Home Novel Cinta RINDU YANG HILANG
Bab 31

Seorang wanita yang berada diluar kelab dihampiri dengan perlahan. Sesekali Moza menoleh memandang abangnya yang sedang bersama Aryan. Dia yakin bahawa rancangannya untuk menjerat Andy akan berjaya. Itupun jikan tiada aral lain yang datang mengganggunya.

“Hai,” Moza menegur. Wanita itu pantas mengukir senyuman dan dengan spontan merapat kearah Moza. Matanya yang liar sudah mula memandang Moza dengan penuh berahi. Lidahnya sengaja dijelir seolah mengumpan mangsa agar masuk kedalam perangkapnya.

“Err.. Maafkan saya. Rasanya awak tak perlu jelir lidah macam tu dengan saya,” tegur Moza lembut. Risau juga hatinya jika wanita itu menanggalkan kasut tumit tingginya dan menancapkannya dikepalanya.

“Kenapa? Awak tak suka?” tanya wanita yang dikenali dengan nama Baby itu. Dia merapatkan kepalanya ke wajah Moza. Moza pantas menjarakkan wajahnya.

“Ya.”

“Kenapa ya? Saya nampak pelik ke?” Baby itu sudah mula terlihat bagaikan orang mabuk.

“Ya, awak nampak macam biawak,” jawab Moza berani dan kali ini wanita itu terdiam. Dia tidak menyangka lelaki itu akan menyamakan dirinya dengan seekor biawak.

“Maafkan saya tapi kalau awak tak kisah, saya perlukan bantuan awak,” Moza pantas menukar topik perbualan. Senyumannya diukir seolah dia sudah mengenal wanita itu.

“Apa yang saya dapat kalau saya tolong awak? Nak ke awak tidur dengan saya?”

Moza menelan air liurnya. Dia sudah menjangkakan perkara itu akan berlaku. Hanya sengihan yang mampu dibuatnya.

“Kalau saya bagi awak duit macamana?”

“Duit? Berapa?”

“Erm... RM100?”

Wanita itu tiba-tiba ketawa. Nilai tersebut seolah tidak bermakna baginya. Moza yang buntu sudah mula menggaru kepalanya.

“Hei, awak nak tahu tak berapa lelaki akan beri jika mereka perlukan servis saya?”

“Berapa?”

“RM500 keatas,” jawab wanita itu bangga.

“Hah? RM500?” Moza sedikit terkejut. 

“Kenapa? Tak percaya?”

“Bukan tak percaya tapi tak terlalu mahal ke?”

“Terpulang pada awak samada nak percaya atau tidak.”

Baby berlalu pergi. Moza mula buntu. Dia berpaling memandang Aryan yang melambai dan mengisyaratkannya untuk mengejar wanita itu. Mahu tidak mahu, dia terpaksa bersetuju. Dia kembali mengejar wanita itu.

“Okay. Saya bayar awak,” ujar Moza dan Baby segera berhenti. Dipandangnya Moza dengan senyuman lebar.

“Tapi boleh tak bagi diskaun?” sambung Moza.

“Diskaun? Boleh,” jawab Baby. Moza tersenyum.

“Awak tidur dengan saya dan saya takkan minta satu sen pun,” sambung Baby dan serentak senyuman Moza hilang.

Moza pantas menyeluk poketnya. Not bernilai RM500 yang terlipat pantas diserahkan kepada wanita itu. 

“Saya bukan nak minta servis awak,” ujar Moza. Baby hanya diam. Wang yang kini ada ditangannya pantas dimasukkan kedalam beg tangannya.

“Jadi awak nak apa? Nak saya menyamar jadi isteri awak?”

“Tak. Bantu saya bawakan air untuk seseorang. Saya nak awak jadi wanita dia dan beri dia minum air yang saya bagi,” terang Moza.

“Hah? Bagi minum air? Senangnya...”

“Dan rakam semua apa yang dia kata.”

“Maksudnya?”

“Saya akan bagi awak earphone. Awak hanya perlu ulang apa yang saya tanya dan saya nak awak rakam semua percakapan dia waktu tu,” terang Moza.

“Wow, macam detektif...” Baby ketawa kecil dan Moza hanya mencebik geram.

“Awak faham tak?” 

“Faham sangat-sangat. Itu perkara biasa tapi boleh tak kalau saya minta sesuatu?”

“Nak apa lagi?” Moza melepaskan keluhannya.

“Boleh tak kalau saya bawa balik lelaki tu?”

“Terpulang. Nak telan habiskan pun boleh. Tapi ingat, rakam semuanya. Jangan sampai ada yang tertinggal,” ujar Moza. Baby tersenyum puas.

