Home Novel Cinta RINDU YANG HILANG
Bab 5

BAB 5

M

oza mendengus kasar. Telefon pintarnya yang asyik berdering membuatkan dia tidak fokus untuk memandu. Kereta jenis Audi yang dipandunya segera diberhentikan di tepi jalan sebaik memberi signal untuk mengubah laluan ke tepi. Dengan pantas dia mencapai telefon pintarnya yang ada ditempat duduk pemandu.

“Siapalah yag asyik menelefon ni? Dia tak tahu ke aku tengah memandu ni?” omel Moza seorang diri. Nama rakannya Andy tertera diskrin telefonnya.

“Hello Andy.”

 “Moza, kau dimana? Ambil aku di airport sekarang,” pinta Andy terus. Moza mengerutkan dahinya sedikit terkejut.

“ Itu je? Berkali-kali kau call hanya kerana nak minta aku jemput kau di airport? Buang tebiat ke?”

“Alah. Aku nak kau yang ambil aku. Lagipun aku nak tengok abang kau juga. Bolehlah,” pinta Andy lagi sedikit merayu.

Moza melepaskan keluhannya. Jam di tangan kirinya dipandang sekejap lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal. Cuaca yang begitu panas membuatkan dia tidak tahan untuk berada lama di luar. 

“Moza, kau dengar tak? Ambil aku di airport sekarang.”

“Yalah. Tunggu sekejap. Macam perempuan,” ujar Moza lalu menamatkan panggilan tersebut. Telefon pintarnya kembali diletakkan di tempat duduk pemandu.

“Macam-macamlah kau ni Andy,” rungut Moza. Dengan pantas, dia kembali memandu keretanya dan mengubah laluan menuju ke lapangan terbang. 

Andy tersenyum lebar. Dia tahu rakannya itu tidak akan menghampakannya. Beg berisi hadiah pemberian peminatnya di Australia tempoh hari ditatap seketika. Dia tidak sabar untuk memberi berita gembira pada rakannya itu. Walaupun dalam pada masa yang sama, hatinya sakit melihat Moza.


Setelah hampir setengah jam menunggu di luar airport, akhirnya dia dapat melihat kenderaan rakannya masuk ke dalam perkarangan lapangan terbang. Namun dia hanya berdiam diri dan membatu, tidak bergerak mendapatkan rakannya.

Moza mendengus kasar apabila melihat Andy yang tidak bergerak. Dengan berat hati, dia keluar dari keretanya dan menghampiri Andy yang hanya tersengih bagaikan kerang busuk.

“Kau dah kenapa? Tersampuk dengan hantu ke sampai senyum-senyum macam tu?” tanya Moza apabila melihat rakannya yang hanya tersenyum memperlihatkan giginya yang cantik tersusun.

“Senyum pun salah ke?” tanya Andy kembali. Dipandangnya Moza yang begitu bergaya dengan pakaian yang dipakainya. Tshirt berwarna putih dilapisi dengan cardigan panjang berwarna coklat abu membuatkan dia kelihatan begitu bergaya ditambah lagi dengan seluar jeans yang koyak dibahagian lutut.

“Taklah salah tapi janganlah senyum melampau macam beruk dapat bunga,” jawab Moza. Rambut depannya yang sedikit terjuntai mula bergerak ditiup angin lembut.

“Kau kata aku beruk ke?”

“Terasa ke? Rasanya aku tak sebut pun nama kau, Andy.”

Andy mencebik tidak puas hati sementara Moza hanya tersenyum. Beberapa orang wanita mula tertarik sebaik memandang Moza yang begitu bergaya ditambah lagi dengan ketinggiannya yang sering diimpikan seorang wanita.

“Dahlah. Mari masuk. Aku tak nak jadi pusat perhatian disini,” ujar Moza setelah menyedari akan lambaian sekumpulan wanita kearahnya.

“Hei, tolonglah aku. Lagipun ini beg kau.”

“Beg aku? Aku mana ada beg lain,” jawab Moza. Dia hairan melihat sebuah beg yang ditunjuk rakannya.

“Ini hadiah dari peminat kau. Selama tiga bulan, hampir setiap hari aku dapat hadiah. Tapi kau jangan risau, separuhnya aku dah ambil.”

“Apa? Kau ambil? Hadiah apa yang kau ambil tu?” terkejut Moza sebaik mendengar kata-kata rakannya.

“Hadiah apa yang aku ambil? Macam coklat, makanan ringan dan juga pakaian. Baju yang aku pakai ni hadiah dari peminat kaulah,” beritahu Andy sambil memperlihatkan baju sweater berlogo koala yang dipakainya.

“Alah, kau janganlah marah. Lagipun baju ni tak muat dengan kau,” sambung Andy sambil tersengih.

“Banyaklah kau tak muat. Bukan badan kita sama je ke?”

“Ye ke? Tak ingat pula aku,” jawab Andy. Moza hanya menggeleng. Dicapainya beg yang berisi dengan hadiah dan ditariknya menuju ke kenderaannya yang diletakkan di tepi jalan.

