Home Novel Cinta Hanya dia bidadariku
Bab 32

Bab 32


  “Seriously? Dah macam drama TV pula cerita kau ni! Hahaha.” Najiha ketawa besar. Lucu dan simpati bermain dalam dirinya bila mendengar kisah Farisha. 

   “Gelaklah kau. Gelak sampai kembung perut tu.” Farisha mencemik. Sakit hati pula melihat Najiha yang sedang bersuka ria. 

   “Takdalah. Tapi kisah kau ni memang menarik. Bayangkan, abang angkat lama menghilang, muncul balik menagih cinta saat kau dah jumpa cinta yang baru. Cinta yang baru tu pula masih samar-samar. Sekarang ni datang pula…” 

  “Ha, sudah. Jangan nak panjangkan cerita. Suka buat provokasikan kau ni.” Farisha mematikan hujahan Najiha. Tidak mahu gadis itu melengkapkan cerita karut dan tidak masuk akal. 

   Najiha hanya menjelirkan lidah. Sebelum sambung ketawa. Dia sangkakan itu semua berlaku dalam novel atau drama, tetapi ada juga yang berlaku di kisah nyata. 

   “Hai Isha,” sapa satu suara garau dari sisi kanannya. 

   Farisha menoleh, namun darahnya tiba-tiba menyirap naik ke otak. Dia mencapai beg yang berada di sebelahnya dan terus berlalu pergi. Najiha mengeluarkan dua keping not RM50 dan bergegas keluar mendapatkan Farisha. Lelaki itu masih utuh berdiri dan hanya memandang sepi Farisha yang semakin menjauh dari pandangannya. 

   “Isha, tunggu aku.” Najiha memekik. Lelah dia hendak menyaingi langkah Farisha. Namun Farisha terus melangkah tanpa menoleh. 

    Najiha menyedut udara di sekelilingnya sebelum tersandar lemah di pintu kereta. Semput dibuatnya mengejar gadis kecil molek itu. Farisha sudah menghentak-hentak kaki melepaskan geram. Sakit hatinya bila melihat muka lelaki itu tadi. 

   “Wei, rilekslah. Kang terbelah pula jalan ni.” Najiha cuba berseloroh. Namun jelingan tajam Farisha langsung mematikan tawa Najiha. 

   “Isha.” sapa satu suara dari arah belakang. Mereka berdua berkalih serentak. 

   “Sorang lagi! Jom balik Jiha. Stres aku di buatnya dengan diaorang ni.” Farisha membuka pintu kereta dan menghidupkan enjin. 

   “Kenapa tu Jiha?” tanya Zarel Ikmal. 

  “Period bang, macam tulah.” Najiha berbohong. Farisha menekan hon beberapa kali membuatkan Najiha terloncat kerana terkejut. 

   “Kami balik dululah bang. Kang ada pasaraya yang tenggelam kena ribut taufan monsun barat tak berdaya dua tu karang.” Sempat lagi Najiha berseloroh. Zarel Ikmal sedikit tertawa. Dia memandang sayu wajah Farisha yang masam mencuka. 

   Marahkah Farisha pada soalannya dulu? Lelaki itu menjarakkan sedikit kedudukannya memeberi ruang untuk Farisha keluar dari parkir. Kenapa Farisha kelihatan sangat marah pada dirinya. Ikutkan semalam ketika mereka keluar, biasa sahaja. Cuma Farisha lebih mendiamkan diri tidak berceloteh seperti dulu. 

   Zarel Ikmal kemudian ternampak satu kelibat lelaki yang sedang berpeluk tubuh di pintu masuk pasaraya Aeon itu. Zarel Ikmal mengeluh dan melangkah laju menuju kepada lelaki itu. 

   “Patutlah Isha marah sangat. Kau buat apa dekat sini?” Soal Zarel Ikmal kepada lelaki itu. 

   “The same reason as you be here.” Lelaki itu melangkah pergi meninggalkan Zarel Ikmal sendirian. Malas dia hendak berbual panjang dengan Zarel Ikmal. 

   Syifa resah menanti kepulangan Zarel Ikmal. Lampu putih menyuluh masuk memenuhi ruang parkir rumah mewah tiga tingkat yang terletak di Pulau Marina berdekatan dengan Teluk batik. Dengan pantas Syifa berlari menuju ke pintu dan membuka untuk Zarel Ikmal. 

    “Zarel, i've got something to tell you,” Zarel Ikmal hanya berlalu tanpa senyum. 

