Home Novel Cinta RINDU YANG HILANG
Bab 15

Satu keluhan dilepaskan perlahan-lahan. Cuaca yang sejuk mula mencengkam seluruh tubuh Yurina. Jaket nipis yang dipakainya tidak mampu memberi rasa hangat pada dirinya. Karyenna yang mengunci pintu kafe sesekali menoleh memandang pekerjanya yang kesejukan.

“Yurina, awak sejuk ke?” tanya Karyenna. Yurina hanya tersenyum nipis.

“Sejuk sikit saja.”

“Biar saya hantar awak balik ya? Lagipun dah lewat malam ni. Takut ada hantu yang keluar dan kacau awak.”

“Tak apalah. Saya boleh naik teksi didepan sana. Kakak jangan risaulah,” tolak Yurina. Dia tidak mahu menyusahkan majikannya.

“Janganlah macam ni Yurina. Lagipun tempat ni sedikit berbahaya. Tak takut ke kalau kena ganggu nanti? Banyak orang gila keluar tengah malam macam ni tau.”

“Tak. Saya akan okay. Lagipun saya takkan lalu dikawasan panas. Hanya beberapa meter dari sini dah ada stesen bas dan disitu mesti ada orang lain,” jawab Yurina.

“Yurina, kan lebih baik kalau awak ikut saya. Biar saya hantar awak balik. Lagipun saya tak nak awak kenapa-kenapa. Ataupun awak nak saya call dia?”

“Call dia? Siapa?” tanya Yurina hairan. Dia tertanya-tanya dengan siapakah yang dimaksudkan majikannya.

“Alah. Buah hati Yurinalah si Moza. Tunggu sekejap ye, biar saya call dia suruh dia hantar Yurina balik rumah.”

“Kak, tak payahlah.”

Karyenna tidak mengendahkan kata-kata Yurina. Dia segera mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam beg tangannya dan pantas mendail nombor Moza. Yurina mencuba untuk menghalang namun Karyenna terlebih dahulu memegang tangan Yurina.

“Hai Moza, kau dimana?” tanya Karyenna. Yurina menggeleng. Dia tidak mahu majikannya itu menghubungi Moza. Karyenna hanya tersenyum.

“Moza, kau datang sini ambil Yurina. Dia nak balik dah ni,” ujar Karyenna lagi. Yurina menelan air liurnya. Dia benar-benar menggelabah.

Melihat Yurina yang terdiam tidak bersuara, Karyenna menurunkan telefonnya. Dipandangnya Yurina yang sudah panik.

“Alah, saya bergurau saja. Mana ada saya call Moza.”

Kata-kata majikannya membuatkan Yurina menarik nafas lega. Debaran didalam hatinya perlahan menghilang. Dia tidak menyangka majikannya itu sanggup bergurau sedemikian rupa dengannya.

“Yurina marah ke? Maaflah.”

“Tak. Saya tak marah,” ujar Yurina perlahan. Dia mengukir senyuman nipis pada majikannya.

“Sebenarnya kakak memang call dia cuma dia tak angkat phone. Peliklah, selama ni bila kakak call dia, dia mesti akan jawab.”

Karyenna melahirkan rasa bimbangnya. Yurina hanya menunduk. Hatinya kembali berdebar sebaik majikannya bercerita akan lelaki itu.

“Hai cantik, nak join kami tak?” 

Serentak dengan itu, Karyenna dan Yurina menoleh. Mereka dapat melihat dua orang lelaki datang menghampiri dengan masing-masing memegang sebotol minuman keras. Salah seorang lelaki tersebut dengan pantas menghampiri Yurina namun Karyenna segera menolak.

“Wow, jangan tolak-tolak. Marilah sini, kita pergi kelab.”

“Jangan datang dekat dengan kami. Kalau tak aku patah-patahkan tulang kamu berdua,” ujar Karyenna kasar. Yurina mula berundur dan berdiri dibelakang majikannya.

“Awak nak patahkan tulang kami? Takutnya... Meremang bulu roma aku,” ejek lelaki tersebut sementara rakannya hanya ketawa.

“Apa nak buat sekarang?” tanya Yurina. Dia mula ketakutan apabila kedua lelaki tersebut kembali menghampiri mereka.

“Call Moza,” jawab Karyenna. Dia segera memberi beg tangannya pada Yurina. Yurina tersentak.

“Call Moza sekarang. Biar saya belasah mereka berdua ni. Dasar lelaki tak sedar diri. Mari sini aku sunat satu persatu,” ujar Karyenna lagi. Dia menggenggam kedua belah tangannya dan bersedia untuk melawan.

Yurina segera menurut. Dengan pantas dia mengeluarkan telefon pintar milik majikannya dan segera menghubungi Moza. Kedua tangannya mula bergetar ketakutan. Sesekali dia menjerit kecil apabila melihat majikannya membelasah kedua lelaki tersebut.


