Home Novel Cinta RINDU YANG HILANG
Bab 27

Tugasan yang begitu banyak diberikan pensyarahnya membuatkan Yurina menjadi tidak bersemangat. Dia terlihat lemah. Apatah lagi dia harus bekerja sebaik tamat waktu pengajiannya. Hawa yang duduk disebelahnya hanya mampu mengerling lalu menggeleng. Dia tahu apa yang sedang bermain difikiran rakannya itu.

“Apa kata awak minta cuti dulu dengan majikan awak tu?” ujar Hawa. Dia merasa kasihan dengan Yurina yang sudah meletakkan kepalanya dimeja.

“Tak naklah. Lagipun tak ada siapa yang nak bantu nanti,” Yurina membantah.

“Tapi tak bolehlah kau paksa diri. Nanti sakit, siapa yang susah?”

“Tak apalah Hawa. Aku cuma rasa lemah je. Sekejap lagi baiklah,” ujar Yurina seraya menguntum senyuman.

“Nak aku call dia ke?”

“Siapa?”

“Siapa lagi kalau bukan Moza?”

Yurina menggeleng. Tangannya turut naik dan digerakkan ke kiri dan kanan. Dia tidak mahu Hawa menghubungi Moza dan memberitahu akan dirinya yang lemah. 

“Tak payahlah call dia. Lagipun dia sibuk, tak baik ganggu orang,” ujar Yurina.

Hawa diam. Dia terpaksa menurut. Dipandangnya wajahYurina yang sudah terlihat pucat dan keletihan.

“Nak aku belikan apa-apa ke? Mungkin gula-gula atau sesuatu yang manis?” tanya Hawa lagi.

“Terpulang kaulah Hawa. Aku nak berehat sekejap,” jawab Yurina. Kepalanya yang terasa pening mula dipicit.

“Aku pergi sekejap ya?” Yurina hanya mengangguk. Dia menguatkan picitannya pada dahinya. Sesekali dia mengetap bibirnya cuba menahan rasa sakit kepalanya.

Shua yang baru masuk kedalam perpustakaan itu pantas terpandang Yurina yang duduk seorang diri. Tidak pernah jenuh dengan kelakuannya sebelum ini, dia menghampiri Yurina dan duduk disebelahnya.

“Sekejapnya kau Hawa?” tanya Yurina tanpa memandang siapa yang ada disebelahnya.

“Kau sakit kepala ke?” 

Suara Shua yang begitu dikenalinya membuatkan Yurina pantas menoleh. Dia terkejut dengan Shua yang sudah duduk disebelahnya. Pantas dengusan kasar dilepaskan.

“Kau nak apa lagi Shua? Tak habis lagi ke nak buat kecoh?” 

“Mana ada aku buat kecoh. Aku datang cuma nak berborak dengan kau. Salah ke?” ujar Shua. Beg galasnya dilepaskan dan diletakkan dibawah meja berhampiran kakinya.

“Aku malaslah nak bertekak dengan kau Shua. “

“Aku tak suruh pun kau bertekak.”

Sekali lagi Yurina mendengus kasar. Geram benar dia akan sikap tidak faham bahasa yang ada pada lelaki itu.

“Nak saya tolong picitkan ke?” Shua menghulurkan bantuan namun Yurina pantas menjeling.

“Tak payah!”

“Yurina, aku datang cuma nak bantu tau. Aku pun malas nak bergaduh sekarang,” ujar Shua.

“Dah tu, pergilah jauh-jauh. Aku pun malas nak bergaduh tau.”

Shua melepaskan keluhannya. Mahu tidak mahu dia terpaksa menurut. Dengan rasa tidak berpuas hati, dia kembali menggalas begnya dan berlalu pergi. Yurina pula pantas menarik nafas lega. Dia lega kerana lelaki itu tidak mendatangkan masalah. Jika tidak, dia yakin kepalanya akan bertambah sakit.


Setelah hampir lima belas minit memandu,akhirnya kenderaan mewah yang dipandu Sandra akhirnya berhenti di tepi jalan. Dia segera keluar dan mengorak langkah masuk kedalam sebuah kafe. Dengan cermin mata hitam yang dipakainya, dia terlihat sungguh bergaya. Apatah lagi dengan pakaiannya yang  agak terdedah dibahagian dada, membuatkan mata para lelaki yang kebetulan melintas dihadapannya tidak menganjak dari terus menatapnya. 

Karyenna yang sedang mengemas sebuah meja pantas mengukir senyuman tatkala matanya tertuju pada seorang pelanggan yang masuk kedalam kafenya dan mengambil tempat duduk disatu penjuru. Dengan senyuman yang lebar, dia menghampiri dengan sebuah menu ditangannya.

“Beri I orange juice,” ujar pelanggan itu tanpa memandang menu yang diberikan Karyenna. Karyenna hanya mengangguk dan berlalu ke dapur dengan pantas.

Sandra menanggalkan cermin hitam yang dipakainya dan diletakkan diatas kepalanya. Telefon pintarnya turut dikeluarkan dari dalam beg tangannya dan pantas menghubungi Andy. Dia mahu membincangkan rancangannya pada Andy dalam usaha untuk menyingkirkan Yurina.

