Home Novel Travelog TASBIH BAITULLAH
TASBIH BAITULLAH
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 08:48:07
78,598
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Senarai Bab
BAB 24: TERPISAH DI DATARAN HARAM

BAB 24: TERPISAH DI DATARAN HARAM

Semua bertalbiah dan bertasbih, silih berganti tanpa henti. Seorang demi seorang jemaah mengetuai bacaan talbiah itu.

Iris, anak istimewa kami kelihatan dapat menyesuaikan diri. Mungkin dia pun turut gembira dengan perjalanan menuju tanah haram ini. Sejak dari Madinah, di Bir ‘Ali Iris tidak berkelakuan langsung. Bahkan Iris juga tidak membuang air, kecuali ketika kami berhenti di R&R.

Kanak-kanak seperti Iris mengalami masalah pertuturan. Dia hanya menggunakan tangan orang lain jika hendak sesuatu. Jadi kanak-kanak sepertinya tidak faham dan tidak dapat memberitahu, jika ada apa-apa yang terjadi pada dirinya. Dia memerlukan terapi yang berterusan di Unit Bantuan Carakerja (OT) di hospital.

Bagaimanapun program OT ini hanya berlangsung hanya beberap sessi kerana, ketiadaanku. Hanya isteriku sahaja yang menguruskan segala keperluan anakku itu.

Nampaknya doa untuk memudahkan perjalanan kami maqbul. Kami tidak menghadapi karenah Iris sejak dalam penerbangan dari Penang ke Madinah, lawatan luar dan seumpamanya berjalan lancar. Habitnya menghentak kepala apabila marah atau pun menarik-narik rambut seolah-olah ditinggalkan terus.

Bacaan Talbiah bergema di dalam bas sepanjang perjalanan. Kami melalui satu tanda yang menandakan sempadan Tanah haram Mekah. Tanda itu menunjukkan sempadan di mana had masuk. Hanya orang Islam sahaja dibenarkan masuk ke kawasan yang dinamakan ‘Tanah Haram” atau Haramain. Tanah haram itu juga dinamakan tanah suci Makkah.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.