Home Novel Cinta Hanya dia bidadariku
Bab 9

Bab 9 hanya dia bidadariku


Bab 9


     "Babe, kau betul ke taknak ikut aku ni? Kau okey tinggal sorang?" Soal Najiha sambil menceduk mee goreng ke dalam pinggan untuknya dan Farisha. 


         "Aku okey, lagipun family aku nak datang sini, mungkin petang ni kot diaorang sampai," Farisha tersenyum pada Najiha. Semalam Zafriel telefon, mereka akan datang ke Perak kerana Zafriel ada urusan dengan pelanggan di sini, jadi mereka membuat keputusan untuk singgah di rumah Farisha dan menghabiskan masa hujung minggu di Lumut. 


       "Okey lah tu, tak la aku risau kau tinggal sorang-sorang." Najiha menarik nafas lega.

    Farisha memang agak penakut jika tinggal bersendirian. Tambahan pula gadis itu anak dara dan tinggal bersendirian pula nanti, macam-macam  boleh berlaku. Jadi persedian dan peringatan awal  harus ada untuk keselamatan mereka. Jiran di sebelah itu juga boleh tahan gatalnya, walaupun sudah beristeri. Selesai makan mereka berangkat kerja dan seperti selalu Najiha akan membonceng bersama Farisha mengguna motosikal gadis itu. 


        "Hi isha how are you?" Sapa Khairol sebaik gadis itu masuk ke dalam kabinnya. 


         "Im fine thank you. And you?" Farisha sekadar berbasa-basi, dia duduk di mejanya untuk melakukan tugas harian. 


        "I'm great, even more great after i've seen you." Khairol mengenyitkan matanya pada Farisha, gadis itu menahan rasa mual ingin muntah. Terasa seperti mahu terkeluar semula mee gorang yang di makan pagi tadi. 


        "Amboi, kau punya pick up line, tak boleh blah kan,geli geleman la aku dengar, dah kenapa jiwang pagi-pagi, tak makan ubat ek? Ke kau terlebih makan ubat pagi tadi?" Farisha berkata sambil ketawa kerana tidak mahu kelihatan kejam dengan terlalu berterus terang, walaupun dia tidak suka akan cara Khairol itu. 


      "Sampai hati Isha cakap Khai macam tu," Khairol beriak sedih, cuba meraih simpati tetapi langsung tidak terkesan pada Farisha. Gadis itu sibuk membelek fail di hadapan mata tanpa menoleh sedikit pun pada Khairol. 


       "Isha jom kita pergi lunch hari ni nak? Khai belanja." Pelawa Khairol penuh pengharapan gadis itu akan bersetuju dengan pelawaannya. 


         "Sorry aku dah masak la, aku jarang makan luar ajak la orang lain." Farisha bangun lalu menggalas begnya keluar dari kabin untuk pergi ke tapak projek, makin lama dia di situ makin tidak tenteram jiwanya.

     Meremang bulu bukan setakat diroma malahan habis satu tubuh badan yang ada bulu semua meremang, seram dia dengan sikap terlebih manis Khairol itu. Khairol hanya memandang hampa melihat Farisha berlalu pergi. 


       "Eh Din, hang buat apa kat sini?" Farisha terkejut melihat lelaki itu sebaik mencapai basikalnya.

     Aminuddin yang sedari tadi menguping perbualan mereka terkejut. Dia tersengih-sengih lalu berjalan pergi tanpa sebarang jawapan. Farisha memanggil lelaki itu, dipercepatkan langkahnya mengejar Aminuddin. Khairol hanya menjadi pemerhati. Matanya panas melihat kemesraan mereka berdua. 


        "Jadi betui la apa yang aku dengaq selama ni?" Soal Aminuddin tiba-tiba membuatkan Farisha binggung dan pelik. Apa yang lelaki itu dengar? Dan apakah maksud pertanyaan lelaki itu. 


      "Maksudnya?" Soal Farisha kembali meminta kepastian di atas maksud pertanyaan Aminuddin. 


       "Khairol tu suka kat hang dan aku dengaq hangpa ni bercinta betui ka?" Rasa ingin tahu terlalu menebal.

     Dia sendiri tidak tahu kenapa dia harus bertanya soalan begitu, jika mereka bercinta sekali pun, apa kena mengena dengan dirinya? Kenapa dia terlalu mengharapkan jawapan tidak dari gadis itu. Farisha ketawa mengekek mendengar jawapan dari lelaki itu. Aminuddin merasa pelik apakah yang lucu dengan jawapan yang diberi kan. 


      "Mana la hang dengaq gosip Mak Jemah ni Din oi? Aku?bercinta? Dengan Khairol tu? Memang sampai kiamat pun takkan jadi la." Farisha ketawa mengekek. Keras perutnya mendengar perkara itu. Aminuddin termalu sendiri dengan pertanyaannya, tetapi jauh dari sudut hatinya dia merasa lega, entah kenapa, tetapi memang itu lah jawapan yang diharapkan. 


       "Malam ni kita pi makan steamboat nak? Malam ni gaji kan? Aku belanja hang mau dak?"  Amboi, nak cover malulah tu sampai nak belanja makan. Itulah, orang cakap nak tanya tu fikir dulu, nasib kaulah Din. 


        "Boleh juga, aku pun dah lama tak makan steamboat." Farisha terus bersetuju, dia terlupa yang petang ini keluarganya akan sampai. 

   Farisha meninggalkan Aminuddin di situ dan berjalan menuju ke pejabat untuk menyelesaikan beberapa tugas. 


