Home Novel Cinta Hanya dia bidadariku
Bab 26

Bab 26 hanya dia bidadariku


Bab 26


    Zarel Ikmal tersandar lemah di tepi meja. Nafas ditarik sedalamnya cuba menyedut oksigen yang berkurangan sebentar tadi. 

    “U stress lagi ke? Kan I dah pesan banyak kali. U kena jaga emosi U.” Syifa menghulurkan botol mineral yang diambil dari atas meja. 

   Zarel Ikmal hanya membiarkan pertanyaan Syifa sepi tidak berjawab. Perlahan dia cuba mengangkat tubuh untuk bangun. Syifa membantu dengan memaut bahu Zarel dan tangan lelaki itu diletakkan di atas bahunya. Zarel Ikmal tersandar di bangku malasnya. Muka dirauo dengan kedua tangan sambil mendengus berat. 

   “Hey, kenapa ni? What bothering U?” Syifa mengurut perlahan bahu Zarel Ikmal. Lelaki itu menepis perlahan tangan Syifa. 

    “We in Hospital now. Please behave. Kalau orang nampak nanti apa kata diaorang.” Zarel Ikmal memberi amaran keras pada Syifa. Gadis itu terkedu seraya menjarakkan kedudukan mereka. 

    Dia berjalan dan duduk menghadap Zarel Ikmal yang berwajah cemerut itu. Walaupun muncung itik itu meninggi, lelaki itu tetap kelihatan segak dan bergaya. Tapi dia perasan yang Zarel Ikmal sedikit berubah dengan emosi sedari semalam. Dirumah juga lelaki itu tidak menegur dirinya. 

   Pada awalnya Syifa bersangka baik, mungkin pesakit ramai semalam. Tetapi hari ini lelaki itu diserang sakit kepala tiba-tiba. Dimana penyakit itu hanya akan bertindak agresif jika emosi lelaki itu tidak terkawal. Seperti ada sesuatu yang tidak kena dan ada perkara yang terjadi sehingga mampu mengganggu emosi Zarel Ikmal. 

    “U buat apa dekat sini?” soal Zarel Ikmal tanpa melihat wajah Syifa. 

    “I nak ajak U breakfastlah. Pagi tadi I bangun tengok U dah takda dekat sebelah. Jom,” Syifa tersenyum manis sambil bersuara menggoda. 

    “I dah makan. U pergilah makan sorang,” Zarel Ikmal mencapai stetoskop miliknya dan berjalan keluar meninggalkan Syifa yang terkulat-kulat sendirian. 

    Syifa memandang sekeliling bilik Zarel sebelum melepaskan satu keluhan kecil. Dia bangun dan keluar untuk pergi ke kantin mencari makanan. Perut yang sudah berzapin sedari tadi membingitkan telinganya. Entah kenapa dia kerap sangat berasa lapar sekarang. Seleranya seperti dua tiga orang makan bersama. 

    Zarel Ikmal berhenti di hadapan pintu bilik wad Aminuddin. Tangan sudah memegang tombol pintu, namun tiada kekuatan untuk dia memulas. Rasa sakit hatinya kembali bertandang bila teringatkan kemesraan yang tertayang didepan mata pagi tadi. 

    Nafas ditarik sedalamnya sebelum dilepaskan dan dia mengukir satu senyuman yang dipaksa. Dia melangkah masuk mendapatkan dua insan yang sedang seronok berbual mesra. 

    “Macam mana Encik Aminuddin rasa pagi ni? Ada sakit dekat mana-mana tak.” Zarel Ikmal mengerling sekilas ke arah Farisha sambil menyelak fail yang berada di tangan. 

    “Alhamdulillah. Takdak sakit apa. Panggil Din ja doktor. Rasa macam orang kaya pula panggil Encik Encik ni,” Aminuddin cuba berseloroh. Mereka bertiga ketawa serentak. 

    Zarel memeriksa luka ditangan dan mengambil bacaan nafas Aminuddin. Bacaan tekanan darah juga sudah dicatitkan. Dia kembali menanggung kepala memandang tepat ke arah wajah Aminuddin. 

