Home Novel Cinta Hanya dia bidadariku
Bab 34

Bab 34


   Aminuddin menggenggam telefon erat. Hati masih berkira-kira untuk membuat panggilan. Dia mencari nama Farisha lalu menolak ke kanan, telefon dilekapkan ke telinga. Sesat kemudian dia menamatkan panggilan sebelum sempat terdail. 

   “Sabaq Din! Biaq dia cerita sendiri. Hang tak boleh dengaq cerita sebelah pihak ja.” Aminuddin memujuk hatinya sendiri. 

    Dua minggu sudah berlalu. Farisha jarang berhubung dengannya. Telefon juga sudah tidak setiap jam dan setiap hari. Terbaru dia dengar Farisha bercuti sudah empat hari, tetapi langsung tidak dikhabarkan kepadanya. Bila di tanya katanya sibuk bekerja. Apa sebenarnya yang sedang disembunyikan oleh gadis itu. 

   “Din nak tau dak, pakwe Isha datang rumah tadi. Depa bergaduh sikit lepas tu Isha keluaq dengan jantan tu pi ana pun tak tau.” Berita yang disampaikan oleh Athirah dulu terus bermain di kotak fikirannya. 

   Siapa pula Izzudin yang di maksudkan Athirah? Bukankah lelaki bernama Izzudin itu lelaki yang sangat di benci oleh Farisha. Bukankah lelaki itu sudah menghilangkan diri dan berjanji dengan Zarel Ikmal yang dia tidak akan mendekati Farisha lagi. Aminuddin menjadi semakin serabut. ARGHHHH! Aminuddin berteriak sendiri di pankin depan bendang sawah itu. 

    “Mama, bila mama nak bangun ni… Isha rindukan mama,” Farisha menggoncang tangan Puan Sri Aishah dengan air mata yang berjurai. 

   “Isha, jangan macam ni dik. Kita doa yang baik-baik untuk mama ye,” Maya cuba memujuk adik iparnya itu. Sudah beberapa hari Farisha berteman baik dengan air mata. Wajah yang sembab dan lingkaran hitam di mata terlihat jelas dek kerana kekurangan tidur. 

    “Ni semua salah Isha. Patut Isha jaga mama… Mama, bangunlah ma.” Farisha terus mempersalahkan dirinya. 

   Puan Sri Aishah jatuh terlentang dan kepalanya terhantuk di sinki bilik air selepas dia membersihkan diri. Akibat kehilangan darah yang banyak, Puan Sri Aishah koma. Waktu untuk wanita itu membuka mata hanya Allah yang tahu. 

   Sebaik mendapat panggilan dari Zafriel, Farisha terus memecut kereta pulang ke Kuala Lumpur. Dia meminta Qisya dan Athirah menggantikan tempatnya. Dia juga minta Najiha merahsiakan perkara itu dari pengetahuan gadis berdua itu. 

   “Qisya, kau rasa kan, Isha tu pi mana ek? Dah berapa hari dia tak balik rumah kan. Lelaki yang selalu datang rumah tu pun tak nampak.” Athirah menarik kerusi dan duduk di sebelah Qisya. 

   Qisya berhenti dari memeriksa fail dihadapannya. Dia menanggung kepala memandang tepat ke arah Athirah. 

“Kau nak cakap apa sebenarnya? Tak payahlah nak buat U-turn jauh sangat.” 

   “Hehe…, takda apalah. Kau ni suka sangka buruk dekat aku kan sekarang,” Athirah sudah menarik muka. Dia berjalan menuju ke meja kerjanya yang terletak di hujung sudut kabin itu. 

   “Bukan sangka buruk, cuma bercakap benda yang betul. Kau kan sekarang suka sangat sampaikan semua benda yang Kak Isha buat dekat Din. Apa motif kau sebenarnya?” Qisya melepaskan apa yang tersimpan beberapa hari ini.

   Athirah sudah terkedu. Dia menarik beberapa helai fail dan pantas berdiri keluar dari kabin. Pura-pura untuk pergi ke pejabat besar. Dia sebenarnya mahu mengelak dari terus di asak oleh Qisya. Melihatkan muka tidak puas hati Qisya, Athirah tahu gadis itu mahu meluahkan segala-galanya. 