“Rakam semuanya? Maksud awak rakam ketika saya berasmara dengan dia?”

Moza mengetap bibirnya. Ikutkan hati mahu saja dia menampar wanita itu supaya sedar dan tidak melalut. 

“Saya tak minta bahagian tu. Yang saya minta cuma bahagian percakapan dan pengakuan dia. Ada faham?”

“Yalah. Saya faham. Nak melawak sikit pun tak boleh,” Baby mencebik. 

“Nah, pakai ni. Dengar apa yang saya kata, jangan nak buat soalan sendiri. Telefon ni buat rakaman,” Moza menyerahkan earphone dan telefon kepada wanita itu. Bungkusan dadah yang ada didalam poket seluarnya turut dikeluarkan.

“Letak dalam minuman dia. Tapi jangan banyak sangat, nanti mati pula budak tu,” pesan Moza lagi. Baby hanya mengangguk tanda faham.

“Tak ada lagi?”

“Tak. Pergilah masuk. Sekejap lagi saya telefon,” arah Moza. 

“Okay, bye,” Baby tiba-tiba menaikkan tangannya dan melurut wajah Moza. Moza yang terkejut pantas mengelap wajahnya dengan tangannya.

“Kurang asam punya perempuan. Sempat lagi nak mengotorkan wajah aku,” gumam Moza. Dia kembali mendapatkan abang dan rakannya yang sedang menunggunya dikereta.


Setelah Baby mengambil tempat, dia pantas melakukan apa yang dipinta Moza. Segelas wain berperisa anggur dicampur dengan serbuk dadah dan tanpa segan silu dia mengacau dengan hujung telunjuknya.

“Sekarang apa?” tanya Baby. Telinga kanannya kini dilekatkan earphone dan membiarkan rambut panjangnya menutup telinganya.

“Apa? Pergilah bagi dengan lelaki tu. Takkan kau nak minum pula?” balas Moza geram. Aryan dan Dawson hanya memandangnya hairan.

“Tahulah. Tapi lelaki mana satu? Banyak lelaki dekat sini.”

Moza diam. Dia mencuba untuk mengingati pakaian Andy. Dawson yang menatapnya kembali dipandang.

“Ada tak lelaki pakai baju jaket hitam dekat situ?” tanya Moza.

“Lelaki pakai jaket hitam? Ada, seoang agak muda dengan rambut warna kuning, seorang lagi lelaki tua yang hampir tak ada gigi dan...”

“Dah! Berhenti!” Moza pantas memotong. Dia tidak lagi mahu mendengar kata-kata mengarut dari perempuan itu.

“Kau yakin ke rancangan kau ni berjaya? Boleh pakai ke perempuan tu? Entah-entah dia dah telan habis dadah tu,” ujar Dawson. Moza mula menggaru kepalanya pusing.

“Apalah kau ni Moza. Bagus kau je yang masuk pakai rambut palsu dan berlagak jadi perempuan,” ujar Aryan pula.

Moza hanya menjeling. Gurauan rakannya sama sekali tidak mencuit hatinya.

“Macam nilah. Kau cari lelaki yang ada tatoo helang di tengkuknya, dan kau beri minum air tu pada dia,” ujar Moza. Dia mula teringat jika Andy mempunyai tatoo bermotifkan haiwan dibelakang lehernya.

“Apa? Tatoo helang? Hei, kenapa pula saya kena buat macam tu? Tak pasal-pasal kaki sampai dimuka,” jawab Baby.

“Kau nak kaki aku yang sampai ke muka kau atau kau nak aku masuk dalam dan ciumkan kau pada lelaki yang tak ada gigi tu? Mana satu yang kau nak?” Moza mula berang. Suaranya sudah mula meninggi.

“Lelaki tak ada gigi? Amboi, dah tua tapi masih bercitarasa tinggi,” Aryan tergelak kecil. Moza mendengus kasar.

“Well, dua-dua saya takkan pilih. Yalah, saya cari dulu. Tapi awas ya, kalau lelaki tu cederakan saya, saya nak awak bertanggungjawab,” Baby meminta persetujuan. Bukannya dia tidak kenal bagaimana sikap lelaki jika sudah mabuk. Kaki dan tangan senang saja menyepak wanita yang selama ini melayani mereka.

“Kau nak buat atau tak?”

“Ya.”

Baby terpaksa menurut. Dengusan kasar dilepaskan. Dengan lenggok yang sudah menjadi kebiasaannya, dia menghampiri seorang lelaki berjaket hitam dan dikelilingi dengan tiga orang wanita seksi.

