Home Novel Cinta RINDU YANG HILANG
Bab 2


S

ebuah teksiberhenti betul-betul dihadapan sebuah rumah mewah dua tingkat. Dengan pantasPak Ehsan berlari anak mendapatkan teksi yang dihubunginya. Pintu dibuka lalumasuk ke dalam perut teksi. Nafasnya turut tercungap-cungap.

“Encik nak kemana?” tanya pemandu teksi tersebut dengan ramah. DipandangnyaPak Ehsan melalui cermin belakang.

“Hantar saya ke hospital,” jawab Pak Ehsan. Pemandu tersebut hanyamengangguk dan mula memandu.

Sepanjang perjalanan, Pak Ehsan tidak henti-henti mengucap rasa syukur.Mulutnyasentiasa basah dengan zikrullah. Wajahnya juga tidak dapat menyimpan rasabahagianya. Mulutnya sentiasa tersenyum lebar sehingga menarik perhatianpemandu teksi.

“Sukanya saya tengok encik sentiasa tersenyum. Ada sesuatu yang berlaku keencik?” tanya pemandu teksi tersebut memecah kesunyian.

Senyuman Pak Ehsan semakin lama semakin lebar. Dia sendiri turut merasaberdebar untuk bertemu dengan anak majikannya yang sudah dianggapnya bagaikananak saudaranya itu. Dia mencuba untuk membayangkan wajah Dawson yang sedardari koma.

“Macamana saya tak rasa gembira. Anak saudara saya baru saja sedar dari koma. Hanya Allah yang tahumacamana perasaan saya sekarang. Bak kata pepatah, makan tak kenyang tidur puntak lena.”

“Baru sedar dari koma? Alhamdulillah. Saya tumpang gembira mendengarnya.”

“Terima kasih. Ini semua kuasa Tuhan. Dia yang menghidupkan dan mematikanmakhluk ciptaanNya.”

Pemandu tersebut mengangguk bersetuju. Kenderaannya dipandu dengan pantasnamun penuh berhati-hati. Sesekali dia memotong kenderaan lain yang bergerakagak perlahan.

Setelah hampir sepuluh minit memandu, akhirnya Pak Ehsan sampai diperkarangan hospital. Duit kertas bernilai RM100 segera dikeluarkan dandiserahkan kepada pemandu tersebut.

“Besarnya duit encik. Encik tak ada duit kecil ke?” tanya pemandu teksitersebut.

“Tak mengapalah. Awak ambil saja baki duit ni. Anggaplah ini rezeki untukawak sekeluarga,” jawab Pak Ehsan.

“Eh, jangan encik. Bakinya terlalu banyak. Lagipun saya tak sampai hati nakambil duit tanpa kembalian.”

“Tak apa. Awak ambillah duit ni. Saya ikhlas.”

Mendengar kata-kata Pak Ehsan, pemandu tersebut menerima duit tersebut.Berkali-kali dia mengucapkan terima kasih atas kebaikan hati Pak Ehsan. PakEhsan hanya mengangguk lalu keluar dari teksi tersebut.

 

Pak Ehsanmengorak langkah memasuki perkarangan hospital. Satu persatu laluan dilaluisehinggalah akhirnya dia sampai di kaunter pertanyaan yang ada dibahagiandepan. Seorang jururawat menyambut dengan senyuman diukir diwajahnya.

“Selamat tengahari pak cik. Ada apa yang boleh saya bantu?” tanya jururawattersebut dengan ramah. Senyumannya tetap terukir manis diwajahnya.

“Ya. Saya nak jumpa dengan Dawson.”

“Dawson? Maksud pak cik Dawson Kim ke?”

“Ya. Dawson Kim. Saya dengar dia dah sedar dari koma.”

“Ya, betul pak cik. Pak cik boleh pergi ke wad Melati di hujung sana. Dr.Illy dah pindahkan dia ke wad biasa,” beritahu jururawat tersebut.  Ibu jarinya turut naik dan menunjuk kearah satulaluan.

“Di hujung sana? Baiklah. Terima kasih.”

Jururawat tersebut mengangguk. Pak Ehsan kembali mengorak langkah menujukearah wad sebilik yang ditunjukkan jururawat tersebut. Semakin lama langkahnyasemakin pantas, seolah tidak sabar untuk bertentang mata dengan Dawson.

Sampai didepan pintu wad, Pak Ehsan berhenti. Dia menarik nafas yangpanjang sambil mengumpul keberanian. Dengan perlahan dia menolak pintu wad dandia dapat melihat Dawson bersama dengan Dr. Illy yang selama ini merawatnya.

“Dawson?”

Pak Ehsan merasa sebak sebaik melihat Dawson yang kini menyandar sambilmemakan buah oren yang diberikan Dr. Illy. Perlahan dia menghampiri Dawson yangkehairanan dan memeluknya dengan erat.

Dawson yang tertanya-tanya dan kebingunan hanya membiarkan Pak Ehsanmemeluknya. Dipandangnya Dr. Illy yang hanya tersenyum melihatnya.