   “Kenapa kau jadi sampai macam ni Athi?” Qisya menggeleng kepala kesal. 

   Semenjak dari hari pertama mereka duduk di rumah Farisha, Athirah sudah mula tunjuk belang. Sikap cemburunya jelas kelihatan setiap kali memandang wajah Farisha. Pernah juga Najiha bertanyakan tentang perkara ini, tetapi dia sedaya upaya membantu menjaga keburukan Athirah. 

   Semua gerak geri Farisha akan sampai ke telinga Aminuddin sampailah ke waktu tidur Farisha. Setiap hari Athirah orang yang paling akhir lelapkan mata walau mata sudah tidak mampu dibuka. Semata untuk memastikan pukul berapa Farisha pulang atau tidur. 

    “Hai Athi.” sapa Khairol sambil mencuit bahu gadis itu dari arah belakang. 

   “Hai abang Khai,” Athirah menjawab manja. Mata dikedipkan beberapa kali. Khairol tertawa geli hati. 

   “Athi free tak malam ni? Abang nak ajak Athi keluar makan,”

  “Free je. Pukul berapa abang nak ambil Athi?” laju sahaja gadis itu bersetuju. 

  “Okey, abang jemput Athi pukul 8?” Khairol memberikan cadangan. Gadis itu mengangguk-angguk seperti burung belatuk. Dipamerkan sengihan sehingga menampakkan garisan gigi yang tersusun cantik. 

  “Abang… Athi nak pi bilik Puan Nisa kejap. Kita jumpa malam ni okey.” Athirah meminta diri. Sempat dihadiahkan satu genyitan mata nakal buat Khairol. 

   Lelaki itu tersentak. Dengan spontan Khairol membuat menaikkan tangan di udara dan membuat cakaran kucing sambil membuat bunyi meow. Gadis itu menunduk malu, dan berlari pantas masuk ke dalam banggunan di hadapannya. 

  “Gedik! Kalau bukan kerana Isha, takdanya aku nak berbaik dengan kau perempuan.” Khairol menggeleng kepala. Demi Isha, dia sanggup melakukan apa sahaja. Khairol berjalan menuju ke tapak projek untuk memeriksa sesuatu. 

   Qisya yang sedari tadi memerhati sudah menepuk dahi. Dia tidak faham kenapa Athirah menjadi seperti itu. Dia tahu Athirah itu cantik dan sering menjadi perhatian pekerja lelaki di sini. Tetapi keramahannya itu terlebih dari selalu. Hampir semua lelaki dilayan mesra tidak seperti di universiti dulu. Cukup keras melayan lelaki. Sehingga ada yang mengatakan mereka berdua itu pasangan bercinta kerana sering dilihat bersama. 

   Mukhlis sudah berdiri di hadapan keretanya dengan muka masam mencuka sebaik melihat Najiha keluar dari pagar banggunan itu. Dia bersandar di pintu kereta sambil berpeluk tubuh. Najiha mendapatkan Mukhlis sambil menyeringai tersengih. 

   Melihat wajah muncung kekasih hatinya itu dia sudah tahu lelaki itu marahkan dirinya. Dia cuba merangkul lengan Mukhlis, namun lelaki itu mengelak. Mukhlis hilang ke dalam perut kereta. Najiha sudah ketawa mengekek melihat sikap manja Mukhlis. 

   “B….. I'm sorry okey. Tadi ada kerja sikit. Phone pula tertinggal kat dalam pejabat. Maafkan sayang ye.” Najiha mengangkat dua jari seperti tanda keamanan dan dirapatkan ke pipinya sambil mata berkedip beberapa kali. Mukhlis cuba mengawal perasaannya. 

   Najiha kemudian mencucuk-cucuk pinggang Mukhlis sambil menyanyi lagu baby shark yang sedang trending di media sosial sekarang. Mukhlis akhirnya ketawa berdekah-dekah. Panas hatinya kerana menunggu hampir satu jam di dalam kereta sudah hilang. Dia tidak jadi marah kerana tidak tahan melihat muka kelakar Najiha menyanyi lagu kanak-kanak itu. Di tambah gaya dan memek muka yang sekejap berkerut dan mengembung itu membuatkan dia tidak mampu menahan tawanya lebih lama. 

