Home Novel Cinta RINDU YANG HILANG
Bab 33

Senyuman lebar diukir diwajahnya yang bebas jerawat. Yurina yang tergamam dipandangnya dengan geli hati. Apatah lagi dengan Darryl, seorang lelaki yang juga anak kepada Datin Maria yang menjadi pelanggan setia butiknya. Aryan pula semakin asyik mengusik Karyenna yang dalam diam disukainya.

“Yurina, ini Darryl.” Moza memperkenalkan keduanya. Yurina sedikit membongkok memberi hormat. Hawa pula tergamam terpaku melihat ketampanan Darryl yang baginya cukup untuk membuatkan jantungnya berdegup kencang.

“Hawa...”

Hawa tersentak sebaik Moza menegurnya. Mulutnya yang terlopong pantas ditutup. Dia mula malu apatah lagi Darryl sempat melemparkan senyuman mahalnya.

“Yurina, awak okay?” Karyenna pula menegur. Sejak pekerjanya masuk, tidak sedikitpun dia melihat senyuman yang muncul diwajah Yurina.

“Okay...” Yurina menjawab perlahan.

“Awak nampak tak sihat? Demam ke?” Darryl pula menegur. Dia mencuba untuk berborak dengan Yurina.

“Saya tak ada apa-apa,” jawab Yurina. Kepalanya masih menunduk dan enggan bertentang mata dengan lelaki kacak itu. Darryl hanya mampu tersenyum nipis mendengar jawapan Yurina.

“Jadi Darryl, kerja apa sekarang? Dah lama tak nampak mami awak datang butik?” Aryan menukar topik perbualan. Dia tidak mahu suasana menjadi sepi seperti di kuburan.

“Syukur alhamdulillah, saya dapat kerja di Australia tapi saya minta untuk ditukar disini.,” jawab Darryl. Anak matanya seseakali memandang Yurina yang seperti tidak ingin mendengar perbualan mereka.

“Wah, kerja di Australia. Kerja apa ya?” tanya Aryan lagi. Hatinya tidak puas selagi tidak mengetahui kerja anak muda itu.

“Ern... Saya minta diri dulu,” Yurina tiba-tiba memotong. Dia bangun dari tempat duduknya dan berlalu ke belakang. Hawa hanya tersengih bagaikan kerang busuk.

Darryl dan Moza memandang Yurina dengan penuh tanda tanya. Masing-masing dilanda persoalan tentang apa yang berlaku pada Yurina. Karyenna turut merasa pelik dengan perangai pekerjanya. Perlahan dia menghampiri Hawa dan bertanya tentang apa yang berlaku.

“Kenapa dengan Yurina?” tanya Karyenna separuh berbisik. Dia tidak mahu Yurina mendengar pertanyaannya dan menganggapnya sebagai seorang yang suka mencampuri urusan orang. Darryl dan Moza segera memasang telinga. Begitu juga dengan Aryan. Empat pasang mata kini memandang Hawa menunggu jawapan.

“Ern... Yurina sebenarnya...” Hawa mula gelabah. Dia tidak tahu bagaimana hendak memula kata. 

“Dia sakit ke?” Moza mencuba untuk meneka namun Hawa pantas menggeleng.

“Ke dia putus cinta dengan boyfriend?” Aryan pula bersuara namun tekaan tersebut membuatkan Hawa mengerutkan dahi.

“Yurina tak ada boyfriend,” jawab Hawa.

“Masalah keluarga?” Karyenna mengambil giliran namun jawapan Hawa tetap sama.

“Dah tu apa?” Moza mula menggaru kepalanya. Dia mula buntu.

“Yurina sakit hati dengan seorang lelaki.”

“Hah? Sakit hati? Sakit hati dengan siapa?” tanya Karyenna.

“Dengan teman lelaki arwah kakaknya,” jawab Hawa. 

“Teman lelaki arwah kakaknya? Eh, tak fahamlah,” Aryan turut menggarukan kepalanya.