“Eh, takkan kau bawa itu saja? Tolonglah bawa yang ini juga,” ujar Andy sebaik melihat rakannya hanya membawa beg hadiahnya. 

“Kau bawa sendiri. Itu hukuman sebab ambil hadiah aku,” jawab Moza.

Moza melangkah menghampiri kenderaannya. Sebaik bonet kereta dibuka, dia segera memasukkan beg tersebut dan menunggu Andy yang sarat dengan beg pakaiannya. Sekumpulan wanita yang masih berdiri disatu sudut sambil memandangnya membuatkan dia semakin tidak selesa.

“Lambatlah kau ni Andy. Cepat sikit,” ujar Moza. Dia tidak mahu dirinya ditatap sedemikian rupa oleh sekumpulan wanita tersebut.

Tanpa disangka, salah seorang dari sekumpulan wanita tersebut menghampiri Moza. Senyumannya diukir lebar sambil melangkah dengan pantas. Moza yang menyedari hanya tersenyum nipis.

‘Kenapa pula dengan dia ni? Tersenyum-senyum. Aku tak naikkan zip seluar ke?’ detik hati Moza apabila melihat wanita tersebut hanya tersenyum menghampirinya. Sempat juga dia menunduk dan memandang zip seluarnya.

“Hai, saya Risha.” 

Moza hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum nipis. Dia tertanya-tanya mengapa wanita muda itu menghampirinya.

“Nama awak apa? Takkan awak hanya diam tak kenalkan diri?” tanya Risha. Dia mula bersikap gedik. Bajunya yang agak seksi sengaja dilondehkan berharap Moza akan termakan godaannya.

“Maafkan saya cik tapi saya sibuk sekarang. Saya nak cepat,” ujar Moza. Dia mencuba untuk mengelakkan diri daripada bersoal jawab dengan wanita muda itu. Apatah lagi melihat tingkah wanita itu yang sengaja memperlihatkan sesuatu yang berharga.

“Sombonglah awak ni. Tapi tunggu, saya macam pernah tengok muka awak tapi dimana ya?”

Moza menelan air liurnya. Tatapan wanita tersebut membuatkan dia semakin merasa tidak selesa. Jauh didalam hati, dia juga khuatir sekiranya wanita tersebut mengenalnya. Dikerlingnya Andy yang masih terkial-kial membawa beg pakaiannya. Ikutkan hati mahu saja dia masuk kedalam kereta dan meninggalkan rakannya itu.

“Maafkan saya tapi saya kena bantu rakan saya sekarang. Maaf,” ujar Moza. Dia segera menghampiri Andy dan meninggalkan wanita tersebut yang masih berdiri di belakang keretanya.

“Andy, cepatlah sikit. Kau ni lambat sangatlah,” ujar Moza dengan suara yang perlahan namun tegas.

“Macamana aku tak lambat. Barang aku banyak dan kau sedikit pun tak nak menolong. Menyesal pula aku bawa hadiah tu,” rungut Andy. 

“Marilah sini barang kau tu. Dan aku minta kau jangan layan perempuan tu. Masukkan semua beg kau dalam bonet dan terus masuk dalam kereta.”

Andy mengerutkan dahinya. Dia tidak faham kenapa Moza memintanya untuk berbuat demikian. Dipandangnya wanita berumur dalam lingkungan 20an yang berdiri dibelakang kereta sambil memandang mereka.

“Siapa tu Moza? Peminat kau ke?” tanya Andy. Dipandangnya Moza yang hanya diam tidak memberi sebarang reaksi.

“Entah. Aku pun tak tahu dan aku tak nak tahu. Apa yang aku tahu, aku nak kita pergi dari sini sekarang. Aku tak kuasa nak berkenalan dengan perempuan yang menyakitkan mata aku,” jawab Moza dengan suara yang terkawal. Dia tidak mahu wanita tersebut mendengar kata-katanya.

“Tapi cantik juga perempuan tu. Kau tak tanya nama dia ke?”

Moza menjeling. Beg pakaian Andy ditariknya menghampiri keretanya lalu dimasukkan kedalam bonet. Wanita tersebut masih tetap memandangnya bagaikan cuba mengingat dimana dia pernah melihat Moza.

“Kenapa dengan awak ni? Awak memang macam ni ke?” tanya Risha. Moza tersentak tidak faham.

“Maksud cik apa ya?” tanya Moza kembali. 

“Hei, rasanya saya dah beritahu nama saya tadi. Nama saya Risha dan jangan panggil saya dengan panggilan cik.”

“Maafkan saya.”

“Awak ni tak habis-habis minta maaf. Saya ada buat salah ke?” tanya Risha. Dia benar-benar geram melihat sikap lelaki yang ada didepannya.

‘Memang kau ada buat salah sebab berdiri didepan aku dengan pakaian yang tak cukup kain. Ikutkan hati, nak saja aku menampal baju kau ni dengan lebihan kain aku. Ish,” detik hati Moza geram. 

“Awak ada nak cakap sesuatu ke?” 