        "Bukan main mesra lagi Khai tengok Isha dengan budak welder tu?" Khairol menyapa Farisha yang sedang sibuk membuat fotokopi. Gadis itu terperanjat apabila tiba-tiba ada satu suara muncul dari belakangnya, mujur tidak dibuka langkah silat gayungnya. 


       "Apa benda kau ni? Terkejut aku la! Mesra apa pula ni? Apa yang kau merepek ni?" Farisha mengurut dadanya berulang kali. Soalan Khairol tidak berjawap, dia pula melontarkan soalan bertubi-tubi. 


       "Jangan ingat Khai tak nampak dan tak dengar la Isha, is there anything going on between you and him?" Soal Khairol lagi, kali ini nadanya agak keras sedikit dan ada bau cemburu di dalam ayatnya. 


       "Why do you need to care? Kalau ada kenapa? Are you jealous?" Farisha sengaja menyimbah minyak ke bara api dan mencabar kemarahan lelaki itu, ingin melihat apa reaksi Khairol. 


      "Of course i do! You know how i feel on you? And you are mine! Just me! Not others!" Khairol merapatkan tubuhnya dengan Farisha dilemparkan senyuman meleret pada Farisha membuat gadis itu ketakutan,dia tidak dapat mengawal perasaan cemburu dan marah yang meluap di dada. Kebetulan tiada siapa di pejabat sekarang yang ada cuma mereka berdua sahaja ketika itu. 


       "Behave Khairol, kau ni memang gila la!" Farisha menolak tubuh Khairol agar menjauh darinya.

    Terketar tubuhnya menahan marah dan takut dalam waktu yang sama, mahu saja dilayangkan sebuah penampar ke muka Khairol itu. Memandangkan Khairol itu lelaki dan tenaganya melebihi dari taraf kemampuannya, diambil semua kertas-kertas yang sudah siap di fotokopi itu kemudian beredar pergi dari sana tanpa menoleh kebelakang.

     Peluh merecik memenuhi ruang mukanya, sungguh dia tidak menyangka yang Khairol akan bertindak sejauh itu. Khairol semakin berani dalam menunjukkan perasaannya. Jika ada orang melihat kejadian itu tadi pasti mereka akan mengira yang dia dan Khairol sedang melakukan perkara tidak senonoh di pejabat. 

   

       "No matter what, you will be mine Isha! Mine! Aku akan pastikan itu." Khairul tersenyum sendiri. Jika hendak dibandingkan dia dengan Aminuddin, kelebihan memihak padanya. Seorang yang berkerjaya dan kacak, jauh beza dengan Aminuddin yang hanya seorang kuli bawahan. 

   Antara dia dan Aminuddin ibarat langit dan bumi. Khairol menghempaskan punggungnya di bangku dilepaskan nafas berat yang menyesakkan dada itu. Tidak habis memikir kenapa Farisha tidak faham akan perasaannya? Apa yang kurang pada dirinya? Banyak gadis cuba mendekati dirinya tetapi semua ditolak kerana hatinya sudah terpaut pada Farisha. Tidak mungkin dia boleh menerima orang lain lagi. Dia perlu memikirkan sesuatu dan dia perlu memberi peringatan pada Aminuddin supaya menjauhi Farisha.


  Khairol berjalan masuk ke tapak projek, menuju ke platform di mana Aminuddin bekerja.

   "Beam ni dengan depan sana tu kau yang welding ke?" Tanya Khairol sebaik Aminuddin berdiri di hadapannya. Lelaki itu mengangguk memberikan jawapan di atas pertanyaan Khairul. 


       "Apesal teruk sangat? Macam mana kau welding ni? Macam budak darjah satu je! Repair balik line sini dengan depan sana! And i want it done by today faham." Khairul meninggi suara sedikit pada Aminuddin membuat lelaki itu terkulat biji matanya mendengar jerkahan itu. Semua orang memandang ke arah Aminuddin, Khairul sudah tersenyum puas kerana dia sudah melepaskan sedikit rasa marahnya. 

       "Tapi bang line ni dah accept kan? Kawan abang hat sorang tu dia mai pagi tadi dia kata okey. Nak repair lagumana lagi bang?" Aminuddin memberanikan diri untuk mempersoalkan arahan Khairol.


       "Kau nak cakap aku salah? Aku tak tahu buat kerja? Siapa yang inspector sekarang? Kau ke aku?" Soal Khairul tidak berpuas hati, disangka lelaki itu akan senyap dan menurut perintahnya tetapi sangkaannya meleset. Aminuddin seorang yang agak berani menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Aminuddin tertunduk memandang kasutnya tidak berani memandang wajah Khairul yang sudah mula menyinga itu. 

  

       "This is just a begining, kalau kau tak nak aku buat lagi teruk pada kau stay away from Farisha! She's mine!" Khairul merapatkan tubuhnya dengan Aminuddin lalu dibisikkan kata-kata amaran di telinga lelaki itu kemudian berlalu pergi. 

   Sekarang Aminuddin sudah mengerti yang kerja kimpalannya tiada masalah, ini hanya satu tunjuk perasaan tidak puas hati. Aminuddin sedikit tertawa dan tidak menyangka lelaki hebat seperti Khairol itu tidak mempunyai otak sebenarnya. 


      'Isha Isha, dasyat jugak hang na? Dalam diam ada juga orang suka kat hang.' Aminuddin bermonolog sendiri, berkerut dahi lelaki itu teringatkan kata-kata Khairul yang berulang seperti pita rakaman di telinganya, hanya kerana tidak berpuas hati dia dimarahi sebegitu rupa dan hanya kerana rasa cemburu dia di malukan seperti itu.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farz Ozie