“Maksud Hawa ialah teman lelaki kepada arwah kakak Yurina,” Darryl membantu menerangkan. Hawa mengangguk.

“Kenapa dengan lelaki tu? Dia buat apa sampai Yurina sakit hati?” Aryan kembali bertanya.

“Erm... Kata Yurina, lelaki tu tiba-tiba menghilang bila saja kakak Yurina masuk hospital,” perlahan Hawa bercerita. Risau juga hatinya jika rakannya keluar dan mendengar dirinya.

“Lelaki tu kemana?”

“Ish, soalan apa yang kau tanya ni Aryan?” Moza mencelah.

“Kakak Yurina mengidap leukimia. Jadi bila saja kakak Yurina masuk hospital, lelaki tu tiba-tiba menghilangkan diri sedangkan lelaki tu dah pun melamar kakak Yurina untuk jadi isterinya,” cerita Hawa.

Semuanya tiba-tiba mendiamkan diri. Mereka mencuba untuk memahami apa yang diceritakan Hawa.. Hanya Darryl yang mengangguk tanda faham sementara yang lain mula terkebil-kebil.

“Dah melamar tapi tiba-tiba hilangkan diri? Jadi sampai sekaranglah lelaki tu tak munculkan diri?” tanya Darryl pula dan Hawa hanya mengangguk.

“Kenapa tak cari lelaki tu?” Moza memberi cadangan. Aryan mengangguk bersetuju.

“Nak cari dimana? Dia tak tahu dimana lelaki tu tinggal. Lagipun dia tak berapa kenal lelaki tu, hanya berjumpa sekali dua. Yang dia tahu hanyalah nama. Itupun nama depan saja,” balas Hawa.

“Jadi apa nama lelaki tu? Mana tahu kenal,” Aryan bertanya lagi. 

“Erm... Kalau tak salah namanya Dawson.”

Moza yang baru hendak menghirup air kopinya pantas tersedak. Air kopi yang masih panas sempat menyambar bibirnya. Dia benar-benar terkejut.

Aryan pantas menghulurkan sekotak tisu. Dia sendiri terkejut dengan apa yang didengarnya. Begitu juga dengan Darryl dan Karyenna. Masing-masing tidak percaya.

“Kenapa? Kamu semua kenal ke dengan lelaki nama Dawson tu?” Hawa pula dilanda tanda tanya apatah lagi dengan riak wajah yang berubah drastik.

“Dawson abang Moza,” jawab Aryan dan Hawa terkejut.

“Tapi kita tak boleh tuduh Dawson macam tu saja. Lagipun nama belakang lelaki tu kita tak tahu,” Karyenna pantas mencelah. Dia tidak mahu bertindak melulu. Baginya lebih baik berbincang dan menyiasat sebelum menuduh tanpa bukti.

“Setahu aku Dawson tak ada girlfriend,” ujar Moza.

“Manalah kau nak tahu Moza. Kau asyik kerja dua puluh empat jam,” balas Aryan.

“Hei, walaupun aku kerja tapi hal peribadi Dawson aku tahu tau. Aku tahu siapa kawan dia.”

“Setakat kawan, apalah sangat?” Aryan dan Moza kini bertikam lidah.

“Arwah kakak Yurina takkan tak beritahu siapa lelaki tu? Biasanya perempuan akan bercerita tentang lelaki idaman pada adik beradiknya,” ujar Darryl tenang. Maklumlah, dia merupakan seorang doktor yang baru sahaja habis melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat.

“Entahlah. Itu saya tak tahu,” jawab Hawa.

“Jangan risaulah. Lelaki tu bukannya abang Moza,” Yurina tiba-tiba menyampuk dan mengejutkan semua orang. Hawa mula mengigit bibirnya risau jika rakannya itu akan memarahinya kerana memberitahu masalahnya.

“Maaflah... Kami bukannya nak masuk campur tapi...”

“Tak apa. Saya tak kisah,” potong Yurina. Darryl yang tidak sempat menghabiskan ayatnya hanya mengangguk. Masing-masing kembali membisu. Moza masih lagi bertikam lidah tanpa suara dengan Aryan. 


