Home Novel Cinta RINDU YANG HILANG
Bab 32

Moza menarik nafas lega. Apa yang selama ini menjadi persoalan akhirnya terjawab. Dia tidak lagi dihantui tanda tanya mengapa Andy perlahan berubah sikap. Namun dia juga tidak menyangka kalau selama ini rupanya Andy yang menjadi punca dia harus kehilangan kedua orang tuanya. Dia sendiri terkejut dengan pengakuan Andy. Pengakuan yang dia sendiri tidak jangka.

Air matanya perlahan jatuh menitik menimpa tanah kubur kedua ibu bapanya. Dia benar-benar tidak menyangka, jika selama ini Andy yang dipercayainya sanggup menikamnya dari belakang. Dia tidak menyangka jika selama ini Andy bersubahat dengan Sandra, modelnya dalam usaha hendak membunuhnya.

“Moza...” Dawson memegang bahu adiknya. Moza pantas mengesat air matanya.

“Dahlah. Mak dan ayah dah pun tenang dekat sana,” ujar Dawson. Belakang adiknya kini digosok perlahan.

Moza hanya diam. Dia masih ingat apa yang berlaku kira-kira tiga tahun yang lalu dimana dia seharusnya mengikut kedua ibu bapanya yang ingin menghantar Dawson ke lapangan terbang. Namun Allah berkehendak lain apabila dia tiba-tiba dihubungi Aryan dan memintanya untuk datang kepejabat.

Tidak sanggup mengenangkan apa yang berlaku, Moza kembali menangis teresak-esak. Dia benar-benar merindui kedua orang tuanya. Dia mahu memeluk ibu dan ayahnya yang selama ini setia disisinya.

Dawson turut mengesat air matanya yang turun. Pengakuan Andy membuatkan dia kembali mendapat ingatan. Dia ingat lagi dimana sebuah pacuan empat roda tiba-tiba memotong dan membelok ke kiri dengan mengejut. Ayahnya yang sedang memandu tidak sempat membrek dan menyebabkan kenderaan yang dipandunya terbabas dan terbalik sebelum melanggar pembahu jalan.

Dawson yang dikala itu sedang tersepit ditempat duduk penumpang dapat melihat Andy turun dari kenderaannya bersama Sandra dan menghampirinya. Tiada sebarang bantuan diberikan Andy selain mengukir senyuman gembira.

Darah yang memercik keluar dari kepala seolah menjadi lawak untuk Andy tersenyum lebar. Namun senyumannya itu tidak bertahan lama apabila dia tidak melihat Moza yang sepatutnya turut terlibat dalam kemalangan itu.

“Andy, kita kena perg sekarang,” ujar Sandra.

Hanya itu yang dapat didengar Dawson. Pandangannya yang mula kabur ditambah lagi dengan rasa sakit yang teramat sangat membuatkan Dawson akhirnya tidak mampu untuk berbuat apa. Matanya perlahan tertutup dan kini setelah tiga tahun, barulah dia kembali mencelikkan mata.

Dawson membiarkan Moza menangis dipelukannya. Dia sendiri tidak menyangka jika keluarganya harus dipisahkan dengan cara sedemikian rupa. Namun dia pasrah jika itu ketentuan Allah.

“Dawson, Moza...” Pak Ehsan memanggil kedua adik beradik itu dengan perlahan. Ditangannya ada sebuah jag berisi air bunga.

Moza mengesat air matanya yang ada dipipinya. Jag berisi air bunga perlahan disambut dari tangan abangnya sebelum disiramkan ke kubur kedua ibu bapanya.

Dawson turut berbuat hal yang sama dengan adiknya. Sisa air bunga disiram keseluruh kubur ayah dan ibunya. Beberapa kuntum bunga cempaka turut diletakkan diatas kubur.

“Marilah balik. Hari dah nak malam,” ujar Pak Ehsan.

Dawson dan Moza hanya menurut. Tikar mengkuang yang menjadi alas duduk kembali digulung. Dua buah buku Yassin turut dimasukkan kedalam beg kecil dan diserahkan kepada Pak Ehsan.

“Dahlah. Jangan menangis lagi. Buruk,” ujar Dawson separuh mengusik. Wajah adiknya yang basah dilap dengan sapu tangan miliknya. Moza hanya tersengih malu.

Dawson memeluk adiknya. Moza pula turut membalas pelukan tersebut dengan lebih erat. Jauh didalam hati, dia berjanji untuk menjaga dan melindungi abangnya. Abang yang kini menjadi satu-satunya ahli keluarganya selain Pak Ehsan.