“Allahuakbar. Allah Maha Besar.”

“Pak cik siapa?” tanya Dawson perlahan. Dia memandang lelaki tua yangmemeluknya. Satu persatu persoalan timbul difikirannya.

“Kamu tak kenal pak cik ke Dawson? Kamu tak ingat pak cik?” tanya PakEhsan. Dipegangnya tangan Dawson yang bersih dan putih. Maklumlah sudah tigatahun dia tinggal di hospital. Semuanya tidak lagi pernah disentuhnya.

“Doktor, siapa pak cik ni? Macamana dia boleh kenal saya?” tanya Dawsonpada Dr. Illy. Dia benar-benar tidak mengenali Pak Ehsan apatah lagi mengingatilelaki tua tersebut. Dr. Illy hanya tersenyum,

“Pak cik, buat masa sekarang Dawson tak ingat apa-apa lagi. Tapi pak cikjangan risau, Dawson akan ingat semuanya jika kita sama-sama membantu dia untukkembali mengingat semuanya.”

Dawson hanya diam. Dia tidak faham dengan apa yang dikatakan Dr. Illy padalelaki tua itu. Malah dia tidak mengerti mengapa dirinya harus dibantu untukmengingat semula. Seulas demi seulas buah oren yang telah dibuang kulitnyadimasukkan kedalam mulutnya.

Pak Ehsan mengesat air matanya yang jatuh. Dipandangnya Dawson yang tidakubah bagaikan seorang kanan-kanak yang tidak mengetahui apa-apa. Dr. Illysegera menggosok belakang Pak Ehsan berharap lelaki tua itu mampu untukbertenang.

“Dawson, awak berehat dulu ya? Saya nak keluar sekejap. Awak tak apa-apakan kalau saya tinggalkan awak dengan pak cik ni?” tanya Dr. Illy. Dia mahuDawson ditemani Pak Ehsan.

Dawson hanya mengangguk perlahan. Dipandangnya Pak Ehsan yang masihberlinangan dengan air mata. Dia benar-benar hairan.

“Pak cik, saya keluar dulu ya? Kalau ada apa-apa, panggil saya,” beritahuDr. Illy pada Pak Ehsan. Pak Ehsan mengangguk. Dia mencuba untuk berhentimenangis namun rasa sebaknya tetap ada.

Melihat Pak Ehsan yang masih menangis terharu, dia menghampiri lelaki tuaitu dan mengosok belakang beberapa kali. Dia tahu bahawa hati tuanya luluhsebaik melihat Dawson yang tidak ubah bagaikan seorang yang terencat akal.

“Terima kasih doktor,” ucap Pak Ehsan berterima kasih. Dr. Illy hanyamengangguk. Senyumannya turut diukir diwajahnya.

“Saya keluar dulu ya?”

“Ya. Terima kasih sekali lagi.”

Sebaik Dr. Illy keluar dari wad, Pak Ehsan menghampiri Dawson. Dia dapatmelihat tangan kanan Dawson yang masih bercucukan dengan jarum yang menyalurkanair kedalam tubuhnya. Hatinya kembali sebak. Perlahan tangan anak muda itudisentuh dan digosok.

“Pak cik okay ke?” tanya Dawson. Dibiarkannya lelaki tua itu membelaitangannya. Perlahan timbul rasa hangat dan selesa pada lelaki tua itu.

Pak Ehsan hanya mengangguk tunduk. Dia masih tidak dapat mengawal airmatanya agar berhenti turun. Rasa sebaknya membuatkan dia kembali menangisterharu. Dawson mencapai tuala kecil yang diberikan Dr. Illy padanya laludiserahkan kepada Pak Ehsan. Dia mahu Pak Ehsan mengesat air matanya.

‘Dawson, Dawson. Kamu masih tak berubah walaupun kamu dah tidur terlalulama. Kamu masih lagi berhati lembut dan tidak mahu melihat orang menangisdihadapan kamu,’ Pak Ehsan hanya mampu berkata didalam hati.

“Pak cik ambillah tuala ni. Lap air mata pak cik,” ujar Dawson perlahan.Entah kenapa dia tidak menyukai seseorang menangis dihadapannya. Perasaannyamenjadi rimas dan tidak keruan.

Pak Ehsan mengambil tuala kecil yang diberikan Dawson. Dikesatnya airmatanya dengan tuala tersebut. Dia dapat melihat senyuman terukir diwajah anakmuda itu. Perlahan rasa tangisnya reda sebelum diganti dengan senyuman.

“Pak cik nak?” tanya Dawson sambil menghulurkan seulas buah oren. Diamencuba untuk mengenali lelaki tua tersebut.

“Tak apalah Dawson. Kamu makanlah,” tolak Pak Ehsan. Dawson hanyamengangguk. Seulas oren dimasukkan kedalam mulutnya dan dikunyah perlahan.Sesekali dia menguntumkan senyuman memandang Pak Ehsan yang kini menatapnya.

 

 

 

 

 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mmel Ismail