Tepat pukul 9 malam, Yurina bergegas untuk balik ke rumahnya. Badannya yang terasa begitu penat akibat seharian bekerja membuatkan dia lebih ingin sampai ke rumah. Bas yang kebetulan lewat pantas ditahan sebelum Yurina menapak masuk kedalam perut bas.

Earphone diletakkan di kedua belah telinganya. Dia tidak mahu mendengar sebarang bunyi membingitkan selain muzik yang ada didalam telefonnya. Matanya turut ditutup rapat. Dia mencuba untuk menghilangkan semua perasaan buruknya.

Badannya yang lemah disandar pada tempat duduk. Kedua tangannya disilang memeluk tubuh yang perlahan terasa sejuk. Apatah lagi dengan penghawa dingin yang ada didalam bas tersebut.

Bas yang tadi meluncur lancar diatas jalan raya tiba-tiba berhenti dengan mengejut. Bunyi tayar yang berdecit meninggalkan bekas diatas jalan raya turut dapat didengar dengan jelas. Yurina yang tidak sempat berpegang dan terkejut terdorong kehadapan.  Bahagian depannya terhantuk pada besi ditempat duduk dihadapannya.

Rasa pening dan pusing dapat dirasakan Yurina. Pandangannya menjadi berpinar. Dia mencuba untuk bertenang dan berharap rasa peningnya itu hilang namun dia tiba-tiba hilang keseimbangan. Dirinya jatuh dilantai bas. Beberapa orang penumpang mula meluru kearah Yurina dan membantu. 

Pemandu bas turut panik. Tempat pemandunya pantas ditinggal mendapatkan Yurina yang menjadi penumpang setianya. Pipi Yurina ditepuk perlahan. Dia mula memandang beberapa orang penumpang yang memberi cadangan agar menghantar Yurina ke hospital.


Gelas yang dibasuh tiba-tiba terlepas dari tangannya dan jatuh menimpa lantai rumahnya sebelum pecah. Puan Aishah terkejut. Hatinya mula berdegup tidak tenang. Entah mengapa ruang fikirannya sudah mula memikirkan Yurina yang masih belum balik. Jam dinding rumahnya dipandang. Sudah pukul 9.15 malam namun anak saudaranya tetap tidak memperlihatkan diri.

“Ya Allah, Kau lindungilah Yurina dari sesuatu yang buruk. Hanya Engkaulah menjadi tempat untukku mengadu,” Puan Aishah berdoa. Dia benar-benar risau. Dia semakin tidak tenang.

Telefon bimbitnya yang diletakkan diruang tamu mula berbunyi nyaring. Puan Aishah bergegas mendapatkan telefonnya itu. Pinggan mangkuk yang masih tersisa di singki tidak lagi diendahkan.

Puan Aishah semakin risau. Apatah lagi dengan adanya nombor tidak dikenali yang tertera diskrin telefonnya. Namun setelah menarik nafas beberapa kali, akhirnya dia menjawab dengan perlahan.

“Hello.”

“Hello, betulkah ini ahli keluarga kepada Yurina binti Rahman?” Satu suara tidak dikenali terdengar dihujung talian. 

“Ya, betul. Yurina anak saudara saya. Kenapa ya encik? Apa yang berlaku dengan Yurina? Dia tak apa-apakan?” Puan Aishah semakin tidak tenang.

“Saya Shah dari Hospital nak beritahu jika Yurina ada di hospital sekarang.”

“Hospital? Kenapa dengan dia encik?” Puan Aishah benar-benar terkejut.

“Kepalanya terhantuk pada besi. Tapi puan jangan risau, Yurina sekarang dah stabil dan ditempatkan di wad biasa,” terang Shah lagi.

“Apa? Terhantuk pada besi? Macamana boleh jadi macam tu? Ya Allah, Kau selamatkanlah Yurina.”

