BAB 9 : MENJEJAK KAKI DI MASJID NABI
Setelah
hampir satu jam perjalanan dengan bas. Kami pun sampai di hotel penginapan yang
disediakan, Hotel Mawaddah As-safwa. Kelihatan ramai kumpulan jemaah umrah dari
berbagai negara tiba di hotel berkenaan serta lain-lain hotel berdekatan.
Setelah
sampai, seperti biasa proses mengangkut bagasi ke ruang hotel dilakukan sebelum
mendapat penerangan daripada mutawif berkaitan aturcara seterusnya di Masjidil
Nabawi.
Anakku
Iris kelihatan letih dan kurang meragam. Dia seolah-olah faham dengan keadaan
sekeliling. Suasana baru, tempat baru. Madinatul Munawarah suatu bandar yang
tenang dan damai dengan para peniaga yang ramah-tamah dan pandai berbahasa
Melayu.
Setelah
penerangan selesai, kunci bilik hotel diedarkan. Kami enam beranak ditempatkan
di dalam sebuah bilik. Hotel yang terletak di dalam Kompleks Perniagaan Safwa
(Safwa Tower) amatlah berdekatan dengan pintu masuk ke Masjidil Nabawi. Bak
kata Sahibus Samahah Dato’ Sheikh Baderuddin, Mufti Kerajaan Negeri Kedah dalam
satu ceramahnya “Lompat empat kali pun boleh sampai.”
Hotel
kami terletak hampir dengan pintu No. 15 dan tandas lelaki No.8, di dataran masjid.
Itu adalah pedoman yang diberikan oleh Ustaz Zul dan Ustaz Zakaria, ketika
sessi penerangan.
“Ingat
masuk ikut pintu No.15 atau pun ingat dekat dengan tandas lelaki No.8,
Insya-Allah tidak akan sesat,” kata Ustaz Zul mengingatkan Jemaah.
“Siapa
yang sesat, kena solat Taubat, minta petunjuk dari Allah,” jelas Ustaz Zul lagi
mengingatkan jemaah.