“Hello Andy, you dimana?” tanya Sandra.

“On the way,” jawab Andy. Matanya tetap fokus pada pemanduannya.

“I tunggu di kafe yang I beritahu tu.”

“Okay,” Andy memutuskan panggilan tersebut. 

Sandra mendengus kasar. Hatinya kembali sakit sebaik dia teringat akan kata-kata Andy mengenai Moza yang sudah mencium hubungan mereka.

Karyenna datang dengan jus oren yang dipesan pelangganya. Dengan sopan, dia meletakkan jus tersebut. Sandra hanya diam tidak peduli.

“Cik nak apa-apa lagi? Makanan mungkin?” tanya Karyenna mesra.

“No, thanks. I tak perlukan apa-apa sekarang,” jawab Sandra dengan sombong. Tidak sedikitpun senyuman terima kasih muncul di wajahnya. Karyenna hanya mengangguk tanda faham dan meminta diri. 

Sombongnya perempuan tu. Hempas dengan kuali, baru tahu. Getus Karyenna didalam hati. 

“Cik,” panggil seorang pelanggan yang lain. Karyenna pantas menghampiri.

“Ya?”

“Saya nak bayar ni,” ujar pelanggan lelaki itu. Karyenna mengangguk dan berlalu mendapatkan bil sebelum kembali menghampiri pelanggannya itu.

“Ini bilnya,” unjuk Karyenna.

“Kenapa cik tak ambil pekerja? Kasihanlah saya tengok cik kerja seorang diri,” ujar lelaki itu. Karyenna hanya tersenyum.

“Ada, cuma dia masih belajar. Sekejap lagi sampailah dia,” jawab Karyenna. 

“Ambillah pekerja sepenuh masa. Taklah susah cik nak urus kafe ni.”

“Ya, saya akan fikir-fikirkan. Terima kasih ya?” Karyenna mengucapkan terima kasih dan lelaki itu hanya mengangguk.

Sebaik lelaki itu bangun dan keluar dari kafe, Karyenna pantas membersihkan meja tersebut. Yang tinggal hanyalah dirinya dan juga pelanggan sombongnya. 


Sudah beberapa kali Sandra mengerling kearah jam tangannya. Dengusannya semakin lama semakin kasar. Dia tidak mampu menahan sabarnya dengan kelewatan Andy. Jus oren yang dipesannya sudah hampir habis namun Andy masih tidak terlihat.

Baru sahaja Sandra ingin menghubungi Andy, akhirnya lelaki itu menampakkan batang hidungnya. Dengan wajah tidak bersalah, dia menghampiri Sandra yang sudah bermasam muka.

“Sorry, lambat sikit,” ujar Andy. 

“You dari mana sebenarnya? You tahu tak dah berapa lama I tunggu? Air I ni dah nak habis tau?” marah Sandra. Andy hanya diam.

“Dah habis dah?”

Sandra menjeling tajam. Geram benar hatinya dengan kata-kata Andy. Dia juga sempat menjeling kearah Karyenna yang datang membawa menu.

“Beri saya kopi,” ujar Andy lalu kembali menyerahkan menu.

“What? Kopi? Sejak bila you minum kopi?” Sandra bertanya sedikit terkejut.

“Kenapa? Tak boleh? Takkanlah I nak minta wain dekat sini?” balas Andy. Karyenna hanya tersenyum mendengar balasan lelaki itu.

“Oh ya, berikan saya satu lagi orange juice. Kalau boleh cup yang besar supaya lambat habis,” sambung Andy. Sandra pantas menjeling mendengar sindiran Andy.

“Okay,” Karyenna berlalu kedapurnya. Dengan pantas dia menyediakan permintaan pelanggannya itu.

“So, apa yang you nak beritahu?” tanya Sandra setelah selang beberapa minit dia mendiamkan diri.

“Well, macam yang I beritahu sebelum ni.  Dia dah mula curiga tentang hubungan kita,” ujar Andy.

“Macamana pula dia boleh curiga?”

“Mungkin dari you.”

“I? kenapa pula dari I?” Sandra pula tidak berpuas hati.

“Yalah. Malam tadi you yang beriya sangat nak jawab call dia kan? Jadi I rasa dia curiga mengapa you pula yang jawab call,” terang Andy.

“Jadi apa plan you? Dia ada tanya ke tadi?”

“No,” jawab Andy pendek. Kepalanya turut digeleng.

Perbualan mereka terhenti sebaik Karyenna datang dengan pesanan yang dipinta. Andy hanya mengangguk tanda terima kasih sementara Sandra hanya mencebik tidak berpuas hati. Dia sempat menjeling kearah Karyenna yang tetap mengukir senyuman.

“Budak tu pula macamana?” tanya Sandra lagi setelah Karyenna menjauh.

“Budak? Maksud you budak perempuan tu?”

“Yalah. Takkan budak lain?”

“Well, kita ikut plan. Malam ni adalah malam terakhir untuk dia,” jawab Andy dengan gembira sehingga dia tidak sedar bahawa perbualan mereka didengar oleh Karyenna yang sedang membersihkan meja tidak jauh dari mereka.