Astaghfirullahalazim. Mimpi berulang lagi. Yurina tidak lagi mampu menutup matanya. Fikirannya asyik teringat akan mimpinya dimana dia bertemu dengan arwah kakaknya. Melalui mimpi itu, dia dapat melihat betapa bahagianya kakaknya bersama seorang lelaki namun lelaki itu sama sekali tidak mampu dipandang dengan jelas. Dia tidak dapat mengagak siapakah lelaki misteri itu.

Yurina menggerakkan badannya ke kanan. Bantal guling yang terlunjur dipeluk dengan erat. Dia mencuba untuk memahami akan maksud mimpinya itu. Namun entah mengapa, dia juga teringat akan lelaki yang telah meninggalkan kakaknya itu. Lelaki yang sanggup menghancurkan hati kakaknya sehingga kakaknya menangis setiap hari. Menangis dan menangis sehingga tiada lagi air mata yang keluar.

Mata yang celik kembali dipejam rapat. Dia mencuba untuk kembali tidur menghilangkan bayangan lelaki itu namun dia gagal. Otaknya masih lagi berfikir akan lelaki itu. Lelaki yang akan dicarinya sehingga dapat.

Yurina bangun dari katilnya. Dengan perlahan dia menuju kearah suis lampu dan menghidupkannya. Sebuah kotak yang ada dibawah katilnya mula ditarik keluar.

Sebuah buku diari milik kakaknya dicapai. Buku yang sudah berhabuk ditepuk perlahan. Halaman pertama diselak dengan perlahan. Dengan perlahan dia membaca isi hati kakaknya yang ditulis kemas.

Hari ini aku dapat berita. Aku disahkan mengidap leukimia. Leukimia yang sering dikaitkan dengan darah putih yang berlebihan. Namun aku bersyukur. Aku bersyukur kerana Allah memberiku peluang untukku mengenalNya. Peluang yang jarang sekali diperolehi insan lain. Dan aku berjanji akan menjaga peluang tersebut dengan baik.

Yurina mengukir senyum. Sikap positif arwah kakaknya sering membanggakan dirinya. Dia mula merindui arwah kakaknya namun dia tahu dia hanya mampu mengirim doa untuk kakaknya. Halaman kedua mula diselak.

Sudah sebulan aku tinggal dihospital. Jejaka yang ku cinta juga tidak lagi ku lihat. Kemanakah dia? Adakah dia sedang membuatkan kejutan untukku? Aku berharap dia sihat. Tidak seperti diriku yang kini menunggu malaikat maut datang mencabut nyawaku.  

Yurina menutup diari tersebut. Dia tidak sanggup untuk membaca lebih banyak. Hatinya kembali sakit mengenangkan lelaki itu.


Hawa diam. Dia kehilangan kata-kata. Ucapan Yurina dalam diam menakutkannya. Dia tidak menyangka jika selama ini rakannya itu mempunyai dendam pada seorang lelaki. Lelaki yang sanggup merosak kebahagian kakaknya.

Yurina mendengus kasar sebaik pensyarahnya masuk kedalam dewan kuliah. Notanya pantas diletakkan diatas meja berserta sebatang pen.

“Yurina, kau okay tak?” tanya Hawa walaupun dia tahu akan jawapan rakannya itu.

Yurina hanya melepaskan keluhannya. Dia mula tidak bersemangat untuk belajar. Ajaran pensyarahnya sama sekali tidak dipedulikan. 

“Yurina, apa yang awak fikirkan?” dengan suara yang lantang, pensyarah yang dikenali dengan nama Puan Mariya bertanya. Cermin matanya yang sedikit terturun kembali dinaikkan.

“Tak ada apa,” jawab Yurina perlahan. 

“Kalau tak ada apa, kenapa awak tak fokus ke sini? Awak cuba untuk belajar dengan ilmu teleportasi ke?”

Pertanyaan Puan Mariya membuatkan seisi pelajar tertawa geli hati. Yurina hanya diam. Tidak sedikitpun dia merasa lucu dengan pertanyaan pensyarahnya itu. Yang kedengaran hanyalah dengusan nafasnya.

Kepalanya mula menunduk. Semangatnya untuk belajar kini benar-benar hilang. Sindiran Puan Mariya sama sekali tidak mendatangkan kesan pada dirinya. Dirinya umpama berada disatu dunia berbeza. Anggota badannya tinggal di alam nyata namun fikirannya sudah berpindah ke lain alam.