Puan Aishah kini menangis. Dia benar-benar tidak dapat menerima kenyataan jika satu-satunya anak saudaranya itu kini terlantar di hospital. Panggilan tersebut pantas diputuskan. Jarinya yang kini menggeletar mula menghubungi Hawa, satu-satunya rakan Yurina yang dia tahu akan nombor telefonnya.

Dengan seribu satu perasaan yang bercampur, Puan Aishah perlahan duduk diatas kerusi kayunya. Air mata yang keluar pantas diseka dengan hujung baju lengannya.

Hawa yang baru sahaja selesai membersihkan diri terkejut dengan nama yang tertera diskrin telefonnya. Setahunya Puan Aishah tidak akan menghubunginya diwaktu sedemikian rupa. Pantas dia teringat akan Yurina yang sepanjang hari itu tidak bersemangat.

“Assalamualaikum mak cik,” Hawa menjawab dengan ramah. Rambutnya yang basah digosok dengan tuala mandinya.

“Waalaikumsalam. Hawa, kamu kena tolong mak cik.”

Hawa terkejut sebaik mendengar suara Puan Aishah yang terdengar serak akibat menangis. Seribu satu pertanyaan mula muncul dikepala Hawa. 

Yurina tak balik lagi ke? Getus hati Hawa. Dia mula memikirkan apakah lagi tindakan Yurina.

“Kenapa ni mak cik? Yurina masih tak balik rumah lagi ke? Tadi dia kata dia akan balik pukul 9 malam,” ujar Hawa.

“Bukan itu. Tadi mak cik dapat telefon dari hospital katanya Yurina ada disana. Kepalanya terhantuk pada besi,” beritahu Puan Aishah.

Hawa terkejut. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang keluar dari mulut wanita berumur itu. Bulu romanya perlahan berdiri tegak. Dia benar-benar tidak dapat mempercayainya.

“Tolonglah mak cik Hawa. Mak cik nak jumpa dengan Yurina. Mak cik takut kalau ada apa-apa berlaku pada Yurina. Hanya Yurinalah satu-satunya ahli keluarga mak cik,” Puan Aishah mula merayu meminta bantuan.  Dia mengenepikan rasa malunya.

Hawa kembali tersedar sebaik mendengar rayuan Puan Aishah. Tanpa berfikir panjang, dia bersetuju. Panggilan telefon tersebut pantas diputuskan. Baju tshirtnya tidak ditukar. Dia mencapai sehelai jaket dan menyarungkan pada badannya.

Dengan seluar slek yang dipakainya, dia berlari turun ke tingkat bawah. Ayah dan ibunya yang sedang menonton televisyen mula memandang Hawa dengan hairan.

“Nak kemana ni Hawa? Takkanlah malam-malam nak keluar?” tanya ibu Hawa. Ayahnya hanya memandangnya.

“Hawa nak ke hospital. Yurina masuk hospital,” beritahu Hawa. Tangannya pantas mencapai kunci keretanya dan juga kasutnya.

“Masuk hospital? Dia sakit apa?” Ayahnya, Encik Ahrin pula bertanya. Isterinya Puan Julia turut tertanya-tanya.

“Kata mak ciknya, Yurina terhantuk pada besi,” jawab Hawa. Kakinya pantas disarung pada kasut putihnya. Rambutnya yang basah dibiarkan tidak terikat.

“Terhantuk pada besi?”

“Okaylah mak, ayah. Hawa pergi dulu ya?” Hawa meminta keizinan. Ayah dan ibunya spontan mengangguk.

“Hati-hati bawa kereta tu,” pesan Encik Ahrin. Hawa hanya mengangguk.

Hawa memandu kenderaannya keluar dari perkarangan rumahnya. Kereta Myvinya mula meluncur laju membelah jalan menuju ke rumah Yurina. Dia  mahu menjemput dahulu Puan Aishah sebelum ke hospital bersama-sama. Didalam perjalanan, mulutnya tidak henti berdoa. Dia mahu rakannya itu selamat.


Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mmel Ismail