Home Novel Cinta Hanya dia bidadariku
Bab 10

Bab 10 hanya dia bidadariku


Bab 10


    "Alhamdulillah sampai juga cucu nenek ni, lama nenek tunggu kauorang berdua." Nek Wan berdiri di tangga dan tersengih apabila melihat Mukhlis keluar dari perut kereta. Lelaki itu terus mendapatkan neneknya untuk bersalaman dan dipeluk tubuh tua itu erat melepaskan kerinduan. Selepas pelukan dileraikan Najiha pula tunduk menyalami Nek Wan, seperti Mukhlis, Najiha  ditarik ke dalam pelukannya. 


        "Sorry nek jalan sesak tadi, kesian nenek tunggu kat luar ni." Mukhlis membuka bonet belakang keretanya untuk mengeluarkan beg mereka. 


       "Tak apalah janji sampai, jadi ni lah bidadari yang dah berjaya buat cucu nenek jatuh cinta ye? Lawanya, masyaallah." Puji Nek Wan, Najiha tersipu malu. Pipinya sudah mula kemerahan dan membahang. 


       "Eh tak la sampai bidadari nek, Jiha ni biasa je orang nya. Nenek sihat? Lama Jiha tak jumpa nenek kan?" Najiha merendah diri, dibetulkan sedikit tudung yang terasa senget kerana berpelukan dengan Nek Wan sebentar tadi. 


      "Itulah, lama sangat. Dulu masih berhingus tapi sekarang ni dah makin bergetah." Usik Nek Wan, Mukhlis terkedu, matanya saling memandang dengan Najiha sebelum hilaian ketawa terburai sesama mereka kerana usikan Nek Wan. Pandai pula Nek Wan berlawak. 


        "Nek? Ada tak benda yang angah nak tu?" Tanya Mukhlis pada Nek Wan, dia sudah tidak sabar lagi untuk mendapatkannya. 


       "Mestilah ada, ni kan Nek Wan," Nek Wan membangga diri sedikit, awal pagi lagi dia sudah menyediakan apa yang dipinta oleh cucu kesayangannya itu. Mukhlis sudah teruja, cepat langkahnya naik menuju ke atas rumah meninggalkan Najiha dan Nek Wan di situ. Mereka berdua hanya ketawa melihat tingkah Mukhlis yang berlari seperti lipas kudung. 


      "Urm sedapnya nek, the best pengat pisang in town." Mukhlis tersandar kekenyangan di bangku meja makan, diusap perutnya yang terasa senak dek kerana banyak makan. 

   Tiga mangkuk dia mengulang tambah pengat itu. Tiada siapa mampu menandingi kesedapan pengat pisang buatan Nek Wan, sehinggakan ramai penduduk kampung di situ membuat tempahan jika ada kenduri-kendara yang dijalankan, tidak kurang juga yang menempah untuk buat minuman petang. 


       "Uish, tiga mangkuk B makan, lapar sangat ke B?" Soal Najiha terkejut, mahu ketawa pun ada juga apabila dia melihat perut Mukhlis yang sedikit membuncit kerana kekenyangan.

    Sempat dia membayangkan, mungkin begitulah keadaan perut Mukhlis apabila sudah berkahwin dan berumur kerana setahu dirinya kebanyakan lelaki akan buncit  selepas berkahwin, pasti comel kalau di usap perut yang buncit itu. 


       Petang itu selepas berehat, Najiha turun ke dapur dan sudah bersedia untuk berperang membantu Nek Wan menyediakan makan malam, sesekali datang ke rumah bakal nenek mertua kena juga tunjukkan kepandaian dia dalam menguruskan rumah tangga.

    Mukhlis tersenyum melihat gelagat Najiha dan Nek Wan, sungguh mesra dan akrab. Nek Wan orang yang paling gembira bila mendapat khabar yang Mukhlis akan berkahwin, apatah lagi apabila dia mendapat tahu calon pilihannya adalah Najiha anak Tan Sri Jalil, anak angkat Nek Wan yang sudah lama menyepikan diri. 


        "Din hang dah siap ka?" Tanya Farisha dihujung talian. Suaranya agak cemas dan tidak tenang. Dia tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan situasinya sekarang. 


        "Siap dah tunggu hang mai ja ni, hang da mana? Lambat lagi ka? Lapaq dah ni." Jawab lelaki itu sambil merapikan rambutnya di hadapan cermin. 

 

       "Err camna ek?  Takpa, hang tunggu, satgi aku sampai." Farisha mematikan talian tanpa menunggu jawapan dari lelaki itu. Dia tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan kepada Aminuddin yang keluarganya ada di sini. 

    Dia terlupa, keluarganya akan datang petang ini, mahu dibatalkan kesian pula lelaki itu seharian menahan lapar semata ingin makan steambot, tapi jika diteruskan mahukah lelaki itu makan bersama keluarganya? Ketika Zafriel menelefon dan beritahu mereka akan sampai selepas maghrib baru Farisha teringat. 

    Kebetulan Zafriel juga sudah membuat tempahan meja di restoran steambot Shabu-Shabu, sebuah restoran steamboat yang terkenal dan sedap di Sri Manjung. Sekarang dia perlu fikirkan alasan yang hendak diberikan jika ditanya siapa Aminuddin dan bersedia untuk menghadapi kemarahan Aminuddin kerana membawa lelaki itu berjumpa keluarganya tanpa bertanya terlebih dahulu. 