“Baby, marilah join,” Rina melambai namun Baby menolak. Dia mencuba untuk memandang tengkuk lelaki yang sedang mereka layan namun lampu yang sering berubah membuatkan dia tidak dapat melihat dengan jelas.

“Hei, kau tengok apa? Nak join, tak perlu tenung lama...” Lelaki itu bangun dan merapat kearah Baby. Baby pantas menolak.

Lampu yang kebetulan menyuluh kearah mereka membuatkan Baby dapat melihat leher lelaki itu. Namun tiada tatoo seperti yang dikatakan Moza. Dia kembali mengorak langkah menghampiri lelaki yang duduk disofa sebelah.

Kali ini Baby memainkan peranannya sebagai wanita liar. Dia menuju ke belakang sofa dan menundukkan badannya kearah lelaki itu dari belakang. Tangannya yang lembut sengaja membelai wajah lelaki itu. Namun tatoo helang tetap tidak kelihatan.

“Marilah sini sayang temankan I,” ujar lelaki itu namun Baby hanya tersenyum nipis. Dia kembali menepis dan berlalu pergi.

“Dah jumpa dah?” tanya Moza dari earphone yang dipakai Baby. Hatinya tiba-tiba berdegup tidak tenang. Peluhnya perlahan membasahi dahinya.

“Tak. Tak ada lelaki dengan tatoo tu. Kalau ada pun cuma tatoo ular dan  harimau, tapi mereka tak pakai jaket. Mereka cuma pakai tshirt biasa,” jawab Baby sambil menutup telinganya. Muzik yang terlalu kuat ditambah lagi dengan jeritan dan hilai ketawa membuatkan dia tidak mendengar kata-kata Moza dengan jelas.

Tak ada? Dia ke mana sebenarnya? Takkanlah dia dah keluar? Getus Moza. Dia turut memandang beberapa orang yang keluar dari kelab malam tersebut.

“Kenapa Moza? Ada apa-apa ke?” Aryan yang duduk ditempat duduk penumpang mula bertanya. Pandangan Moza yang diarahkan keluar membuatkan dia turut mengalihkan pandangannya.

“Andy tak ada didalam,” ujar Moza.

“Hah? Tak ada didalam? Kau biar betul? Dari tadi kita tengok dari sini, tak nampak pun Andy keluar,” Aryan turut terkejut.

Moza kembali keluar dari kenderaannya. Kelab malam tersebut dimasukinya tanpa berfikir panjang. Beberapa orang perempuan yang sedang menunggu pelanggan diluar kelab sempat memegangnya namun Moza pantas menepis. Jelingan maut dilempar memberi amaran.

Moza memandang ke kiri dan kanan mencari Baby. Ramainya pengunjung membuatkan dia tenggelam dalam lautan manusia. Dia terpaksa meredah dibalik manusia yang sedang asyik berpeluk dan melompat mengikut rentak lagu.

Antara sedar dan tidak, Moza terlanggar akan bahu seorang lelaki. Dengan pantas dia meminta maaf namun mulutnya kembali terdiam sebaik sedar bahawa lelaki itu adalah Andy. Ya, Andy yang selama ini dicarinya.

“Kau buat apa disini?” Andy bertanya kuat. Telunjuknya naik namun pantas turun. Dia mula bergerak dengan terhuyung hayang.

“Andy,” Moza mencuba untuk membantu namun dirinya pantas ditolak Andy.

“Kau buat apa dekat sini Moza? Ini bukan tempat kau,” ujar Andy lagi. Beberapa orang wanita yang menari disebelahnya mula dipeluk. 

Baby yang terpandang akan Moza pantas menghampirinya. Cawan tinggi berisi wain dan dadah turut dibawanya. Andy yang sedang berpeluk mula dipandangnya dan kali ini dia melihat tatoo bercorak helang seperti apa yang dikatakan Moza.

“Dia ke?” tanya Baby dengan suara yang lantang. Moza hanya mengangguk.

Baby menghampiri Andy. Wanita yang sedang dipeluk Andy pantas ditolak agar menjauh. Dia membiarkan Andy beralih kearahnya. Moza pantas membantu.

“Hei, kau pergi jauh-jauh. Aku tak nak tengok muka kau,” ujar Andy. Dia menolak Moza namun tolakannya itu sama sekali tidak menggerakkan Moza.

“Minumlah air ni,” Baby mengunjukkan gelas berisi wain dan dadah itu pada Andy namun entah dimana silapnya, gelas itu tiba-tiba dirampas seseorang. Dan apa yang mengejutkan adalah si perampas merupakan lelaki taiko berbangsa Cina itu.