“Yurina, kau okay tak ni?” Hawa menggamit. Dia sendiri buntu dengan kelakuan rakannya itu. Jika dulu, dia seorang pelajar yang bersemangat tapi kini dia tidak lagi seperti dirinya. Pelajaran yang selama ini digenggam kemas kini dibiarkan berpindah ke penuntut yang lain. Dia tidak seperti seorang pelajar yang bersungguh mencari ilmu.

Puan Mariya mendengus kasar. Sindirannya pada pelajarnya itu seperti tidak mendatangkan kesan. Dirinya seolah berkata pada dirinya sendiri. Penuntut yang lain juga sudah mula berbuat hal sendiri. Ada yang sedang menelaah dan ada juga yang sudah berbual sesama sendiri. Tidak ketinggalan seorang dua penuntut yang masih memandang kearahnya menuju penerangan yang selanjutnya.


Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 petang. Yurina yang habis kelas kini mengorak langkah keluar dari perkarangan kampus. Dia mahu bekerja dan mencaari nafkah. Dia tidak mahu bersembunyi dan mengharapkan ihsan orang lain apatah lagi pada Moza yang sudah membantunya selama ini.

Bunyi hon tiba-tiba ditangkap oleh telinga Yurina. Pantas kepalanya menoleh dan melihat Hawa sedang memberhentikan kereta Myvinya betul-betul disebelahnya.

“Marilah masuk Yurina. Biar aku hantar kau kerja,” ujar Hawa. Tangannya melambai meminta rakannya itu untuk masuk kedalam kenderaannya. Yurina hanya menurut.

Hawa kembali memandu keretanya keluar dari kawasan kampus. Kedua tangannya erat memegang stereng kenderaan. Sesekali dia menoleh dan memandang Yurina yang hanya mendiamkan diri.

“Kau okay ke ni Yurina? Dari tadi kau asyik diam je? Takkanlah kau masih fikirkan lelaki yang tinggalkan arwah kakak kau tu?”

Yurina melepaskan keluhannya. Dia sendiri tidak pasti dengan apa yang sedang bermain di kotak fikirannya. Apa yang pasti, hari ini dia tidak mempunyai mood yang baik. Sikap positifnya hilang tanpa sebarang jejak.

“Nak makan dulu tak?” Hawa menukar topik perbualan. Perutnya mula berbunyi.

“Tak apalah. Aku nak cepat kerja hari ini,” Yurina menolak.

“Tapikan kau belum makan? Nanti gastrik macamana?”

Yurina diam. Dia kembali melemparkan pandangan keluar tingkap. Memang benar dia merasa lapar namun wangnya yang semakin nipis memaksanya untuk mengikat perut. Dia terpaksa mengorbankan makannya demi menyimpan wang yang semakin sedikit.

Hawa membelok masuk kesebuah kedai makan. Dari luar, Hawa dan Yurina dapat melihat pelanggan yang begitu banyak sehingga mereka terpaksa beratur panjang demi mendapatkan hidangan istimewa yang menjadi menu utama mereka.

“Apa kata makan di kafe Kak Karyenna?” Yurina memberi pendapatnya.

“Dimana? Kafe tempat kau kerja tu?” Hawa kembali menyoal dan Yurina hanya mengangguk.

“Erm... Boleh juga. Kenapalah aku tak terfikir tadi?”

Hawa kembali memandu kenderaannya menuju ke kafe Karyenna tempat dimana Yurina bekerja sebagai pelayan. Yurina kembali membisu. Lagu yang diputar penyampai radio mula berdendang didalam fikirannya.

Selang beberapa minit memandu, akhirnya Hawa memberhentikan kenderaannya betul-betul dihadapan kafe Karyenna. Apatah lagi dengan sebuah parkir kosong yang tersedia membuatkan Hawa tidak melepaskan peluang tersebut.

Yurina keluar dari Myvi tersebut. Langkah diatur sederhana perlahan menghampiri pintu kafe tersebut. Dibelakang, Hawa hanya membututi. Matanya sempat memandang beberapa buah pasu bunga yang dihias dengan bunga-bunga yang harum dan berwarna warni. Dalam diam dia memuji perubahan kafe tersebut. Tidak seperti kali pertama dia melihat kafe tersebut, kafe yang dianggapnya sebagai rumah hantu.

Sebaik pintu ditolak, Yurina tiba-tiba terpaku. Matanya tertumpu pada sekumpulan manusia yang turut melibatkan majikannya. Karyenna hanya tersenyum dan melambai.


Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mmel Ismail