           "Okay dah sampai jom kita masuk." Farisha bergegas menanggalkan tali pinggang keledarnya dan mencapai beg galas di kerusi belakang. Aminuddin masih termenung di hadapan stering kereta itu. Hatinya merasa berat hendak keluar dari kereta. 


       "Isha, kita pi makan tempat lain nak?" Pinta Aminuddin membuatkan Farisha kembali duduk di bangku tidak jadi untuk keluar dari kereta. Dipandang wajah lelaki itu mencari kepastian atas ajakannya. 


       "La hang kata nak makan steamboat? Aku dah tempah meja dah petang tadi, lagipun... " Farisha berkira-kira untuk memberitahu sekarang atau tidak. Takut pula lelaki itu minta dihantar pulang. Keluarganya pasti sudah menunggu di dalam. 


       "Takpalah kalau lagutu, jom lah." Lelaki itu mematikan enjin lalu keluar dari kereta. Farisha mengikut lemah mengatur langkah.

    Sampai di pintu restoran, mereka disambut oleh seorang pelayan dengan senyuman yang manis, pelayan itu bertanya beberapa soalan dan kemudian mereka dibawa ke arah meja paling hujung. Kelihatan ada beberapa orang dewasa dan dua kanak-kanak berada di meja tempat mereka tuju.

    Aminuddin sudah merasa pelik. Apakah pelayan itu salah menunjukkan arah meja atau Farisha ada mengajak orang lain bersama mereka untuk makan malam? Dengan tenang dia berjalan menghampiri meja sekeluarga itu. 


        "Finally you here, lama betul nak tunggu tuan puteri ni tau, dah meletup-letup perut ni kelaparan." Zafriel menyakat sebaik melihat susuk tubuh Farisha berdiri di belakang Puan Sri Aishah. Farisha hanya tersengih mendengar gurauan abangnya itu. Puan Sri Aishah lantas bangun dan berpelukan dengan anak perempuan yang sangat di rindunya itu. Lama mereka berpelukan barulah dilepaskan. 


       "Mama, rindunya Isha kat mama." Farisha membalas pelukan Puan Sri Aishah dengan erat melepaskan rindu yang tersimpan. Sudah berapa bulan dia tidak bersua muka dengan ibunya, hanya suara yang didengari sekali sekala apabila dia menelefon wanita itu untuk bertanya khabar. 


      'Mama? Abang? Alamak, dia ni buat pasai sungguh la! Awat la hang tak habaq dari awai Isha oi? Ish dia ni la!' Aminuddin sudah menelan air liur. Rupanya dia akan makan malam bersama keluarga gadis itu patutlah sedari tadi dia merasa berasa dan tidak tenang rupanya ini sebabnya. 

   Bagaimana dia hendak berhadapan dengan keluarga gadis itu? Mereka semua kelihatan seperti orang kenamaan sedangkan dia hanya berpakaian biasa dan sederhana. 


       "Well, since when you have a bodyguard?" Tanya Maya membuatkan mereka semua beralih pandang pada Aminuddin yang berdiri di belakang Farisha.

    Aminuddin sudah menunduk ke lantai, tidak berani mengangkat muka, sebolehnya dia mahu melarikan diri dari situ, kalau lah dia punyai kuasa untuk berubah, mahu sahaja dia berubah menjadi semut dan menyusup di bawah meja. 


       "Opss sorry Isha lupa nak kenalkan. His not my bodyguard Kak Maya, his my friend Aminuddin." Farisha terlupa akan lelaki itu kerana terlalu gembira dapat berjumpa dengan ibunya. 

 

       "Din, ni family aku, that my brother Abang Zafriel and that Kak Maya wife Abang Zafriel yang itu Mak kiah dan yang budak kecil dua orang tu anak diaorang Sasha and Haziq, and the most beautiful person ni mama aku." Farisha memperkenalkan seorang demi seorang ahli keluarganya pada Aminuddin. Lelaki itu bersalaman dengan Zafriel, dan hanya menghulurkan senyuman pada Maya,Kak Kiah dan Puan Sri Aishah. 


       "Kids, bangun salam pakngah kamu tu." Zafriel sengaja menekan keras suaranya pada perkataan pakngah  kerana ingin menyakat Farisha. Kanak-kanak itu bangun lalu bersalaman dengan Aminuddin. Lelaki itu tersengih sumbing  tersipu malu, Farisha mencebik. Bukan main suka Zafriel dapat kenakan dirinya. 


       "Pakngah la sangat! Jangan nak mengarut, his just a friend." Farisha mengambil tempat untuk duduk yang masih kosong dan Aminuddin duduk disebelah Farisha.

    Mereka ketawa serentak apabila melihat Farisha yang sudah berubah wajah, mungkin malu dengan usikan Zafriel. Malam itu mereka makan dengan begitu gembira sekali. Aminuddin sudah tidak lagi kekok untuk berbual mesra dengan Zafriel. 

   Tidak seperti mula-mula mereka sampai. Gaya mereka seperti orang sudah lama berkenalan walau hanya baru beberapa jam sahaja berjumpa. Dari satu cerita ke satu cerita mereka bertukar pendapat dan idea. Farisha tersenyum melihat kemesraan yang terjalin itu. Habis makan mereka menuju ke dataran Lumut untuk bersiar-siar dan menghirup udara malam di tepi pantai. Masing-masing sibuk bergambar dan bermain buih belon. Malam itu ramai keluarga yang beriadah di situ. Kebiasaannya malam minggu memang dataran Lumut akan di penuhi dengan pengunjung.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farz Ozie