Moza terkejut. Dia mencuba untuk mengambil kembali namun lelaki Cina itu terlebih dahulu meneguk wain itu sehingga habis. Baby turut terkejut tidak terkata.

“Hei, ini ke you punya amoi tu?” tanya lelaki Cina itu. Tangan miangnya mula naik dan memegang bahu Baby.

“Bukan,” Moza pantas menggeleng. Dia turut mengisyaratkan Baby agar tidak mengiyakan.

“You jangan nak tipulah. Dah terang lagi mau suluh kaa? Amacam? Gua boleh pinjam kaa?” 

Moza memandang Baby yang kini memapah Andy yang mabuk. Otaknya dipaksa bekerja. Dia mencuba untuk memberi alasan agar lelaki Cina itu tidak berkeras menginginkan Baby.

Lelaki Cina itu dihampiri. Dengan separuh berani, dia membuka mulut.

“Ini amoi bukan perempuan,” ujar Moza. Baby yang mendengar terkejut. Dia tidak menyangka lelaki itu menyatakan bahawa dirinya adalah bukan seorang perempuan.

“Hah? Bukan perempuan? Haiya, nasib you bagitau. Kalau tidak habis gua kena tipu.”

Moza mengangguk pantas. Dia sempat mengerling kearah Baby yang sudah mengigit bibir geram.

“Tapi dimana you jumpa ni jantan?”

Baby tidak lagi mampu menahan sabarnya. Andy yang dipapahnya kini dilepaskan dan dibiarkan jatuh diatas lantai. Moza yang berdiri disebelahnya terkejut.

“Lelaki ni tipu. Saya perempuan,” ujar Baby. Moza mula panik.

“Haiya, apa ni? You kata dia jantan tapi sekarang ni amoi kata dia betina. Mana satu yang betul?” Lelaki Cina itu mula buntu. 

Moza menarik Baby kebelakang. Matanya dalam diam dibesarkan memberi isyarat untuk Baby agar tidak lagi bersuara. Baby menjeling tidak berpuas hati.

Lelaki Cina itu mula merasa pening. Baby dan Moza serentak menolah sebelum saling berpandangan. Dadah yang diletakkan Baby dalam gelas berisi wain mula bekerja.

“Berapa banyak kau letak?” tanya Moza.

“Erm... Rasanya habis,” jawab Baby dan sekali lagi Moza terkejut. 

“Kita keluar sekarang,” arah Moza. Andy yang terbaring diatas lantai kembali dipapah keluar dari dalam kelab malam tersebut. Para pengunjung yang masih melompat kegembiraan bagaikan tidak mempedulikan mereka. Apa yang mereka inginkan hanyalah keseronokan.


Baby menjerit geram. Dia tidak menyangka lelaki mabuk itu akan muntah pada dirinya. Semua makanan yang telah dimakan kini melekat pada dadanya yang agak terdedah. Yang pasti dirinya kini kotor dengan muntah Andy yang melekit dan berbau.

“Apa ni?” Baby mula menutup hidungnya. Dia tidak sanggup mencium bau muntah yang terlalu meloyakan.

Aryan dan Dawson turut menutup hidung dan sedikit menjauh. Begitu juga dengan Moza yang enggan rapat pada Baby.

“Kau kena bertanggungjawab tau,” telunjuk Baby naik mengarah kearah Moza.

“Apa nak buat? Takkan nak tumpangkan perempuan ni? Habislah kereta berbau,” ujar Aryan perlahan. Dia tidak mahu Baby mendengar kata-katanya, risau jika dirinya dilempar dengan muntah tersebut.

“Depan tu ada kedai dobi buka,” Dawson menunjuk kesatu arah. Aryan dan Moza pantas mengikut telunjuk Dawson.

“Yalah, ada dobi.” Aryan mengukir senyuman.

“Hei, pergilah basuh di dobi sana.”

Baby memandang kedai dobi yang dimaksudkan Moza. Wajahnya bengis. Dia masih lagi sakit hati.

“Pergilah. Kau pun boleh didobi sekali,” sambung Aryan pula.

“Apa?” Baby semakin berang. Dihampirinya Aryan. 

“Eh, jangan datang dekat. Kalau kau dekat, aku lipat enam kau nanti,” Aryan mengangkat tangan kanannya separas dada. Dia tidak mahu wanita itu menghampirinya. Dawson mula berundur. 

Moza mengorak langkah kearah kenderaannya. Tuala miliknya dikeluarkan dan kembali menghampiri Baby lalu diserahkan tuala tersebut. Dia mahu wanita itu membersihkan diri.Baby mendengus kasar. Dia masih lagi marah. 



Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mmel Ismail