerangan gadis cantik itu, mahu dikatakan saudara-maranya, tidak pula dia pernah berjumpa sebelum ini. 


        "Din, bila hang menikah?" Soal Taufiq tiba-tiba pada anaknya, membuatkan semua di situ terpinga-pinga, terkejut dengan soalan diberikan. 


       "Menikah apa pula abah ni? Bila che menikah?" soal Aminuddin dengan dahi yang berlapis-lapis. Gurauan apakah yang diberikan? Taufiq hanya menjuihkan bibirnya ke arah Farisha yang berdiri di sebelah Nadirah. Semua mata berkalih kepada Farisha sebelum ketawa serentak membuat Taufiq juga ikutan ketawa kecil, diselang-seli dengan batuk kecil. 


      "Ini kawan che la abah, bukan bini che, abah ni..., buat kalut buleh la pagi-pagi ni. Seriau darah che." Aminuddin mengurut dada, fikirnya bila sakit tidaklah dia bergurau, tetapi sama sahaja. Farisha sudah menunduk tersipu malu. 


      'Tak lama lagi che kahwin la dengan anak pakcik ni.’ Bicara hati kecil Farisha, sempat lagi dia berangan.

    Fatimah mengambil alih tugas Aminuddin menjaga suaminya sementara lelaki itu pulang sebentar untuk membersihkan diri. Farisha dan Nadirah menemani Aminuddin pulang ke rumah. 


    "Athi, are you okay? Kenapa nampak gelisah je ni?" Qisha menegur dari arah belakang. Athirah terus muncung tanpa menjawab pertanyaan rakannya itu. 


        "Wei, kau okay tak ni? Aku tanya diam je," soal Qisha lagi dengan soalan yang sama, dia duduk di sebelah Athirah yang masih termenung jauh itu. 

    Athirah memandang wajah Qisha, kemudian dia mengeluh berat. Dari duduk Athirah kini berdiri, cuba menghirup udara sejuk pagi itu semampu boleh, siapa tahu boleh meredakan panas di hatinya. 


      "Entah lah Qisha, aku serabut ni. Serabut!" Athirah melepaskan rasa geram dihati, Qisha bangun dan merapati Athirah, digosok lembut belakang gadis itu. 


      "Rileks la, kenapa stress sangat ni? Exam dah habis kan?" Qisha cuba menenangkan perasaan resah Athirah.


       "Rileks? Aku tengah susah hati ni, Din langsung tak angkat call aku dari malam tadi, mesej pun tak balas, mana aku tak stress! Dah la dia balik kampung dengan kawan perempuan dia." Athirah meluah, dia duduk kembali sambil tangan meraup muka menahan sebak. Sesak dadanya memikirkan benda bukan-bukan yang mungkin terjadi antara Aminuddin dan Farisha sekarang. 


      "Perempuan? Bukan kau kata dia balik kampung sebab ayah dia masuk hospital ke?" Qisha menjadi keliru, apa sebenarnya yang terjadi. 


      "Memang la ayah dia sakit, tapi dia balik kampung dengan kawan perempuan yang selalu keluaq dengan dia tu, Din kata perempuan tu kebetulan ada hal kat area sana, jadi dia tumpang la budak tu balik kampung, tapi aku tak percaya la." Athirah dapat merasakan Aminuddin berbohong, entah kenapa perasaannya menjadi curiga terhadap mereka, perasaan cemburu jelas terpancar di wajah gadis berlesung pipit itu. Dibetulkan sedikit tudung yang dirasakan mahu terlepas dari kepalanya. 


       "Kenapa tak percaya pula? Kau ni fikir jauh sangat ni, mungkin dia sibuk uruskan ayah dia ke? Kan ayah dia sakit, think positive la Athi." Qisha cuba memujuk, kadang dia pelik dengan Athirah, katanya sayang, tetapi selalu sangsi dan tidak percaya dengan lelaki itu, cemburunya tidak bertempat. 


      "Sebab Din pernah kata, dia tak pernah pi Kedah, sebab takda sedara-mara kat sana, tetiba je ada hal bila Din nak balik kampung? Kau tak rasa pelik ke?" Soal Athirah kembali. 


      "Ala, mungkin ada urusan kerja ke, kita mana tahu Athi? Bersangka baik je la, kau kata kau sayang dia tapi kau tak percayakan dia. Macam mana nak jalin hubungan yang lebih jauh kalau sekarang pun kau tak percaya kan dia.” panjang lebar Qisha berletek. Athirah, diam sejenak berfikir, menghadam semula kata-kata Qisha. 


       "Aku bukan tak percayakan Din, tapi aku tak percayakan budak perempuan tu, rapat sangat dengan Din, selalu keluaq makan sama, lepak sama, buatnya Din jatuh cinta dengan dia? Aku macam mana? Dah la aku sayang kat Din tu. Aku tak mau hilang Din." Athirah bersuara lemah, ada nada sebak dihujung katanya. Dia mengeluh berat. 


       "Kalau ada jodoh tak kemana la Athi. Trust with Allah plan, semuanya akan okay. Yang penting kalau kau suka Din tu, teruskan berdoa minta pada Allah, bukannya tuduh dia bukan-bukan." Pedas kata-kata Qisha, setepek kena di muka Athirah, membuatkan gadis itu termalu sendiri. Benar juga kata Qisha itu, tetapi kerana perasaan sayang yang melampau membuatkan dia hilang pertimbangan dan kewarasan.

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farz Ozie