Moza mendengus kasar. Telefonnya yang dari tadi berdering membuatkan dia tiada mood untuk menjawab ditambah lagi dengan masalah yang baru diterimanya. Telefonnya yang masih berdering tidak dijawab dan dibiarkan menjerit.

“Moza, kenapa tak jawab telefon tu? Manatahu ada hal yang penting,” tegur Pak Ehsan sebaik keluar dari dapur. Dipandangnya Moza yang hanya menyandar pada sofa tanpa mempedulikan telefonnya berdering.

“Malasah pak cik. Lagipun saya pening ni,” jawab Moza. Tangannya mula naik memicit kepalanya. Pak Ehsan menggeleng namun bergerak menghampiri Moza. Telefon Moza yang sedari tadi berdering segera dicapainya.

“Kawan kamu Karyenna yang call,” beritahu Pak Ehsan sebaik melihat nama Karyenna tertera diskrin telefon Moza.

“Karyenna?” Moza tersentak. 

“Kamu angkatlah. Manatahu dia perlukan bantuan kamu,” ujar Pak Ehsan. Dia kembali menyerahkan telefon tersebut kepada Moza.

Moza sekali lagi melepaskan keluhannya. Dengan penuh rasa malas, dia menjawab panggilan tersebut. Namun dia terkejut sebaik mendengar suara meminta tolong dan diselang seli dengan suara jeritan yang kurang jelas.

“Moza, tolong saya.”

“Awak kenapa Yurina? Apa yang berlaku?” tanya Moza panik. Dia bingkas bangun. Pak Ehsan yang berdiri didepannya turut terkejut.

“Ada orang kacau saya dengan kakak Karyenna. Tolonglah, awak datang sekarang.”

“Mana Karyenna? Awak ada dimana ni?”

“Saya didepan kafe. Cepat!. Datang kesini,” pinta Yurina. Dia benar-benar ketakutan. Dia dapat melihat majikannya sesekali dipukul. Air matanya mula menitik turun. Dia tidak menyangka kejadian sebegitu akan berlaku.

“Awak tunggu sana. Saya datang sekarang,” ujar Moza. Dengan pantas dia mencapai kunci keretanya dan segera meluru ke arah kenderaannya. Pak Ehsan yang ingin tahu segera mengejar.

“Kamu nak kemana Moza?” tanya Pak Ehsan sebaik melihat Moza masuk kedalam kenderaannya.

“Saya nak jumpa kawan sekejap,” jawab Moza. Tanpa menunggu lama, dia memandu kenderaannya keluar dari perkarangan rumah. Kenderaan mewahnya mula dipandu laju. Dia benar-benar risau.

“ Apa yang berlaku sebenarnya?” tanya Moza pada dirinya sendiri. Pedal minyak ditekan dan kenderaannya meluncur laju menyelusuri jalan raya menuju ke kafe Karyenna.


Yurina semakin lama semakin menggeletar. Rasa takutnya semakin menguasai diri. Dia dapat melihat dimana majikannya terduduk lemah akibat ditendang dan dipukul kedua lelaki tersebut.

“Hah, awak mari sini. Tadi kurang ajar sangat kan?” salah seorang dari lelaki tersebut berhenti memukul Karyenna yang kini terbaring lemah. Dihampirinya Yurina yang merapat pada dinding bangunan. 

“Jangan ganggu dia!”

Kedua lelaki tersebut kembali menoleh. Mereka dapat melihat Karyenna masih bertenaga untuk membentak  mereka dari terus merapati Yurina. Yurina pantas menggeleng sebaik melihat kedua lelaki tersebut kembali merapati majikannya yang telah lemah.

“Masih hidup lagi perempuan ni rupanya?”

Mata Yurina mula meliar memandang ke kiri dan kanan mencari sesuatu. Dia mahu membantu majikannya yang kini terbaring lemah dengan darah membasahi wajahnya sehinggalah dia terpandang akan sebatang besi yang diletakkan dibelakang tong sampah.

Dengan sisa keberanian yang ada, dengan pantas Yurina berlari mendapat batang besi tersebut dan kembali kearah kedua lelaki tersebut. Dia tidak lagi sanggup melihat majikannya ditendang dan disepak bagaikan seekor kucing kurap.

Dengan hayunan yang kuat, batang besi tersebut hinggap di belakang tengkuk salah seorang dari lelaki tersebut. Dan serentak dengan itu juga, lelaki tersebut rebah tidak sedarkan diri. 

“Kurang ajar!”

Yurina melepaskan batang besi yang dipegangnya. Dia menggigil ketakutan. Rakan lelaki tersebut segera meluru kearah Yurina dan tanpa diduga, dia mencekik Yurina. Yurina yang terkejut tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Nafasnya semakin lama semakin pendek.

