Home Novel Travelog TASBIH BAITULLAH
TASBIH BAITULLAH
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 08:48:07
78,588
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Senarai Bab
BAB 12: KEDUDUKAN TIANG DAN TEMPAT-TEMPAT UTAMA DALAM MASJID

BAB 12: KEDUDUKAN TIANG DAN TEMPAT-TEMPAT UTAMA DALAM MASJID

Apabila buat kali pertama masuk ke dalam masjid tentulah agak sukar untuk mengingati lokasi-lokasi di dalam masjid yang amat diperlukan untuk diziarahi. Bagaimanapun, beberapa lokasi utama seperti mimbar dan mihrab Nabi Muhammad amat mudah dikenalpasti.

Alangkah mudahnya jika seseorang jemaah dapat mengenalpasti lokasi-lokasi penting di dalam masjid, sebelum sampai ke Madinah. Tambahan pula pada masa sekarang, maklumat berkaitan mudah diperolehi melalui Internet dan buku-buku berkaitan tanah suci.

Ini kerana, selain daripada berbagai pintu masuk yang terdapat di dalam masjid, terdapat juga berbagai tiang masjid yang mempunyai sejarahnya tersendiri.

Beberapa ahli sejarah cuba menggambarkan kedudukan tiang-tiang dalam masjid sebagai panduan kepada Jemaah. Di antaranya ialah Syeikh Dehlawi (958H – 1052H) yang telah menggambarkan kedudukan tiang masjid serta sejarahnya dalam sebuah buku bertajuk “Sejarah Madinah”. Melalui buku itu beliau yang menggambarkan kedudukan tiang-tiang utama di dalam masjid seperti yang digambarkan melaluiGambarajah 2 di bawah.


Gambarajah 2:Kedudukan Tiang di dalam Masjidil Nabawi

Sumber: Dilukiskan semula berdasarkan Buku Panduan Ibadat Haji, Lembaga Tabung Haji

Keterangan mengenai kedudukan tiang-tiang, mihrab dan pintu-pintu di dalam masjid adalah seperti berikut:

1. Tiang Duta ialah kedudukan tiang masjid yang selalu digunakan oleh Rasulullah bagi menerima utusan

2. Tiang Pengawal adalah tempat para sahabat yang mengawal Nabi Muhammad berdiri. “Pintu rumah Aisyah RA berhadapan dengan tiang ini, dan Nabi Muhammad melalui pintu ini menuju ke Masjidil Nabawi.”

3. Tiang Iktikaf ialah kedudukan tiang masjid yang digunakan oleh Nabi Muhammad ketika beriktikaf di dalam masjid. Abdullah bin Umar mengisahkan, “Nabi menggunakan tempat ini sebagai tempat baginda selama I’tikaf.

4. Tiang Abu Lubabah ialah kedudukan tiang masjid di mana seorang sahabat bernama Abu Lulabah mengikat dirinya. Seperti yang disebutkan dalam tafsir Ibnu Katsir, Abu Lulabah telah membocorkan rahsia kepada salah seorang dari Bani Quraizzah, yang merupakan rakan lamanya. Ketika itu Nabi Muhammad bercadang hendak menghukum bani Quraizzah yang telah khainat kepada Nabi Muhammad . Abu Lubabah kemudian menyedari kesilapannya dan mengikat dirinya pada tiang itu, hinggalah Allah menerima taubatnya. Setelah tujuh hari Nabi menerima wahyu dari Jibril seperti yang disebut dalam Surat Al-Anfal, Ayat 27 – 28. Nabi Muhammad kemudian melepaskan ikatan Abu Lulabah.

5. Tiang Aisyah ialah kedudukan tiang di mana Nabi menyatakan bahawa tempat yang mulia. Dari riwayat Tabrani menyebutkan Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda, “Ada tempat yang sangat penting di dalam Masjid Nabawi yang mulia, jika seorang mengetahuinya, mereka akan mengadakan undian untuk mendapatkan kesempatan agar biasa solat di situ”.

Sahabat-sahabat Nabi Muahammad bertanya mengenai kedudukan yang disebut oleh Nabi Muhammad , bagaimanapun Aishah enggan memberitahu. Sahabat-sahabat kemudiannya melihat Abdullah bin Zubair selalu bersolat berdekatan tiang ini. Mereka kemudian bersepakat bahawa itulah tempat yang disebut oleh Nabi Muhammad .

6. Tiang Mukhallaqah ialah kedudukan di mana pada asalnya adalah sepohon kurma yang selalu digunakan oleh Nabi Muhammad untuk menyampaikan khutbah Jumaat. Dalam hadis Bukhari yang diriwayatkan oelh Jabir bin Abdullah, mafhumnya “Nabi Muhammad bersandar pada sebatang pohon kurma ketika melakukan khutbah Jumaat. Kemudian kaum Ansar menawarkan untuk membina sebuah mimbar. Apabila terdirinya sebuah mimbar di dalam masjid, Nabi Muhammad tidak lagi bersandar pada pohon kurma itu.

