Home Novel Cinta Hanya dia bidadariku
Bab 33

Bab 33


   Najiha mencari kelibat seseorang sebaik sampai di stesen bas Sri Manjung. Memandangkan hari Ahad, agak sesak sedikit dengan lautan manusia yang menunggu bas atau ahli keluarga yang datang dari jauh. Najiha tersenyum sebaik melihat seorang gadis bertudung kelabu melambai-lambai ke arahnya. 

   “Kak Jiha.”

   “Qisya.” Mereka berdua berpelukan mesra. Athirah hanya menyepikan diri. 

  “Kak, ni Qisya kenalkan Athirah. Athi.., ni Kak Jiha.” Athirah bersalaman dengan Najiha. Dia hanya menghadiahkan senyuman. 

   “Kak Isha mana?” soal Qisya sambil mata meliar kiri dan kanan mencari kelibat Farisha. 

   “Kak Isha kat rumah, tengah masak. Dia tahu Qisya nak datang duduk dengan kami, tu dia masak special hari ni.” 

    “Wah bestnya kak. Tak sabar nak sampai rumah.” Qisya sudah teruja. Perut yang sudah berkeruk-keruk menjerit minta di isi. 

   Najiha membantu Qisya membawa satu beg di tangannya. Mereka bergerak menuju ke parkir untuk pulang ke rumah. Sepuluh minit kemudian mereka sampai di rumah. 

   Dari jauh sudah kedengaran suara seorang lelaki membuat kacau di hadapan rumah mereka. Najiha bergegas lari untuk menyelesaikan masalah itu. 

   “Isha! Tolong buka pintu ni. I tahu U ada dekat dalam. Please. We need to talk.” Lelaki itu menggoncang pagar sekuat hati. Sudah puas dia memanggil cara lembut. Sebaik melihat mukanya Farisha terus mengunci pintu dan menyepikan diri. 

    “Kau buat apa dekat sini? Baliklah. Jangan buat kecoh.” Najiha menarik tubuh lelaki itu kasar supaya menjauhi pagar rumah mereka. 

    “Jiha, please. Panggil Isha keluar. I really need talk to her. I merayu sangat.” Lelaki itu merapatkan kedua tangan memohon jasa baik Najiha. 

    “Stop it. Pergi baliklah wei! Dia tak nak jumpa kau. Apa lagi kau nak dari dia ni ha? Tak cukup ke masalah yang kau dah buat selama ni. Pergi baliklah. Malu jiran-jiran tengok.” Najiha bercekak pinggang. Nafasnya naik turun cuba mengawal api kemarahan dari meletus. Melihat wajah lelaki itu benar-benar membuatkan darah tingginya naik. 

   “No. I tak nak balik. I nak tunggu sampai Isha keluar. Please panggil dia keluar.” Lelaki itu masih terus merayu. Dia tidak akan berganjak walau sedikit pun. 

  “Aku kata pergi baliklah! Aku tumbuk karang. Hishh…”

  “Jiha. Stop! Kau bawa diaorang masuk. Biar aku selesaikan.” Farisha menahan tangan Najiha yang sudah sedia di angkat untuk dihayunkan ke muka lelaki itu. 

   Qisya dan Athirah hanya berdiam diri dan menjadi penonton sahaja. Dalam hati Athirah tertanya-tanya siapakah lelaki kacak yang merayu bagai nak gila untuk berjumpa Farisha. Ketika Farisha keluar, dia agak terkejut melihat kecantikan wajah gadis itu. Tekaan dia kali ini benar. Kak Isha dan Farisha pesaingnya itu adalah orang yang sama. Tetapi gambar dan realiti sangat berbeza. Farisha lebih cantik berbanding di dalam gambar. Tambahan dia memakai tudung. Namun hatinya sangat yakin itu memang Farisha ‘musuhnya’. 

   “Kau nak apa lagi? Kau tak faham bahasa ke? Atau kau memang tak tahu malu?” soal Farisha bertubi. Dia berpeluk tubuh dan bersandar di dinding hadapan rumahnya. 

   “Isha. Please bagi satu lagi peluang. Izzud nak betulkan kesilapan lalu. Please sayang.” Izzudin cuba meraih tangan gadis itu, namun cepat disembunyikan. 

   “Sayang? Eh! Nak muntahlah aku dengar perkataan tu. Dahlah, pergi baliklah sebelum aku panggil security.” Farisha menolak kasar tubuh Izzudin. Kemudian dia berpusing mahu masuk ke dalam rumah. 

   “Isha, jangan buat Izzud macam ni. Takkan Isha masih berdendam dengan Izzud?” Tak boleh maafkan Izzud?” Izzudin menggengam kemas pergelangan Farisha. Gadis itu megaduh kesakitan. Dia menumbuk lengan kekar Izzudin sampai lelaki itu melepaskan cengkamannya. 