Moza tersedar dari lamunannya. Dengan pantas dia menggeleng. Dipandangnya wanita tersebut sambil tersengih. Andy yang semakin menghampirnya segera dibantu. Beg pakaian milik rakannya dimasukkan kedalam bonet kereta.

Baru sahaja Andy ingin membuka mulut menegur wanita tersebut, Moza pantas menarik Andy agar masuk kedalam kereta. Andy yang terkejut cuba membantah namun Moza tetap memaksa.

“Apa ni Moza? Biarlah aku berkenalan dulu dengan perempuan tu,” ujar Andy namun Moza enggan mendengar. Moza tetap memaksanya masuk kedalam kereta.

“Kau duduk diam-diam. Kalau kau keluar, aku akan pastikan kau kena sunat untuk kali yang kedua.”

“Apa ni Moza?” tersentak Andy mendengar ugutan rakannya. Namun Moza tidak mengendahkannya. Ditutupnya pintu kereta denga rapat lalu berpusing mengelilingi keretanya. Dia segera masuk kedalam kereta dan meninggalkan Risha yang masih berdiri di belakang keretanya.

“Pergi macam tu saja?” Risha tersentak melihat lelaki yang ingin dikenalinya pergi meninggalkannya. Dia benar-benar tidak menyangka betapa dinginnya hati lelaki tersebut.

“Dahlah Risha. Dah orang tak nak, jangan dipaksa,” ujar salah seorang rakannya yang menghampirinya. Risha mencebik tidak puas hati. Kedua tangannya disilang memeluk tubuh.

“Kurang ajar. Berani dia tinggalkan aku macam tu saja? Dia tak kenal siapa aku sebenarnya,” Risha mencebik tidak puas hati.

“Hei Risha. Kau tak kenal ke siapa dia sebenarnya?” 

“Apa maksud kau? Dia bukannya artis,” jawab Risha. Dipandangnya rakannya, Diana yang hanya tersenyum berdiri antara rakannya yang lain.

“Itu Moza, Risha. Dia tu pereka fesyen yang terkenal. Takkan kau tak pernah tengok dia didalam majalah?”

Risha tersentak. Dia benar-benar tidak mengecam akan lelaki tersebut. Jauh didalam hati, dia mula terasa malu kerana bercakap tidak sopan dengan lelaki tersebut. Wajahnya perlahan memerah.

“Lelaki yang terkenal dengan fesyen pun kau tak kenal, Risha. Kau kata kau minat dengan fesyen,” sindir salah seorang rakannya yang lain. Risha hanya menjeling.

“Dahlah. Aku nak balik,” ujar Risha. Dengan pantas, dia melangkah menuju ke kenderaan Mini Cooper yang diletakkan di tempat letak kereta. Dia benar-benar terasa malu atas tindakannya sendiri.


Kereta Audi yang dipandu Moza meluncur laju membelah jalan raya. Sesekali Moza memotong kenderaan lain dibahagian kiri jalan. Andy hanya berdiam diri masih tidak berpuas hati. Namun sesekali merengus mengerling Moza.

“Apa kena dengan kau sebenarnya Moza?” tanya Andy setelah agak lama mendiamkan diri. Dia tidak tahan untuk tidak bertanya pada rakannya mengapa Moza melarangnya menegur wanita tersebut.

“Apa?”

“Kau kenal ke dengan perempuan tu sebenarnya?”

“Siapa?”

“Ish, boleh tak kau jangan tanya balik?”

“Apa maksud kau? Siapa yang kau maksudkan ni? Perempuan tak cukup kain tadi tu ke?”

“Siapa lagi? Takkanlah aku tanya pasal mak cik cleaner di airport tadi?’

Moza hanya diam. Dia kembali fokus akan pemanduannya. Andy yang ternanti-nanti akan jawapan rakannya kembali mencebik. Pandangannya turut dialihkan memandang keluar tingkap.

“Kau nak singgah mana-mana tak?” tanya Moza sekilas memandang rakannya. 

“Kita singgah di kedai buah sekejap,” ujar Andy. Moza mengangguk lalu membelok masuk ke sebuah simpang dan segera memarkirkan kenderaannya ditempat letak kereta. Dia dapat melihat sebuah kedai baru yang menjual pelbagai jenis buah-buahan tempatan dan antarabangsa.

“Banyak betul kedai baru buka,” ujar Andy. Moza hanya mengangguk lalu keluar dari keretanya diikuti dengan rakannya.

“Kau nak beli buah apa?” tanya Moza. Dipandangnya ke kiri dan kanan sebelum melintasi jalan mengikuti Andy.

“Entah. Abang kau si Dawson suka buah apa? Aku cadang nak belikan abang kau buah tangan.”

“Kau nak belikan untuk Dawson ke?”

“Yalah. Takkanlah aku nak belikan untuk orang lain. Entah apa kau punya soalan ni.”

Moza hanya tersengih. Langkahnya diatur sebaik keluar dari keretanya menuju ke kedai buah. Lagipula dia sudah tidak sabar hendak menikmati buah strawberi yang menjadi kegemarannya.



Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mmel Ismail