   “What?” soal Zarel Ikmal keras. Kaki melangkah menuju ke sofa dan dia terus menghempaskan tubuhnya di situ. 

   “I'm pregnant.” 

  Zarel Ikmal tergamam. Sudah beberapa minit berlalu, Zarel Ikmal masih tidak memberikan respons. Dia hanya kaku tidak bergerak, mata yang tidak berkedip terus memusat ke arah Syifa yang berdiri di hadapannya. 

   “Zarel, U dengar tak apa I cakap? I mengandung. Anak U,” soal Syifa sedikit keras bila Zarel Ikmal masih senyap. 

   “Are you sure?” Zarel Ikmal menghela nafas lemah sebelum tersandar sambir memicit kepalanya. 

   “Tiga kali test. And i'm really sure. Kali ni i memang betul-betul mengandung.” Syifa duduk di sebelah Zarel Ikmal. Lengan kekar lelaki itu di paut kemas. 

   “Gugurkan!” Zarel Ikmal menarik tangannya kasar. Dia terus bangun meninggalkan Syifa yang terlopong di situ. 

   Seakan terkena panahan petir, Syifa terkedu. Hatinya terasa bagai tertusuk seribu serpihan kaca halus dan ditonyoh dengan limau. Tanpa sedar air mata mengalir laju membasahi pipinya. Lantas perut dipegang dan diusap lembut. 

   “Sampainya hati U Zarel! Ini anak kita,” Syifa merintih sendiri. Dia tahu Zarel Ikmal tidak mahukan anak bersamanya, tetapi dia tidak menyangka yang Zarel Ikmal sekejam itu. 

    Zarel Ikmal merebahkan tubuh di atas katil. Tangan didepangkan sambil menarik nafas sedalamnya. Lama ditahan sebelum dilepaskan perlahan-lahan. Wajah Farisha terus terbayang difikirannya. Gadis itu tidak boleh tahu tentang Syifa. Apatah lagi tentang kandungan itu. Jika tidak usahanya akan menjadi lebh sukar. Pasti Farisha akan lebih membenci dirinya. 

    Perlahan-lahan Syifa menolak pintu bilik. Dia melangkah menuju ke katil. Zarel Ikmal sudah lena dibuai mimpi. Wajah polos lelaki itu membuatkan hati panasnya menjadi sejuk. Sayangnya pada lelaki itu membuatkan dia mampu melupakan apa sahaja kesakitan yang diberikan oleh Zarel Ikmal. Syifa memanjat naik ke atas katil, dia merebahkan kepala dilengan Zarel. Tubuh lelaki itu dipeluk erat dan Syifa kembali menangis teresak. 

    Beberapa saat kemudian Syifa merasa tubuhnya dipeluk erat. Dia lagi mengemaskan pelukan terhadap lelaki itu. “Isha, jangan tinggalkan abang ye,” 

  Syifa terdiam. Bibir dikemam sekuat hati supaya tidak terletus jeritan. Hatinya menjerit mendengar ungkapan Zarel Ikmal. Sampai ke saat ini Zarel Ikmal masih tidak mampu melupakan gadis itu. Jadi untuk apa mereka bersama selama ini? Apakah kerana nafsu? Atau sekadar mengisi kekosongan. Jiwa Syifa dihambat pilu yang mendalam. Siksanya rasa ketika ini. Sudahnya dia terlelap dengan esakan dalam pelukan Zarel Ikmal. 

    “Assalamualaikum, Din…” sayup-sayup kedengaran suara seorang gadis memberi salam dari bawah rumah. 

   Fatimah meminta Nadirah untuk melihat siapakah gerangan tetamu yang hadir. Dengan langkah malas Nadirah menapak menuju ke pintu ruang tengah. Sesaat kemudian dia sudah berada di beranda rumah. 

   Athirah yang melihat kelibat Nadirah berdiri di luar rumah segera mendapatkan gadis itu. Nadirah hanya mengeluh sambil mata menjuling ke atas. Belum sempat Athirah memberi salam Nadirah audah masuk semula ke dalam rumah. Athirah terkejut. Dia menggaru kepala yang dibalut tudung sambil satu tangan mencekak pinggang. 

   “Sapa mai?” soal Aminuddin sebaik Nadirah duduk di meja makan. 

   “Kekasih bang Din lah,” Nadirah menjawab dengan muka masa mencuka. Dia mencapai bekas mee goreng dan dicedokkan sedikit ke dalam pinggannya. 