   “Aku memang dah maafkan kau. Lama dah. But for a second chance? I don't think you deserve it. Now please get away before i call police!” Sekali lagi Farisha bertegas. Kali ini nadanya semakin kuat sewaktu bicara. Sabarnya sudah hilang melayan sikap Izzudin yang tidak pernah berhenti mengganggu ketenteraman hidupnya dua tiga hari ini. 

    Dalam keterpaksaan Izzudin melangkah lemah meninggalkan kawasan rumah Farisha. Jiran-jiran sekeliling sudah mula ada yang berbisik sesama sendiri. Sebentar lagi kecohlah cerita ini dekat semua blok Apartment Bukit Permata itu dengan cerita gosip terpanas. 

   “Apa sibuk semua kat luar ni? Tak pernah tengok orang bertengkar ke apa?” Izzudin memarahi sekumpulan kakak-kakak yang berkerumun di depan pintu rumah mereka.  

  “Baliklah! Tak malu ke buat kecoh dekat kawasan orang?” salah seorang dari kumpulan perempuan itu membalas pertanyaan Izzudin. Dengan muka merah padam menahan amarah Izzudin mengepal penumpuk dan dilayangkan ke udara tepat menuju ke arah kakak itu. Mereka hanya menjelirkan lidah dan ketawa.

   “Isha, kau okey tak?” Najiha mendapatkan Farisha sebaik gadis itu masuk ke dalam rumah. Farisha hanya mengangguk lemah. 

   “Sorry Qisya, sebab kena saksikan benda kurang baik tadi.” Farisha bersalaman dan berpelukan dengan Qisya. Dia cuba mengukir senyum sebaik mungkin. 

   “Takpe kak. Qisya okey je. Rindu dengan kak Isha,” ucap Qisya usai pelukan dileraikan. 

   “Akak pun rindu dengan Qisya. Err ni ke kawan Qisya tu?” Farisha merenung ke arah Athirah yang sedang berdiri tegak di belakang Qisya. 

   “Ha'ah. Lupa pula nak kenalkan. Kak Isha, ni Athirah. Athi, nilah Kak Isha.” Mereka berdua bersalaman. 

   “Selamat berkenalan kak.” 

  Najiha menunjukkan bilik untuk Qisya dan Athirah. Buat sementara, Qisya dan Athirah duduk di bilik Najiha dan Najiha pula duduk di bilik Farisha kerana bilik belakang mereka gunakan sebagai tempat penyimpanan baju dan menggosok serta bilik solat. 

  “Kak Isha, kalau Athi tanya kak Isha jangan marah na.” Athirah memandang tepat ke arah muka Farisha. Gadis itu hanya mengangguk dan tersenyum. Nasi di dalam mulut terus dikunyah perlahan. 

   “Tadi tu kekasih kak Isha ka?” Bersembur air dari mulut Najiha. Farisha memandang Najiha sebelum berkalih pada Qisya. Nasi yang cuba ditelan seperti tersangkut di tekaknya. 

   Qisya menyepak kaki Athirah dan menjegilkan mata. Berani Athirah bertanya soalan maut itu? Tak sayang mulut betul perempuan ni! Getus hati Qisya. Athirah hanya mempamerkan sengih. Dia tidak kisah jika Qisya marah padanya. Yang penting dia harus mencari tahu siapa lelaki kacak itu dalam hidup Farisha. 

   “Akak lupalah akak kena telefon mama akak. Korang makan dulu okey.” Farisha mencelup tangan di dalam bekas air basuhan dan bingkas bangun masuk ke dalam bilik. 

   “Qisya dengan Athi makanlah dulu. Kak Jiha ada kerja sikit.” Najiha ikutan bangun dan meninggalkan mereka berdua di situ. 

   Qisya hanya mengangguk. Dia malu dengan sikap Athirah yang sungguh lancang dan tidak sopan. 

   “Kau ni kan. Ada ke tanya soalan macam tu. Jagalah sikit adab tu, kita belum pun sehari duduk kat sini tau.” Marah Qisya dengan sahabatnya itu. 

  “Betui pa aku tanya. Salah ka aku nak ambil berat?” Athirah mempertahankan dirinya. Nasi berlaukkan ayam masak lemak cili api itu terus di suap laju. 

   “Kau bukan ambil berat. Tapi ambil tahu. Lepas tu kau nak bagitahu dekat Din kan? Dahlah Athi, jangan masuk campur urusan rumah tangga orang.” Qisya geleng kepala. Entah apa yang sedang bermain dalam fikiran Athirah sekarang. Senyumnya semacam sahaja dilihat sedari tadi. 

   Janganlah Athirah menimbulkan kekecohan pula. Dia harus berwaspada dengan sikap dan gerak geri Athirah selepas ini. Athirah hanya menjeling sekilas sebelum bangun membawa pinggan kosong ke sinki. Selepas mencuci, dia masuk ke dalam bilik dan mencapai telefon bimbitnya. Dada skrin dibelek laju mencari nama seseorang. 

   “Assalamualaikum Din.” sapa Athirah sebaik panggilan bersahut.

Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farz Ozie