Apa yang mereka bualkan tu? Macam nak buat jenayah je? Karyenna mengerutkan dahinya. Dia mencuba untuk berfikiran positif.

“I tak dapat terima tau bila dia ambil budak sembarang untuk jadi pengganti I. Dia tak fikir ke macamana I nak tunjuk muka nanti? Tak pasal-pasal I akan dicop sebagai model rendah yang sama taraf dengan budak murah macam dia tu,” Sandra meluahkan rasa tidak puas hatinya.

Andy hanya tertawa kecil. Entah mengapa luahan rasa Sandra terasa lucu di telinganya. Sandra pula semakin panas dengan gelak tawa Andy.

“Lucu ke?”

“Sorry. I terbawa emosi. Lawak pula rasanya,” jawab Andy dengan tawa yang masih belum reda.

“You jangan risaulah Sandra. Lepas ni you takkan jumpa budak tu lagi. Dia akan jalan malam ni,” ujar Andy. Sandra hanya mencebik.

“Jadi you tahu budak tu tinggal dimana?”

“Ini Andylah Sandra. Setakat perkara kecil macam  tu, dihujung jarilah.”

Andy menjawab dengan angkuh. Sandra hanya diam. Jus oren disedutnya dengan straw. Sesekali dia mengerling kearah Karyenna yang asyik bermain dengan telefonnya.

“Yurina, Yurina, selamat jalanlah kau malam ni,” Andy tanpa sengaja menyebut nama Yurina. Karyenna yang duduk dikaunter terkejut. 

“Yurina?”

Karyenna pantas menelan air liurnya. Dia tidak menyangka bahawa selama ini kedua pelanggannya itu menyimpan dendam pada pekerjanya. Degup jantungnya seolah berhenti. 

“Apa yang Yurina buat sampai mereka dua nak bunuh Yurina?” Karyenna hanya mampu bertanya didalam hati. Riak wajahnya yang tadi ceria kini berubah muram dan tidak tenang.

Karyenna mendiamkan diri mencuba untuk mendengar lebih lanjut akan rancangan kedua pelanggannya itu. Sesekali dia mengangkat kepala dan berpura bersikap tidak tahu.


Setelah hampir sejam berada didalam kafe tersebut, akhirnya Andy dan Sandra melangkah keluar dari kafe tersebut. Masing-masing ketawa geli hati bagaikan ada sesuatu yang lucu. Karyenna yang masih terkejut dengan pantas menghubungi Moza. Dia mahu Moza tahu apa yang ingin dilakukan kedua pelanggannya itu pada Yurina.

Karyenna menggigit kukunya tidak sabar. Panggilannya sama sekali tidak dijawab Moza. Dengusan kasar mula kedengaran.

“Mana pula kau ni Moza? Tolonglah angkat phone,” ujar Karyenna seorang diri. Sesekali dia menoleh kebelakang risau jika kedua orang tersebut berpatah balik.

“Moza!”

“Kau apahal terjerit-jerit? Terkejut aku,” ujar Moza sebaik mengangkat panggilannya. Tangan kanannya dinaikkan memegang dadanya.

“Kau kena tolong Yurina sekarang,” ujar Karyenna dengan panik.

“Kenapa dengan dia?” Moza bertanya hairan.

“Ada orang nak bunuh dia.”

“Kau jangan nak berguraulah Karyenna. Siapa pula yang nak bunuh dia?” Moza terkejut. Dia yang tadi duduk kini berdiri.

“Kenapa pula aku nak bergurau? Tadi ada orang datang ke kafe aku, dan aku dengar mereka nak jalankan Yurina,” beritahu Karyenna.

“Nak jalankan Yurina? Apa maksud kau ni? Aku tak fahamlah.”

“Ish, bengap betullah kau ni.”

“Macam nilah, aku datang ke kafe kau sekarang. Kau beritahu dengan Yurina, tunggu aku di kafe. Sekarang juga aku datang,” ujar Moza memberi kata putus.

“Yurina tak ada dekat sini. Rasanya dia masih di kolej.”

“Okay. Kau call dia. Kau beritahu dia supaya terus datang ke kafe. Jangan tumpang teksi atau sesiapa.”

“Okay.”

Sebaik panggilan tersebut diputuskan, Moza bergegas keluar dari pejabatnya. Butang lif ditekan berulang kali menuju ke tingkat bawah sebelum kembali berlari anak mendapatkan Aryan. Dia mahu Aryan menemaninya ke kafe Karyenna.

“Astaghfirullahalazim,” Aryan terkejut. Hampir saja dia  mengeluarkan carutan.

“Kau kena ikut aku sekarang!”

“Kemana?” Aryan mengerut hairan. Wajah Moza yang panik dipandangnya.

“Ada orang nak bunuh Yurina.”

“Apa? Bunuh Yurina? Kau jangan main-main,” sekali lagi Aryan terkejut. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

“Kita ke kafe Karyenna sekarang.”

Aryan pantas mengejar Moza. Keduanya berlari anak melahirkan kehairanan dimata pekerja lain.


Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mmel Ismail