Air matanya mengalir lebih laju. Dia dapat melihat kemarahan dari lelaki tersebut. Kedua tangannya mula meronta meminta untuk dilepaskan namun lelaki tersebut tidak mengendahkannya. Karyenna yang lemah mencuba untuk membantu namun tenaganya yang tinggal sedikit menghalangnya.

“Hoi!”

Lelaki tersebut menoleh dan satu tumbukan padu hinggap diwajahnya. Tangannya yang mencekik leher Yurina segera dilepaskan. Yurina terduduk lemah. Nafasnya yang tadi terhambat kini beransur membaik.

Lelaki tersebut mencuba untuk melawan namun Moza bertindak pantas. Tidak sedikit pun dia memberi ruang untuk lelaki tersebut menumbuknya. Dan tanpa belas kasihan dia menumbuk lelaki tersebut sehinggalah lelaki tersebut rebah ke tanah.

“Moza, dah.”

Yurina bangun. Dia menghampiri Moza yang masih tidak berhenti menumbuk lelaki tersebut. Dia turut menarik tangan Moza agar berhenti.

“Awak ke tepi Yurina. Lelaki tak guna macam dia ni memang patut diajar,” ujar Moza kasar. Dia menolak Yurina dan kembali menumbuk lelaki tersebut.

“Moza, dahlah. Kasihan dengan lelaki tu,” Yurina tidak berputus asa. Ditariknya Moza dengan sisa tenaga yang ada dan Moza mengalah. Dia berhenti dari terus memberi pengajaran.

“Awak okay Yurina?”

Tanpa sedar Moza memegang wajah Yurina. Dibeleknya wajah Yurina satu persatu. Yurina hanya mengangguk.

“Saya okay tapi kak Karyenna,” Yurina menunjuk kearah majikannya. Moza terkejut sebaik melihat keadaan Karyenna yang teruk. Dengan pantas dia meluru mendapatkan rakannya.

“Karyenna! Karyenna!”

Moza memanggil nama rakannya berulang kali. Dipangkunya kepala Karyenna yang berdarah.

“Bangun Karyenna!”

“Kita bawa ke hospital,” ujar Yurina dan Moza segera mengangguk. Dengan pantas, dia mengangkat Karyenna masuk kedalam keretanya. Yurina pantas mengejar. Dipungutnya beg tangan milik majikannya dan juga beg galasnya.

Didalam perjalanan menuju ke hospital, Moza menghubungi Dr. Illy. Dia mahu rakannya dirawat oleh doktor wanita tersebut. 


Dengan darah yang masih berbekas dibajunya, Yurina melangkah keluar dengan perlahan mendapatkan Moza yang masih menunggu dliuar. Air mata yang tersisa segera dihilangkan dengan hujung lengan jaket. Rambutnya yang sedikit kusut turut dirapikan.

“Macamana dengan Karyenna?” tanya Moza sebaik Yurina melabuhkan punggungnya disalah sebuah kerusi sebaris dengannya.

“Okay, cuma kata doktor hidung kak Karyenna patah,” jawab Yurina. Kepalanya menunduk kebawah memandang lantai.

Moza mendengus. Dia tidak tahu apa yang harus dibuatnya. Tapi dia bersyukur sebaik mendapat tahu bahawa rakannya itu tidak cedera teruk.

“Awak jangan risaulah. Karyenna akan sembuh. Lagipun dia seorang wanita yang kuat,” ujar Moza memberi semangat pada Yurina.

“Saya rasa bersalah sebab tak bantu kak Karyenna.”

“Awak tak salah apa pun. Lagipun awak dah membantu sedaya yang boleh.”

“Tapi...”

“Dahlah Yurina. Tak perlu merasa bersalah pun. Dia akan sedar dan kembali seperti biasa.”

Yurina diam. Dia melepaskan keluhan kecilnya. Hatinya masih lagi dihantui perasaan bersalah. 

Moza bangun dari kerusi yang didudukinya lalu bergerak kearah wad yang menempat rakannya. Dengan perlahan dia menolak pintu wad dan masuk meninggalkan Yurina.

“Macamana dengan rakan saya ni?” tanya Moza pada Dr. Illy yang sibuk menyelimutkan Karyenna.

“Dia stabil cuma batang hidung patah. Mungkin dia ada ditumbuk dibahagian tu,” ulas Dr. Illy. Moza mengangguk.

“Apa yang berlaku sebenarnya? Rakan awak ni bergaduh ke?” Dr. Illy pula bertanya.

“Dia pergi belasah orang yang ganggu dia,” jawab Moza. Dr. Illy mengangguk faham.

“Jadi doktor, macamana pula dengan Dawson?”

Dr. Illy mendiamkan diri. Dipandangnya Moza dengan wajah yang sedikit muram. Dia turut buntu hendak memulakan cerita.

“Mari ikut saya ke pejabat,” ujar Dr. Illy dan Moza semakin tertanya-tanya. Dia tidak tahu mengapa wanita itu mahu dirinya ke pejabatnya.



Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mmel Ismail