Ketika Nabi Muhammad duduk di atas mimbar ini untuk menyampaikan khutbah, para sahabat mendengar batang pohon kurma itu menangis seperti anak kecil. Nabi mendekati pohon yang sedang menangis ini dan kemudian memeluknya. Pohon ini menjadi tenang. Pohon kurma itu menangis kerana mendapati dia tidak lagi digunakan lagi untuk mengingat Allah SWT.

7. Mihrab Nabawi ialah mihrab yang dibina oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz pada tahun 91 Hijrah. Dikatakan tempat sujud seseorang yang solat di dalam mihrab ini adalah terletak pada kedudukan Nabi Muhammad berdiri ketika solat di situ.

8. Mihrab Uthman ialah tempat di mana Khalifah Uthman mengimami solat. Mihrab ini dibangunkan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Pada masa kini, Imam masjid mengimamkan solat di mihrab Uthmani.

9. Mihrab Hanafi ialah tempat di mana Imam Hanafi mengimamkan solat. Suatu ketika, ke-empat-empat Imam Mazhab (Hanafi, Syafi’i, Maliki, dan Hambali) mengimamkan solat dalam waktu yang berbeza dan terpisah. Pemerintah Arab Saudi kemudiannya menjadikan bahawa hanya satu solat dan satu imam saja dilakukan di dalam masjid.

10. Mihrab Tahajud ialah tempat di mana Nabi Muhammad melakukan solat tahajjud.

11. Mimbar ialah kedudukan di mana seperti yang diriwayatkan dalam sebuah hadith Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah , Nabi bersabda “Antara rumahku dan mimbarku adalah salah satu taman dari taman-taman surga dan mimbarku akan berada di telaga Kautsar pada hari Kiamat.”

12. Platform azan ialah tempat di mana muazzin mengalunkan azan solat lima waktu serta menguatkan suara ketika berpindah rukun-rukun ketika solat, bagi makluman jemaah di dalam masjid.

14. Tempat petugas ialah tempat yang dibangunkan oleh Sultan Nuruddin Mahmud Al-Zanki, yang terletak di sebelah kanan jika melalui pintu Jibril.

15. Tempat ahli Suffah ialah tempat di mana sahabat-sahabat yang miskin dan tidak memiliki rumah berkumpul untuk mendapatkan ajaran Islam. Suffah bererti tempat berteduh setelah Nabi memperluaskan masjid pada tahun ke-tujuh Hijrah, lokasi suffah dipindah kira-kira sepuluh meter ke arah timur.

16. Pintu Baqi’ ialah pintu yang terletak bertentangan dengan pintu Salam serta mengadap ke arah Perkuburan Baqi’.

17. Pintu Jibril ialah pintu yang terletak di bahagian timur, disebut juga Pintu Nabi, kerana baginda selalu masuk ke dalam masjid melalui pintu ini. Dari sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah berkata mafhumnya “Ketika Nabi pulang dari Perang Khandaq, dan meletakkan senjata kemudian mandi, Jibril mendatangi baginda sambil berkata, ‘Engkau meletakkan senjatamu? Demi Allah kita belum boleh meletakkan senjata, pergilah menuju kepada mereka! Nabi bertanya, ‘kemanakah?’ Jibril menjawab, ‘ke sini’, sambil menunjuk ke arah Bani Quraizah. Maka Nabi keluar memerangi bani Quraizah.

18. Pintu Nisa ialah puintu yang dibuka oleh Khalifah Umar bin Khattab pada tahun 12 Hijrah. Beliau pernah berkata, “Alangkah baiknya kalau pintu ini dikhususkan untuk wanita”.

20. Pintu Salam ialah sebuah lagi pintu yang dibuka oleh Khalifah Umar bin Khattab ketika melakukan pembaikan masjid tahun 12 Hijrah. Pintu ini dinamakan Pintu Salam (Babussalam) kerana letaknya sejajar dengan makam Rasulullah, di mana para jemaah mengucapkan Salam

21. Rumah Abu Bakar . Jika kita berjalan dari mimbar melalui Pintu Siddiq, rumah ini terletak selepas tiang yang ke-lima sejajar dengan Pintu Siddiq. Suatu hari Nabi Muhammadbersabda, “Semua pintu rumah-rumah yang terbuka langsung ke dalam masjid harus ditutup kecuali pintu rumah Abu Bakar”. Hal ini mewujudkan ramalan bahawa Abu Bakar akan menjadi khalifah pertama.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.