   “Ikutkan rekod ni, Din takda apa masalah. So bolehlah kalau nak discharged dan berehat di rumah. Tapi kalau nak duduk dekat sini pun takda masalah.” Zarel Ikmal tersengih. Dia rasa itu satu keputusan yang paling tepat dia perlu lakukan supaya tumpuan Farisha akan berkalih padanya. 

    “Baguihlah. Boleh pi berubat kampung. Duk sini lama-lama jenuh nak bayaq. Silap haribulan kena gadai rumah oo nak bayaq bil hospital.” Aminuddin menarik nafas lega. Zarel Ikmal lagi bertambah lega. 

   Walaupun sepatutnya lelaki itu perlu menjalani beberapa kali lagi pemeriksaan lanjut, namun kerana rasa cemburu dia menyalah gunakan kuasanya demi untuk kepentingan peribadi. Sangkaannya tepat. Aminuddin pasti akan gembira dan ingin pulang ke kampung. Jadi dia punya banyak waktu untuk mendekati Farisha dan melamar gadisi itu. 

   Farisha sudah berubah riak. Nampaknya masa untuk diluangkan bersama insan tersayang sudah habis. Selepas ini mungkin dua atau tiga bulan dia tidak akan dapat menatap wajah yang melengkapi kehidupannya sejak beberapa bulan yang lalu. 

   Farisha membantu mengemas beberapa barang Aminuddin yang digunakan di Hospital. Pagi ini Farisha akan menghantar Aminuddin pulang ke kampung. Tiada bicara antara mereka. Masing-masing menyembunyikan kata. Hanya jeling menjeling memerhati setiap gerak geri mereka. 

   “Nanti aku takda, hang jangan rindu aku pulak.” Aminuddin memecah kesunyian. Dia mahu mendengar suara Farisha buat kali terakhir sebelum pulang. 

   “Biaqlah nak rindu ka apa, bukan hang tau pun,” Farisha menjawab tanpa menoleh. Tiada daya dia hendak menatap wajah kesayangannya itu. Wajah yang sayu cuba ditutupi dengan senyuman. 

   “Baguihlah kalau rindu, aku pun rindu juga nanti.” 

   “Hang cakap apa tadi?” Farisha dapat menangkap jelas apa yang baru diluahkan walau lelaki itu bercakap seperti berbisik pada angin lalu. Sengaja dia mahu mendengar sekali lagi. 

  “Takda apalah. Siap dah ka? Tak sabaq nak balik kampung ni,” Aminuddin cuba mengelak. Tidak mahu terus berbahas soal hati dan perasaan. Masih terlalu awal untuk berterus-terang akan soal itu. 

   Pintu bilik wad ditolak. Muncul Zarel Ikmal segak berbaju T-shirt Polo Raulphen berwarna putih dengan topi berlambang ferrari di kepala. Sungguh segak dan boleh mencairkan pandangan mana-mana gadis yang melihatnya. Ditambah kulit putih dan sado itu menjadi tambahan bonus kepada Zarel Ikmal untuk menarik perhatian wanita. 

   Farisha sudah tersenyum bahagia sebaik melihat Zarel Ikmal berjalan menghampiri mereka. Aminuddin mati senyum. Mode ceria pagi ini bertukar suram tiba-tiba. 

    “Okey. Kerja abang semua dah siap. Ada apa yang abang boleh tolong Isha?” Lembut sahaja suara Zarel Ikmal menawarkan pertolongan. 

   Farisha hanya menggeleng laju. Sempat dia mengerling ke arah Aminuddin yang muncung itu. Dia bermain dengan simen di kaki. Dia tahu pasti Aminuddin kurang senang dengan kehadiran Zarel Ikmal. 