    “Penat B tunggu tau. Nasib baik tak kena ngorat dengan bangla naik basikal tadi,” Mukhlis menarik muka pura-pura merajuk. 

   “Aiyoo, ini adik muka manyak manis. Saiya mau cinta sama adik manis boleh ka,” Najiha mencuit dagu runcing Mukhlis. Sesaat kemudian meledak tawa mereka berdua. Geli geleman Mukhlis mendengar cara ajukan Najiha itu. 

   Mereka menuju ke pasaraya Aeon untuk mencari cincin tunang. Majlis mereka yang tinggal berbaki sebulan itu harus segera diselesaikan semua urusan. Najiha masuk ke dalam premis Habib Jewel untuk melihat jika ada yang berkenan di hati. Pekerja kedai itu melayan mereka dengan begitu mesra. 

   Rambang mata Najiha melihat susunan bentuk cincin yang bergemerlapan berkilau. Satu persatu disarungkan ke jari manisnya. Mukhlis hanya tersenyum melihat wajah teruja Najiha. Kalau bab kahwin dan tunang merekalah yang terlebih teruja berbanding lelaki. 

   Setelah puas membelek. Akhirnya Najiha mengambil keputusan untuk memilih cincin emas putih bertakhtahkan berlian biru berbentuk love dan juga sebentuk lagi tetapi bertakhtakan permata putih untuk cincin pernikahan mereka. Mukhlis hanya memilih sebentuk cincin silver 925 dan meminta kedai itu mengukir nama Najiha di atas cincin tersebut. 

   “Sekarang kita pergi solat dulu, lepas tu kita pergi makan okey. B lapar sangat ni.” Bicara Mukhlis sebaik mereka keluar dari premis itu. Najiha mengangguk bersetuju. Mereka berjalan menuju ke surau. 

    Usai solat, Najiha dan Mukhlis berjalan menuju ke restoran kenny rogers untuk makan malam. 

  Belum sempat Najiha melangkah masuk Mukhlis menarik lengan gadis itu membuatkan Najiha terhenti dari melangkah. “Kenapa ni B?” Najiha menoleh dengan muka tidak puas hati. 

   “Tu bukan budak rumah sayang ke? Yang budak praktikal tu,” Mukhlis menunjukkan ke arah dua orng yang sedang berjalan beriringan menuju ke arah mereka. 

   “Ha'ah lah, tapi kenapa pula dia dengan Khairol? Nampak mesra semacam je.” Najiha bercekak pinggang. Berbagai soalan mula timbul di kepalanya. 

  Athirah yang masih leka berbual dengan Khairol langsung tidak perasan kelibat Najiha dan Mukhlis yang ralit perhatikan dirinya. Khairol yang baru perasan menjarakkan sedikit dirinya dengan Athirah membuatkan gadis itu terpinga-pinga. 

  “Kenapa bang?” soal Athirah. Khairol hanya menjuihkan bibir dan menolaknya ke kanan memberikan isyarat pada Athirah untuk menoleh. 

   Athirah menjadi kejung saat melihat Najiha yang sedang merenung tajam ke arahnya. Pantas dia menarik tangan Khairol dan berlalu pergi dari situ. Pura-pura tidak perasankan mereka. 

   “Amboi, kurang asam jawa punya budak. Dia blah camtu je, takdalah kata nak tegur kita ni.” Najiha sudah mula panas hati dengan sikap Athirah. Mukhlis cuba menenangkan buah hatinya. 

   Najiha melangkah masuk ke dalam restoran dengan perasaan sebal. Dia akan membuat perhitungan dengan gadis itu nanti. Sudah lama dia  pendam perasaan tidak puas hati pada Athirah. Malam ini dia akan luahkan segala-galanya. Tunggu nanti dia pulang ke rumah. Najiha mengeluh kecil.

Previous: Bab 33
Next: Bab 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farz Ozie