   Aminuddin menjadi tertanya-tanya. Kekasih? Farisha ke? Kalau Farisha kenapa muka adiknya monyok. Dia mencapai tongkat di sebelah. Dengan kekuatan tangan yang sebelah dia menampung dirinya untuk bangun dan berjalan keluar melihat gerangan si tetamu. 

   “Athi?” hanya itu keluar dari mulut Aminuddin sebaik berdiri di hadapan pintu. Athirah hanya pamer senyum sambil mengangguk. Aminuddin menjemput Athirah masuk ke dalam rumah. 

    “Duduklah… Nad pi amik cawan sat,” Aminuddin meminta gadis itu untuk duduk bersarapan bersama mereka. Nadirah bangun dan membawa pinggan ke sinki lalu terus naik ke atas rumah. Langsung tidak diendahkan permintaan Aminuddin itu. Fatimah hanya menggeleng, dia mencapai sebuah gelas dan diletakkan di atas meja. 

   “Maaf na Athi, Nad tu datang bulan kot, tu mood tak elok pagi ni,” Fatimah malu alah dengan tetamu walaupun Athirah masih muda. Tetamu harus dihormati. 

   “Tak pa mak cik. Athi faham,” Athirah cuba mengawal perasaan. Dia mengukir senyum sebaik mungkin. Dalam hati sudah berbakul menyumpah seranah Nadirah. Dia tahu Nadirah memang tidak suka pada dirinya. 

   “Athi cuti ka? Tak habaq pun.” soal Aminuddin sambil menyudu mee goreng ke dalam mulut. 

   “Kalau habaq pun bukan Din nak amik tau kan,” jawab Athirah padu. Hampir tersembur mee goreng yang sedang dikunyah lelaki itu. 

   Padan muka hang Din. Tanya lagi soalan yang bodoh. Kan dah kena sendiri. Aminuddin mengutuk dirinya sendiri. 

   “Ada hal penting ka Athi mai sampai sini?” tanya Aminuddin lagi. 

  “Kena ada hal pentinglah baru boleh mai jumpa Din? Isha tak yah pun.” Athirah menarik muka. Soalan lelaki itu seperti menunjukkan jelas bahawa kehadirannya tidak disukai. 

   “Dak, bukan lagu tu. Hurmm takpalah, makanlah sikit,” Aminuddin mati kata. Tidak mahu melayan sikap paranoid Athirah. 

   “Athi mai sini nak bagitahu yang Athi dapat buat praktikal dekat Sapura Kencana. Tapi sayang, Din pula cuti sakit. Lama ka Din cuti?” Athirah menjelaskan tujuan sebenar dia datang berjumpa lelaki itu. Alang-alang sudah pulang ke kampung lebih baik dia bertemu empat mata dengan lelaki pujaannya itu. 

   Bukan mudah dia dapat berjumpa dengan Aminuddin. Lelaki itu telah menetapkan syarat dalam perhubungan yang mereka bina sebagai kawan itu. Elakkan untuk berjumpa melainkan ada hal penting. Ingat lagi kali pertama Athirah datang ke rumah Aminuddin  sewaktu dua bulan lepas mereka berkawan. Lelaki itu sangat marah dan hampir seminggu tidak menghubunginya. 

   “Berapa lama praktikal?” 

   “Enam bulan ja. Lepas tu cuti sekejap, baru sambug semester akhir.” Athirah menjelaskan secara terperinci walaupun soalan tidak bertanya. Sengaja dia mahu beritahu jadual kehidupannya kepada Aminuddin. 

   “Kerja nanti elok-elok.” Hanya itu yang mampu dipesan. Aminuddin mati kata. Tidak tahu mahu berbual apa dengan gadis di hadapannya. Keadaan terasa canggung, tidak seperti dia dengan Farisha. Tiba-tiba dia teringatkan gadis itu. Ke manalah agaknya gadis itu menghilang. Dari semalam senyap sunyi tanpa berita. 

   Melihat Aminuddin yang seperti tidak selesa Athirah meminta diri untuk pulang ke rumah. Apa yang hendak diberitahu sudah pun di sampaikan. Dia bersalaman dengan Fatimah. 

   Sabar Athi. Din tengah sakit tu, memang mood kurang. Athirah cuba memujuk hati. Dia menarik nafas panjang sebelum berlalu mendapatkan motosikalnya. Enjin dihidupkan dan dia terus pulang ke rumah.

Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farz Ozie