    Zarel Ikmal yang menawarkan diri untuk turut menghantar Aminuddin pulang ke kampung. Katanya tidak mahu dirinya memandu pulang sendirian nanti. Puas Farisha menolak kerana dia tahu perkara ini akan terjadi. Kalau boleh dia mahu luangkan masa hanya berdua dengan Aminuddin. Namun ketegasan Zarel Ikmal seperti biasa membuatkan Farisha akur walau dia tahu Aminuddin akan berkecil hati. 

   Zarel Ikmal membantu Aminuddin turun dari katil dan duduk di atas kerusi roda. Dengan pantas Zarel Ikmal menolak sebelum sempat Farisha memegang kerusi roda Aminuddin. Farisha hanya memandang sepi melihat Zarel Ikmal yang sudah laju menghayun langkah keluar dari bilik wad tersebut. Farisha mencapai beg di atas katil dan melangkah lemah mendapatkan mereka. 

   “Isha duduk depan ye,” Zarel Ikmal membuka pintu untuk Farisha sambil tersengih menggoda. 

   Farisha menggeleng. Dia mahu Aminuddin duduk di hadapan supaya lebih selesa. Tempat duduk belakang agak kecil ruangnya berbanding di hadapan. Lagipula bangku hadapan boleh dilaraskan untuk baring jika Aminuddin sakit pinggang. Akur dengan kehendak Farisha, Zarel Ikmal membantu Aminuddin untuk lelaki itu masuk ke hadapan. 

   Dua jam perjalanan, mereka bertiga masih diam kaku. Masing-masing melayan perasaan. Farisha asyik dengan telefon bimbitnya, begitu juga dengan Aminuddin. Sesekali mereka ketawa sesama sendiri. Fokus pemanduan Zarel Ikmal terganggu. 

  Dia orang ni dalam kereta yang sama pun main mesej juga ke. Zarel Ikmal membuat andaian sendiri. Tidak senang dia melihat keadaan ini sekarang. Zarel Ikmal membelok masuk ke kawasan rehat. 

   “Isha, jom teman abang belikan air dengan makan, lapar pula.” Zarel Ikmal menoleh ke belakang. Farisha dan Aminuddin berpandangan sesama sendiri sebelum perlahan Aminuddin mengangguk. 

   “Isha penatlah abang, abang pergi jelah ye. Isha tunggu dalam kereta dengan Din.” Farisha menolak lembut. Dia tidak berasa mahu berjauhan dengan Aminuddin sekarang ini. Hanya tinggal beberapa jam sahaja masa yang berbaki sebelum mereka terpisah lama. 

    “Ala, dekat luar tu ramai orang. Nanti kalau awek-awek tu ngorat abang macam mana?” Zarel Ikmal masih memujuk. 

   “Baguslah tu, abang dapat jumpa jodoh, lepas tu kahwin. Abang pun bukan muda lagi, kan Din?” Farisha ketawa kecil. Aminuddin juga hampir ketawa bila melihat riak wajah Zarel Ikmal yang berubah masam mencuka. 

   Akhirnya Zarel Ikmal keluar dengan perasaan sebal. Pintu kereta BMW 5series miliknya di tutup kasar. Dia berjalan masuk ke dalam premis kawasan rehat itu untuk pergi ke tandas terlebh dahulu. Hati yang panas dan wajah yang membahang harus dibilas dengan air supaya tidak rentung terbakar. 

   “Tak baik buat lagutu kat abang Zarel. Dia nak manja ngan hang tu,” Aminuddin sengaja memancing emosi Farisha. 

   “Tak yah nak manja sangatlah. Aku bukan bini dia pun,” Farisha mencebik. 

  Aminuddin ketawa melihat wajah cemerut Farisha. Dia lega kerana Farisha seperti tidak melayan Zarel Ikmal. Apakah ini peluang untuk dirinya? Apakah Farisha benar-benar memaksudkan apa yang dikatakan tempoh hari? Bolehkah mereka berdua bersatu. Aminuddin menyandar lemah dan mengeluh tiba-tiba. 

   “Hang okey ka Din?” 

    “Okey ja.” jawab Aminuddin lemah. Dia memejam mata rapat dan menarik nafas sedalamnya.

Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farz Ozie